Monday 22 January 2018

KISS Selangor - Jom Daftar








KISS – KASIH IBU SMART SELANGOR


KISS merupakan satu program kebajikan khusus dari Kerajaan Negeri Selangor bagi mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga .

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu ini, Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diperkenalkan dengan mengkhususkan kepada golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40)

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).



SYARAT KELAYAKAN KISS

1.  Warganegara Malaysia; dan
2.  Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan 
3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan 
3.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
4.  Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.








CARA MENDAFTAR

Pendaftaran boleh dibuat secara online atau manual;

Secara atas talian di www.kiss.com.my

Secara manual :
- borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web di pautan berikut

-      atau boleh diambil di :
  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  4. Pusat Wanita Berdaya


MANFAAAT

Pemegang ahli kad KISS boleh membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless),  terhad sebanyak RM 200 sebulan.

Kad KISS akan ditambah nilai RM 200 setiap bulan secara automatik, dan baki nilai kad tidak akan dibawa ke bulan hadapan. 



SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

​Mengikut laman web rasmi KISS , berikut adalah senarai barang yang diluluskan untuk dibeli dengan menggunakan kad KISS

1. Beras
2. Mi dan Bihun
3. Roti
4. Biskut
5. Telur
6. Gula dan Garam
7. Rempah ratus
8. Tepung
9. Minyak masak
10. Sayur-sayuran
11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
14. Produk tenusu – susu segar, susu
tepung, susu sejat dan susu pekat manis
15. Barangan persekolahan – kasut, beg,
buku, alatulis, pakaian seragam Done sebagainya. 

Setakat ni, ini barangan yang diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang di pilihan selagi tidak lebih RM200. 

Untuk maklumat terkini boleh rujuk laman web KISS


Senarai kedai

Senarai kedai yang mengambil bahagian boleh dirujuk kepada senarai yang dikemukakan.


Kena rajin buat semakan kerana senarai akan berubah, mungkin ada penambahan dari masa ke semasa.

Jika ingin mendaftar sebagai peniaga / peruncit pun boleh juga, borang boleh di download dari laman web KISS ini.



Pertanyaan mengenai KISS

Ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Selangor Careline

Tel : 03-5525 6600
Faks : 03-5525 6900
Email : admin@selcare.my


Pesanan Ikhlas.. Sayangi Wang Anda 

Mat Drat @SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇


Monday 15 January 2018

AHB - RM 50 percuma untuk akaun remaja

Unit Tambahan Amanah Hartanah Bumiputera 50 JUTA

Bagi yang dah sampai limit pelaburan di ASB, mungkin boleh consider untuk melabur di AHB ini. Dan baru baru ini, Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib telah mengumumkan Unit Tambahan Amanah Hartanah Bumiputera ini sebanyak 500 juta lagi.



Dana AHB ini pada asalnya dibuka pada tahun 2010 sebanyak 1 billion unit, kemudian ditambah lagi 1 billion unit pada tahun 2012. Dan pada tahun lepas (2016) tambahan 1.5 billion telah diumumkan dan telah habis dilanggan dalam masa kurang dari setahun.




Jadi rasanya tambahan unit 500 juta ini mungkin akan habis dalam tempoh kurang setahun juga. Dengan amaun minima pembukaan akaun dikurangkan dari RM 500 kepada RM100, pastinya lebih ramai yang akan melabur di AHB.




RM50 percuma untuk akaun remaja


Dan baru-baru ini turut diumukan bahawa Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera telah bersetuju untuk memberi insentif 50 unit percuma untuk setiap Akaun Remaja yang dibuka kepada 200,000 Akaun Remaja baru yang pertama dibuka. Kira hanya untuk 200,000 akaun baru. Jadi yang ada anak-anak remaja tu, ambil peluang ini untuk menambah portfolio pelaburan anak-anak disamping menggalakkan mereka menabung dan melabur.




Baca artikel berikutnya untuk cara-cara membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera AHB.




Sebelum saya akhiri perkongsian kali ini, mungkin ada yang belum tahu apa itu AHB. AHB adalah dana yang disokong aset patuh Syariah dengan harga tetap sebanyak RM1 seunit dan pelabur Bumiputera boleh menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan menyediakan aliran pendapatan yang konsisten kepada mereka. 




Ketika mula dilancarkan dahulu, pelaburan minimum AHB adalah RM500. PHB mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah pelaburan minimum kepada RM100 seorang bagi menarik lebih ramai pelabur Bumiputera. Bagaimanapun, pelaburan maksimum masih dikekalkan RM500,000 seorang.



Tabungan unit amanah pelabur akan dilaburkan ke dalam skim-skim pelaburan hartanah dan pembangunan hartanah PHB. Hari ini PHB telah memiliki lebih 17 hartanah komersial di seluruh negara, sama ada melalui pemerolehan atau pembangunan.




Antara beberapa bangunan dan hartanah yang dimiliki termasuk Menara Bumiputera-Commerce, Menara BT, 1Sentrum dan Nu Sentral (semua di KL), Wisma Consplant (Subang Jaya), Jaya33 (Petaling Jaya), The Shore Shopping Gallery (Melaka) dan banyak lagi.

Dana itu boleh dilanggan di cawangan Maybank, dan kini juga boleh dilanggan Ambank di seluruh negara.


Boleh juga dapatkan info tambahan di laman web rasmi PHB 
👉👉 http://www.phb.com.my/header7.html


Seperti biasa...pesanan saya...."Sayangilah Wang Anda"

~Mat-Drat @SayangWang~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇


SSPN1M - Cara Mohon RM500

SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia yang dijenamakan semula dari produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri dari SSPN1M-i yang dahulunya dikenali dengan SSPN-i dan SSPN1M-i plus yang dulunya dikenali dengan SSPN-i plus.

2018 ini, kerajaan memperuntukkan RM250 juta kepada 500,000 akaun terawal melalui Insentif Geran Sepadan RM500. Setiap akaun anak akan mendapat RM500 jika syarat-syarat ditetapkan dipenuhi. 



Apa itu Insentif Khas Geran Sepadan RM500 ini.

1. Insentif Geran Sepadan RM 500 (GS500) ini adalah insentif dari budget 2018.

2. Ia bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018 

3. Insentif ini hanya diberi kepada anak-anak berumur 7-12 tahun pada tahun 2018 atau sedang belajar di sekolah rendah.

4. Perlu membuka akaun SSPN1M dan membuat deposit minimum bersih RM500 dalam tahun 2018 (mulai Januari)  untuk mendapatkan GS500 ini.




Bagaimana untuk mendapatkan RM 500 ini.

1. Buka akaun SSPN1M-i / SSPN1M-i plus bagi yang belum ada akaun dan buat simpanan mulai Januari 2018. 

2. Jika sudah ada akaun SSPN1M-i / SSPN1M-i plus (SSPN), mula buat simpanan tambahan pada tahun 2018 ini. 

3. Pastikan simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500 dalam produk yang sama. (Ini tidak termasuk jumlah takaful bagi akaun  SSPN1M-i plus)

Contoh Simpanan

Contoh 1 :
Pendeposit keluarkan wang RM500 dari akaun SSPN1M-i dan depositkan RM500 ke akaun SSPN1M-i plus bagi akaun penerima manfaat (anak) yang sama, maka anak TIDAK LAYAK dapat GS500.


Contoh 2 :
Pada bulan yangs sama, pendeposit keluarkan RM200 dari akaun SSPN1M-i  dan kemudian masukkan balik RM 500 ke akaun SSPN1M-i  tadi, maka anak TIDAK LAYAK dapat GS500 ini kerana simpanan bersih tidak capai minimum RM500


Contoh 3 :
Pendeposit buat simpanan RM200 ke akaun SSPN1M-i  dan RM300 ke akaun SSPN1M-i plus , maka anak TIDAK LAYAK mendapat GS500 ini kerana ia tidak didepostkan ke akaun produk yang sama.





Apa lagi yang PERLU anda tahu mengenai GS 500 ini.


Permohonan

1. TIDAK PERLU buat permohonan untuk mendapatkan GS500 ini. GS500 ini akan diberikan secara automatic.

2. Insentif ini akan diberikan pada hujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, DAN ia tertakluk kepada peruntukan RM250 juta – atau 500,000 akaun terawal. Jadi, kena cepat sebelum peruntukan RM 250 juta habis.



Pengeluaran

1. Insentif GS500 ini HANYA BOLEH DIKELUARKAN apabila penerima manfaat (anak) mencecah umur 18 tahun.

2. Jika penerima manfaat belum mencecah 18 tahun, simpanan selain insentif GS 500 ini BOLEH DIKELUARKAN dengan syarat baki mimimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk amaun insentif GS 500 ini.

Contoh
Kalau ada buat simpanan RM1,500 dan kemudian mendapat GS500. Keseluruhan simpanan berjumlah RM 2,000. Pendeposit hanya DIBENARKAN BUAT PENEGELUARAN maksimum sebanyak RM1,000 sahaja.



3. Jika pendeposit ingin MENUTUP akaun sebelum penerima manfaat (anak) berumur 18 tahun, GS500 ini TIDAK BOLEH dikeluarkan, hanya jumlah simpanan dan dividen sahaja boleh dikeluarkan. Insentif ini akan ditarik balik.

4. Jika Pendeposit atau Penerima Manfaat Meninggal Dunia sebelum penerima manfaat beumur 18 tahun, akaun perlu ditutup dan LAYAK menerima GS500



Ada Akaun Lain

1. Jika penerima manfaat (anak) mempunyai 2 akaun yang dibuka oleh ibu dan ayahnya, GS500 hanya akan diberi sekali sahaja. Akaun yang terlebih dahulu mencapai simpanan bersih RM 500 akan mendapat GS 500 ini.

2. Jika pendeposit (ayah atau ibu) mempunyai lebih dari seorang penerima manfaat (anak) yang berumur 7-12 tahun, SETIAP penerima manfaat LAYAK mendapat GS 500 ini apabila memenuhi syarat yang ditetapkan.



Dividend dan Pengecualian Cukai

1. Insentif GS500 ini TURUT LAYAK mendapat dividen

2. Amaun GS500 ini TIDAK LAYAK untuk Pelepasan Cukai kerana ia bukanlah simpanan pendeposit tetapi Geran dari Kerajaan.

3. Pendeposit layak mendapat Pelepasan Cukai bagi SSPN1M bagi jumlah bersih simpanan. Kerajaan melanjutkan lagi 3 tahun bagi Pelepasan Cukai SSPN1M (Dulunya Pelepasan SSPN)

Baca Lanjut mengenai 



Sebelum mengakhiri perkongsian ini, saya ingin pesan bahawa ada juga insentif lain yang PERLU DIREBUT



- Insentif ADAM


~Mat-Drat @SayangWang~



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇





Sunday 14 January 2018

DRYER MURAH Di Lazada - MIDEA dan ELBA

Minggu lepas boleh kata rata-rata di Malaysia dilanda hujan beberapa hari. Kedai kedai doby pakaian menjadi tumpuan terutama yang memiliki mesin pengering (dryer). 


klik di sini 👉👉 LAZADA MOBILE (App)

 

klik di sini 👉👉 LAZADA

 



Dan banyak juga netizen yang update di FB dan IG keadaan kedai kedai doby yang dipenuhi pelanggan.

Dryer Midea Murah Lazada


Dan ada juga yang dah mula buat kira-kira nak beli dryer mesin ni. Saya antaranya. Lihat di Lazada, ada beberapa dryer machine yang dijual dibawah RM1, 000.

Antaranya 
- Jenama MIDEA - 6kg
- Jenama ELBA - 3kg

Tapi kalau budget lebih besar, ada beberapa pilihan lagi seperti Jenama Electrolux dan Panasonic. 

Pagi tadi sebelum saya menulis entry ini, terdapat beberapa penjual yang menjual Dryer  6 kg jenama MIDEA ini pada harga kurang RM900. .


Elba tu walau RM 7OO lebih, tapi kapasiti hanya 3 kg sahaja.





1. MIDEA DRYER 6 KG - RM?? 


Paling murah utk Jenama MIDEA (6kg) seperti di link bawah ini... RM889.

Yang ni siap boleh buat 6 bulan installment lagi... RM 149 sebulan.

Kalau yang nak beli tu, kena beli cepat Sebelum penjual naikkan harga atau kehabisan stok.


Ini antara penjual yang jual bawah RM 900 (Klik Link pada gambar). Ada lagi beberapa penjual yang turut jual pada harga kurang RM 900.


Specification

Capacity6
Dimension595x550x840
Gross/Net Weight33/48
Max Spin SpeedNone Normally 45-50rpm
Temperature SelectionNormal/Delicates/Airing
Standard Cycle Time120min
Warranty period            1 Year



2. ELBA DRYER 3 KG  - RM 769

Elba ni walau harga cuma RM 7OO lebih, tapi kapasiti hanya 3 kg sahaja.
Bergantung la, kalau rasa tak perlu yang kapasiti besar, boleh consider yang ini.



Features:

• 2 Heat Settings

• 120 Minute Timer
• Final Cool Down Tumble
• Softline Styling
• Light & Easily Manoeuvrable
• Low Noise Level
• Fixed Rear Vent
• Saves On Ironing
• No Venting Kit Required
• Dimension (mm): H x W x D: 670 x 500 x 470

👉👉 LAZADA

👉👉 LAZADA MOBILE

👉👉 11 STREET

👉👉11 STREET - MOBILE

Wednesday 3 January 2018

Insentif Khas Geran Sepadan RM500 untuk SSPN1M - Perkara yang anda PERLU TAHU

RM 500 #GS500









Hari ni sahaja saya mendapat beberapa pertanyaan mengenai Insentif GS 500 di dalam SSPN1M ini. Nak tak nak, saya cuba dapatkan info dan update di blog untuk rujukan. TAPI untuk lebih tepat, sila layari laman web PTPTN atau ajukan soalan di FB SSPN/PTPTN.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM250 juta di dalam #Bajet2018 kepada 500,000 kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun untuk geran sepadan ini. Setiap kanak-kanak layak mendapat RM500 jika memenuhi syarat yang ditetapkan.



SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia yang dijenamakan semula dari produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri dari SSPN1M-i yang dahulunya dikenali dengan SSPN-i dan SSPN1M-i plus yang dulunya dikenali dengan SSPN-i plus.



Apa itu Insentif Khas Geran Sepadan RM500 ini.

1. Insentif Geran Sepadan RM 500 (GS500) ini adalah insentif dari budget 2018.

2. Ia bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018 

3. Insentif ini hanya diberi kepada anak-anak berumur 7-12 tahun pada tahun 2018 atau sedang belajar di sekolah rendah.

4. Perlu membuka akaun SSPN1M dan membuat deposit minimum bersih RM500 dalam tahun 2018 (mulai Januari)  untuk mendapatkan GS500 ini.




Bagaimana untuk mendapatkan RM 500 ini.

1. Buka akaun SSPN1M-i / SSPN1M-i plus bagi yang belum ada akaun dan buat simpanan mulai Januari 2018. 

2. Jika sudah ada akaun SSPN1M-i / SSPN1M-i plus (SSPN), mula buat simpanan tambahan pada tahun 2018 ini. 

3. Pastikan simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500 dalam produk yang sama. (Ini tidak termasuk jumlah takaful bagi akaun  SSPN1M-i plus)


Dapatkan RM 500 untuk anak anda di SSPN1M-i Plus



Contoh Simpanan

Contoh 1 :
Pendeposit keluarkan wang RM500 dari akaun SSPN1M-i dan depositkan RM500 ke akaun SSPN1M-i plus bagi akaun penerima manfaat (anak) yang sama, maka anak TIDAK LAYAK dapat GS500.


Contoh 2 :
Pada bulan yangs sama, pendeposit keluarkan RM200 dari akaun SSPN1M-i  dan kemudian masukkan balik RM 500 ke akaun SSPN1M-i  tadi, maka anak TIDAK LAYAK dapat GS500 ini kerana simpanan bersih tidak capai minimum RM500


Contoh 3 :
Pendeposit buat simpanan RM200 ke akaun SSPN1M-i  dan RM300 ke akaun SSPN1M-i plus , maka anak TIDAK LAYAK mendapat GS500 ini kerana ia tidak didepostkan ke akaun produk yang sama.





Apa lagi yang PERLU anda tahu mengenai GS 500 ini.


Permohonan

1. TIDAK PERLU buat permohonan untuk mendapatkan GS500 ini. GS500 ini akan diberikan secara automatic.

2. Insentif ini akan diberikan pada hujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, DAN ia tertakluk kepada peruntukan RM250 juta – atau 500,000 akaun terawal. Jadi, kena cepat sebelum peruntukan RM 250 juta habis.



Pengeluaran

1. Insentif GS500 ini HANYA BOLEH DIKELUARKAN apabila penerima manfaat (anak) mencecah umur 18 tahun.

2. Jika penerima manfaat belum mencecah 18 tahun, simpanan selain insentif GS 500 ini BOLEH DIKELUARKAN dengan syarat baki mimimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk amaun insentif GS 500 ini.

Contoh
Kalau ada buat simpanan RM1,500 dan kemudian mendapat GS500. Keseluruhan simpanan berjumlah RM 2,000. Pendeposit hanya DIBENARKAN BUAT PENEGELUARAN maksimum sebanyak RM1,000 sahaja.



3. Jika pendeposit ingin MENUTUP akaun sebelum penerima manfaat (anak) berumur 18 tahun, GS500 ini TIDAK BOLEH dikeluarkan, hanya jumlah simpanan dan dividen sahaja boleh dikeluarkan. Insentif ini akan ditarik balik.

4. Jika Pendeposit atau Penerima Manfaat Meninggal Dunia sebelum penerima manfaat beumur 18 tahun, akaun perlu ditutup dan LAYAK menerima GS500



Ada Akaun Lain

1. Jika penerima manfaat (anak) mempunyai 2 akaun yang dibuka oleh ibu dan ayahnya, GS500 hanya akan diberi sekali sahaja. Akaun yang terlebih dahulu mencapai simpanan bersih RM 500 akan mendapat GS 500 ini.

2. Jika pendeposit (ayah atau ibu) mempunyai lebih dari seorang penerima manfaat (anak) yang berumur 7-12 tahun, SETIAP penerima manfaat LAYAK mendapat GS 500 ini apabila memenuhi syarat yang ditetapkan.



Dividend dan Pengecualian Cukai

1. Insentif GS500 ini TURUT LAYAK mendapat dividen

2. Amaun GS500 ini TIDAK LAYAK untuk Pelepasan Cukai kerana ia bukanlah simpanan pendeposit tetapi Geran dari Kerajaan.

3. Pendeposit layak mendapat Pelepasan Cukai bagi SSPN1M bagi jumlah bersih simpanan. Kerajaan melanjutkan lagi 3 tahun bagi Pelepasan Cukai SSPN1M (Dulunya Pelepasan SSPN)

Baca Lanjut mengenai 



Sebelum mengakhiri perkongsian ini, saya ingin pesan bahawa ada juga insentif lain yang PERLU DIREBUT



- Insentif ADAM


~Mat-Drat @SayangWang~



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Tuesday 2 January 2018

DIVIDEN BANK RAKYAT 2018 - Diumumkan 16%


Dividen Bank Rakyat 2018 -  diumumkan





Update 28.03.2018

Bank Rakyat pada Selasa (27 Mac 2018) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 16 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017 berbanding 15 peratus pada 2016. Dengan pengumuman ini, sebanyak RM480 juta akan diagihkan kepada anggota yang menjadi ahli Bank Rakyat.

Pengerusinya, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, bank itu mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion iaitu peningkatan 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion pada 2016.

Dividen yang dibayar adalah bersandarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion yang dicatatkannya dalam tahun kewangan tersebut, di mana ia meningkat sebanyak 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.




Keuntungan bersih bank koperasi ini bagi tahun kewangan dikaji (31.12.2017) juga mencatatkan peningkatan sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion, berbanding RM1.16 bilion sebelum ini

Rasanya semua ahli sangat gembira dan bersyukur dengan pengumuman ini.





Dividen Bank Rakyat Terkini (2018) - Bila Diumumkan

Hari ni, 2 Januari 2018 ramai pelabur ASB tersenyum apabila ke pejabat ASNB atau pun bank-bank yang menjadi ejen ASNB. Dan pastinya ada yang mula tertanya-tanya bila agaknya dividen Bank Rakyat akan diumumkan. 

Jika mengikut tahun-tahun sebelum ini, pengumuman akan dibuat pada bulan Mac atau April. 

Tahun 2016, ia diumumkan pada 21 Mac 2016.  Manakala tahun lepas (2017), pengumuman dividen Bank Rakyat agak lewat iaitu pada awal Mei. 

Jadi untuk tahun 2018 ini, mari kita berdoa pengumuman dan pembayaran di buat awal tidak seperti tahun lepas yang agak lewat.


Rekod Dividen Bank Rakyat

3 tahun kebelakangan ini, dividen bank rakyat adalah seperti berikut;

2014   - 15 % (Umum 2015 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014)
2015   - 13 % (Umum 2016 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015)
2016   - 15%  (Umum 2017 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016)
2017  - xx % (Umum 2018 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017)








Keseluruhan ahli Bank Rakyat yang berjumlah lebih kurang 950,000 dengan modal berbayar keseluruhannya sebanyak RM 3 billion, pasti mengharapkan dividen tahun ini lebih berbanding tahun lepas.
Walaupun keadaan persekitaran ekonomi yang agak tidak memberangsangkan, para pemegang saham tetap mengharapkan Bank Rakyat mampu memberikan dividen yang tinggi seperti tahun-tahun sebelum ini.

Apa-apa pun, kita tunggu sama-sama pengumuman dividen yang akan diumumkan nanti.



Saham Bank Rakyat vs Akaun Simpanan Bank Rakyat

Ada yang masih keliru, sama ada simpanan dia di akaun bank rakyat layak atau tidak dengan dividen ini.

Pembayaran dividen ini hanya untuk ahli iaitu untuk mereka yang meiliki saham Bank Rakyat dan bukannya kepada akaun simpanan. 

Untuk menjadi ahli, seseorang itu perlu memiliki saham Bank Rakyat. Buat masa ini, semua unit saham Bank Rakyat telah penuh dilanggan. Dan kali terakhir ia ditawarkan semula (tambahan), telah habis seperti goreng pisang.


Ingin membeli atau menambah saham Bank Rakyat ?

Bagi mereka yang ingin menjadi ahli Bank Rakyat dengan membeli saham nya, agak dukacita kerana sekarang kuota telah penuh. Buat masa ni, saya pun tidak mendengar apa-apa berita yang Bank Rakyat akan membuka peluang untuk Penambahan Saham nya dalam masa terdekat.

Pasti ramai yang sentiasa menunggu peluang untuk menambah saham di Bank Rakyat memandangkan dividen yang diumumkan setiap tahun tidak mengecewakan, seingat saya ia sentiasa melebihi 10%.

Kali terakhir Bank Rakyat memberi peluang penambahan saham adalah sekitar tahun 2011 dahulu. Pada waktu itu, saham yang ditawarkan seperti pisang panas. Terlalu ramai yang ingin menambah pegangan saham berbanding saham yang ditawarkan sebanyak RM500 juta.  Dan akhirnya Bank Rakyat menawarkan hanya limit 500 unit saham seorang kepada ahli baru. Manakala untuk ahli sedia ada, unit yang diagihkan lebih sedikit. Pada ketika itu saya dapat tambahan 2000 unit sahaja.

Walau bagai mana pun, terdapat beberapa pihak ingin menjual saham mereka. Cuma harga yang ditawarkan sedikit tinggi.



Beli saham Bank Rakyat dengan harga premium - berbaloi?

Jika ada pihak-pihak tertentu menawarkan untuk menjual saham Bank Rakyat mereka pada harga yang lebih tinggi, sebelum membeli saya sarankan buat sedikit pengiraan.

Satu unit saham Bank Rakyat berharga RM1. Ada pihak menjual sehingga RM1.50 sesaham.

Saya pernah ditawarkan sebanyak RM 100,000 unit pada harga RM1.50 tetapi saya tolak kerana harga yang ditawarkan agak tinggi dan saya ada pilihan pelaburan lain. Saya buat simple calcullation berikut :

a. Saham Bank Rakyat 

Katakan 
Kita beli 100,000 saham pada harga RM1.50 pada 30 Disember 20xx.

Harga belian = RM 150,000
Unit = 100,000

Dan katakan 
Dividen Bank Rakyat 15% setahun (anggaran).
Dividen akan dikira ke atas saham 100,000 unit.

Dividen Setahun = RM 15,000 
Dividen 3 tahun  = RM 45,000
Dividen 4 tahun  = RM 60,000

Dividen 10 tahun = RM 150,000

Jadi saya anggap selepas 4 tahun baru boleh 'cover' premium (lebihan harga) yang saya bayar.
Dan selepas 10 tahun, jumlah dividen saya perolehi adalah sebanyak RM 150,000

Harus diingat, kadar dividen Bank Rakyat hanya dikira ke atas saham. Dividen yang kita dapat akan dimasukkan ke akaun simpanan. Jika tidak dikeluarkan (ia hanya beri sekitar 2-3% sahaja, tidak ada 'kompound' keatas dividen yang diterima.

Jika harga belian RM 150,000 tu ditampung dengan pinjaman bank pada kadar 4-6% setahun, pulangan bersih kita lagi rendah. Jadi untuk 'cover' premium yang kita bayar akan lebih lama.


b. Saham ASB  
Memandangkan, saya tidak dapat 'kuasa kompound' bagi dividen yang diperolehi  jadi saya buat pengiraan jika RM 150,000 dilaburkan di ASB pada kadar pulangan 7% setahun (anggaran).

Unit ASB 150,000 unit = RM 150,000

Selepas 4 tahun = RM 196,619.40
Pulangan bersih = RM 46,619 ( 196,619 - 150,000)

Nampak rendah, jadi saya lihat pula jika selepas 10 tahun.

Selepas 10 tahun = RM 295,072.70
Pulangan bersih = RM 145,072 ( 295,072 - 150,000)

Saya nampak agak berbaloi beli saham Bank Rakyat ni pada harga pemium dengan syarat 
- tidak buat pinjaman (memang ada cash)
- tidak ada instrument pelaburan lain (terjamin dan pulangan tinggi)...


c. Saham KPF  
Saya cuba pula bandingkan jika RM 150,000 dilaburkan di KPF (Koperasi Permodalan Felda). Untuk yang tidak tahu, KPF juga menawarkan pulangan yang agak tinggi. Tetapi ia hanya di buka kepada keluarga Felda sahaja (kakitangan dan peneroka).


Katakan 
Kita beli 150,000 saham  KPF pada harga RM1.00 pada 30 Disember 20xx.

Harga belian = RM 150,000
Unit = 150,000

Dan katakan 
Dividen KPF 12% setahun (anggaran).
Dividen akan dikira ke atas saham 150,000 unit.

Dividen Setahun = RM 18,000 
Dividen 3 tahun  = RM 54,000
Dividen 4 tahun  = RM72,000

Dividen 10 tahun = RM 180,000

Jadi saya tolak pelawaan membeli saham Bank Rakyat tesebut. Kalau dia tawarkan pada harga lebih rendah, mungkin saya beli.


Sama ada ingin membeli / menerima tawaran saham Bank Rakyat pada harga yang lebih tinggi, sekali lagi saya sarankan buat pengiraan.







Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Monday 1 January 2018

Ejen ASNB

Senarai Ejen ASNB ASB ASN
Senarai Ejen ASNB







Hari ini 2hb Jan 2018, pastinya ramai pemegang unit amanah ASB/ASN atau pelabur akan ke kaunter ASNB atau ejen-ejen ASNB untuk membuat semakan dividen dan seterusnya mengeluarkan dividen. Dividen yang diperolehi mungkin ssedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sesetengah pelabur terutamanya yang perlu berbelanja lebih untuk persedian sessi persekolahan 2018 yang baru dibuka.

Dan seperti biasa, selain kaunter ASNB, kaunter-kaunter ejen ASNB seperti Pejabat Pos, Maybank dan CIMB akan menjadi tumpuan pelabur dan pastinya pelabur perlu menunggu agak lama untuk mendapatkan giliran untuk melakukan urus niaga di kaunter.

Sebenarnya, selain Pejabat Pos, Maybank dan CIMB , beberapa bank lain turut telah menjadi ejen ASNB. Ada bank yang telah beberapa tahun menjadi ejen ASNB tetapi masih kurang diketahui oleh sesetengah pelabur dan ada juga bank yang baru menjdi ejen ASNB mulai 2017 yang lalu.

Yang berhajat untuk membuat semakan dan melakukan urus niaga ASB / ASN di awal tahun ini dan ingin mengelak menunggu terlalu lama, bolehlah lihat senarai ejen ASNB di bawah dan rancang mana yang 'rasanya' agak kurang pelabur yang ke situ.


Senarai Ejen ASNB


  1. Pos Malaysia
  2. Maybank / Maybank Islamic
  3. CIMB Bank / CIMB Islamic
  4. RHB / RHB Islamic Bank
  5. AmBank / Ambank Islamic*
  6. Alliance Bank*
  7. Affin Bank8
  8. BSN*

* Mengikut portal ASNB, perkhidmatan yang disediakan oleh BSN, Alliance Bank, Affin Bank dan Ambank adalah terhad. Boleh buat semakan di portal ASNB untuk maklumat lanjut.











Jika untuk membuat semakan baki akaun  sahaja, saya sarankan daftar di portal myASNB. 

Untuk membuat pendaftaran Portal myASNB, kena ikut langkah ini terlebih dahulu :
1. Kemaskini maklumat peribadi (nombor telefon) di cawangan atau ejen ASNB
2. Log in myASNB di link https://www.myasnb.com.my/
3. Ikut langkah mudah dan aktifkan akaun myASNB anda.

Saya baru ni kemaskini maklumat di BSN, senang sebab pelanggan agak kurang berbanding ke Maybank atau CIMB.



Jemput juga baca artikel saya yang lain berkaitan ASB :


Lain-lain artikel berkaitan ASB :

👉👉 Pinjaman ASB : Untung atau Rugi ?
👉👉 3 Kategori pelaburan ASB melalui Pinjaman : Anda yang mana? 

👉👉  Hukum Melabur di ASB  
👉👉  Rekod Dividen ASB  

👉👉  Urusniaga ASB tanpa buku
👉👉  Cara Daftar portal myASNB



Mat Drat @ Sayangwang
- Sayang Wang Anda -




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇