Saturday 25 November 2017

Cukai.... Betul Ke Pengelakan Cukai Cara ni



Sebenarnya perkongsian ni rentetan dari perkongsian saya beberapa minggu lalu mengenai pelepasan cukai. Kita ni yang makan gaji, jadi satu cara nak 'jimat'kan cukai adalah dengan memaksimumkan pelepasan cukai. 

Ingatan :
Macam saya pesan tempoh hari juga, buat tuntut pelepasan tu atas pelepasan yang layak sahaja ye. Bukan apa, takut terpilih untuk di audit, nanti mesti tepuk dahi bila kena penalti atas cukai sebab pelepasan yang tidak layak!!!


👉👉 Pelepasan Cukai 2017 ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


Okey, beberapa hari lepas saya dihubungi seorang kawan lama. Biasalah restoran mamak jadi port kami 'mengeteh'. Turut join sessi 'mengeteh' adalah seorang lagi kawan saya.

Dan seperti 'biasa'.... bila sahabat yang lama menyepi dan tiba-tiba whatsapp/call, lain tak bukan adalah untuk ajak join biznes MLM. Kalau skim MLM betul-betul tak apa lagi, ni berselindung di sebalik MLM tapi buat skim cepat kayap dia. Bla bla bla....jual minyak.
Dia tak tahu kot yang saya ni teramatlah anti dengan skim cepat kayap yang berselindung dibelakang MLM ni. Kira tak ada masalah la untuk saya nak tepis hujah dia. Dapatlah juga saya 'sekolah'kan dia sedikit bab skim cepat kayap ni. 

*Bukan semua MLM ni skim cepat kaya ye, ada yang betul-betul MLM ye.

Lama juga la dia cuba promote skim dia, dan lama juga la saya tepis dan nasihatkan dia. Rasanya 'tobat' dah dia lepas ni tak nak ajak saya join skim yang mengarut macam tu.








Okey selesai bab tu. Kami berbual santai..... entah macam mana boleh terselit bab pelepasan cukai yang saya share di facebook saya tempoh hari.  Dan kawan saya sorang tu memang ada perniagaan sendiri, cuma kali ni ajak join MLM mengarut dia tu. Ni mesti dia terpengaruh dengan ajakan orang lain ni. Dulu rasanya dia dah 'tersontot' sekali dengan skim Forex. Tak serik-serik dia ni.


Sempat lagi dia bagi nasihat percuma malam tu kpd sahabat saya seorang lagi, 
"Kalau kau pening-pening bayar cukai, kau buat macam aku. Buat bisnez macam aku, semua belanja aku claim kat biznes. So sikit  je la untung yang aku lapor kat LHDN, sikit la aku kena bayar cukai"

Menyampuk pulak kawan saya lagi seorang tu, 
"Ye la, aku pun geram jugak dengan Lembaga ni (Lembaga = LHDN), aku kerja dekat 10 tahun tiba-tiba tahun ni aku kena pulak potong cukai bulan-bulan (PCB la tu). Gaji naik bukan banyak pun, tu pun nak kena cukai"


Saya pun tak ada la cakap banyak sebab nanti dari borak-borak santai jadi sessi berbual serius dan ilmiah pula!!

Lebih kurang ni la yang saya jawab balik. 
"Aku ni makan gaji memang tak boleh  claim perbelanjaan jadi kena pandai lah maksimumkan pelepasan cukai. Dan sebab tu aku share dengan kawan-kawan kat facebook. Nak buat biznes tak ada modal, ilmu berniaga pun tak berapa nak ada, jadi buat masa ni aku makan gaji je la."

"Lagi pun kalau semua orang buat biznes, tak ada la nanti orang makan gaji... jadi siapa pula nak bekerja dengan tuan punya biznes macam ko ni. 😃"

"Umur pun dah banyak ni, aku rasa tak la kot nak pening-peningkan kepala berbiznes ni. Aku tahu, biznes ni silap hari bulan memang boleh memeningkan kepala."


Dan untuk kawan saya yang kata 1st time dia kena potong cukai tu, saya jawab simple je la

"Alaaa ko kan kerja gomen (goverment = kerajaan), hari tu korang sibuk nak naik gaji dan rasanya dapat pun pelarasan gaji baru. Kira okey la, kerajaan bagi kenaikan banyak dan kerajaan cukai sikit. Cukai tu pun nak cover sikit gaji korang. Dah kerja 10 tahun lebih, baru tahun ni kena potong cukai sikit, relaxxx la, aku ni dah bertahun kena potong gaji bayar cukai.



Cuma kat sini nak ulas lebih sikit sahaja, nak lebih-lebih tak boleh sebab saya ni tak ada la tahu sangat pasal income tax ni, walaupun dulu-dulu masa belajar memang ada ambil subject taxation....  tapi belajar gitu-gitu je, maklumlah tengah muda remaja.

Saya tambah sikit apa yang saya kata/jawab kepada kawan-kawan saya tu. Nak jawab masa tu tak ada idea sangat, lagi pun masa tu borak-borak santai gitu je.



1.  "Kalau kau pening-pening bayar cukai, kau buat macam aku. Buat bisnez macam aku, semua belanja aku claim kat biznes. So sikit je la untung yang aku lapor kat LHDN, sikit la aku bayar cukai"


Saya faham maksud kawan saya bila dia kata yang dia 'untung' buat biznes berbanding kita yang makan gaji ni. Mana tak untungnya sebab semua belanja persendirian seperti petrol, belanja repair kereta, belanja bercuti, belanja itu ini semuanya dia akan caj kepada akaun perniagan dia. 


Kita yang makan gaji ni, apa-apa pun tak oleh tolak. Kalau boleh tolak pun, mungkin professional membership fee, itupun berapa ramai sahaja yang layak untuk ni dan berapa sahaja amaun setahun yang boleh ditolak. 

Maknanya memang kita hanya boleh harapkan pelepasan cukai sahaja lah untuk mengurangkan cukai kita. Kenaikan gaji tahunan kita, kalau kadar cukai (tax bracket) kita 15%, so kita dah tahu  mesti 15% dari kenaikan tahun depan akan kena potong untuk PCB. 

*PCB = Potongan Cukai Berjadual

Katakan Januari tahun depan, kita dapat kenaikan RM200, dan anggaran cukai kita jatuh dalam tax-bracket  10%,  jadi RM 20 (10%) akan ditambah ke dalam  potongan PCB sedia ada. Tolak lagi potongan KWSP 11% (RM22), maka dari RM 200 kenaikan gaji kita,  gaji bersih bersih (take home-pay) kita hanya RM 158 sahaja (RM 200 - RM 20 - RM 22).


  • Kenaikan gaji          RM 200
  • Tolak KWSP 11%   -RM    22
  • Tolak PCB    10%   -RM    20
  • Take Home Pay       RM  158 

Dan sebenarnya apa dia buat ni juga bagi saya salah sebagai seorang usahawan:

Salah dari segi etika perniagaan.
Bagi saya lah, walaupun itu perniagaan dia ( perniagaan dia bukan syarikat sendirian berhad), dia sepatutnya membezakan perbelanjaan peribadi dan perbelanjaan perniagaan. Baru lah dia dapat mengukur dan mengetahui performance perniagaan dia. Baru dia tahu prestasi keuntungan perniagaan dia berapa sebenarnya.

Duit masuk perniagaan kena asingkan, sama juga dengan perbelanjaan. Stok perniagaan juga jika diambil untuk kegunaan sendiri juga perlu direkod dengan betul. Ini kalau semua belanja persendirian dianggap belanja perniagaan, akhirnya untung sebenar perniagaan pun tidak akan tahu.

Walau pun saya tak ada perniagaan, tapi saya memang ada subsribe beberapa email dari ikon2 perniagaan untuk dapatkan info atau tips mengenai perniagaan dan tips kewangan. Di facebook pun saya ada follow beberapa page dan individu yang selalu berkongsi tips perniagaan/kewangan. Sekadar menambah ilmu, ni ilmu-ilmu percuma yang kita boleh perolehi tanpa bayar ke seminar itu ini.



Salah dari segi percukaian.
Ini semua peniaga atau pemilik perniagaan kena sedia maklum, belanja peribadi tak boleh tuntut sebagai perbelanjaan perniagaan. Mungkin dia dapat nasihat yang salah dari 'penasihat' tertentu. Cuma mungkin dia rasa betul dan selamat sebab belum pernah dipilih untuk di audit oleh LHDN.

Saya yang makan gaji ni pun bila dapat surat dari LHDN beberapa tahun lepas pun dah pening kepala. Bukan banyak dokumen yang LHDN minta pun, cuma minta resit pembayaran/pembelian untuk tuntutan pelepasan yang saya tuntut sahaja. Menggagau juga la masa tu nak cari semua resit-resit beli buku, resit beli komputer dll. Rasanya kalau dia dapat surat audit dari LHDN, confirm akan pening kepala.

Saya bukan 'pening' masa dapat surat audit LHDN tu sebab rasa bersalah. Saya memang buat tuntutan berdasarkan apa yang saya layak sahaja, cuma waktu tu kelam kabut cari balik resit-resit yang saya simpan tapi tak jumpa. Dua -tiga minggu juga la mencari baru jumpa. Memang amalan saya simpan-resit-resit pembelian dan pembayaran untuk tujuan tuntutan pelepasan percukaian, tapi nak jadi cerita satu plastic folder untuk 2 tahun punya resit saya tak ingat di mana saya letak. Rupanya terselit di dalam laci di pejabat. Nasib baik waktu call pegawai audit minta lanjutan tempoh serah dokumen, dia benarkan.







2. "Ye la, aku pun geram jugak dengan Lembaga ni (LHDN), aku kerja dekat 10 tahun tiba-tiba tahun ni aku kena potong cukai bulan-bulan. Gaji naik bukan banyak pun, tu pun nak kena cukai"

Yang ni saya tak berapa faham sangat sebenarnya, bukan tak faham kenapa dia kena potong cukai dari gaji bulanan dia TAPI tak faham dia berfikiran begitu.

Dia dah kerja lebih 10 tahun, dah tak pernah pun kena cukai selama ni. Dan selepas pelarasan gaji baru, dia dapat kenaikan dan kena cukai sikit. Saya tak tahu berapa PCB yang dia kena potong, tapi saya rasa tak banyak sebab ni baru tahun pertama dia kena cukai selepas lebih 10 tahun kena kerja. 

Dia pun kerja sektor awam, majikan dia kerajaan dan cukai dia bayar pun masuk ke akaun kerajaan. Dari duit itu juga akan bayar gaji dia sama juga dengan gaji-gaji kakitangan awam lain seperti gaji cikgu, polis, jururawat, bomba, tentera dan lain-lain kakitangan awam. 

Jadi kalau naik gaji dalam seratus ringgit, dan kena cukai dalam RM 10 masih rendah rasanya. Kira sumbangan kepada kerajaan dan kepada 'diri sendiri' juga sebenarnya.





Harap-harap biznesman/bizneswoman kat luar sana kena kesian sikit kat kami yang makan gaji ni. Kami tak boleh claim macam-macam, kami hanya boleh tuntut pelepsan cukai sahaja. Jadi uol jangan buat pengelakan cukai yang tak betul 😄 Kesian kami... 😊😊😊


Mat Drat



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




No comments:

Post a Comment