Saturday 8 October 2016

Kelebihan Kad Kredit

Kad kredit jika diguanakan secara bijak akan memberikan banyak faedah kepada pemiliknya. Saya senaraikan beberapa kelebihan kad kredit. 





Antara kelebihan kad kredit :


1. Memudahkan kaedah pembayaran kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.


Katakan kita ingin membeli barangan bernilai ribuan ringgit, jadi tidak perlu kita membawa wang tunai yang banyak. Ini dapat mengurangkan risiko kehilangan wang atau menjadi perhatian pihak yang tidak bertanggung jawab. Lebih-lebih lagi sekarang ni penggunaan cek juga agak berkurangan, jadi menggunakan kad kredit adalah lebih bagus dari membawa wang tunai dalam amaun yang besar.




2. Memperolehi diskaun dan rebet.

Ada sesetengah kad kredit memberikan rebet tunai bagi sesuatu transaksi, ada mengikut kategori perbelanjaan atau pun rebet diberikan pada hari-hari tertentu.

Sebagai contohnya, ada kad kredit memberikan rebet dari 0.5% sehingga 5% bagi perbelanjaan petrol atau pun groceries. Jika kita pengguna 'loyal' sesuatu jenama minyak, boleh la mohon kad kredit khas yang memberikan cashback tertinggi untuk jenama minyak yang kita gunakan.

Jika belanja petrol bulanan kita RM 500, dengan 5% rebat sahaja kita sudah dapat penjimatan sebanyak RM25 sebulan. 

Saya senaraikan kad kredit yang menawarkan cashback bagi pengisian petrol di artikel berikut. 
>>  Kad Kredit Petrol  <<

Jadi bagi yang memiliki beberapa kad kredit, rancang perbelanjaan dengan bijak untuk memaksimumkan 'keuntungan'.







3. Membolehkan dan memudahkan membuat pembelian barangan atau perkhidmatan secara online.

Transaksi belian secara online semakin meluas sekarang ini dan kebanyakan transaksi online ini memerlukan pembayaran secara dalam talian juga. 

Jika ingin membuat pembayaran menggunakan kad kredit di lama sesawang tertentu, pastikan laman sesawang itu boleh diyakini untuk mengelak maklumat kita dicuri.


4. Mengurus dan memantau perbelanjaan dengan melihat penyata bulanan kad kredit yang diberikan.


Setiap bulan, kita akan dibekalkan dengan penyata kad kredit. Dari penyata yang diberikan, kita dapat memantau trend perbelanjaan kita bagi bulan-bulan tersebut. Selain itu kita juga dapat mengesan kembali maklumat pembelian barangan tertentu atau pun pembauyaran yang dibuat melalui penyata yang diberikan.


5. Kemudahan insuran. 


Terdapat kad yang menawarkan kemudahan insuran ( contohnya insuran penerbangan ) dan biasanya kemudahan ini diberi dengan syarat bayaran dibuat menggunakan kad kredit yang dikeluarkan. Selain insuran kemalangan diri penerbangan, insuran kehilangan bagasi atau pampasan apabila penerbangan ditunda juga ditawarkan.


6. Memperolehi mata ganjaran


Pelbagai cara pihak bank untuk menarik pelanggan antaranya dengan menawarkan skim mata ganjaran yang menarik bagi penggunaan kad kredit. Sambil membeli, kita dapat mengumpul mata dan mata yang dikumpul boleh ditukar dengan barangan yang menarik.

Dengan sekali pembelian, kita mungkin boleh mengumpul 2 mata ganjaran sekaligus iaitu mata ganjaran kad kredit dan juga mata ganjaran pasaraya/stesyen minyak. 




7. Boleh membuat pembayaran secara ansuran dengan faedah 0%.


Kad kredit juga memberikan kita kemudahan  bagi membeli sesuau barangan yang agak mahal tanpa perlu membayar sekali gus atau tanpa perlu berhutang dengan penjual sedangkan kita membayar secara ansuran dengan pihak bank. Tidak semua kad kredit menawarkan kemudahan ini.


Ada bank yang bekerjasama dengan peniaga untuk membenarkan pembayaran secara ansuran seperti 6, 12 dan 18 bulan. Biasanya bilangan ansuran bergantung kepada amaun belian dan tanpa caj faedah.

Ada juga sesetengah bank menawarkan kemudahan pembayaran secra ansuran bagi apa-apa pembelian . Biasanya kemudahan ini tertakluk kepada amaun belian minima dan juga akan dikenakan caj tertentu.


Saya pernah membeli sebuah motorsikal berharga RM5,000 dan membayar secara ansuran selama 24 bulan kepada pihak bank dengan caj keuntungan 3%.  Caj 3% iaitu sebanyak RM 150 yang dikenakan kepada saya untuk tempoh ansuan 2 tahun jauh lebih menguntungkan jika saya membuat aturan pembayaran ansuran dengan pihak kedai (biasanya kedai motorsikal menggunakan kemudahan kredit Aeon Services). Selain dapat mengelak dari membayar kadar pinjaman yang lebih tinggi, saya juga dapat mengelak dari membayar kos-kos pinjaman lain yang berkaitan.

8. Kemudahan pindahan baki 


Pemegang kad kredit juga boleh  mengunakan kad kredit untuk membuat pindahan baki bagi mengurangkan caj faedah yang tinggi dikenakan keatas baki kad sedia ada.



Ada bank menawarkan sehingga 0% kadar faedah bagi pindahan baki yang dibuat bagi tempoh sehingga 12 bulan.



Jika seseorang itu mempunyai baki tertunggak kad kredit berjumlah RM 4,000, caj faedah / caj keuntungan yang dikenakan sebanyak 18% setahun dapat dikurangkan kepada 0%. Apa yang penting adalah megikut aturan pembayaran yang ditetapkan dan jangan pula menambah hutang lain. Nanti lama belum selesai, hutang baru pula bertaambah.



9. Kemudahan 'pinjaman'


Kemudahan 'pinjaman' yang saya maksudkan adalah pinjaman kepada rakan atau kenalan. Saya pernah beberapa kali memberikan 'pinjaman' kepada rakan menggunakan kad kredit saya.


Pernah seorang rakan yang tidak mempunyai kad kredit ingin membeli sebuah komputer, jadi saya menggunakan kad kredit saya. Cuma kita perlu ke kedai bersama rakan dan jangan pula menyerahkan kad kredit kita kepada orang lain untuk digunakan.

Seperi contoh ini, katakan amaun belian adalah sebanyak RM 3,000 dan rakan kita memberikan kita tunai RM 3,000 untuk harga tersebut. Jadi kita mempunyai tempoh 20 hari dari tarikh penyata kad kredit untuk menjelaskan amaun itu kepada pihak bank. Dan katakan pula belian tersebut dibuat 15 hari sebelum penyata kad kedit dikeluarkan, jadi kita boleh memegang tunai RM3,000 itu selama 35 hari sebelum caj dikenakan oleh pihak bank keatas amaun itu. Dengan RM 3,000 itu bolehlah kita gunakan untuk sesuatu yang lebih menguntungkan.... letakkan sahaja di mana-mana akaun yang memberikan pulangan walaupun hanya serendah 2% setahun. Selain dapat 'untung' sedikit, kita juga dapat mengumpul mata ganjarn.

Tapi ingat, duit yang diberi oleh rakan itu mesti digunakan untuk menjelaskan bayaran kepada pihak bank sebelum tarikh akhir bayaran untuk mengelak caj dikenakan.





No comments:

Post a Comment