Friday 25 December 2015

Bantuan Khairat Kematian Bank Rakyat


7. Bantuan Khairat Kematian untuk Anggota Bank Rakyat.


Bank Rakyat melalui Yayasan Bank rakyat menawarkan bantuan khairat kematian kepada ahli anggota yang layak. Amaun bantuan adalah berjumlah RM 1,000.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh waris yang menguruskan perbelanjaan pengkebumian dan urusan-urusan lain yang berkaitan.


Kriteria Kelayakan
  • Merupakan anggota Bank Rakyat. 
  • Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian. 
  • Waris yang berhak memohon 
  • Jika anggota berkahwin-suami / isteri / anak 
  • Jika anggota tidak berkahwin-ibu / bapa / adik beradik kandung 


Dokumen Sokongan 
  • Satu salinan Sijil Kematian anggota 
  • Satu salinan kad pengenalan waris 
  • Satu salinan Surat Nikah, jika dituntut oleh pasangan 
  • Satu salinan surat beranak waris, jika dituntut oleh anak/adik beradik kandung 
  • Surat pengesahan daripada Penghulu/Ketua Kampung, jika dituntut oleh ibu/bapa 






Prosedure Tuntutan
Tuntutan dan pembayaran dibuat di Cawangan Bank Rakyat. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan waris.


Untuk maklumat lanjut dan terkini sila ke laman web rasmi Bank Rakyat


10 comments:

  1. mcm mna kalo dah lewat 3bln . lewat 4 hari 😭

    ReplyDelete
  2. Kena pergi ke Caw Bank Rakyat utk dapatkan kepastian , atau cuba call hotline bank rakyat, mungkin mereka boleh jawab dgn tepat

    ReplyDelete
  3. Ada seorang pembaca komen, tapi saya terdelete.

    Khairat Kematian hanya untuk ahli (mereka yang memegang saham bank rakyat). Bagi akaun simpan an (saving) tiada Khairat kematian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin utk elak tuntutan oleh waris lain. Rasanya Pihak Bank Rakyat lebih arif utk jawab.

      Delete
  4. Yg rm3000 tu khairat kematian jenis apa pulak ye? Sebab ada org kata khairat kematian bank rakyat rm3000

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maximum 1000 je bagi pemegang kad kredit gold.

      Delete
    2. Betul saya dapat 3000 tuntutan khairat untuk ayah

      Delete
  5. setakat buka acc bank rakyat RM10 untuk terima BRIM tak layak dapat khairat kematian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. khairat kematian hanya untuk ahli Bank Rakyat.
      Untuk akaun simpanan, tiada khairat kematian

      Delete
  6. Salam Takziah.
    Setahu saya, waris boleh tuntut khairat kemaatian jika si mati ahli bank rakyat

    mungkin boleh rujuk dgn Bank Rakyat utk info dan prosedure terkini

    ReplyDelete