Thursday, 8 February 2018

Hibah Tabung Haji TH 2017 (Bonus TH 2017)

Hibah Tabung Haji TH  2017 (Bonus TH 2017)
Sumber Image : FB Tabung Haji


Tabung Haji telah mengumumkan kadar hibah kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 2017. Hibah TH yang diumumkan bagi 2017 adalah sebanyak :

           4.50 %         
  (Hibah Tahunan)  

          1.75 %         
       (Hibah Haji)    



Secara keseluruhannya, RM 2.7 Billion akan dikreditkan kepada pendeposit sebagai pembayaran Hibah.

Alhamdulillah, saya sendiri masih bersyukur dengan kadar hibah kepada para pendeposit yang telah diumumkan, bagi saya ia masih dikira agak kompetitif.  

Hibah Tahunan (4.50%) dan Hibah Haji (1.75%) ini telah mengambil kira bayaran zakat (2.5%). Jadi pendeposit tidak perlu lagi mengeluarkan zakat  ke atas pendapatan yang diterima ini.



Jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya pula , 

Bonus TH 2016 adalah :
- 4.25 % Bonus Tahunan
- 1.50%  Hibah Haji

Manakala Bonus TH 2015 adalah :
- 5.00 % Bonus Tahunan
- 3.00%  Bonus Haji.

Sebelum ini, Tabung Haji memberikan pulangan dalam bentuk 'Bonus', manakala tahun ini disebut 'Hibah'









Bila akan di kreditkan?
Yang menunggu Hibah ini, bolehlah buat semakan mulai 12 Februari 2018 nanti.



Apa beza Hibah Tahunan dan Hibah Haji?

Hibah Tahunan adalah hibah yang akan diperolehi oleh semua pendeposit. Ia mengikut prestasi kewangan tahun semasa dan diberi sebagai menghargai para pendeposit.

Hibah Haji pula adalah hibah khas yang diberikan kepada pendeposit yang masih belum menunaikan haji bagi meningkatkan jumlah tabungan mereka. Lebih tinggi hibah... lebih besar tabungan... dan moga-moga ada rezeki cepat terpilih menunaikan fardu Haji.

Bagi yang telah menunaikan Haji dan rasa terkilan apabila tidak menerima Hibah Haji ini, saya rasa untuk mengurangkan rasa terkilan tu...
-  anggaplah bahagian 'hibah' kita disumbangkan kepada mereka yang masih belum menunaikan Fardu Haji ... moga tabungan mereka cepat melayakkan mereka menunaikan haji.

- jika masih rasa terkilan, boleh consider untuk menyimpan / melabur di institusi lain. Tapi ingat ye, tak banyak institusi yang 'menjanjikan' pulangan seperti TH ini bagi simpanan kita. Jika memilih untuk membuat Pelaburan, mungkin ada beberapa pilihan yang agak kompetetif. 

Apa kata cuba melabur di Amanah Hartanah Bumiputera -AHB, boleh tahan juga pulangan yang diberikan setiap tahun.





Hibah Tabung Haji TH  2017 (Bonus TH 2017)
Sumber : Facebook Tabung Haji



Cara pengiraan Hibah 2017

Facebook Tabung Haji telah memuat naik cara pengiraan bagi pembayaran Hibah 2017 ini pada tarikh pengumuman dibuat. Semua pembayaran akan dibuat berdasarkan kepada Baki Minima Tahunan.

Cara Pengiraan Hibah Tahunan
   Baki Minima Tahunan Akaun TH   x   Kadar Hibah Tahunan (4.5%)  


Cara Pengiraan Hibah Haji : 
   Baki Minima Tahunan Akaun TH*   x   Kadar Hibah Haji (1.75%)  
* Tertakluk maksima RM 9,980

Bab pengiraan ini, saya rasa ramai akan sedikit terkilan apabila Tabung Haji menyatakan ia akan dikira berdasarkan baki minima tahunan. Dan pastinya ramai menunggu tarik hibah didepositkan untuk mengetahui bagaimana cara ia dikira.


EDITED 10.02.2018
Cara Pengiraan Hibah TH 2017 : BARU

TH telah mengeluarkan kenyataan baru yang Cara Pengiraan  Hibah TH2017 akan mengikut cara pengiraan tahun sebelum ni.

Cara pengiraan adalah :
> Baki Purata Minima Bulanan X Kadar Hibah < ✔️

Sumber : FB Tabung Haji 9 Feb 2018

Sumber FB Tabung Haji 9 Feb 2018



Macam ni baru betul... Baru lah pendeposit senyum sikit.. 🙂🙂

Masa pengumuman Kadar Hibah baru ni, TH nyatakan cara pengiraan adalah berdasarkan Baki Minima Tahunan X Kadar Hibah. Tu yang ramai bersuara tu. 

Emm... Lepas ni TH kena lebih prihatin, decision besar macam ni kena lebih berhati-hati sebelum satu keputusan besar ditetapkan / diwarwarkan.

Pendeposit ni ada kuasa...   boleh bersuara dan boleh keluarkan duit mereka bila bila masa.


Hati pendeposit kena jaga...  Bila mereka tak puas hati cara wang mereka diuruskan , mereka akan mula intai2 untuk beralih ke institusi / instrument lain.

Dan satu lagi.... Simpanan di Tabung Haji adalah SIMPANAN dan bukannya PELABURAN, bagi saya Kadar Hibah yang diberikan sebenarnya lebih tinggi dari mana mana akaun simpanan di bank-bank. 


Akhir kata...
"Bersedekahlah  untuk kaya dan jangan tunggu kaya baru nak bersedekah "


- Sayangi Wang Anda - 
Mat Drat @ SayangWang



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



No comments:

Post a Comment