Tuesday, 2 January 2018

Dividen Bank Rakyat 2018 - Diumumkan 16%


Dividen Bank Rakyat 2018 -  diumumkan





Update 28.03.2018

Bank Rakyat pada Selasa (27 Mac 2018) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 16 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017 berbanding 15 peratus pada 2016. Dengan pengumuman ini, sebanyak RM480 juta akan diagihkan kepada anggota yang menjadi ahli Bank Rakyat.

Pengerusinya, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, bank itu mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion iaitu peningkatan 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion pada 2016.

Dividen yang dibayar adalah bersandarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion yang dicatatkannya dalam tahun kewangan tersebut, di mana ia meningkat sebanyak 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya. 
Keuntungan bersih bank koperasi ini bagi tahun kewangan dikaji (31.12.2017) juga mencatatkan peningkatan sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion, berbanding RM1.16 bilion sebelum ini

Rasanya semua ahli sangat gembira dan bersyukur dengan pengumuman ini.





Dividen Bank Rakyat Terkini (2018) - Bila Diumumkan

Hari ni, 2 Januari 2018 ramai pelabur ASB tersenyum apabila ke pejabat ASNB atau pun bank-bank yang menjadi ejen ASNB. Dan pastinya ada yang mula tertanya-tanya bila agaknya dividen Bank Rakyat akan diumumkan. 

Jika mengikut tahun-tahun sebelum ini, pengumuman akan dibuat pada bulan Mac atau April. 

Tahun 2016, ia diumumkan pada 21 Mac 2016.  Manakala tahun lepas (2017), pengumuman dividen Bank Rakyat agak lewat iaitu pada awal Mei. 

Jadi untuk tahun 2018 ini, mari kita berdoa pengumuman dan pembayaran di buat awal tidak seperti tahun lepas yang agak lewat.


Rekod Dividen Bank Rakyat

3 tahun kebelakangan ini, dividen bank rakyat adalah seperti berikut;

2014   - 15 % (Umum 2015 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014)
2015   - 13 % (Umum 2016 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015)
2016   - 15%  (Umum 2017 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016)
2017  - xx % (Umum 2018 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017)








Keseluruhan ahli Bank Rakyat yang berjumlah lebih kurang 950,000 dengan modal berbayar keseluruhannya sebanyak RM 3 billion, pasti mengharapkan dividen tahun ini lebih berbanding tahun lepas.
 
Walaupun keadaan persekitaran ekonomi yang agak tidak memberangsangkan, para pemegang saham tetap mengharapkan Bank Rakyat mampu memberikan dividen yang tinggi seperti tahun-tahun sebelum ini.
 
Apa-apa pun, kita tunggu sama-sama pengumuman dividen yang akan diumumkan nanti.



Ingin membeli atau menambah saham Bank Rakyat ?

Bagi mereka yang ingin menjadi ahli Bank Rakyat dengan membeli saham nya, agak dukacita kerana sekarang kuota telah penuh. Buat masa ni, saya pun tidak mendengar apa-apa berita yang Bank Rakyat akan membuka peluang untuk Penambahan Saham nya dalam masa terdekat.

Pasti ramai yang sentiasa menunggu peluang untuk menambah saham di Bank Rakyat memandangkan dividen yang diumumkan setiap tahun tidak mengecewakan, seingat saya ia sentiasa melebihi 10%.

Kali terakhir Bank Rakyat memberi peluang penambahan saham adalah sekitar tahun 2011 dahulu. Pada waktu itu, saham yang ditawarkan seperti pisang panas. Terlalu ramai yang ingin menambah pegangan saham berbanding saham yang ditawarkan sebanyak RM500 juta.  Dan akhirnya Bank Rakyat menawarkan hanya limit 500 unit saham seorang kepada ahli baru. Manakala untuk ahli sedia ada, unit yang diagihkan lebih sedikit. Pada ketika itu saya dapat tambahan 2000 unit sahaja.




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




20 comments:

  1. Macam mana nk register. Under unit trust bank rakyat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bank Rakyat akan buka untuk mereka yang ingin menjadi ahli dari masa ke semasa.... tapi dah beberapa tahun tak di buka rasanya

      Delete
  2. Perkongsian yang bagus.
    Teruskan usaha sdra!

    ReplyDelete
  3. Bang...abg ni dari dulu dh ade acc dgn bank rkyat ker...klu org baru nak masuk ni mmg xdpt la jwbnye kan huhu sedihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu dulu dulu....dapat jadi ahli, masa tu RM500 je. 5-6 tahun lepas, dapat tambah ssikit masa bank rakyat buka untuk tambahan kpd yang berminat.

      Delete
  4. Alhamdulillah...syukur sangat2...dapatlah rm1200++..jadilah...boleh belanja anak isteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1200.....banyak tu...unt7ng dpt tambah shm

      Delete
  5. Brapa aribulan boleh
    amik bonus?������

    ReplyDelete
  6. Dividen ni sebenarnya untuk saham ke?Kalau simpanan tu kira lain pulak yer?Tak berapa faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu dividen utk saham

      Delete
    2. Simpanan lain pulak rasanya around 2% mcm bank2 lain

      Delete
  7. Setakat hari ni saya masih belum dpt dividen saham. Bila tarikh nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dividen bank rakyat skrg dikreditkan terus ke akaun saving bank rakyat... boleh try cek, rasanya dah masuk

      Delete
  8. Salam semua, wah tahun ni agak cepat sikit bonus saham bank rakyat ni diumumkan serta dimasukkan ke akaun pemegang saham iaitu pada 1.4.2018. Syukur dengan bonus saham ini dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang sentiasa meningkat,terutama harga petrol yang sentiasa naik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam... rezeki kita tahun ni, dividen awal dan agak tinggi. harap2 tahun mendatang juga tak mengecewakan

      Delete
  9. Assalam.. sye ade 500 unit saham utk dilepaskan.. berminat boleh ws 01158353370.. lokasi jb.. urgent!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. update terbaru.. penjualan saham sye ditutup.. sbb tak boleh jual pd individu.. boleh jual kpd bank rakyat shj.. kena la tunggu lg 3 bulan.. terima kasih kpd yg sudi ws n call sye..

      Delete