Monday 22 January 2018

KISS Selangor - Jom Daftar








KISS – KASIH IBU SMART SELANGOR


KISS merupakan satu program kebajikan khusus dari Kerajaan Negeri Selangor bagi mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga .

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu ini, Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diperkenalkan dengan mengkhususkan kepada golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40)

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).



SYARAT KELAYAKAN KISS

1.  Warganegara Malaysia; dan
2.  Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan 
3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan 
3.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
4.  Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.








CARA MENDAFTAR

Pendaftaran boleh dibuat secara online atau manual;

Secara atas talian di www.kiss.com.my

Secara manual :
- borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web di pautan berikut

-      atau boleh diambil di :
  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  4. Pusat Wanita Berdaya


MANFAAAT

Pemegang ahli kad KISS boleh membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless),  terhad sebanyak RM 200 sebulan.

Kad KISS akan ditambah nilai RM 200 setiap bulan secara automatik, dan baki nilai kad tidak akan dibawa ke bulan hadapan. 



SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

​Mengikut laman web rasmi KISS , berikut adalah senarai barang yang diluluskan untuk dibeli dengan menggunakan kad KISS

1. Beras
2. Mi dan Bihun
3. Roti
4. Biskut
5. Telur
6. Gula dan Garam
7. Rempah ratus
8. Tepung
9. Minyak masak
10. Sayur-sayuran
11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
14. Produk tenusu – susu segar, susu
tepung, susu sejat dan susu pekat manis
15. Barangan persekolahan – kasut, beg,
buku, alatulis, pakaian seragam Done sebagainya. 

Setakat ni, ini barangan yang diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang di pilihan selagi tidak lebih RM200. 

Untuk maklumat terkini boleh rujuk laman web KISS


Senarai kedai

Senarai kedai yang mengambil bahagian boleh dirujuk kepada senarai yang dikemukakan.


Kena rajin buat semakan kerana senarai akan berubah, mungkin ada penambahan dari masa ke semasa.

Jika ingin mendaftar sebagai peniaga / peruncit pun boleh juga, borang boleh di download dari laman web KISS ini.



Pertanyaan mengenai KISS

Ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Selangor Careline

Tel : 03-5525 6600
Faks : 03-5525 6900
Email : admin@selcare.my


Pesanan Ikhlas.. Sayangi Wang Anda 

Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇


1 comment:

  1. Bulan sept saya tak dapat ambil barang .mereka kata kad kiss saya telah reject.sebab apa kad kiss telah direjectkan.

    ReplyDelete