Friday 20 October 2017

Cara Buka Akaun AHB Amanah Hartanah Bumiputera

Cara Buka Akaun AHB Amanah Hartanah Bumiputera



Jika sebelum ini saya kongsikan serab sedikit mengenai AHB dan juga agihan dividen yang diumumkan bagi akaun berakhir 31.09.2017, kali ini saya kongsikan pula cara membuka akaun AHB ini.

Perkongsian sebelum ini :
👉👉 Agihan Pendapatan AHB - Amanah Hartanah Bumiputera 2017  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


Sebelum tu 3 perkara ni mungkin perlu di ambil tahu dan kemudian boleh lah decide nak buka akaun sekarang atau nanti-nantiiii bila ada masa!! :
  1. Unit Tambahan sebanyak 500 juta unit dibuka. 2012 dulu, sebanyak 1 billion unit tambahan dibuka dan unit habis dilanggan dalam tempoh kurang setahun.
  2. Pelaburan atau langganan unit minimum hanyalah  RM100. Sebelum ini minimum adalah RM 500. Setiap unit bernilai RM1.00
  3. Insentif kepada remaja sebanyak 50 unit percuma akan diberikan oleh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera kepada 200,000 akaun remaja pertama yang dibuka.








Cara Buka Akaun AHB - Amanah Hartanah Bumiputera

Nak buka akaun AHB ni tak susah mana pun sebenarnya, tapi eloklah baca langakh ringkas ni untuk mempercepatkan urusan sewaktu mendaftar untuk membuka dan melanggan unit dana ini.

1. Maybank dan Ambank sahaja
Akaun AHB ini hanya boleh dibuka di Maybank ataupun Ambank. Pilih mana yang dekat dan rasa senang berurusan.

Terus sahaja ke kaunter pertanyaan dan bertanyakan person incharge untuk membuka akaun AHB. Akan ada "Eksekutif Kewangan" yang akan bersedia untuk membantu dan menguruskan pembukaan akaun. Ambil peluang untuk tanya apa yang rasa ingin tahu. 

Dan sepatutnya eksekutif tersebut akan jelaskan mengenai AHB dengan terperinci. Anda perlu faham dulu mengenai pelaburan ini - berkaitan cara diuruskan, bila dividen diberikan, berapa kadar dividen anda dapat, apa kelebihan anda perolehi dan banyak lagi. Jangan lupa minta prospektus pelaburan hartanah menerusi AHB ini.


2. Dokumen yang perlu dibawa
Bawa dokumen berikut dan photostate 1 copy siap-siap (untuk mempercepatkan urusan)
- Salinan MyKad/MyKid
- Salinan MyKad/Mykid penjaga (bagi akaun remaja)
- Salinan Surat Beranak (bagi akaun remaja)
- Nombor akaun bank simpanan atau semasa
- Dan duit (Minimum RM 100)


Akaun bank diperlukan untuk tujuan pengkreditan dividen. Tidak semestinya akaun bank Maybank atau Ambank. Bagi akauan remaja, boleh diletakkan akaun ibubapa / penjaga bagi tujuan ini.


3. Borang dan wang
Pegawai in-charge akan berikan borang "Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa" atau pun "Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-Kanak / Remaja". Selain maklumat biasa di borang ini, isikan maklumat akaun bank untuk tujuanpembayaran dividen. Pastikan akauan bank yang aktif dan biasa digunakan.

Jika ingin membuka akaun Maybank, rasanya perlu bawa juga salinan bil utiliti (ikut pengalaman dulu buka akaun Maybank). 

Serahkan wang dan borang dan tunggu pengesahan penerimaan melalui salinan Borang Pendafataran. Simpan borang ini beserta slip pembayaran untuk bukti dan rekod dikemudian hari. AHB tidak mengeluarkan buku simapanan atau buku pelaburan. Jangan kata ASB ada buku sebab ASB pun sekarang dah tak guna buku ye. 

Setiap 6 bulan, para pelabur (pemegang unit) akan menerima penyata. Biasanya pada bulan April dan Oktober iaitu selepas pengumuman dividen interim dan  dividen akhir.


👉👉 Urusniaga ASB Tanpa Buku  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ





Cara Buka Akaun AHB Amanah Hartanah Bumiputera
Sumber : Facebook



Dan sekarang anda sudah menjadi pelabur di dalam hartanah di Malaysia dan turut mepunyai kepentingan di dalam beberapa hartanah dan bangunan di ibukota dan Lembah Kelang seperti Menara Bumiputera-Commerce, Menara CP Mall, 1Sentrum dan Nu Sentral, Wisma Consplant, Jaya33, Emphire Shopping Mall dan  The Shore Shopping Gallery (Melaka)

Boleh juga layari laman web rasmi PHB http://www.phb.com.my/header7.html



Seperti biasa...pesanan saya...."Sayangilah Wang Anda"

~Mat-Drat @SayangWang~




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

No comments:

Post a Comment