Monday, 15 January 2018

SSPN1M - Cara Mohon RM500

SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia yang dijenamakan semula dari produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri dari SSPN1M-i yang dahulunya dikenali dengan SSPN-i dan SSPN1M-i plus yang dulunya dikenali dengan SSPN-i plus.

2018 ini, kerajaan memperuntukkan RM250 juta kepada 500,000 akaun terawal melalui Insentif Geran Sepadan RM500. Setiap akaun anak akan mendapat RM500 jika syarat-syarat ditetapkan dipenuhi. 



Apa itu Insentif Khas Geran Sepadan RM500 ini.

1. Insentif Geran Sepadan RM 500 (GS500) ini adalah insentif dari budget 2018.

2. Ia bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018 

3. Insentif ini hanya diberi kepada anak-anak berumur 7-12 tahun pada tahun 2018 atau sedang belajar di sekolah rendah.

4. Perlu membuka akaun SSPN1M dan membuat deposit minimum bersih RM500 dalam tahun 2018 (mulai Januari)  untuk mendapatkan GS500 ini.




Bagaimana untuk mendapatkan RM 500 ini.

1. Buka akaun SSPN1M-i / SSPN1M-i plus bagi yang belum ada akaun dan buat simpanan mulai Januari 2018. 

2. Jika sudah ada akaun SSPN1M-i / SSPN1M-i plus (SSPN), mula buat simpanan tambahan pada tahun 2018 ini. 

3. Pastikan simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500 dalam produk yang sama. (Ini tidak termasuk jumlah takaful bagi akaun  SSPN1M-i plus)

Contoh Simpanan

Contoh 1 :
Pendeposit keluarkan wang RM500 dari akaun SSPN1M-i dan depositkan RM500 ke akaun SSPN1M-i plus bagi akaun penerima manfaat (anak) yang sama, maka anak TIDAK LAYAK dapat GS500.


Contoh 2 :
Pada bulan yangs sama, pendeposit keluarkan RM200 dari akaun SSPN1M-i  dan kemudian masukkan balik RM 500 ke akaun SSPN1M-i  tadi, maka anak TIDAK LAYAK dapat GS500 ini kerana simpanan bersih tidak capai minimum RM500


Contoh 3 :
Pendeposit buat simpanan RM200 ke akaun SSPN1M-i  dan RM300 ke akaun SSPN1M-i plus , maka anak TIDAK LAYAK mendapat GS500 ini kerana ia tidak didepostkan ke akaun produk yang sama.





Apa lagi yang PERLU anda tahu mengenai GS 500 ini.


Permohonan

1. TIDAK PERLU buat permohonan untuk mendapatkan GS500 ini. GS500 ini akan diberikan secara automatic.

2. Insentif ini akan diberikan pada hujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, DAN ia tertakluk kepada peruntukan RM250 juta – atau 500,000 akaun terawal. Jadi, kena cepat sebelum peruntukan RM 250 juta habis.



Pengeluaran

1. Insentif GS500 ini HANYA BOLEH DIKELUARKAN apabila penerima manfaat (anak) mencecah umur 18 tahun.

2. Jika penerima manfaat belum mencecah 18 tahun, simpanan selain insentif GS 500 ini BOLEH DIKELUARKAN dengan syarat baki mimimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk amaun insentif GS 500 ini.

Contoh
Kalau ada buat simpanan RM1,500 dan kemudian mendapat GS500. Keseluruhan simpanan berjumlah RM 2,000. Pendeposit hanya DIBENARKAN BUAT PENEGELUARAN maksimum sebanyak RM1,000 sahaja.



3. Jika pendeposit ingin MENUTUP akaun sebelum penerima manfaat (anak) berumur 18 tahun, GS500 ini TIDAK BOLEH dikeluarkan, hanya jumlah simpanan dan dividen sahaja boleh dikeluarkan. Insentif ini akan ditarik balik.

4. Jika Pendeposit atau Penerima Manfaat Meninggal Dunia sebelum penerima manfaat beumur 18 tahun, akaun perlu ditutup dan LAYAK menerima GS500



Ada Akaun Lain

1. Jika penerima manfaat (anak) mempunyai 2 akaun yang dibuka oleh ibu dan ayahnya, GS500 hanya akan diberi sekali sahaja. Akaun yang terlebih dahulu mencapai simpanan bersih RM 500 akan mendapat GS 500 ini.

2. Jika pendeposit (ayah atau ibu) mempunyai lebih dari seorang penerima manfaat (anak) yang berumur 7-12 tahun, SETIAP penerima manfaat LAYAK mendapat GS 500 ini apabila memenuhi syarat yang ditetapkan.



Dividend dan Pengecualian Cukai

1. Insentif GS500 ini TURUT LAYAK mendapat dividen

2. Amaun GS500 ini TIDAK LAYAK untuk Pelepasan Cukai kerana ia bukanlah simpanan pendeposit tetapi Geran dari Kerajaan.

3. Pendeposit layak mendapat Pelepasan Cukai bagi SSPN1M bagi jumlah bersih simpanan. Kerajaan melanjutkan lagi 3 tahun bagi Pelepasan Cukai SSPN1M (Dulunya Pelepasan SSPN)

Baca Lanjut mengenai 



Sebelum mengakhiri perkongsian ini, saya ingin pesan bahawa ada juga insentif lain yang PERLU DIREBUT



- Insentif ADAM


~Mat-Drat @SayangWang~



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇





No comments:

Post a Comment