Friday 21 April 2017

Promosi Nestle Wellness di LAZADA








Nestle sedang mengadakan promosi jualan di LAZADA.  Pelbagai barangan produk Nestle di jual pada harga yang cukup murah di LAZADA.

Nak tahu murah ke tak tawaran produk NESTLE di Lazada.



Harga dah murah,  ada pula barangan yang dibeli disedaiakan hadiah, lepas tu boleh pula guna kupon diskaun yang diberikan. (Kupon ada saya sertakan di bawah)


Dan antara jenama-jenama produk Nestle yang mengambil bahagian adalah
- MILO
- NESCAFE
- MAGGI
- OMEGA Plus
- NESTUM
ini sebahagian sahaja.... macam-macam ada lagi 


Jadi apa lagi... rebut peluang ini dengan membeli produk NESTLE DI LAZADA 
  •  ✅ MURAH  
  •  ✅ADA HADIAH
  •  ✅ADA KUPON DISKAUN
  •  ✅TAK STRESS MENEMPUH KESESAKAN JALAN RAYA
  •  ✅TAK PENING CARI PARKING
  •  ✅TAK PAYAH KELUAR DUIT TOL,PETROL DAN PARKING

Jadi .... Pilih >> Bayar >>> Tunggu Barang Sampai

Tapi sebelum bayar tu..... gunakan KOD DISKAUN ni untuk lebih penjimatan.




Di bawah saya senaraikan beberapa barangan yang ditawarkan.... yang harganya menarik minat saya.... dan yang membuat saya membelinya di LAZADA.

Semak harga sebelum membuat pembelian ye... harga yang saya tulis ni mungkin berubah.


Untuk barangan lain, boleh lihat di SINI > NESTLE PRODUCT DI LAZADA <


MILO 2KG @ RM 29.90

MILO 1KG @ RM 15.90

NESTUM BUY 2 FREE 1 @ RM 23.00

Maggi 2-Minn Curry (5X79g), 
Buy 2 FREE 1 Sesame Chicken @ RM9.34

HONEY STARS ECONOPACK 500G 
FOC Honey Star 150g @ RM 15.26

MAGGI Royale Thai White Tom Yam (4x88g),
Buy 2 FREE 1 White TomYam @RM16.50

MAGGI Cili sos 500g 
FOC Maggi Cukup Rasa 25g @RM4.18





Lazada Malaysia

Monday 17 April 2017

Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 - PNB

MSAM 2017
MSAM 2017





Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 pada kali ini akan di adakan di Temerloh, Pahang. MSAM 2017 kali ini dianjurkan dengan kerjasama Amanah Saham Nasinal Berhad (ASNB) dan juga Kerajaan Negeri Pahang.

MSAM 2017 ini akan berlangsung dari 20-25 April 2017 di Dataran Temerloh, Temerloh Pahang.


Program Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) ini merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Permodalan Nasioanal Berhad (PNB).


Di antara tujuan MSAM ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang ilmu pelaburan. Sedikit sebanyak masyarakat akan lebih terbuka kepada dunia pelaburan.

Selain itu, dengan adanya program seumpama ini ia mampu mendekatkan PNB serta anak-anak syarikat pelaburannya kepada masyarakat dan pelabur mereka sendiri khususnya.


Disepanjang MSAM itu nanti, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan dan diantaranya adalah :
  • Seminar 360 PNB
  • Program Bersama Kumpulan PNB dan MSAM - Sime Darby Walk
  • Perkhidmatan khidmat nasihat pelaburan oleh ASNB seperti produk ASB, ASB2, ASN dan ASG serta Perkhidmatan perwarisan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah
  • Santai Labur PNB@MSAM
  • Simposium Usahawan PNB-MDF
  • Seminar Kewangan Khas ASNB
  • Taklimat Perancangan Kewangan
  • Jejak Pelabur Cilik I & P


Semasa MSAM itu nanti para pengunjung akan dapat melawaqt lebih dari 60 buah gerai pameran dari Kumpulan PNB, Agensi Kerajaan Negeri Pahang serta Badan-badan Kawal Selia.

Dan seperti kebiasaannya, antara gerai yang akan menjadi tumpuan adalah rakan-rakan MSAM 2017 seperti Maybank, Sime Darby, I & P Group,  SP Setia, UMW, CCM, MIDF, MNRB, Perodua, Prolintas, Takaful Ikhlas dan Heitech Padu.


Dan yang paling penting, pengunjung bukan sahaja dapat menimba ilmu mengenai pelaburan tetapi para pengunjung turut  berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.


Hadiah-hadiah akan ditawarkan kepada pengunjung di sepanjang MSAM 2017 ini melalui 
  • Peraduan Pengunjung Bertuah Majlis Perasmian
  • Peradan Pengunjung Bertuah Majlis Penutup
  • Peraduan Harian
  • Peraduan Harian Utama


Di bawah ini adalah antara hadiah yang akan di tawarkan kepada pengunjung-pengunjung MSAM 2017 kali ini. 3 buah kereta ditawarkan serta pelbagai barangan lain.


Moh Kite ke sana.






~mat-drat @ SayangWang~




Dividen KPF2 2016 - Dividen Tertinggi

Dividen KPF 2 2016 2017
KPF2








KPF2 - Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2015/2016 pada 28 Mac 2017 yang lalu.

Kadar dividen yang diumumkan adalah sebanyak 7%, dan merupakan kadar dividen tertinggi yang diumumkan semenjak penubuhannya.

Dividen 7% yang diumumkan ini meningkat dari tahun sebelumnya. Tahun lalu, dividen yang diumumkan adalah sebanyak 5.5%

Ini merupakan dividen yang ke lima diagihkan kepada ahli koperasi semenjak penubuhannya.

Walau pun kadar dividen yang diumumkan agak rendah berbanding KPF, jika dilihat dari trend dividen yang diberikan, kelihatan ia semakin meningkat. Pastinya pelabor dan ahli koperasi KPF2 mengharapakan suatu hari nanti dividen KPF2 mampu menandingi dividen KPF.



Rekod Dividen KPF 2 : Koperasi Permodalan Felda 2


Berikut adalah rekod pemberian dividen KPF2:

2012 -  1%
2013 - 2.5%
2014 - 2.5%
2015 - 5.5%
2016 - 7%


Dividen KPF 2 2016 2017
Dividen KPF2


Untuk yang masih belum mengenali KPF2, boleh la layari laman web rasmi mereka di www.kpf2.org


Pendaftaran untuk menjadi anggota KPF2 terbuka kepada sesiapa sahaja, asalkan anda memenuhi kriteria-kriteria berikut :
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Malaysia.
  • Generasi Baru Peneroka FELDA yang bukan pengganti peneroka samada yang tinggal di dalam atau di luar rancangan / Kakitangan FELDA / Anak Kakitangan / Pesara / Anak Pesara.
  • Bukan seorang yang bankrap.
  • Tidak hilang upaya dari segi mental.
  • Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar.
  • Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Selamat Melabur.

~Mat-Drat @ SayangWang~


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇






Tuesday 4 April 2017

RAYUAN BR1M 2017

Rayuan Br1m 2017




Baru-baru ini tular di media sosial mengenai ramai pemohon BR1M menerima status 'Permohonan Tidak Lulus' walau pun tahun-tahun sebelum ini mereka adalah penerima BR1M. Ramai yang agak terkejut apabila status mereka kini 'TIDAK LULUS' dan lebih terkejut apabila alasan adalah kerana berkaitan pendaftaran mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Jika tuan -puan rasa tuan-puan layak mendapat BR1M tersebut, tuan puan perlu membuat rayuan di Pejabat LHDN di seluruh negara. Jangan tunggu sehingga hari-hari akhir untuk membuat rayuan. Kerajaan memberi bantuan melalui BR1M, jadi kepada mereka yang statusnya "Tidak Lulus", perlu berusaha sendiri untuk membuat rayuan sekiranya tuan-puan rasa layak menerima BR1M.


Maklumat di bawah boleh dijadikan sebagai panduan.


Tarikh Rayuan BR1M


Tempoh rayuan BR1M 2017 adalah bermula 3 April 2017 - 31 Mei 2017. 

Elakkan dari datang di saat-saat akhir kerana rakyat Malaysia amat suka melakukan sesuatu di saat akhir. Jika anda datang di hari-hari terakhir, anda akan terkejut melihat panjangnya mereka yang beratur menunggu giliran.


Tempoh Rayuan BR1M
Tempoh Rayuan BR1M

Cara Rayuan BR1M 2017

1. Tuan/puan hanya perlu ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan ini untuk membuat permohonan rayuan. Bawa dokumen yang menyokong permohonan tuan/puan .

2. Datang bersama dokumen sokongan seperti:
- Sijil / Surat pengesahan cerai
- Sijil / Surat Pengesahan Kematian
- Sijil Lahir / Daftar Anak Angkat / Sijil Lahir Permohonan atau dokumen pembuktian pertalian perhubungan Jika ibu bapa tidak memohon
- Surat Hak Penjagaan Tanggungjbkos yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan.

Dokumen-dokumen lain yang diperlukan boleh semak di laman web ebr1m.


3. Bagi pemohon yang statusnya asalnya Tidak Lulus (kerana berkaitan pendaftaran di SSM), kerajaan telah bersetuju membayar untuk pembayaran pertama sahaja. Untuk menerima pembayaran berikutnya, pemohon BR1M yang 'Tidak Lulus' kerana berkaitan statusnya di SSM, mereka perlu membuat rayuan kepada LHDNM.

Tuan/puan tidak perlu hadir ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Makaysia) untuk membuat sebarang pengesahan sebaliknya hanya perlu ke cawangan LHDNM. Tuan/puan diminta hadir dengan membawa penyata pendapatan perniagaan atau penyata akaun bank yang berkaitan perniagaan/syarikat kepada LHDNM dalam tempoh rayuan tersebut bagi mengesahkan maklumat pendapatan tuan/puan.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan bayaran BR1M 2017untuk peringkat ke 2 dan seterusnya tidak akan diteruskan kepada tuan/puan.



3. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my


Mat-Drat

Pindaan eFiling LHDN Borang Cukai BE/B

Pindaan e-filing LHDN
Pindaan e-filing LHDN







Rasanya ramai antara kita yang telah submit e-filing LHDN untuk tahun taksiran 2016. Masing-masing cuba hantar seawal yang boleh dengan harapan akan mendapat refund secepat yang mungkin ("kalau yang ada baki cukai terlebih bayar").

Beberapa hari lepas pula saya terbaca di portal Astro Awani yang menyatakan sehingga 29 Mac 2017, sebanyak 1.2 juta pendaftaran e-filing telah diterima dari tarikh ia di buka pada 1 Mac lalu. Peningkatan sebanyak 12.9% berbanding tahun sebelum. Bagus lah, makin ramai rakyat Malaysia yang  elak hantar borang di minit-minit akhir.


e-Filing ini sebenanya memudahkan pembayar cukai menghantar borang cukai dimana mereka tidak lagi perlu mengira cukai secara manual. Key-in data tertentu, masukkan figure itu ini....sedar-sedar amaun cukai telah dikirakan dan tinggal untuk tekan butang 'Hantar'/'Submit' sahaja lagi.Cukup senang dan ringkas sahaja cara pengisian e-filing.


Mungkin dalam kegairahan dan keseronokan bila melihat pengiraan cukai kita ada menunjukkan amaun ' cukai terlebih bayar', membuatkan kita tidak perasan ada kesilapan mahupun ada pelepasan tertentu yang terlupa untuk dituntut. Bila dah tekan butang 'Hantar' baru teringat itu dan ini. 


Jika kesilapan di pengiraan asal kita itu menyebabkan pengiraan cukai kurang, bersedia lah untuk membayar penalti sekiranya kita terpilih untuk di audit dan kesilapan tadi dikesan oleh pihak LHDNM. Sebaliknya jika kesilapan kita itu menyebabkan kita terlebih bayar cukai,  rasanya pasti ramai akan cepat-cepat buat pindaan untuk mendapatkan kembali cukai yang terlebih bayar tu dengan segera. Nak tak nak, sama ada kita terkurang atau terlebih kira cukai, kita pasti perlu buat pindaan.


Kini, pindaan borang boleh dilakukan secara online sahaja. Untuk mengelakkan penalti (sekiranya sebelum ini cukai terkurang), rayuan pindaan hendaklah di pinda sebelum 30.04.2017 (jika tiada punca perniagaan) atau pada/sebelum 30.06.2017 (jika mempunyai punca perniagaan).







Jadi dibawah ini saya kongsikan sedikit cara ringkas untuk buat pindaan e-filing:

Step 1 : Log in ke https://ez.hasil.gov.my

Step 2 : Pergi ke bahagian "e-Permohonan Pindaan BE" di bawah menu e-filing 


Pindaan e-filing LHDN
Paparan jika log in 'desktop view'


Pindaan e-filing LHDN
Paparan jika log in 'mobile view'




Step 3 : Pilih tahun taksiran yang ingin dibuat pindaan.

Semakan saya mendapati e-permohonan pindaan hanya dibuka untuk tahun taksiran 2015 dan 2016. Untuk tahun lain, perlu di lakukan secara manual. ( rujuk penerangan di bawah)


Pindaan e-filing LHDN



Step 4 : Betulkan kesilapan atau tambah mana-mana perkara yang tertinggal dan hantar pengesahan. Ikut arahan seterusnya.

Di paparan ini, di sebelah hujung kanan akan menyatakan anda berada di e-Permohonan Pindaan BE Tahun Taksiran 201X.

Makluman menyatakan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya tidak ada cukai pindaan dibangkitkan sebelum ini.


Pindaan e-filing LHDN






Dengan kemudahan untuk membuat pindaan secara online, ia amat membantu pembayar cukai. Walau bagai mana pun, semakan saya tadi di menu e-Permohonan Pindaan BE hanya dibuka untuk pindaan bagi Tahun Taksiran 2015 dan 2016.

Bagi mereka yang ingin membuat pindaan borang cukai bagi Tahun Taksiran sebelum 2015 (tiada e-Permohonan Pindaan online) , mungkin sedikit maklumat dan tindakan di bawah boleh membantu. 


- Cetak e-borang anda dan buat pembetulan di ruangan silap ( tandatangan ringkas sebelah pembetulan)

- Seterusnya kira cukai secara manual sehingga peringkat "Cukai Kena Bayar"


- Hantar surat rayuan (nyatakan bahagian kesilapan) ke cawangan selian fail cukai pendapatan anda dengan menyertakan sekali salinan e-borang serta dokumen berkaitan seperti penyata pendapatan (EA/EC) dan resit asal untuk tuntutan pelepasan.


Dan harus diingat, pindaan yang dibuat selepas 6 bulan akan tertakluk kepada penalti.

Pindaan yang dibuat akan mengambil masa untuk semakan dan anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berkaitan sekiranya diminta untuk semakan lanjut oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

~Mat-Drat @ SayangWang~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇