Monday 10 December 2018

Jangan Keluarkan Deposit Tabung Haji



Tabung Haji...

Jangan Panic. Jangan keluarkan Deposit.  Ini pandangan saya susulan beberapa posting di media sosial yang ramai ingin keluarkan deposit mereka di Tabung Haji.

Saya Tak akan keluarkan duit dari Tabung Haji.
Ini cara saya menyumbang kpd Tabung Haji.

Bagi saya, tindakan perlu bijak sebagai seorang menteri... Menteri perlu bertindak sebagai seorang yang berada di dalam kerajaan dan bukannya lagi sebagai pembangkang. Tindakan perlu lebih berhemah, untuk meminimakan kesan kepada masyarakat terutama kepada pendeposit bagi kes Tabung Haji ni. Bak kata pepatah, "tarik rambut dari tepung, rambut tak putus dan tepung tak terabur" 

Tindakan mem'panik'kan pendeposit boleh membuat pendeposit mula mengeluarkan wang dari Tabung Haji dan lagi memburukkan lagi keadaan kewangan  Tabung Haji. Dah la Tabung Haji terkesan dengan kejatuhan nilai saham di KLSE, ini ditambah lagi dengan kesan pendeposit yang mula mengeluarkan duit mereka.

Dan masa ni la.... Jerung2 sedang menunggu je TH menjual aset2 pelaburan mereka pada harga rendah.

Dulu, bila Rafizi dedahkan isu TH 'dipaksa' beli lot tanah 1MDB (TRX) , saya pun marah dengan TH. Saya juga menyumpah seranah mereka yg terlibat.

Ketika isu pembelian tanah TRX dahulu,  saya tak cepat melatah ketika itu, saya tidak keluarkan duit dari TH. Saya masih percaya, decision saya dengan kekalkan deposit yang tak seberapa di TH mampu membantu TH mengekalkan porfolio pelaburan mereka. Sedikit sebanyak meminimakan kerugian TH kpd porfolio tertentu. Kurang kerugian, maknanya ada lebih untuk disalurkan kepada jemaah haji (dan kita pendeposit juga).

Dan saya ingat, ketika itu ramai juga yang cepat melatah, keluarkan duit sehingga kurang dari 'baki' tertentu yang sampaikan giliran haji mereka juga luput.

Kita pendeposit, saya yakin kita bukan semata mata menabung di TH untuk mendapatkan pulangan tetapi lebih dari itu. Menabung untuk memudahkan urusan kita ke Makkah untuk menunaikan haji.

Jika ada yang marah pun dengan Tabung Haji, saya sarankan janganlah keluarakan duit dari TH sekarang ni. Bersama kita pertahankan. Kalau nak keluarkan juga duit dalam Tabung Haji tu, keluar kan sedikit cukuplah sebagai tanda isyarat kepada TH yg kita pendeposit ada kuasa. Sikit2 sudah la, jgn keluarkan banyak.

Yang salah, mungkin beberapa top management dahulu yang buat decision silap dan salah, jangan kita hukum institusi ini pula sekarang.

Ramai antara kita berdoa dan menyumpah (sekurang kurangnya terdetik), 'cexxka' sungguh.. Duit Tabung Haji pun nak rembat. Bila bekas Pengerusinya didakwa hari tu, satu kepuasan sedikit kepada saya sebenarnya, sekurang-kurangnya tindakan dah dilakukan untuk keluarkan 'anasir-anasir' yang merosakkan Tabung Haji ni.

Mereka yg bersalah memang kita harap akan diambil tindakan dan dihukum.

Tabung Haji, Institusi yang diasaskan dan di tubuhkan asalnya untuk membantu orang-orang Melayu ketika itu untuk memudahkan mereka menunaikan haji. Jadi sama sama kita harap tujuan asal ini menjadi keutamaan TH disamping memberi nilai tambah kepada kita sebagai pendeposit.

- Mat Drat

Friday 9 November 2018

Maksud B40 dan M40

Selalu kita dengar para menteri, ahli politik menyebut B40 dan M40. Pada pembentangan bajet / belanjawan mulai 2 tahun yang lalu, kita juga disuakan dengan perkataan B40 dan M40 ini.

Tapi masih ramai yang tidak tahu apa itu maksud B40 dan M40, tidak tahu siapa sebenarnya golongan B40 dan M40.


Apa itu B40 dan M40

B40 dan M40 ini sebenarnya merujuk kepada income group/pendapatan bulanan penduduk di Malaysia.

Rakyat Malaysia dikategorikan kepada 3 kumpulan income/pendapatan iaitu :

1. B40 


  • Bermaksud  BOTTOM 40%.
  • 40% rakyat Malaysia berada dibawah kategori B40. 
  • Kumpulan B40 ini mempunyai pendapatan bulanan RM 3,860 dan ke bawah.


2. M40


  • M40 pula dalah MIDDLE 40%. 
  • 40% rakyat Malaysia tergolong di dalam kumpulan berpendapatan pertengahan (middle). 
  • Mereka yang berpendapatan bulanan diantara RM3,861 - RM 8,319 jatuh di dalam kumpulan ini. 
  • Pendapatan median bagi kumpulan M40 ini ialah RM6, 275 sebulan.


3. T20


  • Manakala T20 pula ialah TOP 20. 
  • T20 ini terdiri dari mereka yang pendapatan melebihi RM8,319. 
  • Median bulanan  bagi T20 adalah RM 13,148 sebulan.


Saturday 3 November 2018

Pengakuan Sukarela LHDNM Cukai Pendapatan



Pengakuan Sukarela Income Tax LHDNM




Semasa pembentangan Belanjawan 2019 semalam oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng,  diumumkan satu Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN untuk pembayar cukai bermula hari ini 3 November 2018.


Apa yang istimewa Program Khas Pengakuan Sekarela  LHDNM ini?
Dengan menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela ini, pembayar  cukai akan hanya dikenakan penalti sebanyak 10% ke atas cukai yang perlu dibayar jika pengakuan dibuat mulai hari ini 3 Nov 2018 sehingga 31 Mac 2019.


Sekiranya pengakuan dibuat dari 1 April 2019 sehingga 30 Jun 2019, penalti sebanyak 15% akan dikenakan. Naik sikit. 

Jadi rebutlah peluang ni jika rasa ada 
  • TER Tak lapor pendapatan
  • TERkurang lapor pendapatan
  • TERlebih tuntut belanja
  • TERtuntut belanja palsu
  • TERlebih tuntut elaun (elaun modal, elaun pelaburan semula, elaun bangunan industri dll)
Kalau yang 'TER' pun saya sarankan buat pengakuan sukarela ni, apatah lagi yang SENGAJA kurang lapor kepada LHDNM. Mengaku je.... penalti rendah tu. 



JADI ingat tarikh dan tempoh ni :

Pengakuan mulai 3 Nov 2018 - 31 Mac 2019 : Penalti 10%

Pengakuan mulai 1 April 2018 - 30 Jun 2019 : Penalti 15%


Dan apa yang BEST program ni, LHDNM akan terima secara "Suci Hati". Maknanya LHDNM tidak akan audit atau siasat apa yang kita lapor / buat pengakuan semasa program ni. 





Kalau Terlepas Program Khas Pengakuan Sekarela ini?

Ingat ye, kalau terlepas tarikh 30 Jun 2019 tu, bersedialah dengan kadar penalti yang dikenakan adalah antara 80% sehingga 300% seperti mana yang diperuntukkan dalam undang-undang sedia ada.

Jadi nak buat pengakuan, buat selewat-lewatnya sebelum 30 Jun 2019. Selepas tamatnya program ini pada  30 Jun 2019, kadar penalti yang dikenakan memang tinggi.



Macam mana nak buat pengakuan ni?

Yang nak buat pengakuan, boleh ke mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di laman web rasmi LHDNM 👉👉 http://www.hasil.gov.my

Untuk pertanyaan mengenai Program Pengakuan Sukarela ni boleh juga hubungi LHDNM melalui
Email : pengakuansukarela@hasil.gov.my
Telefon : 1800-88-5436 (LHDN) / 03-7713 6666



Pengakuan Sukarela Income Tax LHDNM
Sumber : Laman Web Rasmi LHDNM






10%, 15% Penalti? Maksudnya ?


10% dan 15% ni bukan kadar cukai ye, tapi kadar penalti ni atas perbezaan cukai yang sepatutnya. 

Kadar cukai mengikut kadar yang ditetapkan sebelum ni. Boleh semak di laman web rasmi LHDNM



Contoh 1
Ali memilik perniagaan dan dia tak lapor pendapatan untuk tahun taksiran 2016. 
Dia buat pengakuan sebelum 31 Mac 2019 kepada LHDNM.

Pengiraan Cukai mendapati cukai yang dikenakan adalah RM 800.00

Maka dengan tawaran ini, dia hanya dikenakan penalti sebanyak RM80 (10%), iaitu 10% dari cukai yang dikenakan.

Jumlah cukai dan penalti dia kena bayar adalah RM 880.00


Contoh 2
Ah Seng memiliki perniagaan.
Dia melaporkan pendapatan untuk tahun taksiran 2016.
Cukai yang dikenakan untuk tahun taksiran 2016 sebelum ini adalah sebanyak RM800

Dia buat pengakuan sebelum 31 Mac 2019 kepada LHDNM kerana ada pendapatan yang terkurang lapor sebelum ini dan ada belanja terlebih tuntut.

Pengiraan Cukai Baru mendapati cukai yang dikenakan sepatutnya adalah RM 2,000.00

Maka ;
Ah Seng pelu membayar cukai tambahan sebanyak RM 1,200 (RM 2,000 - RM800).
Dengan tawaran ini, dia hanya dikenakan penalti sebanyak RM120 (10%), iaitu 10% dari beza cukai yang dikenakan.


Jumlah cukai dan penalti dia kena bayar adalah RM 1,320.00









Masih Tak Faham ? Masih Keliru ?

Kalau masih keliru atau tak faham atau pun ada kemusyikilan, hubungi LHDNM atau ke pejabat LHDNM yang terdekat. Mereka akan beri jawapan.

Ingat, cepat sebelum tempoh tawaran ini berakhir dan sebelum anda dikunjungi pegawai audit atau pegawai penyiasat LHDNM.




LHDNM memerhatikan anda

Saya tertarik dengan pengumuman YB Menteri Kewangan semalam, di mana LHDNM akan turut memberikan tumpuan kepada pemilikan harta-harta mewah. 

Jadi nampaknya selepas tamat tempoh tawaran ini, kita boleh jangka LHDNM akan lebih banyak menumpukan kepada aktiviti audit dan siasatan.

Setahun dua ni saya perasan beberapa artis dan jutawan kosmetik yang update status di laman sosial mereka bahawa mereka diaudit dan disiasat oleh LHDNM. Harap-harap bukan sahaja artis yang ambil peluang ni, kita orang awam pun perlu ambil peluang. LHDNM ni tak kenal siapa, mungkin kita seterusnya yanga kan terima surat audit atau siasatan.

Jadi beringat dan bertindak sekarang sebelum dapat surat tu ye....


Dan tersingat (rasanya 1-2 tahun lepas punya iklan LHDNM)... Andalah Wira Negara. Nak jadi wira, bayar lah cukai sepatutnya.

Dan saya yakin, kerajaan sekarang yang mementingkan tadbir urus yang telus dan memerangi rasuah, rakyat pastinya akan lebih bersemangat untuk sama-sama membayar cukai dan membangunkan negara.




~En Drat~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇









Friday 2 November 2018

BSH Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019

BSH Bantuan Sara Hidup 2019




Semasa pembentangan Budget 2019 semalam oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng semalam,  kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih tersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.

Berikut adalah antara perkara yang perlu diketahu mengenai BSHR :



Isi Rumah
Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) kepada mereka yang layak dipecahkan kepada 3 kategori berikut :



1. Isi Rumah berpendapatan bulanan di bawah RM2,000
Bantuan berjumlah RM 1,000

2. Isi Rumah berpendapatan di antara RM2,001 - RM3,000
Bantuan berjumlah RM 750


3. Isi Rumah berpendapatan di antara RM3,001 - RM4,000
Bantuan berjumlah RM 500



Bilangan anak (Tambahan bantuan ) 
Selain bantuan berdasarkan pendapatan isi rumah di atas, tambahan bantuan akan diberikan bergantung kepada bilangan anak (saiz isi rumah).

Setiap orang anak di bawah umur 18 tahun akan mendapat tambahan bantuan sebanyak 
RM 120 .Had umur tidak terpakai kepada anak-anak OKU.

Bilangan anak adalah terhad kepada 4 orang bagi setiap isi rumah. 



Contoh pengiraan BSHR 2019

Contoh 1
Berpendapatan isi rumah  = RM1,800
Bilangan anak (bawah 18 tahun) = 4 orang

Jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) = RM 1,480 (RM1,000 + RM 480)











Permohonan Online dan Semakan Status Permohonan BSH

Permohonan Online atau semakan status permohonan BSHR boleh dibuat di laman web rasmi BSHR di laman web rasmi BSHR pada pautan berikut 
👉👉
https://bsh.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k






Kemaskini maklumat WARIS

Untuk memudahkan urusan waris membuat tuntutan Khairat Kematian, penerima BSHR di sarankan untuk mengemaskini maklumat waris.

Borang kemaskini maklumat waris boleh diperolehi dari laman web rasmi BSHR (link di atas) atau klik pautan borang di sini 👉👉 https://bsh.hasil.gov.my/manualPengguna/BK-20.pdf





Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat BSHR boleh rujuk ke laman web rasmi 👉👉 https://bsh.hasil.gov.my

Atau boleh hubungi 

Hotline MOF : 03-8882 4565 /  03-8882 4566

Hotline BSHR LHDN : 1800 88 2716



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Sunday 24 June 2018

Kupon LAZADA - Diskaun


Kupon LAZADA - Diskaun


Balik ke Kampung berhari raya baru ni saya sempat singgah ke Coffee Break Petronas. Dapat beberapa keping Kupon diskaun Lazada. Boleh la guna untuk beli apa yang patut. 



klik di sini  LAZADA MOBILE (App)

 

klik di sini 👉👉 LAZADA







Monday 4 June 2018

Pendeposit Tabung Haji Tidak Aktif - Cepat Aktifkan

Pendeposit Tabung Haji Tidak Aktif - Cepat Aktifkan


Saya yakin ramai pembaca blog ni adalah juga pendeposit Tabung Haji. 

Lembaga Tabung Haji melalui siaran media bertarikh 30 Mei 2018 memaklumkan, mana-mana pendeposit TH yang tidak aktif melebihi tempoh tujuh (7) tahun akan dipindahkan ke kumpulan 'Akaun Tidak Aktif'  mulai 9 Jun ini. TH juga menegaskan bahawa akaun-akaun ini tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai 2018.

Sayangnnya kalau tak dapat a gian Hibahkan... 

Menurut Tabung Haji juga, inisiatif ini adalah sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan dari sebarang transaksi yang mencurigakan.

TH memaklumkan hampir 500,000 akaun pendeposit TH tidak aktif dengan jumlah simpanan sebanyak RM 62.8 juta. Banyak tu ....


Aktifkan Akaun

Nak aktifkan akaun tidak susah, pendeposit yang mempunyai akaun TH tidak aktif boleh mengaktifkannya semula dengan melakukan transaksi seperti ;

- masuk atau keluar wang
- mengemas kini maklumat seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris

Transaksi ini boleh di buat di mana-mana cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat di seluruh negara.

Pengemaskinian akaun ini juga penting sebenarnya, ia memudahkan TH menghubungi bakal haji serta mengelak kes surat tawaran haji tidak diterima kerana bertukar alamat tetapi tidak dikemas kini.







Buku Hilang ?

Mungkin juga ramai yang tidak aktif kerana buku hilang, jadi nak depositkan duit pun tak tau nombor akauan.

Pendeposit yang telah kehilangan buku akaun pula boleh pergi ke mana-mana cawangan TH dengan membawa kad pengenalan bagi tujuan semakan, penggantian buku baharu dan kemas kini maklumat. 


Pendeposit Meninggal Dunia

Saya rasa kemungkinan juga bilangan pendeposit tidak aktif adalah kerana ada sebahagian pendeposit telah meninggal dunia dan waris tidak memaklumkan kepada TH. (Mungkin juga waris tidak tahu yang ahli keluarganya yang meninggal mempunyai akaun TH).

Bagi kes pendeposit telah meninggal dunia, waris masih boleh membuat permohonan untuk menuntut semula jumlah amaun yang diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif tersebut dengan mengemukakan dokumen berkaitan di cawangan TH


Kekal Aktif

Mungkin ada pendeposit yang agak jauh sedikit dari Cawangan TH, Bank Rakyat atau pun Bank Islam, jadi 'susah' sikit nak cari masa untuk ke bank. Jadi nak pastikan lepas ni akaun sentiasa aktif bolehlah buat pindahan secara online sahaja. Ada beberapa bank yang tawarkan perkhidmatan ni seperti Maybank, Bank Islam, Kuwaait Finance House dan Bank Rakyat

Saya suka menggunakan perkhidmatan pindahan (deposit) ke akaun Tabung Haji melalui perbankan online KFH (Kuwait Finance House) sebab caj transaksi yang rendah, RM 0.50 per transaksi. Tapi kadang-kadang saya gunakan perbankan online Maybank 2U sebab melalu M2U ni kita boleh lihat baki akaun TH kita.

Nanti saya share cara nak linkkan akaun Tabung Haji dengan perbankan internet Maybank2u.

~Mat Drat~

Monday 14 May 2018

Majlis Penasihat Kerajaan : Council OF Elders :



Majlis Penasihat Kerajaan : Council OF Elders :
Majlis Penasihat Kerajaan
Sumber : says.com




PRU 14 yang baru berakhir telah menyaksikan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan baru. Dan seperti semua sedia maklum, Tun Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri yang ke-7 sebagaimana yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan sewaktu kempen mereka.

Perlantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada usia hampir 93 tahun menjadikan beliau perdana menteri tertua yang dilantik di dunia. Selepas hampir 15 tahun Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, kina Tun M kembali memegang jawatan tersebut.

Tidak mengenal penat, Tun M terus menjalankan tugas untuk memastikan Malaysia di landasan yang betul dan memastikaan janji 100 hari Pakatan Harapan dapat ditunaikan. Banyak perkara yang perlu disegerakan seperti mana yang dijanjikan didalam manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU 14 lalu.


Pengumuman Majlis Penasihat - 'The Council Of Elders'

Dalam pengumuman 3 menteri pertama untuk kabinet baru, Tun Mahathir Mohamad turut mengumumkan penubuhan satu Majlis Penasihat. 

Pengumuman penubuhan Majlis Penasihat ini amat menarik perhatian rakyat Malaysia kerana ahli-ahli yang yang dipilih cukup dipercayai kredibiliti dan dikenali oleh rakyat Malaysia. Majlis ini turut disebut sebagai 'The Council of Elders'.

Majlis Penasihat ini di anggotai oleh Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Bekas Presiden merangkap CEO Petronas, Tan Sri Hassan Marican; Tycoon Perniagaan Malaysian, Tan Sri Robert Kuok; Ahli Ekonomi, Prof Jomo Kwame Sundaram.


Pengumuman penubuhan The Council of Elders ini mengingatkan saya dengan 'Council' di dalam filem Lord of The Ring (LOTR) dan juga 'The Council' di dalam filem Avengers.

Peminat LOTR pasti tahu yang Council of Elrond di dalam filem tersebut merupakan satu secret council yang ditubuhkan di Middle -Earth yang mana ia dianggotai oleh wakil dari Men, Elves dan Dwarves. Tugas 'Council' ini akan menentukan apa yang perlu dilakukan untuk One Ring. 

Manakala 'Council' dalam Avengers pula akan memberi 'nasihat' kepada Nick Fury yang mengetuai SHIELD untuk tindakan yang perlu dilakukan di dalam memastikan keselamatan dunia.



Ahli Majlis Penasihat Kerajaan


Ke lima-lima ahli majlis ini merupakan 'orang lama' yang cukup berkaliber di dalam bidang masing-masing dan cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa.

Sedikit maklumat dan info mengenai kelima-lima ahli majlis :

TUN DAIM ZAINUDDIN

  • Berusia 80 tahun
  • Bekas menteri kewangan Malaysia (1984 sehingga 1991).
  • Dilantik semula menteri kewangan pada 1999 dan meletakkan jawatan itu pada 2001.
  • Pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara
  • Pernah memegang jawatan Bendahari UMNO dari tahun 1984 sehingga 1999.

TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ
  • Berusia 70 tahun
  • Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (2000 sehingga 2017).
  • Dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi BNM pada tahun 1994
  • Dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia pada tahun 1998
  • Merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama memegang jawatan tersebut

TAN SRI HASSAN MARICAN
  • Berusia 65 tahun
  • Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas
  • Pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan
  • Mula menyertai Petronas pada tahun 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan dan menjadi CEO  mulai tahun 1995

PROFESOR JOMO KWAME SUNDARAM
  • Berusia 66 tahun
  • Seorang pakar ekonomi
  • Pernah bertugas sebagai pensyarah dan profesor di Universiti Awam (UKM dan UM), Akademi British, Felo Pelwat di Cambridge (1987-1988, 1991-1992) dan beberapa universiti lain.
  • Pernah menjadi ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara (1989-1991)
  • Pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pembangunan ekonomi.
  • Telah berkhidmat untuk PBB mulai tahun 2010 dan pelbagai badan antarabangsa.
  • Menulis dan menyunting lebih 100 buku, artikel dan kertas kerja akademi serta rencana mengenai ekonomi, ekonomi pembangunan, dasar ekonimoi sosio ekonomi dan sebagainya.

TAN SRI ROBERT KUOK
  • Berusia 95 tahun
  • Dikenali juga sebagai 'Raja Gula'
  • Merupakan ahli perniagaan terkenal dan merupakan individu terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia tenggara mengikut majalan Forbes.
  • Kepentingan perniagaan terdiri dari industri gula, pengilangan tepung, perlombongan, hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan.








Mesyuarat Pertama Majlis Penasihat

Mesyuarat pertama Majlis penasihat terus dilakukan sejurus perlantikan mereka. Jelas Majlis Penasihat ini serius di dalam melaksanakan tugas yang yang telah diamanahkan kepada mereka di mana tidak ada masa berehat kepada mereka.  Tugas yang diberikan kepada mereka adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan pantas - semuanya untuk kepentingan negara.

Mesyuarat pertama yang berlanjutan beberapa jam telah dipengerusikan Tun Daim Zainuddi dan  dihadiri oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Mohd Hassan Marican dan juga Profesor Jomo Kwame Sundaram. Manakala tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok berada di luar negara.



Memetik laporan Bernama, Tun Daim menyatakan mesyuarat akan diadakan setiap hari dan mungkin pada hari-hari tertentu mesyuarat akan diadakan beberapa kali sehari.

Dan laporan Bernama juga menyatakan "Daim berkata majlis itu diberi taklimat dan membincangkan antara lainnya mengenai keadaan ekonomi semasa, hutang negara, ringgit, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta subsidi minyak".

“Ini antara perkara utama. Kami membuat cadangan kepada kerajaan, dan mereka akan membuat keputusan," katanya.

Daim berkata majlis itu akan memanggil UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri), kementerian yang berkaitan dan GLC untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai pelbagai projek mega, dan tadbir urus GLC termasuk Tabung Haji, Mara dan Felda.

“Bagi 1MDB akan terdapat pasukan petugas khas. Saya telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu siasatan ke atas 1MDB. Ia akan berada di bawah bidang kuasa majlis yang akan mengemukakan laporan kepada kerajaan," kata Daim.

Daim berkata satu lagi isu penting yang perlu ditangani dengan cepat ialah lebihan penawaran ruang pejabat dan perumahan.

“Satu lagi contoh ialah kos keselamatan bagi sekolah. Ia lebih berharga daripada aset yang mereka awasi,” katanya.


Pada hari pertama mesyuarat Majlis Penasihat ini pelbagai isu telah diambil peduli oleh mereka. Kita sebagai rakyat Malaysia mengharapkan kepakaran mereka mampu memberikan nasihat yang terbaik kepada kerajaan di dalam memastikan Malaysia kembali di landasan yang betul.


~Mat Drat~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇





Wednesday 28 February 2018

Cara Isi e-Filing LHDN 2017 - Panduan 2018



Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018


Seperti biasa, 1 Mac setiap tahun akan bermulalah 'musim' mengisi borang cukai e-filing LHDNM.

Jangan tunggu saat-saat akhir baru nak submit borang cukai melalui efiling ini ye, lagi awal lagi bagus. Saya sendiri, bila di buka sahaja pada hari ini 1 Mac, saya terus hantar borang cukai saya melalui e-filing.

Dokumen dan draft pengiraan saya dah buat awal, bila di buka sahaja terus saya isi borang dan submit. Dengan harapan dapat refund awal.😊☺️

Cukup ringkas dan senang dengan e-filing ni, kita cuma perlu masukkan amaun dan pengiraan akan dikira oleh system. Tak sampai beberapa minit, siap lengkapkan e-BE dan dah berjaya hantar.

Ingat!!
Untuk mereka yang tiada punca pendapatan dari perniagaan;
- Tarikh Akhir hantar borang cukai manual adalah pada 30 April 2018 ye. Tapi untuk efiling dilanjutkan kepada 15 Mei 2018.
- isi Borang Cukai BE 

Submit borang cukai awal ni 'untung' sebenarnya, lagi-lagi kalau kita ada lebihan cukai (PCB -  Potongan Cukai Berjadual). Bagi saya, hantar awal ni harap-harap dapat refund dalam masa 2 minggu macam tahun lepas. 

Bila hantar lewat dihujung-hujung tempoh nanti, mesti ramai yang hantar dan mungkin proses refund (jika ada) akan sedikit lambat... maklumlah pegawai LHDN mesti nak buat semakan dahulu sebelum membayar refund.


Okey ... di sini saya kongsikan panduan dan tips  ringkas serta cara mengisi borang e-filing untuk borang e-BE LHDN untuk Tahun Taksiran 2017 ini. 

Jenis Borang
e-BE ni untuk mereka yang Tiada Punca Pendapatan Perniagaan (kira yang terima pendapatan Penggajian)
e-B pula untuk mereka yang ada punca Pendapatan Perniagaan. Yang ni rasanya belum buka lagi untuk e-filing bagi Tahun Taksiran 2017. Borang e-B  ni pun tarikh akhir untuk dihantar adalah 30 Jun. 


Untuk yang belum tahu,  Tahun Taksiran 2017 tu maknanya kita isi borang cukai di tahun 2018 ni bagi mentaksir cukai atas pendapatan yang kita terima pada tahun 2017.  Jadi bila pendapatan diterima pada 2017 yang kita laporkan, maka tuntutan pelepasan yang di tuntut juga mesti dibuat/dibelanjakan pada 2017. 

Untuk Tahun Taksiran 2018 punya, tahun depan baru kita lapor dan isi e-filing ye.

Untuk tahun ni, ada sedikit perubahan ye berbanding tahun lepas dan tahun ini juga LHDN telah mula memperkenalkan sistem request 'TAC' macam kita buat transaksi online banking. Tapi tak semua perlu memasukkan TAC, ada kriteria-kriteria pembayar cukai tertentu sahaja baru TAC diperlukan. 

Untuk rujukan, boleh layari 
- laman web rasmi LHDN di www.hasil.gov.my  atau 
- laman pautan  Nota Penerangan BE 2017


Pertama Kali e-Filing / Log-in Kali Pertama

  • Bagi yang pertama kali ingin mengisi borang cukai, tidak boleh terus mengisi borang e-filing tetapi perlu dapatkan Nombor PIN dahulu.
  • Nombor PIN boleh didapati di cawangan LHDN terdekat. Jangan lupa bawa MyKad untuk mendapatkan nombor PIN tersebut.
  • Sebelum mendapatkan atau mendaftar Nombor PIN, pastikan kita adalah Pembayar Cukai yang berdaftar.

Siapa yang perlu daftar ?
  • Mereka yang berpendapatan melebihi RM 34,000 atau lebih (selepas potongan KWSP) atau mereka yang telah dipotong PCB oleh majikan.
Cara Isi e-Filing LHDN 2017 - Panduan 2018
Credit : iMoney

Nombor PIN
  • Nombor PIN yang akan diberikan adalah kombinasi nombor 16 digit dan hanya boleh digunakan dengan Nombor MyKad yang didaftarkan.
  • Apabila telah dapat Nombor PIN, KLIK pautan https://ez.hasil.gov.my/CI/ ini dan KLIK ke Log-In Kali Pertama.
  • Masukkan nombor PIN dan Nombor Kad Pengenalan.
  • Kita akan di bawa ke page pendaftaran dan ikut step-step yang diarahkan untuk pendaftaran sijil digital, lengkapkan sehingga selesai..


Ingat !! sewaktu pendaftaran
  • Letakkan nombor telefon dan email yang yang biasa kita gunakan.
  • Nombor telefon akan digunakan untuk reset password dan juga untuk penerimaan Nombor TAC sewaktu penghantaran borang cukai - untuk kes-kes tertentu
  • Masukkan maklumat email yang biasa dan yang kita mempunyai akses, kerana untuk reset password akan lebih memudahkan nanti. Boleh kata setiap tahun saya akan reset password (e-filing setahun sekali, jadi selalu terlupa password). 
  • Bagi saya, kalau boleh elakkan guna email 'pejabat', sebab kita tak tahu tahun depan kita masih bekerja di syarikat sama atau tidak. Kalau tukar tempat bekerja ke majikan lain, pasti tiada access ke email syarikat lagi dah sedikit sukar nak reset password apabila email 'tukar password' di hantar ke email lama (peringatan untuk tahun-tahun mendatang - bila lupa password).
  • Gunakan password yang mudah diingat TETAPI sukar diagak oleh orang lain.
  • Nombor PIN 16 digit yang kita perolehi tadi tidak diperlukan lagi setelah 'pendaftaran sijil digital' selesai, sebaliknya kita hanya perlukan 'password' yang telah kita create sewaktu pendaftaran sijil digital tadi untuk log-in ke e-filing selepasnya.


Log-in e-filing (untuk e-BE)

Bagi yang sudah isi e-filing tahun sebelum ni (atau bagi kali pertama log-in dan telah lakukan step di atas) bolehlah log-in e-filing dan ikut step-step mudah berikut untuk submit e-filing.

Saya harap perkongsian saya ini sedikit membantu...


Langkah 1 : Layari  https://ez.hasil.gov.my/CI/

Langkah 2 : Log-in dengan masukkan No Kad Pengenalan dan Password

Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 1 & 2


Terlupa Kata Laluan / Password
Jika kata laluan/password telah disekat KLIK kepada "Terlupa Kata Laluan" dan ada 3 pilihan untuk reset semula kata laluan :
  • Jika mempunyai email berdaftar dengan LHDNM, boleh ikut step yang diberikan dengan memasukkan nombor MyKad dan email yang didaftarkan. Reset semula password boleh dilakukan dari link yang dihantar ke email berdaftar.
  • Jika mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM, boleh cuba panduan permohonan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS seperti berikut ;
    • Hantar "HASILEF <jarak> IND<jarak<No Kad Pengenalan> ke 38888
    • Setiap SMS maklum balas daripada LHDNM akan dikenakan caj RM 0.50
    • Sehingga artikel ini ditulis, perkhidmatan reset semula password ini hanya dibuka untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi dan Umobile
  • Datang sendiri ke pejabat LHDNM yang terdekat
Untuk maklumatlanjut, boleh hubungi  HASiL Care Line di talian 1-800-88-5436 (LHDN)


 

Langkah 3 : Pergi ke bahagian e-Filing dan Klik e-borang
Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 3 : Bahagian e-Filing


Langkah 4 : Klik (Pilih) e-BE ( Borang bagi mereka yang tiada Punca Pendapatan Perniagaan) dan Pilih Tahun Taksiran ( 2017 )

 

Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 4 : e-BE dan Tahun Taksiran 2017

Selepas berjaya log-in borang e-BE... kita akan mengisi 4 bahagian di bawah ini:
1 - Maklumat Individu
2 - Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan
3 - Pelepasan Cukai / Rebet / Tolakan Cukai
4 -  Rumusan Cukai

Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018



Langkah 5 : Bahagian Maklumat Individu
- Di bahagian ini pastikan kita isi maklumat yang betul dan tepat
- Nombor akaun bank jangan lupa masukkan untuk pengkreditan cukai terlebih bayar (refund) jika ada.
- Nombor telefon bimbit : Untuk memudahkan urusan reset password dan juga penerimaan TAC (kes tertentu)
- Email Address : Untuk  urusan reset password dan makluman dari pihak LHDNM mengenai percukaian kita.
- Bagi jenis taksiran : Jika pasangan tiada punca pendapatan, pilih pilihan ke-4 (pasangan tiada punca pendapatan).
- Kalau ada pasangan, masukkan maklumat pasangan di ruangan yang disediakan. 

- Insentif di bawah Seksyen 127 : Pilih Tidak Berkenaan jika tidak dapat atau permohonan tidak diluluskan. Tak ramai yang layak untuk Insentif ni, TAPI mereka yang layak akan sedia maklum sebab akan dapat surat kelulusan dari Menteri atau melalui Warta Kerajaan.. 

- Melupuskan Aset di Bawah Akta Keuntungan Hartanah :, Yang jika ada jual/lupus hartanah dalam tahun 2017, kena pilih YA la. Kalau tak ada, pilih Tidak. -

Melaporkan Pelupusan Tersebut kepada LHDN?  Ini kena jawab kalau ada lupuskan hartanah di tahun 2017... Kalau ada lapor, jawab YA. Kalau tak laporkan, jawablah TIDAK. 

TAPI rasanya kalau kita jual rumah/tanah dengan melantik peguam, peguam akan laporkan. Ni boleh cek dgn peguam yang uruskan penjualan rumah/tanah kita. 



Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 5 : Maklumat Individu

 

Langkah 6 : Pendapatan Berkanun / Jumlah Pendapatan
- Isi maklumat pendapatan yang diterima di ruang yg disediakan. Maklumat boleh didapati dari EA / EC yang diperolehi dari pihak majikan (HR Dept biasanya) 



Derma - Jika ada menyumbang atau menderma kepada organisasi yang diluluskan, tuntutan tolakan boleh dimasukkan di bahagian ini juga. 

- Tapi ingat, tidak semua derma boleh dituntut di sini ye, hanya derma yang mendapat pengecualian cukai dari LHDN sahaja ye. 


- Contoh derma kepada pihak sekolah, masjid dan surat atau wakaf kita boleh tahu ia layak atau tidak untuk tolakan apabila mereka (penerima derma) mengeluarkan resit. Jika resit tu ada  nombor kelulusan LHDNM, bolehlah kita ambil amaun itu sebagai tolakan. 




PCB

- JANGAN lupa masukkan amaun potongan PCB yang telah dibuat di ruangan yang saya tunjukkan dengan anak panah seperti di bawah. 
- PCB yang kita bayar bulan-bulan bukanlah cukai yang dikenakan tetapi adalah ansuran cukai sebenarnya. Selepas pengiraan cukai, jika PCB tak CUKUP,  maka kita perlu buat bayaran tambahan. Manakala jika selepas pengiraan cukai ada PCB terlebih potong, LHDN akan bayar semula lebihan cukai itu. 
- Sebenarnya PCB ni membantu kia terutama kepada mereka yang perlu membayar cukai selepas membuat pengiraan (hantar e-filing). Dengan ada PCB ni, tidaklah kita rasa perit membayar cukai sebab sebahagiannya telah kita bayar melalui potongan gaji bulan-bulan.
- Masukkan amaun PCB sahaja ye, yang ada potongan CP38 Jangan masukkan pula amaun CP38 tu. 
- PCB untuk bayaran ansuran cukai semasa manakala CP38 untuk bayaran ansuran cukai tertunggak. 


Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 6 : Maklumat Pendapatan , Derma dan PCB


Langkah 7 Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai
- Di bahagian ini, kita masukkan pula amaun-amaun tuntutan Pelepasan dan juga tuntutan Rebat. 

Pelepasan Cukai
- Pelepasan yang diberikan, jangan lupa tuntut jika layak. Rugi sangat jika tak tuntut kerana pelepasan ini membantu kita mengurangkan 'Pendapatan Bercukai' dan seterusnya meminimakan cukai yang perlu dibayar. 
- Antara pelepasan yang boleh dituntut adalah pelepasan diri, pelepasan anak, pelepasan kwsp, pelepasan insuran dan pelepasan rawatan perubatan penyakit kritikal. Dan jangan lupa juga akan pelepasan baru seperti pelepasan Gaya Hidup dan pelepasan 'Tadika'. 

- Untuk penerangan lanjut dan lebih terperinci mengenai pelepasan cukai ini, boleh rujuk kepada Buku Panduan BE. Tapi sewaktu saya menulis ni, BUKU PANDUAN BE 2017 belum ada, jadi boleh rujuk BUKU PANDUAN BE 2016 untuk sebahagian penerangan mengenai Pelepasan Cukai. Maklumat tidak banyak berbeza cuma penerangan untuk pelepsan yang baru masih tiada di Buku Panduan 2016 ini. ( Untuk pelepasan, terus pergi ke BAHAGIAN F = Pelepasan)


Nota : 
  • Simpan resit-resit atau bukti tuntutan pelepasan ye, sebab LHDN boleh bila-bila masa minta dokumen tersebut untuk semakan mereka. Kalau diminta tu, kira terpilih untuk diaudit la. Biasa kalau jadi insan terpilih ni, untung.... tapi kalau jadi insan terpilih oleh LHDN, bersedialah untuk berikan dokumen.
  • Kalau buat tuntutan tidak tepat atau tiada dokumen sokongan, nanti pegawai akan buat pelarasan cukai semula dan penalti akan dikenakan atas cukai yang terkurang bayar. 
  • Rasanya penalti untuk audit sekarang ni 45%, tak tahu dinaikkan atau tidak tahun 2018 ni. Tak salah tahun lepas ada dengar LHDN nak naikkan kadar penalti, tapi sehingga sekarang tak ada dengar lagi.



- Saya ada menulis berkaitan 'Pelepasan Cukai 2017' sebelum ini. Boleh klik link ini untuk sedikit panduan.
👉👉 Pelepasan Cukai LHDN 2017 


Rebat Cukai
Di bahagian ini juga jangan buat tuntutan rebat seperti 
- rebat diri RM400  (Auto jika pendapatan bercukai kurang dari RM35,000.
- rebat jika pasangan tiada pendapatanp= RM400
- rebat zakat dan fitrah. 
Zakat mesti di bayar pada tahun 2017, tak kisah ia untuk zakat tahun mana. Selagi dibayar dlm tahun 2017, kita boleh tuntut rebat zakat. Zakat yang dibayar kepada pihak berkuasa agama yang berkenaan seperti Pusat Pungutan Zakat Negeri-negeri sahaja yang layak menurut rebat zakat ini.  Jika ada yang buat bayaran zakat terus kpd penerima, ia TAK BOLEH tuntut rebat di sini. 

Ehem..... Kalau kita layak kena cukai, tapi zakat tak bayar.... itu kena renung-renungkan. Sebab Kadar zakat hanya 2.5% sahaja, manakala kadar cukai lebih tinggi. Bagi saya, kalau kita dah layak kena cukai, maknanya kita juga sebenarnya WAJIB bayar zakat. 

Satu lagi..... Katakan cukai kita kena adalah RM1,000 tapi kita ada bayar zakat RM1,500, jadi kita hanya boleh tuntut rebat sehingga RM1, 000 sahaja. Dan cukai kena bayar jadi kosong la. JANGAN pula terberangan dapat baki zakat RM500 tu. Dan bila cukai kena bayar 'kosong', dan pada masa sama kita ada potongan PCB,  maka PCB tu adalah lebihan cukai dan akan di pulangkan kepada kita. 

Pesanan ikhlas Penaja 🗣️: Bayarlah zakat untuk tunaikan kewajipan kita, moga moga ia dpt menyucikan harta kita. 

Ada beza pelepasan dan rebat ni, untuk detail boleh baca di perkongsian saya sebelum ini.

 ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Beza Pelepsan dan Rebat Cukai 2017 


Langkah 7 : Pelepasan dan Rebat



Langkah 8 Rumusan Cukai
- Di akhir bahagian Rumusan Cukai ini, akan dinyatakan sama ada kita perlu bayar atau kita akan dibayar lebihan (refund). 

- Selesai masukkan maklumat pendapatan dan tuntutan pelepasan serta rebat cukai di 2 bahagian sebelum ini,  di bahagian ini kita akan lihat summary pengiraan cukai kita.  

- Secara ringkasnya in merangkumi pengiraan ;
'Pendapatan Bercukai' = Pendapatan ditolak pelepasan. 
'Cukai Pendapatan' pula adalah Pendapatan Bercukai kita didarabkan dengan kadar cukai yang telah ditetapkan. Lagi tinggi pendapatan, lagi tinggi kadar cukai.
'Jumlah Cukai Yang Dikenakan' adalah Cukai Pendapatan selepas ditolak tuntutan rebat. 

Dan akhir sekali, lihat selepas tolakan Amaun PCB sama ada kita perlu bayar atau kita akan dibayar lebihan (refund)

Jika dapat refund boleh senyum... ☺️😊
Tapi jika kena bayar, PASTIKAN bayar sebelum 30 April 2018 ye

 

Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 8 : Rumusan Cukai

 
Langkah 9 : Akuan

- Bahagian Akuan ini adalah bahagian akhir sebelum hantar / submit borang e-filing kita. 
- Baca dan semak semula sebelum tekan Batang 'HANTAR' .
- Semak betul-betul sebelum hantar terutamanya bagi yang pertama kali. Kalau dah terHANTAR dan perasan ada kesilapan, itu kena buat ePindaan. Saya dah pernah buat pindaan, leceh sikit sebab masa tu tak boleh buat ePindaan dan kena bawa dokumen sokongan.... dah mcm kena audit pulak. 😬

- Yang tersilap isi borang, boleh baca perkongsian saya di blog ini tahun lepas mengenai ePindaan secara online. 

Nota 1. Pastikan kita isytiharkan pendapatan dengan betul dan buat tuntutan yang layak dan benar sahaja. Ingat ye, kalau kena audit oleh LHDNM dan didapati ada maklumat tidak betul, kita boleh dikenakan penalti. Tahun lepas ada ura-ura kadar penalty akan dinaikkan kepada 100%, tak pasti tahun ni akan dinaikkan atau tidak.  

Nota 2. Tarikh akhir hantar borang adalah 30 April ye. Seperti tahun-tahun sebelum ni, untuk e-filing ia dilanjutkan sehingga 15 Men.  Jangan tunggu hari-hari akhir untuk hantar ye. 

Bayaran (jika ada cukai kena bayar), perlu dijelaskan sebelum 30 April. Jika baki yang perlu dibayar agak tinggi, cuba hubungi cawangan di mana file/akaun  cukai kita diuruskan untuk permohonan bayaran secara ansuran. Permohonan elok buat sebelum 30 April ye. 

Nota 3. TAC.... sekarang LHDN menambah baik ciri keselamatan dengan menghendaki pembayar cukai memasukkan nombor TAC sebelum borang boleh dihantar. Tapi tak semua akan dikehendaki memasukkan TAC ini, ada kriteria pembayar cukai yang baru perlu memasukkan TAC ini. Kalau tak ada keluar 'button' Mohon TAC, maknanya kita tak perlu masukkan TAC. 

Nota 4. Kalau semua dah Okey.... Click button 'TANDATANGAN dan HANTAR'. Bukan tandatangan manual ye, tapi secara digital sahaja iaitu dengan memasukkan password lagi sekali seperti gambar di bawah.

 
Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 9 : Akuan
Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 9 : Tandatangan

Langkah 10  Terima Pengesahan
- Bila dah klik butang 'Tandatangan' seperti di atas tadi, itu belum bermakna kita dah selesai e-filing ye. 
- PASTIkan kita terima PENGESAHAN dari LHDN yang borang kita telah diterima. Dapat pengesahan ni, kira dah selesai.
Dan jangan lupa untuk:
  • save dan print PENGESAHAN ini untuk rujukan. 
  • cetak e-BE untuk rekod dan rujukan kita di masa hadapan. 

- Selesai e-filing.... Boleh senyum dah. 

- Dan satu lagi, biasakan juga untuk buat semakan e-Lejar (item 3) macam saya.

Langkah 10 : Penerimaan Pengesahan



Semakan e-Lejar

- Saya suka klik e-Lejar ni untuk lihat kedudukan cukai saya
- Di e-lejar juga kita boleh lihat detail potongan PCB yang dibuat majikan kita, mana tahu gaji dipotong tapi tak diremitkan ke LHDN.

- Kalau lihat di lejar ada amaun yg tak masuk, jangan terus melatah. Mungkin kerana perbezaan bulan, di mana  majikan bayar lewat. Ye la, gaji Februari hujung bulan dan awal Mac baru majikan kita bayar kepada LHDN. Kira ada gap masa sedikit. Tapi kalau dah beberapa bulan masih tak masuk dalam lejar tu, elok call LHDN untuk mereka buat semakan.




e-Lejar


Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
 e-Lejar - Summary Kedudukan Cukai 




 e-Lejar - Summary Kedudukan Cukai setiap tahun 




Cara Isi eFiling LHDN 2017 - Panduan 2018
Langkah 10  : e-Lejar - Summary Kedudukan Cukai tahun semasa.
Boleh semak bayaran PCB yang dibuat




Akhir sekali.... Jadilah pembayar cukai yang bijak dengan memaksimumkan tuntutan pelepasan yang dibenarkan.



Tapi Ingat : Buat tuntutan yang benar dan tepat sahaja. LHDN boleh bila-bila masa minta dokumen sokongan untuk pengiraan cukai tahun-tahun kebelakang.



Dan teringat iklan di TV baru-baru ni bagaimana seorang pesakit yang sangat bersyukur kerana bil hospital yang dia perlu bayar hanya sebahagian kecil, tak sampai 10% dari total bil. Selebihnya diberi subsidi oleh kerajaan... dan duit subsidi itu adalah duit kita sebagai pembayar cukai. Kita harus berbangga dan bersyukur kerana kita dapat membantu ramai orang....




Sayangi WangAnda

~Mat Drat~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇