Setiap tahun, ahli-ahli Bank Rakyat (ahli Koperasi Bank Rakyat) pasti tertunggu-tunggu bilakah tarikh pengumuman dividen akan dibuat dan berapakah dividen untuk tahun tersebut.
Bagi tahun ini (2019), tarikh pengemuman pembayaran dividen Bank Rakyat bagi akaun berakhir 31 Disember 2018 akan dinanti-nantikan penuh harapan oleh semua ahli di dalam keadaan pasaran saham dan ekonomi yang agak tidak memberangsangkan pada tahun 2018.
Jika diilihat kepada satu lagi instrumen pelaburan yang sentiasa dinantikan pengumuman dividennya iaitu ASB, di mana ASNB telah mengumumkan kadar dividen dan bonus untuk ASB bagi akaun berakhir 31 Disember 2018 sebanyak 7% (6.50% - agihan, dan 0.50% - bonus) iaitu sedikit TURUN berbanding tahun sebelumnya. Untuk tahun berakhir 31 Disember 2017 pula, agihan ASB adalah 7.25% ( 7.00% - agihan, dan 0.25% - bonus).
Selain ASB, pembayaran Hibah dan Bonus Tabung Haji (TH) juga akan dinantikan penuh debar bagi pendeposit TH susulan beberapa pendedahan isu-isu hangat membabitkan TH kebelakangan ini.
Keseluruhan ahli Bank Rakyat yang berjumlah lebih kurang 950,000 dengan modal berbayar keseluruhannya sebanyak RM 3 billion, TETAP mengharapkan dividen tahun ini lebih berbanding tahun lepas.
Walaupun keadaan persekitaran ekonomi yang agak tidak memberangsangkan, para pemegang saham tetap mengharapkan Bank Rakyat mampu memberikan dividen yang tinggi seperti tahun-tahun sebelum ini.
Walaupun keadaan persekitaran ekonomi yang agak tidak memberangsangkan, para pemegang saham tetap mengharapkan Bank Rakyat mampu memberikan dividen yang tinggi seperti tahun-tahun sebelum ini.
Apa-apa pun, kita tunggu sama-sama pengumuman dividen yang akan diumumkan nanti.
Nota :
Saya akan update di sini apabila pengemuman dibuat nanti.
Dividen Bank Rakyat Terkini (2018)
Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 13% bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, ketika mengumumkan perkara itu, hari ini, berkata pembayaran dividen masih tinggi walaupun trend pembayaran rendah dalam industri keseluruhannya.
Beliau berkata, pembayaran dividen kepada anggota akan mula dibuat pada 15 April ini.
“Jumlah itu diumumkan selepas perbincangan dan mendapat persetujuan dengan Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia (BNM).
Rekod Dividen Bank Rakyat
3 tahun kebelakangan ini, dividen bank rakyat adalah seperti berikut;
- 2015 -13 % ( Diumumkan pada 2016)
- 2016 -15 % ( Diumumkan pada 2017)
- 2017 -16 % ( Diumumkan pada 2018)
Untuk rekod pembayaran dividen bagi 15 tahun terdahulu, boleh semak di
👉👉 Rekod Dividen Bank Rakyat
👉👉 Rekod Dividen Bank Rakyat
Saham Bank Rakyat vs Akaun Simpanan Bank Rakyat
Ada yang masih keliru, sama ada simpanan dia di akaun bank rakyat layak atau tidak dengan dividen ini.Pembayaran dividen ini hanya untuk ahli iaitu untuk mereka yang meiliki saham Bank Rakyat dan bukannya kepada akaun simpanan.
Untuk menjadi ahli, seseorang itu perlu memiliki saham Bank Rakyat. Buat masa ini, semua unit saham Bank Rakyat telah penuh dilanggan. Dan kali terakhir ia ditawarkan semula (tambahan), telah habis seperti goreng pisang.
Ingin membeli atau menambah saham Bank Rakyat ?
Bagi mereka yang ingin menjadi ahli Bank Rakyat dengan membeli saham nya, agak dukacita kerana sekarang kuota telah penuh. Buat masa ni, saya pun tidak mendengar apa-apa berita yang Bank Rakyat akan membuka peluang untuk Penambahan Saham nya dalam masa terdekat.
Pasti ramai yang sentiasa menunggu peluang untuk menambah saham di Bank Rakyat memandangkan dividen yang diumumkan setiap tahun tidak mengecewakan, seingat saya ia sentiasa melebihi 10%.
Kali terakhir Bank Rakyat memberi peluang penambahan saham adalah sekitar tahun 2011 dahulu. Pada waktu itu, saham yang ditawarkan seperti pisang panas. Terlalu ramai yang ingin menambah pegangan saham berbanding saham yang ditawarkan sebanyak RM500 juta. Dan akhirnya Bank Rakyat menawarkan hanya limit 500 unit saham seorang kepada ahli baru. Manakala untuk ahli sedia ada, unit yang diagihkan lebih sedikit. Pada ketika itu saya dapat tambahan 2000 unit sahaja.
a. Saham Bank Rakyat
Beli saham Bank Rakyat dengan harga premium - berbaloi?
Jika ada pihak-pihak tertentu menawarkan untuk menjual saham Bank Rakyat mereka pada harga yang lebih tinggi, sebelum membeli saya sarankan buat sedikit pengiraan.
Satu unit saham Bank Rakyat berharga RM1. Ada pihak menjual sehingga RM1.30 sesaham.
Saya pernah ditawarkan sebanyak RM 100,000 unit pada harga RM1.50 tetapi saya tolak kerana harga yang ditawarkan agak tinggi dan saya ada pilihan pelaburan lain. Saya buat simple calcullation berikut :

Katakan
Beli 100,000 saham pada harga RM1.30 pada 30 Disember 20xx.
Harga belian = RM 130,000
Unit = 100,000
Dan katakan
Dividen Bank Rakyat 15% setahun (anggaran).
Dividen akan dikira ke atas saham 100,000 unit.
Dividen Setahun = RM 15,000
Dividen 2 tahun = RM 30,000
Dividen 3 tahun = RM 45,000
Dividen 10 tahun = RM 150,000
Jadi boleh anggap selepas 2 tahun baru boleh 'cover' premium (lebihan harga) yang dibayar.
Maknanya 2 tahun pertama kita seakan tak dapat apa-apa dividen.
Atau kita boleh anggap dividen kita terima adalah 11.5% sahaja
Harus diingat, kadar dividen Bank Rakyat hanya dikira ke atas saham. Dividen yang kita dapat akan dimasukkan ke akaun simpanan. Jika tidak dikeluarkan (ia hanya beri sekitar 2-3% sahaja, tidak ada 'kompound' keatas dividen yang diterima.
Jika harga belian RM 130,000 tu ditampung dengan pinjaman dari bank, (katakan pada kadar 4-6% setahun), maka pulangan bersih kita lagi rendah.
Sama ada ingin membeli / menerima tawaran saham Bank Rakyat pada harga yang lebih tinggi, sekali lagi saya sarankan buat pengiraan.

-Sayangi Wang Anda-
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
Mat Drat @SayangWang
Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment