Monday, 15 January 2018

AHB - RM 50 percuma untuk akaun remaja

Unit Tambahan Amanah Hartanah Bumiputera 50 JUTA

Bagi yang dah sampai limit pelaburan di ASB, mungkin boleh consider untuk melabur di AHB ini. Dan baru baru ini, Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib telah mengumumkan Unit Tambahan Amanah Hartanah Bumiputera ini sebanyak 500 juta lagi.



Dana AHB ini pada asalnya dibuka pada tahun 2010 sebanyak 1 billion unit, kemudian ditambah lagi 1 billion unit pada tahun 2012. Dan pada tahun lepas (2016) tambahan 1.5 billion telah diumumkan dan telah habis dilanggan dalam masa kurang dari setahun.




Jadi rasanya tambahan unit 500 juta ini mungkin akan habis dalam tempoh kurang setahun juga. Dengan amaun minima pembukaan akaun dikurangkan dari RM 500 kepada RM100, pastinya lebih ramai yang akan melabur di AHB.




RM50 percuma untuk akaun remaja


Dan baru-baru ini turut diumukan bahawa Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera telah bersetuju untuk memberi insentif 50 unit percuma untuk setiap Akaun Remaja yang dibuka kepada 200,000 Akaun Remaja baru yang pertama dibuka. Kira hanya untuk 200,000 akaun baru. Jadi yang ada anak-anak remaja tu, ambil peluang ini untuk menambah portfolio pelaburan anak-anak disamping menggalakkan mereka menabung dan melabur.




Baca artikel berikutnya untuk cara-cara membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera AHB.




Sebelum saya akhiri perkongsian kali ini, mungkin ada yang belum tahu apa itu AHB. AHB adalah dana yang disokong aset patuh Syariah dengan harga tetap sebanyak RM1 seunit dan pelabur Bumiputera boleh menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan menyediakan aliran pendapatan yang konsisten kepada mereka. 




Ketika mula dilancarkan dahulu, pelaburan minimum AHB adalah RM500. PHB mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah pelaburan minimum kepada RM100 seorang bagi menarik lebih ramai pelabur Bumiputera. Bagaimanapun, pelaburan maksimum masih dikekalkan RM500,000 seorang.



Tabungan unit amanah pelabur akan dilaburkan ke dalam skim-skim pelaburan hartanah dan pembangunan hartanah PHB. Hari ini PHB telah memiliki lebih 17 hartanah komersial di seluruh negara, sama ada melalui pemerolehan atau pembangunan.




Antara beberapa bangunan dan hartanah yang dimiliki termasuk Menara Bumiputera-Commerce, Menara BT, 1Sentrum dan Nu Sentral (semua di KL), Wisma Consplant (Subang Jaya), Jaya33 (Petaling Jaya), The Shore Shopping Gallery (Melaka) dan banyak lagi.

Dana itu boleh dilanggan di cawangan Maybank, dan kini juga boleh dilanggan Ambank di seluruh negara.


Boleh juga dapatkan info tambahan di laman web rasmi PHB 


Seperti biasa...pesanan saya...."Sayangilah Wang Anda"

~Mat-Drat @SayangWang~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇


No comments:

Post a Comment