3 Nov tahun lepas (sehari selepas pembentangan Belanjawan 2019), saya ada tulis sikit pasal Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) LHDN ni.
Kali ni saya nak share pula Siapa Yang Perlu Mengaku.... Baik baca, mana tahu ada yang tergolong di dalam kategori yang saya share kan ni.
Sedikit info mengenai PKPS .....
Apa itu Program Khas Pengakuan Sekarela (PKPS LHDNM ni?
Secara ringkasnya, ini program yang dijalankan oleh LHDNM untuk memberi peluang kepada pembayar cukai membuat pengakuan bagi pendapatan yang terkurang lapor dan pada masa yang sama dikenakan penalti yang rendah.
Setahu saya, sebelum ni LHDN akan kenakan penalti sekurang-kurangnya 45% bagi kes audit atau siasatan.
Dalam Program Khas Pengakuan Sukarela ini pula, pembayar cukai akan dikenakan penalti yang cukup rendah ke atas cukai yang dikenakan iaitu:
- 10% - pengakuan dibuat sehingga 31 Mac 2019 (bayaran sblm 1 April 2019)
- 15% - pengakuan dibuat sehingga 30 Jun 2019 (bayaran sblm 1 Julai 2019)
Lain-lain info, saya dah share sebelum ni. Boleh rujuk di
👉👉 Pengakuan Sukarela LHDN
Atau lebih tepat rujuk laman web atau FB Page LHDN
👉👉 http://www.hasil.gov.my/
👉👉 https://www.facebook.com/LHDNM
Atau lebih tepat rujuk laman web atau FB Page LHDN
👉👉 http://www.hasil.gov.my/
👉👉 https://www.facebook.com/LHDNM
Siapa Perlu Mengaku ni?
Apa yang saya faham, semua orang perlu membuat pengakuan jika ada pendapatan yang terkurang lapor atau tidak dilapor kepada LHDNM sebelum ni.
"Orang' ni tak kira lah individu, perkongsian atau pun syarikat.
"Orang' ni tak kira lah individu, perkongsian atau pun syarikat.
Saya kata 'SEMUA' tu .... sebab baik mengaku dari kena audit atau di siasat oleh LHDNM. Kalau mengaku, kita dapat 10%-15% penalti sahaja. Kalau tak mengaku dan terpilih untuk diaudit atau disiasat, kita akan dikenakan penalti antara 80%-300% selepas tempoh PKPS ni tamat.
Terima Surat PKPS, kena mengaku ke ni?
Ramai kawan-kawan saya terima surat tawaran PKPS ni tertanya-tanya "nak buat apa dengan surat ni"?
Biasalah bila dalam group WhatsApp ada akauntan, ada auditor, ada ejen cukai dan orang LHDN sendiri, jadi senang kawan-kawan yang ada masalah berkaitan cukai boleh tanya kat kawan-kawan goupp je.
Dulu masa study pun, pernah ambik subject taxation, jadi tahulah serba sedikit pasal tax ni.
Dari jawapan yang diberi, dan carian saya mengenai info di laman web dan FB Page LHDNM, boleh la saya katakan semua kena lapor...., tak kira makan gaji atau buat biznes, mahupun yang ada syarikat.
Apa yang faham, mereka yang terima surat tawaran PKPS tu perlu laporkan pendapatan sekiranya sebelum ni ada pendapatan yang
- terkurang lapor atau
- tak dilapor langsung.
Kenapa kena lapor?....
Kena la lapor, sebab kalau tak lapor dan kita kena audit atau di siasat oleh LHDNM nanti, dan LHDNM dapat tahu (biasanya mereka akan tahu) kita tak lapor dengan betul, mereka akan kirakan cukai untuk kita dan penalti yang dikenakan memang memeritkan.
Bila terima surat audit dari LHDNM ni, saya jamin kita boleh sampai Tak Tidur Lena dan Tak Selera Makan. Ni pengalaman saya beberapa tahun dulu la, tu pun pihak LHDNM minta dokumen sikit je. Baru minta sikit, saya punya gelabah nak mencari dokumen pelepasan tu sampai dalam tidur pun teringat-ingat.
TAPI INGAT,
LHDN ada keluarkan kenyataan baru-baru ni bagi mereka yang menerima surat tawaran PKPS tu dan pendapatan kurang RM4,000 sebulan, mereka tidak perlu buat apa-apa. Maknanya tak layak kena cukai la, jadi abaikan surat tu.
Jadi yang pendapatan kurang RM4,000 tak perlu buat apa-apa ye, yang terima lebih sebaliknya ye.
Tak kira pendapatan apa, janji lebih RM 4,000....baik lapor dan rebut peluang PKPS ni. Lagi-lagi kalau ada terima lebih RM40,000, apatah pula lagi kalau lebih RM 400,000.
JANGAN INGAT LHDN tak tahu ye... Percayalah, tunggu masa je.
The Star 4 Februari 2019. Sumber FB Page LHDNM |
Utusan 2 Februari 2019. Sumber FB Page LHDNM |
Pendapatan Apa Yang Perlu Lapor ni
Ramai juga yang tertanya-tanya, pendapatan (income) apa yang nak kena mengaku kepada LHDNM ni.
Saya kategorikan beberapa-pendapatan (income) yang PERLU dilapor. Kalau ada lagi kategori income lain yang saya terlepas, nanti saya update.
Saya kategorikan pendapatan yang biasa diterima oleh individu je dahulu buat masa ni.
Saya kategorikan pendapatan yang biasa diterima oleh individu je dahulu buat masa ni.
1. TERIMA GAJI (PENGGAJIAN)
- Yang terima gaji lebih RM 4,000 sebulan kenalah lapor kepada LHDNM.
- Kalau sebelum ni tak pernah lapor (tak pernah hantar borang atau isi e-filing), ini lah masa untuk buat pengakuan. Rebutlah peluang PKPS ni.
- Yang terima gaji ni, biasanya tiap-tiap bulan kita akan kena potongan PCB (Potongan Cukai Berjadual).
- Bila ada potongan PCB, maknanya kita dah ada file cukai dan duit potongan PCB tu akan dikreditkan ke akaun kita.
- Bila kita tak hantar borang maka amaun kredit dalam akaun kita (potongan PCB) tu akan tergantung dalam akaun kita. LHDNM tak boleh nak offsetkan sebab kita tak hantar borang. Kita tak hantar borang, macam mana nak offset kan....sebab cukai belum dikira dan dikenakan.
- Bila TAK HANTAR borang ni, percayalah salah satu masalah ni boleh terjadi kat kita
- LHDN kirakan cukai anggaran untuk kita. Biasa anggaran ni mereka tak akan tolak banyak pelepasan cukai untuk kita, sebab mereka tak ada maklumat pelepasan yang kita layak tuntut. Jadi pengiraan cukai akan tinggi, kan kita yang rugi ...
- LHDN hantar surat audit atau minta kita hantar borang. Kalau kita dapat surat audit ni, ini pun akan beri masalah kepada kita. Selain penalti tinggi, kita perlu cari dokumen-dokumen lama.
- Waktu nak pencen atau berhenti kerja. Ni pun masalah, bila kita nak pencen atau nak berhenti kerja, majikan akan minta 'clearence' dari LHDNM. Bila LHDNM semak yang kita tak hantar borang, waktu ni LHDNM akan minta dokumen-dokumen sokongan dan kita perlu hantar borang untuk tahun-tahun yang kita tak hantar borang. Masalah tu nanti bila nak cari dokumen-dokumen macam EA form dan resit-resit bayaran untuk tuntut pelepasan.
- Maklumlah dah banyak tahun kebelakang, susah nak cari dokumen tu nanti. Kalau kita lapor masa PKPS ni, mereka akan terima je apa yang kita hantar dengan 'suci hati', maknanya mereka tak tanya lebih-lebih (minta dokumen sokongan dan sebagainya).
- Mulai tahun Taksiran 2014 dahulu, LHDNM kenalkan 'PCB Sebagai Cukai Muktamad'. Ini bermaksud, mereka yang mempunyai pendapatan satu penggajian sahaja (1 majikan), boleh memilih untuk tidak menghantar borang cukai (BNCP).
- Tapi untuk ini ada beberapa syarat dia.
- Untuk syarat-syarat, boleh rujuk laman ni
- http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/16_2017_1.pdf
2. KOMISEN - Ejen Insuran, Ejen Hartanah dll
- Yang terima komisen pun pelu lapor ye.
- Komisen ni berbeza dengan gaji sebab komisen ni tak tetap dan berubah-rubah.
- Yang terima komisen ni tak ada PCB, tapi sepatutnya ada buat potongan cukai secara ansuran. Ansuran yang dibayar ni membantu kita sebenarnya, bila kita hantar borang (business sebelum 30 Jun) dan dikenakan cukai nanti tidaklah menyusahkan kita nak bayar cukai secara sekaligus sebab kita dah bayar ansuran in-advance.
- Yang dapat komisen bulan-bulan beribu-ribu ringgit tu, laporlah kepada LHDNM.
- LHDNM bukan tak tahu ada ejen insuran, ejen hartanah, ejen MLM dll terima komisen beribu-ribu ringgit sebulan, ada yang puluh ribu dan ratus ribu pun ada. Mereka tahu....
- BETUL ke LHDNM tahu? LHDNM tahu, sebab syarikat yang bayar kepada komisen kepada kita akan hantar laporan tahunan kepada LHDNM. Laporan tu siap ada nama, no k/p dan amaun.
- Lagi-lagi sekarang zaman digital, lagi senang simpan rekod dan mereka buat semakan.
- Tak percaya, tanyalah kat kawan-kawan atau 'leader' kita yang pernah ada pengalaman diaudit atau disiasat oleh LHDNM.
- Selain LHDN tahu dari maklumat yang syarikat kita sampaikan, LHDN juga 'tahu' dari 'pemerhatian' mereka di laman sosial kita. Ye la, pergi bercuti luar negara, guna kereta mewah, update biznes kencang tapi borang cukai tak hantar. Mestilah LHDN tahu.
- JADI, kalau terima pendapatan komisen ni dan tak lapor atau tak lapor dengan betul, eloklah ambil peluang buat pengakuan dalam tempoh PKPS ni.
- Bagi yang buat secara sambilan pula, komisen yang diterima perlu dicampur dengan pendapatan sedia ada dan perlu dilapor kepada LHDNM.
- Sediakan akaun untung rugi (kalau belum ada), dan kira net income serta pendapatan bercukai. Dah ada amaun, boleh ke mana-mana cawangan LHDNM. Tak tahu nak kira, pergi sahaja ke auditor atau ejen cukai, mereka boleh bantu sediakan.
3. Management Fee / Consultant Fee / Referral fee dan seumpamanya
- Sebut la apa nama 'fee' pun seperti managment fee, broker fee, introducer fee, referral fee dll, 'fee-fee' yang kita terima ni pun kita kena lapor juga kepada LHDN ye.
- Ada orang makan gaji, pada masa sama terima 'fee-fee' ni. Mungkin atas sesuatu projek, atau 'secure'kan projek, lancarkan urusan projek atau seumpamanya, duit yang kita terima tu kena lapor ye.
- Tak kira lah 'fee' yang kita terima tu RM10,000 ke...RM100,000 ke....dan apatah lagi RM juta-juta. Ini semua memang wajib lapor.
- LHDNM boleh tahu ke? Boleh.... Senang sangat LHDN nak tahu sebenarnya. Katakan syarikat yang buat bayaran kepada kita tu diaudit atau disiasat oleh LHDNM, belanja-belanja ni pasti akan diminta maklumat terperinci oleh LHDNM.
- Belanja-belanja 'management fee, consultant fee' dan seumpamnaya memang 'diminati' oleh LHDNM. Mereka akan semak detail belanja-belanja ni yang dituntut oleh syarikat atau perniagaan tu.
- Bila mereka semak detail, maknanya mereka akan tahu siapa penerima. Dan kalau ada penerima yang tak lapor, bersedialah terima surat dari LHDNM untuk beri penjelasan.
- Nak tahu LHDNM suka atau tidak item-item belanja ni, boleh semak 'pengiraan cukai' yang disediakan oleh ejen cukai yang mereka submit kepada LHDNM. Dalam pengiraan cukai tu memang mereka perlu 'detailkan' mengenai belanja-belanja ni, detail maklumat yang akan dikemukakan kepada LHDN termasuklah nama, no k/p, tujuan bayaran dan sebab bayaran.
- Jadi, sekali lagi saya pesan...kalau ada terima duit-duit seperti ni, lapor ye sebelum LHDNM kesan dan kita dipanggil untuk beri penjelasan.
4. Part Timer / Free lancer
- Ni pun kena lapor jugak ye.
- Part-timer. Ada yang kerja part time je, tapi pada masa sama ada kerja tetap lain. Jadi income dari part time ni pun sepatutnya kena lapor.
- Majikan part time kita memang akan hantar maklumat pembayaran gaji kepada LHDNM, dan dalam rekod LHDNM memang ada maklumat penggajian yang kita terima.
- Jadi, kalau ada terima tu dan layak kena cukai, lapor ye.
- Freelance. Ada orang tak suka kerja tetap, dan lebih suka kerja secara freelance, orang kata duit ikut job. Ada yang freelance tu memang sumber utama, dan ada juga yang sebagai tambahan income sahaja.
- Maklumat pembayaran ni pun biasanya akan diminta oleh LHDNM daripada syarikat yang diaudit atau disiasat, sama seperti maklumat pembayaran 'fee' di atas.
- Walau apa pun kategori kita, duit dari part-time job atau freelance ni, tetap kita kena lapor kepada LHDNM.
- Kira je la balik berapa amaun yang kita dah terima untuk tahun-tahun yang kita tak lapor, buat pengiraan dan lapor kepada LHDNM.
5. Direct Selling / MLM
- Kategori ni pun ramai rasanya.
- Kalau kita ada income dari perniagaan direct selling atau MLM dan kita tergolong dalam top-leader, bersedialah untuk menerima surat audit atau surat siasatan dari LHDNM.
- Mereka ada rekod yang dikemukakan oleh syarikat dan memang ada unit memantau perniagaan ni. Ada beberapa kawan saya yang telah di audit.
- Bukan top-top leader sahaja, yang 'biasa-biasa' pun kena lapor ye.
- Pendapatan dari direct selling ni pun perlu dilapor selagi pendapatan melebihi RM 4,000 sebulan.
- Ingat ye, kalau kurang dari RM4,000 tapi ada pendapatan lain seperti terima gaji dan sebagainya, pun kena lapor juga. Ye la, bila dah campur kedua-dua pendapatan, banyak tu pendapatan kita sebenarnya.
6. Sewa Rumah / Bangunan
- Ramai antara kita yang memiliki rumah atau lot kedai dan turut menyewakan kepada oarang lain.
- Pendapatan sewa ni pun kalau ada, kita perlu lapor kepada LHDN.
- Mana-mana yang tak lapor tu, ambil lah peluang ni untuk lapor kepada LHDN.
- LHDN tak susah pun nak kesan aset kita dan nak kesan kita sewakan atau tidak.
- Apabila kita buat transaksi jual beli rumah, transaksi tu ada dalam rekod LHDN. Kalau kita ada 5 rumah, dalam rekod LHDN nanti keluar la 5 rumah milik kita. Perjanjian jual beli rumah kan kita kena buat 'stampings' , dan stampingkan di LHDN (kadang-kadang lawyer yang uruskan), jadi memang semua rekod jual beli tu ada di LHDN.
- Perjanjian sewa pun biasanya kita akan buat stamping (matikan setem), jadi rekod penyewaan pun LHDN ada.
- Jadi elok sangat kita ambil peluang ni untuk lapor pendapatan sewa kepada LHDN jika sebelum ni kita tak lapor.
- Satu lagi, INGAT ye.... perjanjian jual beli rumah tu masuk di rekod LHDN. Jadi kalau kita boleh beli rumah yang agak mahal beratus ribu atau berjuta harganya, tetapi tak lapor pendapatan (atau lapor kurang) kepada LHDN, ini pun akan menimbulkan persoalan kepada LHDN.
7. Berniaga Online
- Mereka yang berniaga online pun sama seperti mereka yang berniaga offline, juga tertakluk kepada cukai. Kena lapor pendapatan kepada LHDN.
- Meniaga online ni luas, selagi ia dibuat secara online tak kira di laman sosial seperti FB, Instagram atau seumpamanya seperti menjual pakaian, menjual makanan, menjual peralatan elektronik ni semua di kira online. Tak semestinya kita perlu ada kedai, tak ada kedai pun kena lapor pendapatan.
- Instafemes pun rasanya ramai yang terima ribu-ribu ringgit sebulan, malahan ada yang puluhan ribu ringgit. Kalau ada instafemes yang baca ni, elok la lapor jika sebelum ni tak lapor.
- Ada juga yang menjual di kedai online, tak kira buka kedai sendiri (online) atau pun di portal shopping seperti Lazada, Shoppee, 11th Street, Ebay dll, pendapatan yang kita terima perlu kita lapor. Senarai penjual dan jumlah jualan ada di rekod syarikat kedai shopping online ni, jadi LHDN tiada masalah nak dapatkan maklumat.
- Jadi kalau rasa-rasa pendapatan tu banyak dan layak kena cukai, elok ambil peluang PKPS ni untuk lapor kepada LHDNM.
8. E-hailing seperti Grab, Uber dll
- Menjadi pemandu e-hailing seperti Grab, Uber, MyCar dll turut dikira sebagai profession, sama macam pemandu teksi.
- Jadi pendapatan ni juga layak dikenakan cukai.
- Ada kita yang jadi driver e-hailing ni secara full-time dan pendapatan yang diterima agak lumayan.
- Ada juga yang buat e-hailing ni secara part-time je, sebagai menambah pendapatan sedia ada.
- Tak kira lah pendapatan secara full-time atau part-time, pendapatan dari e-hailing ni perlu dilapor kepada LHDN sekiranya layak dikenakan cukai.
Rasanya ni dulu buat masa ni, nanti ada lagi yang saya rasa perlu masukkan, saya tambah dalam list ni.
Bagi yang belum pernah lapor pendapatan tu, dan tak tahu cara nak lapor, boleh la tanya kepada ejen cukai. Atau pun pergi sahaja ke cawangan LHDN yang terdekat untuk dapatkan maklumat dan penerangan lanjut.
Mat Drat @SayangWang
No comments:
Post a Comment