Thursday 21 December 2017

Dividen ASB 2017

Dividen ASB 2017

Dividen ASB 2017

Permodalan Nasional Berhad (PNB)  telah mengumumkan Kadar Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 sebentar tadi.

Agihan pendapatan yang diumumkan adalah 
- 7 sen seunit dan 
- bonus 0.25 sen seunit.

Bukan itu sahaja ASNB turut mengumumkan pemberian bonus istimewa sempena 40 tahun PNB sebanyak 1.0 sen seunit bagi baki setakat 10,000 unit pertama.






Dividen dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018, manakala Bonus Ulang Tahun Khas akan dikreditkan pada 1 Mac 2018. Pembayaran dividen dibuat daripada pendapatan bersih ASB manakala bonus dan Bonus Ulang Tahun Khas dibayar daripada dana proprietari PNB. 

Agihan
Agihan Se Unit
- Dividen
7 sen
- Bonus
0.25 sen
- Bonus Istimewa     
1.0 sen


Jumlah agihan keseluruhan adalah berjumlah RM10.7 bilion akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih daripada 145.6 bilion unit dalam ASB.

Kenyataan akhbar PNB menyatakan pengagihan pendapatan ini mewakili premium 4.85 mata peratusan berbanding penanda aras ASB, iaitu purata KLIBOR 3-bulan sebanyak 3.40% memandangkan ASB mencatatkan pendapatan bersih RM8.91 bilion pada 30 November 2017. Ini ekoran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan berada pada landasan yang tepat untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun penuh sebanyak 5.8% serta kejayaan pelaksanaan pelan strategik STRIVE-15 PNB setakat ini.

Pembayaran Dividend Dan Bonus

Pemegang unit akan dapat menyemak dan mengemaskini akaun mereka melalui portal baru ASNB myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga diteruskan semula pada 2 Januari 2018.
Pastinya pelabur-pelabur ASB tidak sabar menunggu dividen dikreditkan ke akaun ASB masing-masing pada 2 Januari 2018 nanti.



Rekod Dividen ASB

Rekod agihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB bagi tahun tahun sebelum ini adalah seperti berikut :

Tahun    Dividen    Bonus     Total
2010        7.50         1.25        8.75
2011        7.65         1.15        8.80
2012        7.75         1.15        8.90
2013        7.70         1.00        8.70
2014        7.50         1.00        8.50
2015        7.25         0.50        7.75
2016        6.75         0.50        7.25 
2017        7.00         0.25        7.25  ( Tidak termasuk bonus istimewa 1 sen)



Penangguhan Urus Niaga ASB

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ditangguhkan sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus. Semua urusniaga boleh dilakukan semula mulai 2 Januari 2018.



Lain-lain artikel berkaitan ASB :

👉👉  Pinjaman ASB : Untung atau Rugi ?
👉👉  Pelaburan ASB melalui Pinjaman : kategori manakah anda? 

👉👉  Hukum Melabur di ASB  
👉👉  Rekod Dividen ASB  

👉👉  Urusniaga ASB tanpa buku
👉👉  Cara Daftar portal myASNB


Mat Drat @ Sayangwang
- Sayang Wang Anda -




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



No comments:

Post a Comment