Friday 25 December 2015

Bantuan Khairat Kematian KPF ( Koperasi Permodalan Felda )

Skim Khairat Kematian : KPF (Koperasi Permodalan Felda)

KPF menawarkan Skim Bantuan Khairat kematian kepada anggota mengikut kelayakan yang ditetapkan.


Kelayakan anggota/waris anggota untuk menerima bantuan kematian ini: 
  1. Setiap anggota perseorangan telah menjelaskan modal syer minimum maka keluarga anggota (isteri/suami/anak yang berumur di bawah 23 tahun) layak menerima bantuan khairat kematian yang disediakan oleh KPF. 
  2. Sekiranya kedua-dua suami atau isteri ialah anggota KPF hanya seorang sahaja yang layak membuat tuntutan bantuan urusan pengkebumian anak mereka. 

Kadar bantuan yang diberikan sekiranya berlaku kematian ialah:  
  1. Kematian anggota.          :RM1,000.00 
  2. Kematian Isteri/suami     :RM   500.00 
  3. Kematian anak               :RM   250.00

Cara Membuat Tuntutan
Untuk membuat tuntutan pembayaran khairat kematian, keluarga anggota hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang berikut : 

(i) Dua (2) salinan:
-Kad Pengenalan simati;
-Sijil kematian;
-Permit pengkuburan (yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah atau Pegawai Perubatan atau Pengurus Rancangan atau Majikan yang mana berkenaan); 
-Laporan polis jika sabit kematian akibat kemalangan atau seumpamanya. 

(ii) Dua (2) salinan kad pengenalan waris yang dikenalpasti layak menerima/pemohon; 

(iii) Alamat terkini waris berkenaan untuk urusan penghantaran cek. 

Tuntutan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.

Untuk muat turun borang permohonan, klik  BORANG KHAIRAT KPF

Untuk maklumat lanjut sila layari Soalan Khairat  atau ke Laman web KPF


~Mat-Drat @ SayangWang~



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




No comments:

Post a Comment