Thursday, 24 December 2015

Kurangkan bayar cukai pendapatan?

Boleh dikatakan setiap orang cuba bayar cukai seminimum yang boleh walau pun mereka tahu cukai yang dikutip oleh kerajaan akan digunakan untuk pembangunan negara. Pengelakkan cukai satu kesalahan tetapi kita boleh kurangkan pembayaran cukai dengan perancangan percukaian yang betul. 


Bagi mereka yang makan gaji, pendapatan yg diterima,  tak boleh elak dari melaporkannya kepada LHDN. (Kalau elak, kena audit nanti terduduk!). 

Ingin merancang  dibahagian “Pendapatan” untuk kurangkan cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah agak mustahil . Tetapi sebagai pembayar cukai yang menerima pendapatan penggajian, boleh merancang di bahagian pelepasan (tax relief).


Pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN  perlu digunakan sebaik mungkin  untuk meminimumkan cukai yang perlu dibayar oleh kita. Untuk senarai pelepasan yang dibenarkan beserta amaun, boleh di rujuk di Pelepasan Cukai
Memandangkan 2014 hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi…. jadi masih belum terlewat untuk kita mengambil kesempatan untuk memaksimumkan amaun pelepasan.
Di antara pelepasan yang boleh kita gunakan di bulan terakhir 2014 ini adalah dengan menyimpan di SSPN.





Simpanan SSPN

Mulai bagi tahun 2012, amaun pelepasan yang dibenarkan telah  dinaikkan kepada RM6,000 berbanding RM3,000 bagi tahun sebelumnya. Tujuan kerajaan menaikkan amaun ini adalah untuk menggalakkan rakyat menabung di SSPN, jadi adalah rugi jika kita tidak mengambil kesempatan di atas galakan yang kerajaan berikan ini. 

Untuk maklumat berkaitan SSPN, kita boleh rujuk di SSPN


Mari kita lihat berapa peratus penjimatan/pengurangan yang kita perolehi dengan menabung di SSPN:

Katakan pendapatan bercukai Ali adalah RM 100,000 
(tanpa tolakan pelepasan SSPN RM6,000)

Jadi cukai Ali adalah :
-RM70,000 pertama               : RM 6,650
-RM30,000 berikutnya (24%): RM  7,200
Jumlah                                     :RM13,850


Untuk semak kadar cukai pendapatan sila klik Kadar Cukai Pendapatan

Jika Ali ada membuat simpanan SSPN untuk anaknya dan simpanan bersih  yang dibuat dalam tahun 2014 adalah RM6,000 , maka pengiraan baru cukai pendapatan Ali adalah :
Pendapan bercukai = RM 94,000
-RM70,000 pertama               : RM 6,650
-RM24,000 berikutnya (24%): RM  5,760
Jumlah                                     :RM12,410


Maka pengurangan amaun cukai Ali adalah sebanyak RM1,440 (RM13,850 – RM12,410).


Kadar penjimatan ini adalah sebanyak 24% !

Bagaimana saya kira dapat 24% ?
Mudah sahaja, 1,440 / 6,000 = 24%
Atau dlm kata panjang, dengan hanya menyimpan di SSPN sebanyak RM 6,000 , Ali telah dapat mengurangkan bayaran cukai sebanyak RM 1,440. 

Bagi kes Ali, setiap ringgit yang Ali simpan di SSPN memberikan Ali penjimatan sebanyak 24%. (Peratus ini bergantung kepada kadar cukai seseorang).


Ini belum lagi termasuk pulangan yang Ali terima dari SSPN bagi simpanannya di SSPN.  Bagi tahun 2013, simpanan di SSPN-i menerima dividen sebanyak 4.25%. (BH Dividen SDPN-i)
Jadi Ali bukan sahaja dapat penjimatan 24%, malahan mendapat pula tambahan dividen di atas simpanannya di SSPN tersebut.



…. Dan jika Ali terlebih bijak dan terlebih rajin, dia mungkin boleh asingkan dulu duit bahagian untuk SSPN dari awal dan laburkan di ASB yang memberikan pulangan yang lebih tinggi, dan di hujung tahun baru dia keluarkan duit RM6,000 dari ASB itu dan dipindahkan  ke SSPN untuk pulangan yang maksimum.

Akaun SSPN-i Plus sekarang ini boleh di buka secara online sahaja. Sungguh mudah..

Cuba klik link di gambar ni...senang sangat nak buka akaun SSPN-i

SSPN-i online




Pesanan :
Rancang cukai sebijaknya… dan
Lapor pendapatan sepatutnya…
dan yang penting… sayangi wang anda!


~mat-drat~

No comments:

Post a Comment