Saturday 30 December 2017

BEZA REBAT CUKAI DAN PELEPASAN CUKAI





REBAT CUKAI vs PELEPASAN CUKAI 


Mat Drat nak share sikit pasal rebat n pelepasan.

Pelepasan Cukai dan Rebat Cukai adalah perkara yang berbeza. Mungkin ada yang masih keliru di antara kedua-duanya, terutama bagi yang pertama kali menghantar borang cukai / e filing.


PELEPASAN CUKAI 🔷🔷

Pelepasan Cukai ni kata mudahnya adalah amaun yang dibenarkan untuk tolakan ke atas pendapatan yang kita terima.

Katakan gaji kita setahun RM 50,000. Cukai tidak akan dikira atas RM50K tadi tu, TETAPI kita dibenarkan tolak dengan beberapa pelepasan-cukai. Dah tolak, baki tu baru akan dikenakan cukai. 

Antara pelepasan-cukai tu adalah

- Pelepasan diri

- Pelepasan suami/isteri (tidak bekerja ) 

- Pelepasan anak

- Pelepasan EPF, insuran, perubatan penyakit kritikal dan lain-lain lagi. 

* Senarai Pelepasan untuk 2017 serta sedikit penerangan saya kongsi link di ruangan komen.


Katakan jumlah pelepasan-cukai yang di tuntut adalah RM 20,000 maka cukai hanya dikira ke atas baki RM30,000 sahaja (50K - 20K).

Cukai ke atas RM 30K ni adalah RM 650 kalau ikut Kadar cukai 2016 😊


TAPI bukan kena byr RM650 tu sebab boleh tuntut rebat. Ada Rebat pulak lagi....

REBAT CUKAI 🔶🔶


Bagi pemastautin di Malaysia, mereka yg pendapatan bercukai kurang RM35,000 adalah layak untuk menuntut rebat cukai sebanyak RM400 untuk diri sendiri. 

Macam pengiraan tadi, pendapatan bercukai dia hanya RM30,000, jadi dia layak dapat rebat RM 400.



Dari RM650 cukai yang dia kena bayar, lepas tolak rebat RM400, dia kena byr cukai RM 250 sahaja.



😎 TAPI, mungkin dia perlu bayar kurang dari Rm250 tu atau tak perlu bayar langsung sebab.... 

- Kalau pasangan dia tak bekerja, tambahan lagi rebat RM400akan diberikan. Dari kena byr 250 tadi, tolak lagi 400 jadi cukai kena bayar '0'.

- Kalau isteri dia bekerja, dia TAK DAPAT tambahan rebat tadi. Tak pun kalau dia bujang, tak boleh la nak dapat rebat tambahan RM400 tadi. Jadi yg bujang tu, cepat cepat kahwin ye.. 😁

- Tapi jangan risau, ada lagi rebat. kalau ada buat Bayaran Zakat pada tahun tu, pun boleh tolak sebagai Rebat.

 DAN Kena ingat ye, rebat ni terhad sehingga jumlah cukai yang dikenakan. Kalau cukai hanya RM650 sahaja maka rebat diri, rebat zakat hanya boleh tuntut setakat RM650 sahaja.








Jangan pulak lepas ni, tersalah anggap yg LHDN akan bayar kat kita pulak kalau cukai yang kena lagi sikit dari amaun rebat. 

Macam pengiraan ni, 

- cukai kena RM650, 

- Layak rebat diri RM400, isteri tak bekerja dapat lagi rebat RM400, lepas tu pulak Zakat RM1,000... Walaupun total rebat 1,800, tapi yang boleh ditolak hanya setakat jumlah cukai sahaja.

Jangan suka-suka je berangan LHDN akan bayar kita RM1,150 (650—1,800). Salah kira mcm ni.

Tapi Kalau ada potongan PCB, yg potongan bulan bulan tu.... Yang tu baru boleh berangan nak dapat refund. PCB tu lain...
TAPI (lagi sekali), kalau lepas submit E-FILING nanti, tunggu refund (Kalau ada lebihan cukai) tak dapat dapat.... mungkin ada yang tak kena la tu kot pada borang kita, tak pun pegawai kena semak lebih detail borang/file kita.! 😀😀 


Sambil2 sambil tunggu refund tu nanti, boleh juga siapkan resit dan dokumen.... Kot2 dapat surat audit dulu sebelum terima refund. Cepat submit dokumen, cepat dapat refund.




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Thursday 21 December 2017

Dividen ASB 2017

Dividen ASB 2017

Dividen ASB 2017

Permodalan Nasional Berhad (PNB)  telah mengumumkan Kadar Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 sebentar tadi.

Agihan pendapatan yang diumumkan adalah 
- 7 sen seunit dan 
- bonus 0.25 sen seunit.

Bukan itu sahaja ASNB turut mengumumkan pemberian bonus istimewa sempena 40 tahun PNB sebanyak 1.0 sen seunit bagi baki setakat 10,000 unit pertama.






Dividen dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018, manakala Bonus Ulang Tahun Khas akan dikreditkan pada 1 Mac 2018. Pembayaran dividen dibuat daripada pendapatan bersih ASB manakala bonus dan Bonus Ulang Tahun Khas dibayar daripada dana proprietari PNB. 

Agihan
Agihan Se Unit
- Dividen
7 sen
- Bonus
0.25 sen
- Bonus Istimewa     
1.0 sen


Jumlah agihan keseluruhan adalah berjumlah RM10.7 bilion akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih daripada 145.6 bilion unit dalam ASB.

Kenyataan akhbar PNB menyatakan pengagihan pendapatan ini mewakili premium 4.85 mata peratusan berbanding penanda aras ASB, iaitu purata KLIBOR 3-bulan sebanyak 3.40% memandangkan ASB mencatatkan pendapatan bersih RM8.91 bilion pada 30 November 2017. Ini ekoran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan berada pada landasan yang tepat untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun penuh sebanyak 5.8% serta kejayaan pelaksanaan pelan strategik STRIVE-15 PNB setakat ini.

Pembayaran Dividend Dan Bonus

Pemegang unit akan dapat menyemak dan mengemaskini akaun mereka melalui portal baru ASNB myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga diteruskan semula pada 2 Januari 2018.
Pastinya pelabur-pelabur ASB tidak sabar menunggu dividen dikreditkan ke akaun ASB masing-masing pada 2 Januari 2018 nanti.



Rekod Dividen ASB

Rekod agihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB bagi tahun tahun sebelum ini adalah seperti berikut :

Tahun    Dividen    Bonus     Total
2010        7.50         1.25        8.75
2011        7.65         1.15        8.80
2012        7.75         1.15        8.90
2013        7.70         1.00        8.70
2014        7.50         1.00        8.50
2015        7.25         0.50        7.75
2016        6.75         0.50        7.25 
2017        7.00         0.25        7.25  ( Tidak termasuk bonus istimewa 1 sen)



Penangguhan Urus Niaga ASB

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ditangguhkan sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus. Semua urusniaga boleh dilakukan semula mulai 2 Januari 2018.



Lain-lain artikel berkaitan ASB :

👉👉  Pinjaman ASB : Untung atau Rugi ?
👉👉  Pelaburan ASB melalui Pinjaman : kategori manakah anda? 

👉👉  Hukum Melabur di ASB  


Mat Drat @ Sayangwang
- Sayang Wang Anda -




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Thursday 14 December 2017

MYDEPOSIT RUMAH 2018

MYDEPOSIT : SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA



Permohonan MYDEPOSIT 2017 2018 : SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA



Skim MyDeposit yang dikendalikan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan di buka untuk permohonan pada 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018.

Skim MyDeposit ini bertujuan membantu golongan pertengahan (M40) bagi pembelian rumah pertama.

Pada pembentangan Bajet 2018 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju meneruskan skim MyDeposit ini. Sebelum ini, sejumlah 1,469 permohonan telah diluluskan dengan jumlah bayaran lebih RM39 juta telah diluluskan bagi permohonan yang diterima sejak dibuka dari 7 April 2016 hingga Oktober yang lepas.







Jadi jika anda ingin membuat pembelian rumah pertama dan memenuhi syarat permohonan MyDeposit ini, jangan lepaskan peluang ini.




Syarat Permohonan MyDeposit

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 21 tahun dan ke atas

3. Pembelian rumah pertama bagi isi rumah

4. Berkelayakan untuk membuat pinjaman perumahan.

5. Pendapatan kasar antara RM3,000 - RM15,000

6. Harga rumah tidak melebihi RM 500,000





Boleh semak  dengan   KLIK DI SINI 👉👉www.kpkt.gov.my  untuk : 

  • Syarat-Syarat Permohonan
  • Kriteria Projek Perumahan Yang Dibenarkan dan 
  • Senarai Dokumen 




Syarat dan Kelayakan Permohonan
Sumber : FB KPKT

Cara Memohon MyDeposit

Permohanan Skim MyDeposit boleh dilakukan melalui Laman Sistem Pengurusan Perumahan Negara dengan KLIK di pautan ini https://sprn.kpkt.gov.my


Selepas membuat permohonan secara online, permohanan akan melalui proses seperti berikut. Jadi pastikan semua dokumen dihantar dengan lengkap bagi memudahkan pegawai memeriksa dokumen dan membuat semakan.


Cara Memohon MyDeposit 2017 2018
Carta Aliran Permohonan
Sumber : FB KPKT



Pertanyaan mengenai Skim MyDeposit

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim myDeposit ini, boleh terus hubungi  Jabatan Perumahan Negara (JPN) sama ada 

di talian 03-8891 4025/ 4026/ 4051/ 4057 atau 
memalui email di  mydeposit@kpkt.gov.my







Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

Selain dari Skim MyDeposit, kerajaan juga melalui Jabatan Perumahan Negara menyediakan bantuan melalui Skim Pinjaman Perumahan.

Walaubagaimana pun, skim ini dibuka bagi mereka yang berpendapatan RM 1,000 - RM3,000 dan had pinjaman sehingga RM 60,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pinjaman Perumahan ini, boleh terus ke laman web rasmi Jabatan Perumahan Negara di pautan ini  https://sprn.kpkt.gov.my/info/spp




Mat  Drat @ SayangWang
"Sayangi Wang Anda"

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇