Thursday, 21 April 2016

Reset Password e-filing melalui SMS

LHDNM melalui kenyataan medianya pada 15 April 2016 menyatakan  pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing boleh set semula (reset) kata laluan e-Filing mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).  Set semula kata laluan melalui SMS boleh dilakukan mulai 18 April yang lalu.

Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM.

Walau bagaimana pun, inisiatif ini hanya boleh dilakukan oleh pengguna talian Maxis, Digi dan Umobile sahaja buat  masa ini. Caj sebanyak RM0.50 akan dikenakan bagi setiap sms yang diterima.

Dengan pengenalan langkah set semula (reset) kata laluan melalui perkhidmatan SMS ini, ia akan lebih memudahkan pembayar cukai yang tidak mempunyai emel berdaftar dengan LHDNM.

Sebelum ini (mulai 1 Februai 2016), mereka yang terlupa kata laluan perlu mendapatkan kod pengaktifan sementara. Kod pengaktifan sementara hanya boleh diperolehi melalui e-mel yang berdaftar dengan LHDNM. Jika tiada e-mel yang berdaftar dengan LHDNM, pembayar cukai hendaklah hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan untuk mendapatkan kod pengaktifan sementara.



No comments:

Post a comment