Thursday, 24 December 2015

Tips : Asas Ilmu Pengurusan Kewangan

Tips Asas Ilmu Pengurusan Kewangan

Tanpa 10 SEN, tak akan cukup RM 1... RM 1,000, RM 1,000,000 ! Sayangilah syiling anda
Tanpa 10 SEN, tak akan cukup RM 1… RM 1,000, RM 1,000,000 !
Sayangilah syiling anda
Assalamualaikum….

Saya ingin berkongsi formula asas kewangan iaitu :

1. PENDAPATAN = SIMPANAN + PERBELANJAAN.
Ini adalah asas formula dimana duit pendapatan yang diterima sama ada dari gaji / untung perniagaan atau pemberian pasti akan kita agihkan untuk perbelanjaan atau untuk simpanan. Perbelanjaan yang kita buat ada untuk memenuhi keperluan atau pun kehendak. Kita sendiri sahaja tahu mana satu keperluan dan mana satu kehendak.
Dari formula asas itu kita tukarkan kepada

2. PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
Perancangan kewangan yang baik perlu menggunakan formula ini dimana pendapatan yang kita terima, kita perlu agihkan dahulu bahagian simpanan sebelum kita berbelanja. 

Berapa banyak kita perlu menyimpan ?? 
Paling kurang simpanlah 10% dari pendapatan kita. 10% ni paling kurang dan kita perlu tambah sekiranya kita mempunyai perancangan khusus lain.

Mungkin kita perlu tambah bahagia simpanan antaranya : 
Tambahan 10% lagi untuk pembelian asset ( rumah / kereta ) – 
Dan mungkin perlu tambah lagi X% untuk melancong dll. 
Sebagai orang islam, jangan lupa bahagian simpanan untuk menunaikan kewajiban haji!



INGAT !!! Jangan guna formula ketiga ini pula….
3. PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
Ramai di antara kita menggunakan formula ini. Apa-apa pendapatan yang diterima, digunakan utuk perbelanjaan dan bakinya sahaja baru disimpan. Biasanya baki untuk simpanan sudah tiada selepas ditolak semua perbelanjaan.

Jika selama ni ada yang guna formula ni, maknanya tuan-puan dah tersilap. Ini bermakna tuan-puan berada di dalam Perancangan Kewangan yang TIDAK baik. Jarang kalau selepas belanja, ada baki untuk simpanan kan…? Jadi kena tukar formula ini kepada formula no. 2 di atas. 

Cuba renung-renungkan, adakah simpanan kita  kurang 10% dari pendapatan yang diterima bagi 6 bulan lepas, ….. Kalau kurang, emmmm… masih belum terlewat untuk berubah.
 
~art drat~

No comments:

Post a comment