Friday 20 October 2017

Agihan Pendapatan Dividen AHB - Amanah Hartanah Bumiputera 2017

Agihan Dividen Amanah Hartanah Bumiputera 2017 2016
Pelancaran Unit Tambahan Amanah Hartanah Bumiputera oleh Dato' Sri Najib 


Agihan Pendapatan Dividen AHB

Pada 5 Oktober 2017 yang lepas, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM) telah mengumumkan agihan pendapatan akhir Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)  sebanyak 3.10 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2017. Pembayaran telah dibuat kedalam akaun bank pemegang unit pada 16 Oktober yang lalu.

Pada April lalu, PHB juga telah mengumumkan agihan pendapatan interim sebanyak 3.10 sen seunit bagi tempoh kewangan enam bulan berakhir 31 Mac 2017. Agihan ini juga telah dikreditkan ke akaun bank pemegang unit pada April 2017 yang lepas.

Dengan agihan yang diumumkan baru-baru ini, pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera telah menerima keseluruhannya agihan sebanyak 6.20 sen seunit bagi akaun berakhir 30 September 2017.

Untuk yang belum tahu, agihan pendapatan AHB ini diumumkan dua kali setahun. Jadi duit akan dikreditkan ke akaun kita (pemegang unit) dua kali juga. Tidak lah kita menunggu setahun sekali... Ramai yang suka ni!!!

Bagi pelabur yang menggunakan akaun KWSP (akaun 1), agihan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP tuan puan ye.

Satu lagi.... Agihan pendapatan AHB ini adalah dikecualikan cukai dan ia telah ditolak zakat. Jadi penerima tidak lagi perlu mengira zakat di atas penerimaan agihan ini.





Bagi saya, AHB merupakan salah satu pilihan bagi bumiputera untuk melabur selain ASB, Tabung Haji, KPF dan juga unit-unit amanah lain.

Walaupun agihan AHB tidak tetap dan tidak dijamin, tetapi mengikut rekod agihan AHB bagi tahun-tahun sebelum ini, bolehlah dikatakan agihan pendapatan AHB tidak mengecewakan.


Rekod Agihan Dividen Pendapatan AHB

Berikut adalah rekod agihan pendapatan yang dimumkan oleh PHB bagi AHB.



31.03.2012 -3.25 sen /unit
30.09.2012 -3.25 sen /unit   (Total 6.50 sen / unit )
31.03.2013 -3.25 sen /unit
30.09.2013 -3.25 sen /unit (Total 6.50 sen /unit)
30.09.2013 -1.00 sen /unit -Special Bonus         
31.03.2014 -3.30 sen /unit
30.09.2014 -3.30 sen /unit (Total 6.60 sen /unit)
31.03.2015 -3.30 sen /unit
30.09.2015 -3.30 sen /unit (Total 6.60 sen /unit)
31.03.2016 -3.30 sen /unit
30.09.2016 -3.20 sen /unit (Total 6.50 sen /unit)
31.03.2017 -3.10 sen /unit
30.09.2017 -3.10 sen /unit (Total 6.20 sen /unit)
   
Rekod Dividen Agihan AHB
Rekod Agihan Pendapatan AHB
Sumber : Laman web Maybank



Berapa Pula Dividen ASB dan Tabung Haji ??


Sebenarnya kita tidak boleh membandingkan antara AHB, ASB dan TH kerana ketiga-tiga pilihan ini berbeza tujuan penubuhannya serta pelaburannya dan juga mempunyai tarikh berakhir kewangan yang berbeza. Tetapi selaku pelabur, sudah pastinya kita cuba sedaya boleh untuk meletakkan wang kita di tempat yang mampu memberikan pulangan yang paling maksimum dan pada masa yang sama kita cuba meminimumkan kerugian. Itu prinsip pelaburan

Mari kita lihat rekod agihan ketiga-tiga pilihan pelaburan / simpanan ini untuk 2 tahun terakhir :


ASB    31.12.2016   Dividen 6.75 sen seunit  / Bonus 0.50 sen seunit
AHB    30.09.2016   Dividen 6.50 sen seunit
TH      31.12.2016   Bonus/Hibah Tahunan 4.25% / Bonus Haji 1.50%

ASB    31.12.2015   Dividen 7.25 sen seunit  / Bonus 0.50 sen seunit
AHB    30.09.2015   Dividen 6.60 sen seunit
TH      31.12.2015   Bonus/Hibah Tahunan 5.0% / Bonus Haji 3.0%
   


Bagi saya, nampaknya untuk 2 tahun terakhir ini ASB memberikan pulangan yang lebih berbanding AHB dan TH. Untuk perbandingan tahun-tahun kebelakang, mungkin tuan puan boleh buat homework sendiri.

Tapi harus diingat bahawa Tabung Haji bukan lah satu bentuk pelaburan, ia adalah satu bentuk simpanan. Agak tidak adil membandingkan ia dengan ASB dan AHB sebenarnya.







Unit Tambahan Amanah Hartanah Bumiputera 500 JUTA

Bagi yang dah sampai limit pelaburan di ASB, mungkin boleh consider untuk melabur di AHB ini. Dan baru baru ini, Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib telah mengumumkan Unit Tambahan Amanah Hartanah Bumiputera ini sebanyak 500 juta lagi.

Dana AHB ini pada asalnya dibuka pada tahun 2010 sebanyak 1 billion unit, kemudian ditambah lagi 1 billion unit pada tahun 2012. Dan pada tahun lepas (2016) tambahan 1.5 billion telah diumumkan dan telah habis dilanggan dalam masa kurang dari setahun.

Jadi rasanya tambahan unit 500 juta ini mungkin akan habis dalam tempoh kurang setahun juga. Dengan amaun minima pembukaan akaun dikurangkan dari RM 500 kepada RM100, pastinya lebih ramai yang akan melabur di AHB.

Dan baru-baru ini turut diumukan bahawa Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera telah bersetuju untuk memberi insentif 50 unit percuma untuk setiap Akaun Remaja yang dibuka kepada 200,000 Akaun Remaja baru yang pertama dibuka. Kira hanya untuk 200,000 akaun baru. Jadi yang ada anak-anak remaja tu, ambil peluang ini untuk menambah portfolio pelaburan anak-anak disamping menggalakkan mereka menabung dan melabur.

Baca artikel berikutnya untuk cara-cara membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera AHB.

Sebelum saya akhiri perkongsian kali ini, mungkin ada yang belum tahu apa itu AHB. AHB adalah dana yang disokong aset patuh Syariah dengan harga tetap sebanyak RM1 seunit dan pelabur Bumiputera boleh menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan menyediakan aliran pendapatan yang konsisten kepada mereka. 

Ketika mula dilancarkan dahulu, pelaburan minimum AHB adalah RM500. PHB mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah pelaburan minimum kepada RM100 seorang bagi menarik lebih ramai pelabur Bumiputera. Bagaimanapun, pelaburan maksimum masih dikekalkan RM500,000 seorang.

Tabungan unit amanah pelabur akan dilaburkan ke dalam skim-skim pelaburan hartanah dan pembangunan hartanah PHB. Hari ini PHB telah memiliki lebih 17 hartanah komersial di seluruh negara, sama ada melalui pemerolehan atau pembangunan.


Antara beberapa bangunan dan hartanah yang dimiliki termasuk Menara Bumiputera-Commerce, Menara BT, 1Sentrum dan Nu Sentral (semua di KL), Wisma Consplant (Subang Jaya), Jaya33 (Petaling Jaya), The Shore Shopping Gallery (Melaka) dan banyak lagi.

Dana itu boleh dilanggan di cawangan Maybank, dan kini juga boleh dilanggan Ambank di seluruh negara.

👉👉 Cara Membuka Akaun AHB - Amanah Hartanah Bumiputera ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ



Boleh juga dapatkan info tambahan di laman web rasmi PHB 
👉👉 http://www.phb.com.my/header7.html


Seperti biasa...pesanan saya...."Sayangilah Wang Anda"

~Mat-Drat @SayangWang~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




3 comments:

  1. saya rasa dividen AHB lbh baik kerana dividen AHB dan TH sudah di tolak zakat 2.5%,sedangkan ASB tidak tolak zakat.Klau di tolak zakat 2.5% dividen ASB hanya 4,25%
    Maaf hanya pandangan saya,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol la tu. ASB sama ja dividen dgn TH lepas tolak zkt. better melabur dekat AHB. tgk 10 ni dulu mcmana samada untung atau x

      Delete
    2. ya, betul tu...

      Delete