Friday 4 August 2017

Kebaikan dan Keburukan Beli Kereta Baru atau Terpakai - Pro dan Kon

Beli Kereta Baru atau Terpakai





Kebaikan dan Keburukan - Beli Kereta Baru atau Terpakai.


Artikel ni sekadar ingin berkongsi pandangan dan pandapat - kebaikan dan keburukan (pro dan kon) apabila membeli kereta baru atau pun kereta terpakai.



Saya pernah membeli beberapa kereta. Pernah membeli kereta baru dan ada juga membeli kereta terpakai. Jadi saya kongsikan la apa yang kita perlu ambil kira sebelum decide nak beli kereta baru atau terpakai - dari pandangan dan pendapat saya.



Untuk kereta terpakai, saya pernah beli secara cash, sebuah lagi secara pinjaman bank dan sebuah lagi tu pula menggunakan kad kredit. Yang guna cash dan kad kredit, nanti saya share di artikel berikutnya. 


Ada sebabnya kenapa saya beli secara cash dan menggunakan kad kredit. πŸ‘‰πŸ‘‰Cara jimat beli kereta terpakai.


Setiap orang ada sebab tersendiri untuk memiliki kereta. Tetapi sebelum membeli kereta, beberapa faktor perlu diambil kira terutama sekali fakor kewangan. Ini kerana memiliki kereta akan mengikat kita dengan komitmen untuk beberapa tahun bergantung kepada berapa lama kita ingin menggunakan kereta tersebut.


Sebelum decide untuk membeli kereta, perlu ingat bahawa :
  • kereta sebenarnya bukan lah 'aset' yang naik nilainya. Ia mengalami mengalami susut nilai. 
  • memiliki kereta memerlukan belanja-belanja dan kos lain.

Susut Nilai Kereta

Setiap kereta yang dibeli sama ada kereta baru atau terpakai, akan mengalamai susut nilai. Kereta baru biasanya akan mengalami susut nilai yang amat tinggi untuk 2-3 tahun pertama. Jika anda beli kereta baru, keluar sahaja dari 'showroom' dan kereta telah didaftarkan atas nama anda, kereta tersebut telah mengalami susut nilai beberapa ribu ringgit. Ada kereta yang nilainya terus turun sehingga 20-30% - bergantung kepada jenis dan jenama. 

Berbanding kereta terpakai, susut nilainya pula agak kecil. Semakin lama kereta itu, susut nilainya setiap tahun adalah semakin kecil. 

Katakan kereta baru di showroom yang dijual pada harga RM 70,000. Jika anda ingin menjualnya terus pada hari tersebut, harga RM 60,000 pun dah susah untuk anda mencari pembeli. Itupun anda dah hilang nilai RM10,000 (14%).

Sesetengah pihak mengatakan, kereta akan mengalami susut nilai yang sangat besar pada tahun pertama. Selepas 3 tahun, penurunan susut nilainya semakin kecil dan mula 'mendatar'. Mungkin tahun pertama nilainya hilang 20%, tahun kedua 15% dan tahun ketiga 10% sahaja. Dan tahun-tahun berikutnya ia hanya akan mengalami susut nilai sebanyak 5-10% setahun. Biasanya bergantung kepada jenama kereta. 

Contoh: 
Kereta baru bernilai RM 70,000
Tahun pertama ; Susut nilai = RM 14,000 (20%) dan nilai kereta = RM56,000
Tahun kedua  ; Susut nilai = RM 7,000 (10%) dan nilai kereta = RM49,000
Tahun ketiga  ; Susut nilai = RM 7,000 (10%) dan nilai kereta = RM42,000
Tahun keempat  ; Susut nilai = RM 3,500 (5%) dan nilai kereta = RM38,500


Ikut pengiraan contoh ini, selepas 3 tahun kereta itu hanya berharga RM 42,000. Anda dah hilang RM 28,000 (40% dari harga kereta) dalam masa 3 tahun sahaja!! Sanggup?? 

Dan sebab itu ada pihak yang menyarankan, jika ingin beli kereta, belilah kereta yang berusia 2-3 tahun kerana anda akan selamat dari susut nilai BESAR di 2 tahun pertama kereta tersebut. Tetapi faktor lain kena ambil kira juga ye sebelum membuat keputusan membeli kereta tesebut.

Anda mungkin boleh cuba buat carian di mudah.my atau carlist.com.my untuk semak harga kereta baru, kereta terpakai (selepas setahun) dan kereta terpakai selepas 2 tahun. Dan kemudian anda boleh kira atau congak berapa susut nilai kereta idaman anda tersebut jika anda beli kereta baru.

Kalau anda rasa tidak sanggup atau tidak mampu menanggung impak susut nilai yang besar untuk kereta baru, jadi mungkin boleh pertimbangkan untuk memiliki kereta terpakai. Tepuk poket baru tanya selera!!



Kadar Interest Pinjaman Kenderaan - Kereta Baru dan Kereta Terpakai (Used)

Bagi saya, faktor ini juga perlu diambil kira. Jadi anda kena betul-betul buat pengiraan dan perbandingan sebelum memiliki sebuah kereta - sama ada baru atau terpakai.

Untuk pinjaman bagi kereta baru, kadar interest / kadar keuntungan pinjaman yang dikenakan oleh bank adalah lebih rendah berbanding pinjaman untuk kereta terpakai. Biasanya kadar interest pinjaman sekitar 2.5%-4% bagi kereta baru.  Anda mungkin boleh dapat pinjaman pada kadar serendah 2.5% jika memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak bank.

Manakala bagi kenderaan terpakai pula, kadar interest pinjamannya pula sedikit tinggi. 

Katakan Kereta Baru 
Harga RM 60,000 ; Kadar pinjaman 3.75% ; tempoh pinjaman 7 tahun.
Jumlah interest / caj keuntungan = RM 2,250 setahun (RM 15,750 = 7 tahun)
Bayaran bulanan = RM 901 sebulan

Katakan Kereta Terpakai
Harga RM 50,000 ; Kadar pinjaman 4.25% ; tempoh pinjaman 7 tahun.
Jumlah interest / caj keuntungan = RM 2,125 setahun (RM 14,875= 7 tahun)
Bayaran bulanan = RM 772 sebulan

Berdasarkan contoh pengiraan ini, membeli kereta baru anda membayar sebanyak RM901 sebulan, berbanding hanya RM 772 sebulan untuk kereta terpakai. Tetapi kereta baru anda mungkin dapat "kereta baru" dari segi teknologi serta tak perlu pening untuk kos-kos penyeleggaraan (maintenance) untuk beberapa tahun pertama. 

Jadi kalau beli kereta, tanya salesman kereta option bank yang dia ada. Ada sesetengah salesman akan terus suggest untuk bank tertentu kerana bank tersebut menawarkan komisen agak tinggi kepada dia. Kalau anda rajin, anda boleh tanya bank terus....kena buat survey sendiri la. 

Call mana-mana cawangan bank, minta bahagian kredit pinjaman kereta dan terus tanya kadar pinjaman untuk kereta yang anda nak beli. Ada bank menawarkan rate yang berbeza untuk jenama yang berbeza.



Bayaran Deposit Kenderaan - Kereta Baru dan Kereta Terpakai (Used)


Untuk membeli kereta baru, kadang-kadang anda hanya perlu membayar 'booking' fee yang rendah sahaja tanpa deposit. Dan pinjaman bank pula bergantung kepada bank yang anda pilih. Jika pinjaman sehingga 100%, jadi tak perlu lah anda membayar deposit.  Manakala jika pinjaman hanya 90%, maka deposit 10% perlu disediakan.

Untuk booking fee, sila dapatkan resit dari salesman dan pastikan resit betul dan sah dari kedai/dealer. Jangan lupa tanya betul-betul sama ada refundable atau tidak dan sebagainya. Kadang-kadang masa kita bayar booking, dijanjikan kereta 2-3 minggu, tetapi selepas 2 bulan kereta tak dapat-dapat. Masa tu mungkin anda mula bercadang untuk beli kereta lain.

Bagi kereta terpakai pula,  pinjaman dari bank jarang untuk dapat setinggi 90% dan apatah lagi 100%. Mungkin anda hanya layak pinjaman sehingga 70% sahaja, ini bergantung kepada jenama dan juga usia kereta tersebut. 

Berapa banyak bank boleh offer, juga anda kena tanya salesman atau call terus pihak bank. Makin rendah jumlah pinjaman yang anda dapat bermakna makin besar deposit atau baki pinjaman yang perlu dibayar secara cash!!

Jadi sekali lagi, tepuk poket danbaru tanya selera nak pakai kereta apa.





Kos Petrol Kereta - Kereta Baru dan Kereta Terpakai (Used)



Untuk memiliki kereta, selain bayaran bulanan anda juga perlu ambil kira kos-kos lain. Ada sesetengah orang, hanya kira budget untuk bayaran bulanan kepada bank sahaja. Bila dah dapat kereta baru terasa budget bulanan sudah lari jauh dan mula rasa tertekan apabila perlu keluarkan duit untuk kos-kos lain.



Kos petrol perlu diambil kira dimasukkan dalam budget bulanan. Jangan kira kemampuan untuk bayar pinjaman kepada bank sahaja tetapi tidak ambil kira kos petrol. Nanti memakan diri. 



Jika dah beli kereta, pasti 'langkah' anda akan bertambah panjang dan jauh. Kereta akan sentiasa menjerit minta diisi petrol. Dan tambahan pula sekarang harga petrol yang sekejap turun dan sekejap naik (banyak naik), faktor ini juga perlu diambil kira semasa membuat pilihan mebeli kereta.


Kereta baru (lebih baru) biasanya mempunya teknologi penggunaan minyak yang lebih menjimatkan berbanding kereta terpakai atau kereta lama. Tetapi perbandingan perlu dibuat Apple to Apple. 

Kereta berCC besar , bersaiz besar sudah pasti penggunaan minyaknya lebih tinggi berbanding kereta bersaiz kecil (compact) dan yang berCC kecil. Tetapi faktor penyelenggaraan juga akan menainkan peranan nanti.

Jadi, jika ingin mebeli kereta terpakai carilah yang tidak terlalu lama dimana fuel consumptionnya agak rendah dan menjimatkan....lebih-lebih lagi jika anda akan menggunakan kereta tersebut setiap hari. 



Kos Penyelenggaran Kenderaan (Maintenance) dan servis.


Ini juga faktor yang perlu diambil kira. Kenderaan baru kebiasaannya memerlukan kos penyelenggaraan atau kos maintenance yang lebih rendah berbanding kereta terpakai.


Ada sesetengah jenama menawarkan free service and maintenance untuk beberapa tahun atau sehingga kilometer tertentu. Jadi mungkin dengan kenderaan baru, kos penyelenggaraan sedikit kurang. Tapi jangan lupa, sesetengah kenderaan dan jenama, untuk memastikan "waranty" yang ditawarkan masih terpakai, anda perlu servis kereta di pusat servis yang berdaftar dan mengikut jadual. Jadi kos servis perlu diambil kira. Tak semua jenama kereta memberi "free service", ada yang hanya 'free' untuk spare part yang dalam warantty dan anda perlu bayar labour caj. Ini anda kena tanya salesman betul-betul akan promosi atau term and con service yang ditawarkan.

Berbanding dengan memiliki kenderaan terpakai, anda tidak terikat sangat untuk servis kenderaan di pusat servis yang ditetapkan. Anda boleh pilih pusat servis atau pilihan sendiri. Mungkin kos lebih murah berbanding jika servis di pusat yang ditetapkan.

Itu bab servis bagi kereta terpakai. Dan perlu ingat juga kereta terpakai ni dah digunakan dan pasti banyak part yang perlu diganti kerana "wear n tear". Mungkin owner lama jual sebab tak mahu pening kepala repair atau ganti part-part tertentu di kereta tu, sebab tu dia jual kereta tersebut.



Jadi untuk membeli kereta terpakai, perlu di periksa dengan teliti dan seelok-eloknya bawa mekanik untuk membantu buat pemeriksaan sebelum membeli kereta terpakai tersebut. Buat pemeriksaan betul-betul untuk elak kereta terpakai tersebut membuat anda pening kepala.


Okey, ini dulu buat masa ini. Saya akan tambah dari masa ke semasa. Dan jika ada pandangan, boleh tinggalkan di ruangan komen.






~Mat-Drat @SayangWang ~

Jika rasa bermanfaat , sila share πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



6 comments:

  1. SANGAT bermanfaat, saya pun baru nak beli kereta... :P

    ReplyDelete
  2. Hey There. I found your blog using msn. This is an extremely well written article.
    I will make sure to bookmark it and return to read more of
    your useful info. Thanks for the post. I will definitely comeback.

    ReplyDelete
  3. May I simply say what a comfort to discover somebody that
    really knows what they're talking about on the web.
    You actually know how to bring a problem to light and make it important.
    More and more people should look at this and understand this side
    of your story. I can't believe you're not more popular since you certainly have the gift.

    ReplyDelete
  4. I'm really enjoying the design and layout of your site.
    It's a very easy on the eyes which makes it much more
    enjoyable for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer
    to create your theme? Superb work!

    ReplyDelete
  5. Tepuk dada tanya selera. mana2 pun ok. mengikut pada bajet poket anda sendiri

    ReplyDelete
  6. Dua2 pun ok, tak ada masalah pun

    ReplyDelete