Saturday 3 November 2018

Pengakuan Sukarela LHDNM Cukai Pendapatan



Pengakuan Sukarela Income Tax LHDNM




Semasa pembentangan Belanjawan 2019 semalam oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng,  diumumkan satu Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN untuk pembayar cukai bermula hari ini 3 November 2018.


Apa yang istimewa Program Khas Pengakuan Sekarela  LHDNM ini?
Dengan menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela ini, pembayar  cukai akan hanya dikenakan penalti sebanyak 10% ke atas cukai yang perlu dibayar jika pengakuan dibuat mulai hari ini 3 Nov 2018 sehingga 31 Mac 2019.


Sekiranya pengakuan dibuat dari 1 April 2019 sehingga 30 Jun 2019, penalti sebanyak 15% akan dikenakan. Naik sikit. 

Jadi rebutlah peluang ni jika rasa ada 
  • TER Tak lapor pendapatan
  • TERkurang lapor pendapatan
  • TERlebih tuntut belanja
  • TERtuntut belanja palsu
  • TERlebih tuntut elaun (elaun modal, elaun pelaburan semula, elaun bangunan industri dll)
Kalau yang 'TER' pun saya sarankan buat pengakuan sukarela ni, apatah lagi yang SENGAJA kurang lapor kepada LHDNM. Mengaku je.... penalti rendah tu. 



JADI ingat tarikh dan tempoh ni :

Pengakuan mulai 3 Nov 2018 - 31 Mac 2019 : Penalti 10%

Pengakuan mulai 1 April 2018 - 30 Jun 2019 : Penalti 15%


Dan apa yang BEST program ni, LHDNM akan terima secara "Suci Hati". Maknanya LHDNM tidak akan audit atau siasat apa yang kita lapor / buat pengakuan semasa program ni. 





Kalau Terlepas Program Khas Pengakuan Sekarela ini?

Ingat ye, kalau terlepas tarikh 30 Jun 2019 tu, bersedialah dengan kadar penalti yang dikenakan adalah antara 80% sehingga 300% seperti mana yang diperuntukkan dalam undang-undang sedia ada.

Jadi nak buat pengakuan, buat selewat-lewatnya sebelum 30 Jun 2019. Selepas tamatnya program ini pada  30 Jun 2019, kadar penalti yang dikenakan memang tinggi.



Macam mana nak buat pengakuan ni?

Yang nak buat pengakuan, boleh ke mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di laman web rasmi LHDNM 👉👉 http://www.hasil.gov.my

Untuk pertanyaan mengenai Program Pengakuan Sukarela ni boleh juga hubungi LHDNM melalui
Email : pengakuansukarela@hasil.gov.my
Telefon : 1800-88-5436 (LHDN) / 03-7713 6666



Pengakuan Sukarela Income Tax LHDNM
Sumber : Laman Web Rasmi LHDNM






10%, 15% Penalti? Maksudnya ?


10% dan 15% ni bukan kadar cukai ye, tapi kadar penalti ni atas perbezaan cukai yang sepatutnya. 

Kadar cukai mengikut kadar yang ditetapkan sebelum ni. Boleh semak di laman web rasmi LHDNM



Contoh 1
Ali memilik perniagaan dan dia tak lapor pendapatan untuk tahun taksiran 2016. 
Dia buat pengakuan sebelum 31 Mac 2019 kepada LHDNM.

Pengiraan Cukai mendapati cukai yang dikenakan adalah RM 800.00

Maka dengan tawaran ini, dia hanya dikenakan penalti sebanyak RM80 (10%), iaitu 10% dari cukai yang dikenakan.

Jumlah cukai dan penalti dia kena bayar adalah RM 880.00


Contoh 2
Ah Seng memiliki perniagaan.
Dia melaporkan pendapatan untuk tahun taksiran 2016.
Cukai yang dikenakan untuk tahun taksiran 2016 sebelum ini adalah sebanyak RM800

Dia buat pengakuan sebelum 31 Mac 2019 kepada LHDNM kerana ada pendapatan yang terkurang lapor sebelum ini dan ada belanja terlebih tuntut.

Pengiraan Cukai Baru mendapati cukai yang dikenakan sepatutnya adalah RM 2,000.00

Maka ;
Ah Seng pelu membayar cukai tambahan sebanyak RM 1,200 (RM 2,000 - RM800).
Dengan tawaran ini, dia hanya dikenakan penalti sebanyak RM120 (10%), iaitu 10% dari beza cukai yang dikenakan.


Jumlah cukai dan penalti dia kena bayar adalah RM 1,320.00









Masih Tak Faham ? Masih Keliru ?

Kalau masih keliru atau tak faham atau pun ada kemusyikilan, hubungi LHDNM atau ke pejabat LHDNM yang terdekat. Mereka akan beri jawapan.

Ingat, cepat sebelum tempoh tawaran ini berakhir dan sebelum anda dikunjungi pegawai audit atau pegawai penyiasat LHDNM.




LHDNM memerhatikan anda

Saya tertarik dengan pengumuman YB Menteri Kewangan semalam, di mana LHDNM akan turut memberikan tumpuan kepada pemilikan harta-harta mewah. 

Jadi nampaknya selepas tamat tempoh tawaran ini, kita boleh jangka LHDNM akan lebih banyak menumpukan kepada aktiviti audit dan siasatan.

Setahun dua ni saya perasan beberapa artis dan jutawan kosmetik yang update status di laman sosial mereka bahawa mereka diaudit dan disiasat oleh LHDNM. Harap-harap bukan sahaja artis yang ambil peluang ni, kita orang awam pun perlu ambil peluang. LHDNM ni tak kenal siapa, mungkin kita seterusnya yanga kan terima surat audit atau siasatan.

Jadi beringat dan bertindak sekarang sebelum dapat surat tu ye....


Dan tersingat (rasanya 1-2 tahun lepas punya iklan LHDNM)... Andalah Wira Negara. Nak jadi wira, bayar lah cukai sepatutnya.

Dan saya yakin, kerajaan sekarang yang mementingkan tadbir urus yang telus dan memerangi rasuah, rakyat pastinya akan lebih bersemangat untuk sama-sama membayar cukai dan membangunkan negara.




~En Drat~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇









No comments:

Post a Comment