Monday 4 June 2018

Pendeposit Tabung Haji Tidak Aktif - Cepat Aktifkan

Pendeposit Tabung Haji Tidak Aktif - Cepat Aktifkan


Saya yakin ramai pembaca blog ni adalah juga pendeposit Tabung Haji. 

Lembaga Tabung Haji melalui siaran media bertarikh 30 Mei 2018 memaklumkan, mana-mana pendeposit TH yang tidak aktif melebihi tempoh tujuh (7) tahun akan dipindahkan ke kumpulan 'Akaun Tidak Aktif'  mulai 9 Jun ini. TH juga menegaskan bahawa akaun-akaun ini tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai 2018.

Sayangnnya kalau tak dapat a gian Hibahkan... 

Menurut Tabung Haji juga, inisiatif ini adalah sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan dari sebarang transaksi yang mencurigakan.

TH memaklumkan hampir 500,000 akaun pendeposit TH tidak aktif dengan jumlah simpanan sebanyak RM 62.8 juta. Banyak tu ....


Aktifkan Akaun

Nak aktifkan akaun tidak susah, pendeposit yang mempunyai akaun TH tidak aktif boleh mengaktifkannya semula dengan melakukan transaksi seperti ;

- masuk atau keluar wang
- mengemas kini maklumat seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris

Transaksi ini boleh di buat di mana-mana cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat di seluruh negara.

Pengemaskinian akaun ini juga penting sebenarnya, ia memudahkan TH menghubungi bakal haji serta mengelak kes surat tawaran haji tidak diterima kerana bertukar alamat tetapi tidak dikemas kini.







Buku Hilang ?

Mungkin juga ramai yang tidak aktif kerana buku hilang, jadi nak depositkan duit pun tak tau nombor akauan.

Pendeposit yang telah kehilangan buku akaun pula boleh pergi ke mana-mana cawangan TH dengan membawa kad pengenalan bagi tujuan semakan, penggantian buku baharu dan kemas kini maklumat. 


Pendeposit Meninggal Dunia

Saya rasa kemungkinan juga bilangan pendeposit tidak aktif adalah kerana ada sebahagian pendeposit telah meninggal dunia dan waris tidak memaklumkan kepada TH. (Mungkin juga waris tidak tahu yang ahli keluarganya yang meninggal mempunyai akaun TH).

Bagi kes pendeposit telah meninggal dunia, waris masih boleh membuat permohonan untuk menuntut semula jumlah amaun yang diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif tersebut dengan mengemukakan dokumen berkaitan di cawangan TH


Kekal Aktif

Mungkin ada pendeposit yang agak jauh sedikit dari Cawangan TH, Bank Rakyat atau pun Bank Islam, jadi 'susah' sikit nak cari masa untuk ke bank. Jadi nak pastikan lepas ni akaun sentiasa aktif bolehlah buat pindahan secara online sahaja. Ada beberapa bank yang tawarkan perkhidmatan ni seperti Maybank, Bank Islam, Kuwaait Finance House dan Bank Rakyat

Saya suka menggunakan perkhidmatan pindahan (deposit) ke akaun Tabung Haji melalui perbankan online KFH (Kuwait Finance House) sebab caj transaksi yang rendah, RM 0.50 per transaksi. Tapi kadang-kadang saya gunakan perbankan online Maybank 2U sebab melalu M2U ni kita boleh lihat baki akaun TH kita.

Nanti saya share cara nak linkkan akaun Tabung Haji dengan perbankan internet Maybank2u.

~Mat Drat~

1 comment: