Tuesday 4 April 2017

RAYUAN BR1M 2017

Rayuan Br1m 2017




Baru-baru ini tular di media sosial mengenai ramai pemohon BR1M menerima status 'Permohonan Tidak Lulus' walau pun tahun-tahun sebelum ini mereka adalah penerima BR1M. Ramai yang agak terkejut apabila status mereka kini 'TIDAK LULUS' dan lebih terkejut apabila alasan adalah kerana berkaitan pendaftaran mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Jika tuan -puan rasa tuan-puan layak mendapat BR1M tersebut, tuan puan perlu membuat rayuan di Pejabat LHDN di seluruh negara. Jangan tunggu sehingga hari-hari akhir untuk membuat rayuan. Kerajaan memberi bantuan melalui BR1M, jadi kepada mereka yang statusnya "Tidak Lulus", perlu berusaha sendiri untuk membuat rayuan sekiranya tuan-puan rasa layak menerima BR1M.


Maklumat di bawah boleh dijadikan sebagai panduan.


Tarikh Rayuan BR1M


Tempoh rayuan BR1M 2017 adalah bermula 3 April 2017 - 31 Mei 2017. 

Elakkan dari datang di saat-saat akhir kerana rakyat Malaysia amat suka melakukan sesuatu di saat akhir. Jika anda datang di hari-hari terakhir, anda akan terkejut melihat panjangnya mereka yang beratur menunggu giliran.


Tempoh Rayuan BR1M
Tempoh Rayuan BR1M

Cara Rayuan BR1M 2017

1. Tuan/puan hanya perlu ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan ini untuk membuat permohonan rayuan. Bawa dokumen yang menyokong permohonan tuan/puan .

2. Datang bersama dokumen sokongan seperti:
- Sijil / Surat pengesahan cerai
- Sijil / Surat Pengesahan Kematian
- Sijil Lahir / Daftar Anak Angkat / Sijil Lahir Permohonan atau dokumen pembuktian pertalian perhubungan Jika ibu bapa tidak memohon
- Surat Hak Penjagaan Tanggungjbkos yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan.

Dokumen-dokumen lain yang diperlukan boleh semak di laman web ebr1m.


3. Bagi pemohon yang statusnya asalnya Tidak Lulus (kerana berkaitan pendaftaran di SSM), kerajaan telah bersetuju membayar untuk pembayaran pertama sahaja. Untuk menerima pembayaran berikutnya, pemohon BR1M yang 'Tidak Lulus' kerana berkaitan statusnya di SSM, mereka perlu membuat rayuan kepada LHDNM.

Tuan/puan tidak perlu hadir ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Makaysia) untuk membuat sebarang pengesahan sebaliknya hanya perlu ke cawangan LHDNM. Tuan/puan diminta hadir dengan membawa penyata pendapatan perniagaan atau penyata akaun bank yang berkaitan perniagaan/syarikat kepada LHDNM dalam tempoh rayuan tersebut bagi mengesahkan maklumat pendapatan tuan/puan.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan bayaran BR1M 2017untuk peringkat ke 2 dan seterusnya tidak akan diteruskan kepada tuan/puan.



3. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my


Mat-Drat

No comments:

Post a Comment