Thursday 25 February 2016

e-Filing 2015: Sungguh menyenangkan

e-Filing akan mula dibuka pada 1 Mac 2016, dan tarikh akhir penghantaran Borang BE adalah 30 April 2016. Jadi ada masa 2 bulan untuk anda mengisi dan menghantar borang cukai.



Lagi awal anda hantar, lagi bagus terutama apabila anda menjangkakan atau pengiraan awal anda menunjukkan ada lebihan cukai yang akan dibayar balik oleh LHDNM kepada anda.


Untuk panduan semua berdasarkan pengalaman saya, anda bolehlah :-

1. Dapatkan borang EA/EC bagi tahun berakhir 31.12.2015 dari majikan.
Borang EA/EC adalah penyata saraan tahunan yang disediakan oleh majikan dan di dalamnya menunjukkan jumlah pendapatan penggajian kita untuk tempoh setahun, jumlah potongan-potongan tertentu seperti caruman KWSP, Socso dan PCB.

Contoh Borang EA

2. Dapatkan No PIN E-Filing : Untuk mereka yang Log-In kali pertama
Bagi mereka yang pertama kali akan menggunakan E-Filing, anda perlu mendapatkan No PIN terlebih dahulu dari mana-mana cawangan LHDNM. Tapi baca notis makluman di laman rasmi LHDNM ini dahulu !
MAKLUMAN
Pastikan anda salah seorangpembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan / menyemak No. PIN
Sekiranya anda belum mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai, sila ke cawangan LHDNM yang berdekatan.

Perlu disertakan:
• Salinan Kad Pengenalan,
• Penyata Pendapatan /
   Slip Gaji terkini
Sumber : Laman rasmi LHDNM 

3. Log-in ke laman E-Filing - test password!
Adalah lebih baik sekiranya anda log-in di E-Filing terlebih dahulu untuk memastikan samaada anda masih ingat password atau tidak.
Jika anda terlupa kata laluan, anda PERLU mendapatkan KOD PENGAKTIFAN SEMENTARA yang boleh diperolehi di cawangan-cawangan LHDNM atau pun melalui emel berdaftar dengan LHDNM.

Lagi cepat anda pastikan yang anda masih ingat password E-Filing anda, adalah lebih bagus. Jangan minggu terakhir baru log-in dan masa itu baru tahu password salah! Pasti kelam kabut nanti.

Password internet banking mungkin kita sentiasa ingat kerana kita kerap menggunakannya, tetapi password E-FILING mungkin ramai yang terlupa. Maklumlah, log-in setahun sekali.





4. Kumpul penyata-penyata, resit-resit dan dokumen-dokumen berkaitan.
Anda boleh kumpulkan resit-resit dan penyata-penyata yang diperlukan untuk pengiraan cukai anda. Antaranya adalah resit belian buku, resit bayaran yuran pengajian, resit perubatan ibubapa, resit zakat dan derma serta penyara-penyata insuran, penyata SSPN, penyata skim anuiti.

5. Buat Pengiraan Cukai
Jika dokumen telah lengkap, anda bolehlah membut pengiraan terlebih dahulu akan jumlah-jumlah pelepasan yang akan dituntut berdasarkan dokumen-dokumen yang anda ada. Adalah penting untuk membuat tuntutan pelepasan cukai bagi item-item yang mempunyai dokumen sokongan (resit dan penyata). 

Anda dinasihatkan membuat tuntutan pelepasan mengikut amaun yang sepatutnya berdasarkan dokumen yang ada. Ini kerana jika anda di audit, akan menimbulkan kesulitan kepada pihak anda sekiranya dokumen/resit-resit tiada untuk menyokong tuntutan anda. Cukai bukan sahaja akan dikira semula, tetapi penalti juga akan dikenakan.

6. Log-in E-Filing dan submit
Apabila E-Filing telah dibuka, anda boleh mengisi dahulu maklumat-maklumat yang perlu di dalam borang E-Filing. Jika jumlah pendapatan dan jumlah pelepasan telah ada, bolehlah dimasukkan jumlah-jumlah tersebut , jumlah cukai yang perlu dibayar juga akan dikira terus. 

Pastikan anda menghantar Borang Cukai dan bukannya hanya log-in dan key-in sahaja Apabila anda telah hantar (secara online) dan menandatangani (secara digital), satu skrin pengesahan akan anda terima. Pastikan "pengesahan" dan borang ini di print oleh anda untuk rujukan di kemudian hari

7. Simpan dokumen
Dokumen-dokumen yang berkaitan terutamanya resit-resit dan penyata-penyata yang menyokong tuntutan pelepasan anda, hendaklah disimpan untuk 7 tahun. Pihak LHDNM boleh bila-bila masa menghendaki anda mengemukakan dokumen-dokumen tesebut untuk tujuan semakan oleh pihak LHDNM. 



1 comment:

  1. Very descriptive article, I enjoyed that bit. Will there be a part 2?

    ReplyDelete