Tuesday, 29 December 2015

Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2015 untuk anda! Pasti berguna untuk tax planning anda

Seperti biasa di minggu-minggu terakhir di setiap tahun, jika kita perasan SSPN/SSPN-i akan membuat promosi untuk menarik orang ramai untuk membuka akaun atau pun menambahkan simpanan mereka. Ini bagi memberi peluang kepada pembayar cukai memaksimumkan pelepasan cukai mereka.
Kita juga akan perasan yang pusat-pusat kutipan zakat negeri juga akan turut membuat promosi untuk menggalakkan orang ramai membayar zakat sebelum 31 Disember bagi membolehkan mereka menuntut rebet cukai.
Mari kita lihat apakah pelepasan cukai yang kita layak untuk tahun taksiran 2015.
Pastikan semua resit / penyata hendaklah bertarikh 2015 atau penyata untuk tahun 2015.
Antara pelepasan cukai yang mungkin anda boleh tuntut:

1. Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan - RM 1,000 (Terhad)
Simpan resit termasuk belian buku sekolah anak!

2.Pembelian komputer - RM3,000 (Terhad)
Ini boleh dituntut sekali setiap 3 tahun ye.

3.Tabungan bersih dalam skim SSPN/SSPN-i  - 6,000 (Terhad)
Bukan terhad RM 6,000 bagi setiap anak ye, tetapi terhad RM 6,000 bagi setiap pendeposit/pembayar cukai

Untuk Buka Akaun secara online sila klik DI SINI



4. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan - RM 300 (Terhad)
- Contoh reket, bola, kayu hoki dll

5. Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa - RM 5,000 (Terhad)
- Berbaktilah kepada ibu bapa semasa mereka masih ada.

6. Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya) - RM 6,000 (Terhad )

7. Yuran Pendidikan (Sendiri) - RM 6,000 (Terhad)

8. Pemeriksaan perubatan penuh - RM 500 (Terhad)
Klinik boleh, di hospital pun boleh.

9. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak ) - RM 6,000 (Terhad)
Untuk penyakit yang sukar diubati ye, bukan sakit 'ringan' macam demam, sakit perut atau pening-pening tu.

10. Bayaran alimoni kepada bekas isteri - RM 3,000
Kalau bayaran alimoni kepada bekas isteri belum dibuat, elok la buat cepat. Mungkin dia perlukan duit, lebih-lebih lagi jika anak di bawah jagaan dia.





11. Insuran nyawa dan KWSP - RM 6,000 (Terhad)
Jumlah Insuran dan KWSP ye, bukan insuran RM6,000 dan KWSP RM6,000

12. Insurans pendidikan dan perubatan - RM 3,000 (Terhad)

13. Skim anuiti baru atau tambahan - RM 1,000 (Terhad)

14. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) atau PRS - RM 3,000 (Terhad)

15. Yuran langganan Jalur Lebar
Pelepasan ni dah tak ada ye. Pelepasan ini hanya untuk tahun 2010 -2012 sahaja.

ZAKAT
Bagi muslim, jika anda layak dikenakan zakat, ambillah peluang untuk menjelaskan bayaran zakat di saat.akhir ini dan pastikan resit zakat bertarikh 2015. Pastikan zakat dibayar di pusat zakat berdaftar. Rebet yang dibenarkan tiada had dan dapat 100% penolakan cukai.
Jika anda layak dikenakan cukai tetapi  tidak membayar zakat kerana rasa tidak layak dikenakan zakat, anda tersilap besar! Sila ke kaunter atau pejabat pungutan zakat berhampiran.
Semoga info ini bermanfaat
~mat drat~

No comments:

Post a Comment