Thursday, 23 February 2017

Pelepasan Cukai 2016

Pelepasan Cukai 2016. ( E filing 2017 )


Pelepasan Cukai 2016
Pelepasan Cukai 2016


 UPDATE: 
Untuk Pelepasan Cukai 2017, sila klik 
👉👉 Pelepasan Cukai 2017 👈👈


Apa pelepasan cukai 2016 yang perlu anda ketahui sebelum mengisi borang cukai melalui e-filing anda. Jangan dah isi borang dan dah submit baru ingin tahu ada pelepasan yang tertinggal.

Jadilah pembayar cukai yang bijak dengan mengetahui pelepasan-pelepasan yang layak dituntut dan jadi rakyat yang bersama-sama menbayar cukai untuk pembangunan negara.

Jika diperhatikan, terdapat beberapa amaun pelepasan yang dinaikkan dari tahun sebelum ini seperti pelepasan untuk isteri/bekas isteri yang dinaikkan dari RM 3,000 kepada RM 4,000 dan pelepasan untuk anak yang dinaikkan dari RM 1,000 kepada RM 2,000. Kalau yang ada beberapa anak dan kadar cukai yang dikenakan telah tinggi, kenaikan M1,000 ini sangat bermakna sebenarnya.

Juga terdapat pelepasan 'baru' iaitu Caruman Kepada Perkeso dibenarkan bagi tahun 2016 dan terhad kepada RM 350.

Untuk pelepasan 'gaya hidup' atau lifestyle relief yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan budget hujung tahun lalu, pelepasan yang berjumlah RM 2,500 itu adalah untuk tahun 2017. Maknanya perbelanjaan yang dibuat pada tahun 2017 sahaja akan mula diambil kira dan tidak boleh dituntut untuk tahun 2016.

Berikut saya senaraikan pelepsan cukai pendapatan bagi tahun 2016.


Pelepasan Cukai 

Bil 
Jenis Potongan Individu

Amaun 
(RM)

1


Individu dan saudara tanggungan


9,000


2


Individu Kurang Upaya ( Tambahan )


6,000 

3
Peralatan Sokongan Asas

6,000
(Terhad)
4

Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa 
(keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

ATAU
Ibu dan Bapa 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

5,000
(Terhad)




3,000
(Terhad)
5
Yuran Pendidikan (Sendiri)

7,000 
(Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati
(individu atau suami/isteri atau anak-anak)

6,000 
(Terhad)
7
Pemeriksaan perubatan penuh

500 
(Terhad)
8
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan

1,000 
(Terhad)
9
Pembelian komputer peribadi untuk individu
(sekali setiap 3 tahun)

3,000 
(Terhad)

10
Tabungan bersih dalam skim SSPN
(jumlah simpanan tolak pengeluaran dalam tahun 2016)

6,000 
(Terhad)

11
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

300 
(Terhad)
12

Faedah pembelian rumah
(Perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh

 10/03/2009 - 31/12/2010 )
- Rujuk Laman Web LHDN untuk maklumat terperinci

10,000
(Terhad)

13
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

4,000
(Terhad)
14
Suami/Isteri kurang upaya

3,500
(Terhad)

15


Anak di bawah umur 18 tahun



2,000

16

Anak berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan
menerima pendidikan penuh.
 (A-level, matrikulasi / pra-ijazah)


2,000

17


Anak berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan 
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:


(i) diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam
 Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah.
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas 
di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf 
oleh pihak berkuasa Kerajaan

8,000 
18

Anak Kurang upaya

6,000

19


Anak Kurang Upaya yang berumur 18 tahun ke atas,
belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas 
di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas 
di luar Malaysia dalam kursus  dan di IPT yang diiktiraf 
oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
(Pelepasan tambahan RM 8,000)

14,000 

20

Insuran nyawa dan KWSP
6,000
21 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda 3,000
(Terhad)
22 Insurans pendidikan dan perubatan 3,000
(Terhad)
23 Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO)
250 
(Terhad)









Maklumat Tambahan


Pelepasan Komputer = RM 3,000

Pelepasan ini hanya boleh di tuntut sekali bagi setiap 3 tahun. 
Setahu saya item yang layak dituntut sebagai 'komputer'  adalah komputer meja (desktop), komputer riba, notebook dan ultrabook.
Manakala telefon pintar dan tablet tidak dikategorikan sebagai 'komputer'.

Pelepasan SSPN (Terhad RM 6,000)

Pelepasan ini hanya boleh di tuntut tertakluk kepada simpanan bersih untuk tahun 2017. 

Katakan sepanjang tahun 2017 kita membuat simpanan tambahan di akaun SSPN berjumlah RM3,000 dan tiada sebarang pengeluaran dibuat, maka kita layak menuntut pelepasan sebanyak RM5,000.

Tetapi jika pada tahun yang sama kita juga ada membuat pengeluaran dari akaun SSPN, katakan pengeluaran sebanyak RM 2,000. Makan tuntutan pelepasan SSPN hanya dibenarkan sebanyak RM1,000 sahaja. 

(Jumlah simpanan - jumlah pengeluaran = simpanan bersih) 

Tahun lepas saya ada menulis sedikit mengenai pelepsan SSPN-i. Boleh baca di sini 👉👉 PELEPASAN SSPN-i 👈👈
Jika yang ada anak di Tahun Satu pada tahun 2017 ni, jangan lupa tuntut RM 5 insentif yang kerajaan beri. 


ingin membuka akaun SSPN-i plus pula, boleh klik di link di bawah
👉👉 BUKA AKAUN SSPN-i Plus👈👈





Pelepasan Faedah Pinjaman Pembelian Rumah (RM 10,000)

Ingat : pelepasan ini hanya diberikan kepada mereka yang membeli rumah dan perjanjian jual beli bertarik di antara 10/03/2009 - 31/12/2010. Perjanjian selain dari tarikh ini tidak layak ye untuk tuntutan pelepasan ini.


Tuntutan boleh dibuat setiap tahun selama 3 tahun berturut-turut bagi faedah/caj keuntungan yang dikenakan. Faedah dan caj keuntungan sahaja ye, bukan bayaran prinsipal.


REBAT CUKAI

Bagi pemastautin di Malaysia, mereka juga layak untuk menuntut rebat seperti berikut :

 Jenis Rebat Amaun Rebat Nota
Diri

 RM 400

Pendapatan bercukai tidak melebihi 
RM 35,000
Suami / Isteri

 RM 400


Pendapatan bercukai tidak melebihi 
RM 35,000 dan suami/isteri tiada 
pendapatan 
Zakat / Fitrah

 Terhad sehingga jumlah 
 cukai dikenakan
Zakat dibayar dalam tahun kalendar





Beza Pelepasan dan Rebat Cukai 

Pelepasan Cukai dan Rebat Cukai adalah perkara yang berbeza. Mungkin ada yang masih keliru di antara kedua-duanya, terutama bagi yang pertama kali menghantar borang cukai / e filing.


Contoh Pengiraan Tolakan Pelepasan (Pelepasan Anak)

Katakan pendapatan penggajian kita berjumlah RM 60,000 dan kita mempunyai 3 orang anak di bawah 18 tahun. Jadi kita layak menuntut pelepasan anak sebanyak RM 6,000 ( RM2,000 x 3).

Amaun pelepasan anak tadi (RM6,000) akan ditolak dari amaun penggajian RM60,000. Jadi pendapatan yang akan dikenakan cukai hanyalah RM 54,000.

Jadi hanya RM54,000 akan dikenakan cukai. 

Ini hanyalah contoh pengiraan tuntutan pelepasan dan tidak termasuk lain-lain pelepasan lagi seperti pelepasan untuk diri sendiri, KWSP dan sebagainya.


Contoh pengiraan tolakan Zakat

Zakat seperti dinyatakan di jadual di atas, ia tidak dikategorikan sebagai pelepasan tetapi sebagai rebat. Bagi muslim yang membayar zakat, amaun zakat yang dibayar dibenarkan untuk potongan sehingga 100% dari amaun cukai. Pastikan resit bayaran zakat di simpan untuk tujuan rekod dan semakan oleh pihak LHDNM. 


Contoh : 
Mat membayar zakat sebanyak RM2,000

Pendapatan Bercukai RM54,000
Cukai pendapatan dikenakan sebanyak RM3,140 (sebelum tolakan zakat)

Amaun zakat yang dibayar (RM2,000) boleh ditolak sepenuhnya.


Cukai dikenakan RM 3,140
Tolak : Rebet Zakat RM 2,000
Cukai kena bayar RM 1,140



Seperti biasa...pesanan saya...."Sayangilah Wang Anda"

~Mat-Drat @SayangWang~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇





3 comments:

  1. slm sejahtera,knp saya dikenakan penalti sdgkn saya membeli rumah pada Sept 2009,saya dh bertanya kpd pegawai LHDN berhbg taksiran 2015...dia memaklumkan bhw saya cuma layak claim utk 3 tahun shj,sbg cth jika saya mula membyr 2009,2010 dan 2011 sahaja yg dikecualikan cukai,padahal semasa mengisi efiling pegawai yg membantu mengisi mengatakan saya layak utk pengecualian 10000 utk rumah,selain itu pegawai lhdn juga mengatakan pada tahun 2015 xda pelepasan utk rumah...jadi saya mohon pencerahan drpn tuan/puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga kes tuan ni... Tapi pelepasan faedah pembelian rumah ni memang boleh dituntut untuk 3 tahun berturut2.

      Saya dah tambah maklumat di atas mengenai pelepasan ni (saya copy paste penerangan dari laman web LHDNM).

      Ikut laman web, pelepasan masih ada untuk tahun 2016. Tahun 2015 juga masih ada item ini. Mungkin maksud pegawai tu untuk kes tuan, sebab tuan dah tuntut pelepasan untuk 3 tahun.

      Maaf tuan, tak dapat menjawab soalan tuan.

      Delete
    2. Susah juga kes tuan ni... Tapi pelepasan faedah pembelian rumah ni memang boleh dituntut untuk 3 tahun berturut2.

      Saya dah tambah maklumat di atas mengenai pelepasan ni (saya copy paste penerangan dari laman web LHDNM).

      Ikut laman web, pelepasan masih ada untuk tahun 2016. Tahun 2015 juga masih ada item ini. Mungkin maksud pegawai tu untuk kes tuan, sebab tuan dah tuntut pelepasan untuk 3 tahun.

      Maaf tuan, tak dapat menjawab soalan tuan.

      Delete