Monday, 27 February 2017

Pelepasan Gaya Hidup 2017

Pelepasan yuran gym ( gymnasium fee) ??




Beberapa orang rakan saya ada bertanya mengenai pelepasan gym yang berjumlah RM2,500. Saya perasan sebelum beberapa orang rakan saya bertanya mengenai pelepasan ini, saya ada terlihat satu iklan Fitness Centre di FB yang mempromosikan rymnasium dia dengan 'Pelepasan Cukai Gaya Hidup RM 2,500.

Apa yang diperkatakan dan ditanya itu sebenarnya adalah berkenaan satu pelepasan cukai baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Budget 2017 pada hujung tahun lepas.


Pelepasan Gaya Hidup

Pelepasan Gaya Hidup ini merangkumi:

  1. Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; 
  2. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; 
  3. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan 
  4. Bayaran langganan internet


Pembelian Komputer termasuk komputer, telefon pintar atau tablet. 

Sebelum ini individu boleh menuntut pelepasan pembelian buku (RM1,000), pelepasan pembelian komputer setiap 3 tahun (RM 3,000) dan pelepasan pembelian alatan sukan (RM300).

Mulai tahun taksiran 2017 (isi borang cukai / hantar e -filing pada tahun 2018), ke tiga-tiga pelepasan ini akan digabungkan dalam satu pelepasan yang dikenali sebagai Pelepasan Gaya Hidup. Amaun Pelepasan Gaya Hidup ini adalah berjumlah RM 2,500.

Pelepasan Gaya Hidup ini akan merangkumkan ketiga-tiga pelepasan di atas dan turut akan diperluaskan dengan merangkumi pembelian akhbar arus perdana, smartphone & tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gym (gimnasium).








Apa kesan cukai kepada individu??
Kesan sudah pasti memberi sedikit kelebihan kepada pembayar cukai. Individu 

a. Contoh 1 : Sebelum 2017
Si Ali setiap tahun membuat tuntutan maksimum pembelian buku, pembelian peralatan sukan dan komputer (3 tahun sekali)

Jumlah pelepasan untuk 3 tahun

Tahun 1 : Buku (1,000) , Alat Sukan (300), Komputer (3,000) = 4,300
Tahun 1 : Buku (1,000) , Alat Sukan (300), Komputer (0)       = 1,300
Tahun 1 : Buku (1,000) , Alat Sukan (300), Komputer (0)       = 1,300
Jumlah pelepasn untuk 3 tahun yang dituntut                         = 6,900


b. Contoh 2 : Selepas 2017
Si Ali setiap tahun membuat tuntutan maksimum pembelian buku, pembelian peralatan sukan dan komputer (3 tahun sekali)

Jumlah pelepasan untuk 3 tahun

Tahun 1 : Buku (1,000) , Alat Sukan (300), Komputer (3,000) = 2,500
Tahun 1 : Buku (1,000) , Alat Sukan (300), Komputer (0)       = 2,500
Tahun 1 : Buku (1,000) , Alat Sukan (300), Komputer (0)       = 2,500
Jumlah pelepasn untuk 3 tahun yang dituntut                         = 7,500


Jadi semua resit-resit pembayaran hendaklah disimpan untuk tuntutan pelepasan ini nanti.






~Mat Drat~

No comments:

Post a comment