Thursday 21 April 2016

Dividen Bank Rakyat 2015

Bank Rakyat, mengumumkan dividen tunai sebanyak 13 peratus, berjumlah RM385 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2015 berbanding 15 peratus pada 2014.

Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal (B), ketika mengumumkan perkara itu berkata pencapaian itu didorong pengukuhan dalam jumlah pendapatan kumpulan sebanyak RM6.43 bilion bagi tahun kewangan itu. 

"Selain itu, jumlah pendapatan kumpulan mencatat peningkatan lebih tinggi iaitu sebanyak RM368 juta atau 6.1 peratus berbanding RM6.06 bilion bagi tahun lalu.

"Dividen yang diumumkan bagi 2015 lebih rendah berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya, tetapi 13 peratus dianggap tinggi dengan keadaan ekonomi semasa.

"Namun, kami akan berusaha untuk meningkatkan pulangan dividen antara 13-16 peratus pada masa depan," kata Abdul Aziz kepada pemberita di sini hari ini.

Dividen dikreditkan ke dalam akaun pemegang saham mulai 22 Mac 2016 yang lalu.


No comments:

Post a Comment