Thursday, 24 December 2015

Berbelanja Secara Bijak

Jangan sampai poket kosong ye!
Jangan sampai poket kosong ye!

Jangan sampai berbelanja poket jadi kosong!! Nanti asyik nyanyi … kosong…kosong… kosong…

Di dalam mengatur perbelanjaan, kita boleh mengguna pakai tips perbelanjaan berikut untuk menjamin kesejahteraan poket dan “kesihatan” kewangan kita.

1. Belanja Untuk Keperluan
 
Limitkan lah perbelanjaan untuk keperluan kita di dalam lingkungan 60% – 70% sahaja. Kita adjust mengikut keperluan dan kemampuan masing masing. Keperluan yang dimaksudkan adalah termasuk belanja dapur, petrol, bil utiliti, instalment kereta dan rumah, insuran dan pelbagai lagi keperluan harian kita.
Ingat!
Belanja Untuk KEPERLUAN SAHAJA  dan

BELANJA MESTI  MENGIKUT KEMAMPUAN,  JANGAN SESEKALI MELEBIHI KEMAMPUAN DAN  SEBAIK-BAIKNYA ADALAH DIBAWAH KEMAMPUAN

2. Belanja Untuk Pendidikan
Kita perlu agihkan sedikit untuk pendidkan diri kita bagi menambah nilai diri kita! Bukankah proses pembelajaran itu tidak akan tamat selagi kita masih hidup.

Jadi agihkan sedikit di dalam lingkungan 5% untuk pembelian buku/majalah ilmiah dan sertai mana-mana seminar. Anggaplah ini sebagai pelaburan untuk diri kita di mana dengan ilmu, kita mampu menaikkan nilai kita dan Insyaallah dapat meningkatkan pendapatan kita di masa hadapan.

Kita boleh membeli buku berkaitan kerjaya kita untuk menambah nilai diri kita sendiri. Atau pun buku berkaitan pengurusan kewangan agar kita lebih bijak mengurus wang dan bijak menggandakan wang.


3. Belanja Untuk Kegembiraan

 Kita telah penat bekerja siang dan malam, jangan lupa REWARD diri kita. Siapa lagi nak sayangi dan hargai diri kita kalau bukan kita sendiri!

Jadi agihkan sedikit dalam 5% untuk kegembiraan kita seperti pergi menonton  wayang, bermain bowling, ke taman tema, melepak sekali-sekala bersama kawan kawan sambil kena teh tarik dan capati mamak.

Selain meREWARD diri kita, jangan lupa hargai keluarga kita. Jadi agihkan sedikit pendapatan kita untuk membawa merekaa pergi bercuti tak kira di dalam atau luar negara. Bercuti di dalam negara pun kalau silap gaya, memerlukan kos yang agak tinggi juga, jadi rancang awal-awal dan siapkan satu FUND BERCUTI dan agihkan setiap bulan dari pendapatan kita untuk tabung bercuti ini.

Selamat berCUTI-CUTI MALAYSIA……


4. Belanja Untuk Keberkatan
 
Sebagai orang Islam, kita mesti ingat bahawa kita perlu tunaikan kewajipan berzakat ( bagi yang wajib ) kerana setiap harta kita ada hak orang lain. Kadar zakat pendapatan adalah 2.5% dari pendapatan yang perlu dizakat. Boleh semak di http://www.e-zakat.com.my/.

Bagi yang mampu, bersedekah lah sekurang kurangnya 5% dari pendapatan kita kerana dengan sedekah itu bukan sahaja menggembirakan si penerima tetapi juga mampu menambahkan harta kita. Lagi banyak kita sedekah, insyAllah lagi murah rezeki kita.

Maksud Firman Allah S.W.T.
Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya …….  
( Ayat 261, Surah al-Baqarah.)

Opss… Jangan lupa zakat fitrah, zakat emas, zakat simpanan dll ye.

~art-drat~

No comments:

Post a comment