Thursday, 24 December 2015

Beli Emas Lelong Bank Rakyat

Beli Emas Lelong Bank Rakyat

Saya nak kongsi cerita saya beli emas lelong dari bank rakyat baru baru ni. 

Segalanya bermula bulan lepas semasa berurusan di satu cawangan bank rakyat. Cawangan tersebut sedang pamerkan beberapa emas untuk dilelong tapi tanpa maklumkan kategori emas (999/ 950/ 916/ 875/ 835 atau 750). Yang ada hanya berat dan harga reserve.

Pada masa tu terasa nak membida tapi maklumlah 1st time dan modal pun tak banyak, saya pun cuma bida satu barang sahaja… barang yang paling murah iaitu dalam harga reserve +-500. Dari harga reserve yang bank letak, (harga reserve/berat) saya andaikan bank kategorikan ia sebagai emas 750 tapi saya yakin macam emas 916. Harga semasa emas memang ada dipamerkan di bank, jadi kita boleh rujuk sendiri. 

Seminggu lepas tu saya dapat panggilan dari bank kata saya berjaya dalam bidaan. Datang ke bank, buat bayaran dan emas itu menjadi milik saya pada diskaun hampir 9% dari harga semasa.

Opsss… tips penting, jangan lupa minta pegawai bank terbabit call kita jika ada lelongan lagi bulan bulan akan datang. Kena bina “good repo” dgn pegawai bank itu.

Bila balik rumah, rujuk kepada isteri, dia kata ini emas 916 sebenarnya. Memang  untung sebab beli emas 916 pada harga emas 750, dengan diskaun pulak tu!





Minggu lepas, saya membida lagi 6 barang dari 11 barang yang dilelong oleh cawangan tersebut. Pegawai bank tersebut dah call saya seminggu sebelum tu maklumkan bank akan buat lelongan. Bank biasanya hanya akan mempamerkan 3 hari sahaja barang barang yang akan dilelong, jadi kena pantas kalau berminat. 
Alhamdulillah, selapas seminggu saya  terima panggilan dari bank kata saya berjaya 4 bidaan. Cuma perlu sediakan wang nak tuntut bidaan sahaja. Nasib baik emas tengah harga rendah masa ni.


Emas Lelong Ar Rahnu
Emas Lelong



Tips Lelongan dan Bidaan
Bank biasanya meletakkan harga reserve  10% kurang dari harga semasa  dan ditambah sedikit caj bank. Jadi harga reserve bank adalah lebih kurang 9.5%. Kalau kita tender dengan harga reserve, maknanya kita dapat beli dengan diskaun 9.5%. Tapi kalau nak menang bid, jangan la bid harga reserve… kena lah naikkan sikit harga bidaan seperti RM1 – RM5 per gram.

Berapa harga kita sanggup bida, bergantung kepada tujuan kita beli. Kalau beli nak pakai atau bagi kepada insan terdekat, mungkin boleh naikkan sehingga RM 5 per gram. Ini pun kalau barang tersebut berkeadaan baik.

Tapi kalau untuk tujuan pelaburan, untuk dijual semula… naikkan dalam RM 1-2 sahaja sudah memadai kerana spread barang kemas tinggi bila kita nak jual.

Setiap barang yang kita bida, kita kena isi borang yang berlainan dan setiap bidaan kena sertakan bayaran RM5. Kalau 5 bidaan, maknanya kena bayar kepada bank RM25 (unrefundable). Masukkan sekali borang bidaan dan slip bayaran ke dalam kotak yabg disediakan. Dan tunggu…..

~art-drat~

No comments:

Post a Comment