Tuesday, 4 April 2017

Pindaan eFiling LHDN Borang Cukai BE/B

Pindaan e-filing LHDN
Pindaan e-filing LHDN







Rasanya ramai antara kita yang telah submit e-filing LHDN untuk tahun taksiran 2016. Masing-masing cuba hantar seawal yang boleh dengan harapan akan mendapat refund secepat yang mungkin ("kalau yang ada baki cukai terlebih bayar").

Beberapa hari lepas pula saya terbaca di portal Astro Awani yang menyatakan sehingga 29 Mac 2017, sebanyak 1.2 juta pendaftaran e-filing telah diterima dari tarikh ia di buka pada 1 Mac lalu. Peningkatan sebanyak 12.9% berbanding tahun sebelum. Bagus lah, makin ramai rakyat Malaysia yang  elak hantar borang di minit-minit akhir.


e-Filing ini sebenanya memudahkan pembayar cukai menghantar borang cukai dimana mereka tidak lagi perlu mengira cukai secara manual. Key-in data tertentu, masukkan figure itu ini....sedar-sedar amaun cukai telah dikirakan dan tinggal untuk tekan butang 'Hantar'/'Submit' sahaja lagi.Cukup senang dan ringkas sahaja cara pengisian e-filing.


Mungkin dalam kegairahan dan keseronokan bila melihat pengiraan cukai kita ada menunjukkan amaun ' cukai terlebih bayar', membuatkan kita tidak perasan ada kesilapan mahupun ada pelepasan tertentu yang terlupa untuk dituntut. Bila dah tekan butang 'Hantar' baru teringat itu dan ini. 


Jika kesilapan di pengiraan asal kita itu menyebabkan pengiraan cukai kurang, bersedia lah untuk membayar penalti sekiranya kita terpilih untuk di audit dan kesilapan tadi dikesan oleh pihak LHDNM. Sebaliknya jika kesilapan kita itu menyebabkan kita terlebih bayar cukai,  rasanya pasti ramai akan cepat-cepat buat pindaan untuk mendapatkan kembali cukai yang terlebih bayar tu dengan segera. Nak tak nak, sama ada kita terkurang atau terlebih kira cukai, kita pasti perlu buat pindaan.


Kini, pindaan borang boleh dilakukan secara online sahaja. Untuk mengelakkan penalti (sekiranya sebelum ini cukai terkurang), rayuan pindaan hendaklah di pinda sebelum 30.04.2017 (jika tiada punca perniagaan) atau pada/sebelum 30.06.2017 (jika mempunyai punca perniagaan).







Jadi dibawah ini saya kongsikan sedikit cara ringkas untuk buat pindaan e-filing:

Step 1 : Log in ke https://ez.hasil.gov.my

Step 2 : Pergi ke bahagian "e-Permohonan Pindaan BE" di bawah menu e-filing 


Pindaan e-filing LHDN
Paparan jika log in 'desktop view'


Pindaan e-filing LHDN
Paparan jika log in 'mobile view'




Step 3 : Pilih tahun taksiran yang ingin dibuat pindaan.

Semakan saya mendapati e-permohonan pindaan hanya dibuka untuk tahun taksiran 2015 dan 2016. Untuk tahun lain, perlu di lakukan secara manual. ( rujuk penerangan di bawah)


Pindaan e-filing LHDN



Step 4 : Betulkan kesilapan atau tambah mana-mana perkara yang tertinggal dan hantar pengesahan. Ikut arahan seterusnya.

Di paparan ini, di sebelah hujung kanan akan menyatakan anda berada di e-Permohonan Pindaan BE Tahun Taksiran 201X.

Makluman menyatakan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya tidak ada cukai pindaan dibangkitkan sebelum ini.


Pindaan e-filing LHDN






Dengan kemudahan untuk membuat pindaan secara online, ia amat membantu pembayar cukai. Walau bagai mana pun, semakan saya tadi di menu e-Permohonan Pindaan BE hanya dibuka untuk pindaan bagi Tahun Taksiran 2015 dan 2016.

Bagi mereka yang ingin membuat pindaan borang cukai bagi Tahun Taksiran sebelum 2015 (tiada e-Permohonan Pindaan online) , mungkin sedikit maklumat dan tindakan di bawah boleh membantu. 


- Cetak e-borang anda dan buat pembetulan di ruangan silap ( tandatangan ringkas sebelah pembetulan)

- Seterusnya kira cukai secara manual sehingga peringkat "Cukai Kena Bayar"


- Hantar surat rayuan (nyatakan bahagian kesilapan) ke cawangan selian fail cukai pendapatan anda dengan menyertakan sekali salinan e-borang serta dokumen berkaitan seperti penyata pendapatan (EA/EC) dan resit asal untuk tuntutan pelepasan.


Dan harus diingat, pindaan yang dibuat selepas 6 bulan akan tertakluk kepada penalti.

Pindaan yang dibuat akan mengambil masa untuk semakan dan anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berkaitan sekiranya diminta untuk semakan lanjut oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

~Mat-Drat @ SayangWang~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇





No comments:

Post a Comment