Tuesday, 28 February 2017

Dividen Bank Rakyat 2016 - Diumumkan 2017


Dividen Bank Rakyat 2016 2017



Dividen Bank Rakyat 2017 ( Tahun Kewangan berakhir 31 Dis 2016 ) dijangka akan diumumkan pada bulan Mac 2017. 

Edited : 18.042017
Sehingga tarikh hari ini (18.04.2017), Bank Rakyat masih belum memgumumkan dividen untuk Tahun Kewangan berakhir 31.12.2016. Nampaknya tahun ini sedikit lewat berbanding tahun-tahun sebelum.

Pada 04 April lalu, Bank Rakyat telah melantik Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Presiden bagi menggantikan Datuk Mustafha Abdul Razak.


Tahun lepas, dividen diumumkan pada 21 Mac 2016 dan amaun dividen di kreditkan ke akaun bank ahli pada 22 Mac 2016.

Tahun lepas, Bank Rakyat telah mengumumkan dividen tunai sebanyak 13 peratus, berjumlah RM385 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2015. Ia menurun berbanding tahun 2014 sebelumnya(15%).

Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal (B), ketika mengumumkan perkara itu berkata "Dividen yang diumumkan bagi 2015 lebih rendah berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya, tetapi 13 peratus dianggap tinggi dengan keadaan ekonomi semasa.

"Namun, kami akan berusaha untuk meningkatkan pulangan dividen antara 13-16 peratus pada masa depan," kata Abdul Aziz kepada pemberita di sini hari ini.


Walau pun keadaan ekonomi dunia semasa pada tahun 2016 tidak berapa memberangsangkan, para pemegang saham tetap mengharapkan Bank Rakyat masih mampu memberikan dividen yang tinggi. 








Berapa tinggi dividen yang akan di perolehi tahun ini sama-sama kita tunggu.


Rekod Pembayaran Dividen Bank Rakyat  sebelum ini :
  • 2005  - 15.0 %
  • 2006 - 15.0 %
  • 2007 - 20.0 %
  • 2008 - 20.0 %
  • 2009 - 15.0 %
  • 2010 - 15.0 %
  • 2011 - 20.0 %
  • 2012 - 18.0 %
  • 2013 - 15.0 %
  • 2014 - 15.0 %
  • 2015 - 13.0 %
  • 2016 -  ????? >>> 15%

Edited : 06.05.2017

Akhirnya yang di tunggu-tunggu telah tiba. Bank Rakyat mengumumkan kadar dividen sebanyak 15%. Pasti ramai yang gembira dengan kadar yang diumumkan.

Dividen Bank Rakyat 2016 2017
Pengumuman Dividen Bank Rakyat 2016


~Mat-Drat @SayangWang~

7 comments:

  1. Dah masuk bulan april x de pun temberang je la

    ReplyDelete
  2. bila nk masuk dividen saham bank rakyat..dah masuk bln 4 dah

    ReplyDelete
  3. kenapa le lambat sangat nak umumkam div 2016 tu.

    ReplyDelete
  4. Kenapa sehingga bln mei,dividen masih lom di masukkn?Apa punca kelewatan ini?bank rakyat perlu beri penerangan jelas dan telus

    ReplyDelete
  5. dividen bank rakyat dah masuk hari ini. segala penantian dah berakhir

    ReplyDelete