Wednesday, 19 July 2017

RM 50 Untuk Akaun SSPN-i / SSPN-i Plus anak anda







RM 50 Untuk Anda !!!!



Geran Sepadan RM50 Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i / SSPN-i Plus



Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ramai juga yang masih tidak tahu bahawa kerajaan ada memberikan 'duit RM50' kepada pelajar tahun 1 untuk tahun 2017 ini.

Dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 lalu yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak telah dinyatakan bahawa " 

"geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i/SSPN-i Plus .

Geran Sepadan RM50 SSPN-i PTPTN



Geran sepadan ni boleh kita anggap sebagai "duit percuma" yang diberikan oleh kerajaan untuk anak-anak kita yang berada di tahun 1 pada 2017 ini. 

Kerajaan bagi insentif, jadi ambillah duit yang kerajaan nak bagi ni walaupun ia hanya RM 50. RM50 pun besar nilainya.

Tetapi untuk layak mendapat RM50 ini, terma dan syarat berikut perlu dipatuhi :

👉 1. Berdaftar di tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan pada 2017.

👉 2. Ibu bapa/penjaga dan murid mestilah warganegara Malaysia. 

👉 3. Insentif ini hanya layak bagi pembukaan akaun atau penambahan deposit yang dibuat daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

👉 4. Ibu bapa/ penjaga perlu membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus. Insentif ini akan diberikan apabila jumlah deposit mencecah RM50. Simpanan minimum RM50 dalam tahun 2017 diperlukan untuk layak mendapat insentif ini.

👉 5. Bagi yang telah mempunyai akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus, perlu membuat deposit simpanan minimum RM 50 dalam tahun 2017.

👉 6. Untuk akaun SSPN-i Plus,  insentif adalah sebagai simpanan tambahan tanpa ditolak premium takaful.

👉 7.  Seorang murid hanya layak menerima sekali geran sepadan sahaja. 

👉 8. Jika ada 2 jenis akaun, insentif akan dimasukkan ke akaun SSPN-i Plus




Menurut lawan web PTPTN , tambahan maklumat berikut diberikan 

👉 1. Permohonan tidak perlu untuk insentif ini. Ia diberikan secara automatik apabila syarat di atas dipatuhi.

👉 2. Insentif geran sepadan RM50 ini akan diberikan sekali sahaja dan dimasukkan pada bulan berikutnya apabila jumlah deposit telah mencecah RM50.


Akaun SSPN-i / SSPN-i Plus boleh dibuka di mana-mana kaunter/cawangan PTPTN, di bank-bank tertentu dan juga dibuka secara online. 


Untuk membuka akaun SSPN-i Plus secara online tanpa ke mana-mana kaunter boleh klik link ini 👉👉 BUKA AKAUN SSPN-i Plus ONLINE


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



No comments:

Post a Comment