Saturday 30 December 2017

BEZA REBAT CUKAI DAN PELEPASAN CUKAI





REBAT CUKAI vs PELEPASAN CUKAI 


Mat Drat nak share sikit pasal rebat n pelepasan.

Pelepasan Cukai dan Rebat Cukai adalah perkara yang berbeza. Mungkin ada yang masih keliru di antara kedua-duanya, terutama bagi yang pertama kali menghantar borang cukai / e filing.


PELEPASAN CUKAI 🔷🔷

Pelepasan Cukai ni kata mudahnya adalah amaun yang dibenarkan untuk tolakan ke atas pendapatan yang kita terima.

Katakan gaji kita setahun RM 50,000. Cukai tidak akan dikira atas RM50K tadi tu, TETAPI kita dibenarkan tolak dengan beberapa pelepasan-cukai. Dah tolak, baki tu baru akan dikenakan cukai. 

Antara pelepasan-cukai tu adalah

- Pelepasan diri

- Pelepasan suami/isteri (tidak bekerja ) 

- Pelepasan anak

- Pelepasan EPF, insuran, perubatan penyakit kritikal dan lain-lain lagi. 

* Senarai Pelepasan untuk 2017 serta sedikit penerangan saya kongsi link di ruangan komen.


Katakan jumlah pelepasan-cukai yang di tuntut adalah RM 20,000 maka cukai hanya dikira ke atas baki RM30,000 sahaja (50K - 20K).

Cukai ke atas RM 30K ni adalah RM 650 kalau ikut Kadar cukai 2016 😊


TAPI bukan kena byr RM650 tu sebab boleh tuntut rebat. Ada Rebat pulak lagi....

REBAT CUKAI 🔶🔶


Bagi pemastautin di Malaysia, mereka yg pendapatan bercukai kurang RM35,000 adalah layak untuk menuntut rebat cukai sebanyak RM400 untuk diri sendiri. 

Macam pengiraan tadi, pendapatan bercukai dia hanya RM30,000, jadi dia layak dapat rebat RM 400.



Dari RM650 cukai yang dia kena bayar, lepas tolak rebat RM400, dia kena byr cukai RM 250 sahaja.



😎 TAPI, mungkin dia perlu bayar kurang dari Rm250 tu atau tak perlu bayar langsung sebab.... 

- Kalau pasangan dia tak bekerja, tambahan lagi rebat RM400akan diberikan. Dari kena byr 250 tadi, tolak lagi 400 jadi cukai kena bayar '0'.

- Kalau isteri dia bekerja, dia TAK DAPAT tambahan rebat tadi. Tak pun kalau dia bujang, tak boleh la nak dapat rebat tambahan RM400 tadi. Jadi yg bujang tu, cepat cepat kahwin ye.. 😁

- Tapi jangan risau, ada lagi rebat. kalau ada buat Bayaran Zakat pada tahun tu, pun boleh tolak sebagai Rebat.

 DAN Kena ingat ye, rebat ni terhad sehingga jumlah cukai yang dikenakan. Kalau cukai hanya RM650 sahaja maka rebat diri, rebat zakat hanya boleh tuntut setakat RM650 sahaja.








Jangan pulak lepas ni, tersalah anggap yg LHDN akan bayar kat kita pulak kalau cukai yang kena lagi sikit dari amaun rebat. 

Macam pengiraan ni, 

- cukai kena RM650, 

- Layak rebat diri RM400, isteri tak bekerja dapat lagi rebat RM400, lepas tu pulak Zakat RM1,000... Walaupun total rebat 1,800, tapi yang boleh ditolak hanya setakat jumlah cukai sahaja.

Jangan suka-suka je berangan LHDN akan bayar kita RM1,150 (650—1,800). Salah kira mcm ni.

Tapi Kalau ada potongan PCB, yg potongan bulan bulan tu.... Yang tu baru boleh berangan nak dapat refund. PCB tu lain...
TAPI (lagi sekali), kalau lepas submit E-FILING nanti, tunggu refund (Kalau ada lebihan cukai) tak dapat dapat.... mungkin ada yang tak kena la tu kot pada borang kita, tak pun pegawai kena semak lebih detail borang/file kita.! 😀😀 


Sambil2 sambil tunggu refund tu nanti, boleh juga siapkan resit dan dokumen.... Kot2 dapat surat audit dulu sebelum terima refund. Cepat submit dokumen, cepat dapat refund.




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Thursday 21 December 2017

Dividen ASB 2017

Dividen ASB 2017

Dividen ASB 2017

Permodalan Nasional Berhad (PNB)  telah mengumumkan Kadar Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 sebentar tadi.

Agihan pendapatan yang diumumkan adalah 
- 7 sen seunit dan 
- bonus 0.25 sen seunit.

Bukan itu sahaja ASNB turut mengumumkan pemberian bonus istimewa sempena 40 tahun PNB sebanyak 1.0 sen seunit bagi baki setakat 10,000 unit pertama.






Dividen dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018, manakala Bonus Ulang Tahun Khas akan dikreditkan pada 1 Mac 2018. Pembayaran dividen dibuat daripada pendapatan bersih ASB manakala bonus dan Bonus Ulang Tahun Khas dibayar daripada dana proprietari PNB. 

Agihan
Agihan Se Unit
- Dividen
7 sen
- Bonus
0.25 sen
- Bonus Istimewa     
1.0 sen


Jumlah agihan keseluruhan adalah berjumlah RM10.7 bilion akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih daripada 145.6 bilion unit dalam ASB.

Kenyataan akhbar PNB menyatakan pengagihan pendapatan ini mewakili premium 4.85 mata peratusan berbanding penanda aras ASB, iaitu purata KLIBOR 3-bulan sebanyak 3.40% memandangkan ASB mencatatkan pendapatan bersih RM8.91 bilion pada 30 November 2017. Ini ekoran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan berada pada landasan yang tepat untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun penuh sebanyak 5.8% serta kejayaan pelaksanaan pelan strategik STRIVE-15 PNB setakat ini.

Pembayaran Dividend Dan Bonus

Pemegang unit akan dapat menyemak dan mengemaskini akaun mereka melalui portal baru ASNB myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga diteruskan semula pada 2 Januari 2018.
Pastinya pelabur-pelabur ASB tidak sabar menunggu dividen dikreditkan ke akaun ASB masing-masing pada 2 Januari 2018 nanti.



Rekod Dividen ASB

Rekod agihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB bagi tahun tahun sebelum ini adalah seperti berikut :

Tahun    Dividen    Bonus     Total
2010        7.50         1.25        8.75
2011        7.65         1.15        8.80
2012        7.75         1.15        8.90
2013        7.70         1.00        8.70
2014        7.50         1.00        8.50
2015        7.25         0.50        7.75
2016        6.75         0.50        7.25 
2017        7.00         0.25        7.25  ( Tidak termasuk bonus istimewa 1 sen)



Penangguhan Urus Niaga ASB

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ditangguhkan sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus. Semua urusniaga boleh dilakukan semula mulai 2 Januari 2018.



Lain-lain artikel berkaitan ASB :

👉👉  Pinjaman ASB : Untung atau Rugi ?
👉👉  Pelaburan ASB melalui Pinjaman : kategori manakah anda? 

👉👉  Hukum Melabur di ASB  


Mat Drat @ Sayangwang
- Sayang Wang Anda -




Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Thursday 14 December 2017

MYDEPOSIT RUMAH 2018

MYDEPOSIT : SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA



Permohonan MYDEPOSIT 2017 2018 : SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA



Skim MyDeposit yang dikendalikan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan di buka untuk permohonan pada 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018.

Skim MyDeposit ini bertujuan membantu golongan pertengahan (M40) bagi pembelian rumah pertama.

Pada pembentangan Bajet 2018 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju meneruskan skim MyDeposit ini. Sebelum ini, sejumlah 1,469 permohonan telah diluluskan dengan jumlah bayaran lebih RM39 juta telah diluluskan bagi permohonan yang diterima sejak dibuka dari 7 April 2016 hingga Oktober yang lepas.







Jadi jika anda ingin membuat pembelian rumah pertama dan memenuhi syarat permohonan MyDeposit ini, jangan lepaskan peluang ini.




Syarat Permohonan MyDeposit

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 21 tahun dan ke atas

3. Pembelian rumah pertama bagi isi rumah

4. Berkelayakan untuk membuat pinjaman perumahan.

5. Pendapatan kasar antara RM3,000 - RM15,000

6. Harga rumah tidak melebihi RM 500,000





Boleh semak  dengan   KLIK DI SINI 👉👉www.kpkt.gov.my  untuk : 

  • Syarat-Syarat Permohonan
  • Kriteria Projek Perumahan Yang Dibenarkan dan 
  • Senarai Dokumen 




Syarat dan Kelayakan Permohonan
Sumber : FB KPKT

Cara Memohon MyDeposit

Permohanan Skim MyDeposit boleh dilakukan melalui Laman Sistem Pengurusan Perumahan Negara dengan KLIK di pautan ini https://sprn.kpkt.gov.my


Selepas membuat permohonan secara online, permohanan akan melalui proses seperti berikut. Jadi pastikan semua dokumen dihantar dengan lengkap bagi memudahkan pegawai memeriksa dokumen dan membuat semakan.


Cara Memohon MyDeposit 2017 2018
Carta Aliran Permohonan
Sumber : FB KPKT



Pertanyaan mengenai Skim MyDeposit

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim myDeposit ini, boleh terus hubungi  Jabatan Perumahan Negara (JPN) sama ada 

di talian 03-8891 4025/ 4026/ 4051/ 4057 atau 
memalui email di  mydeposit@kpkt.gov.my







Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

Selain dari Skim MyDeposit, kerajaan juga melalui Jabatan Perumahan Negara menyediakan bantuan melalui Skim Pinjaman Perumahan.

Walaubagaimana pun, skim ini dibuka bagi mereka yang berpendapatan RM 1,000 - RM3,000 dan had pinjaman sehingga RM 60,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pinjaman Perumahan ini, boleh terus ke laman web rasmi Jabatan Perumahan Negara di pautan ini  https://sprn.kpkt.gov.my/info/spp




Mat  Drat @ SayangWang
"Sayangi Wang Anda"

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Sunday 26 November 2017

Pelaburan ASB Melalui Pinjaman : Anda Kategori Mana




Jika perkongsian Mat Drat sebelum ini untuk membandingkan Melabur di ASB Dengan Pinjaman vs Melabur di ASB Tanpa Pinjaman, kali ni Mat Drat kongsikan pula 3 kategori pelabur melalui pinjaman. 

Perkongsian sebelum ini



Bagi yang ingin melabur di ASB/ASB2 melalui pinjaman, perkara berikut perlu diambil tahu 
  • Pembiayaan ditawarkan oleh ejen ASNB.
  • Pembiayaan ASB/ASB2 adalah satu kemudahan pembiayaan istimewa untuk membantu Bumiputera melabur di dalam ASB/ASB2.
  • Antara ejen ASNB yang menawarkan pembiayaan adalah Maybank, CIMB, RHB dan Ambank. Terma dan syarat serta kadar pinjaman mungkin berbeza mengikut bank.
  • Para pelabur melalui pembiayaan mempunyai pilihan untuk melindungi pembiayaan melalui insuran/takaful.
  • Jumlah dan tempoh pembiayaan bergantung kepada kelayakan pelabur.

Tips Optimumkan Pelaburan melalui Pembiayaan
  • Sediakan bajet ansuran bulanan ikut kemampuan bayaran dan JANGAN bergantung kepada dividen tahunan.
  • Disiplinkan diri membayar ansuran bulanan dan anggap ia seperti ansuran pinjaman kereta atau pinjaman rumah.
  • Beri peluang kepada pelaburan dan dividen berkembang dengan kuasa kompoun TANPA keluarkan dividen.


Okey....Mat Drat BANDINGKAN 3 situasi yang biasa diamalkan oleh pelabur melalui pinjaman ini.  Cuba lihat anda di kategori mana...


KATEGORI 1 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan 
- Dividen tahunan TIDAK dikeluarkan

KATEGORI 2 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan 
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk perbelanjaan.

KATEGORI 3 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran tahun pertama dan 
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk bayar ansuran tahun berikutnya



Bagi membezakan kesan dan pulangan bagi ketiga-tiga kategori ini, Mat Drat membuat pengiraan berdasarkan perkara/andaian berikut :

- Jumlah Pembiayaan  : RM 50,000 
- Kadar Keuntungan   : 5.20%
- Tempoh Pembiayaan  : 25 Tahun
- Bayaran Bulanan  : RM 300 (dibundarkan dari RM298)       
- Kadar Keuntungan (Dividen)      : 6%







Sekarang mari kita lihat pulangan kepada setiap kategori pelabur tadi.


KATEGORI 1 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan 
- Dividen tahunan TIDAK dikeluarkan

Pelabur Kategori ini akan menikmati pulangan pelaburan yang optimum dan manfaat pelaburan jangka panjang melalui kuasa kompoun.


Jumlah Pembiayaan  - RM 100,000      
Kadar Keuntungan  - 5.20%
Tempoh Pembiayaan - 25 Tahun
Bayaran Bulanan - RM 300
DIVIDEN TERKUMPUL   - RM164,594
JUMLAH PELABURAN PADA TARIKH MATANG 
(POKOK + DIVIDEN TERKUMPUL)
- RM214,594





KATEGORI 2 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran pinjaman dan
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk perbelanjaan.
 Jumlah pinjaman





Pelabur Kategori ini menggunakan pengagihan pendapatan (dividen) bagi menampung kos sara hidup dan perbelanjaannya
TETAPI pada masa sama juga telah 
MELEPASKAN peluang mendapat manfaat kuasa kompoun pelaburannya.


Jumlah Pembiayaan  - RM100,000        
Kadar Keuntungan  - 5.20% 
Tempoh Pembiayaan - 25 Tahun 
Bayaran Bulanan - RM 300
DIVIDEN TERKUMPUL   - 0
JUMLAH PELABURAN PADA TARIKH MATANG 
(POKOK + DIVIDEN TERKUMPUL)
- RM50,000



KATEGORI 3 :
- Peruntukkan bajet bulanan untuk bayaran ansuran tahun pertama dan
- Dividen tahunan dikeluarkan untuk bayar ansuran tahun berikutnya



Pelabur Kategori ini sebenarnya bekerja 
keras membayar ansuran pinjaman 
DAN BUKANNYA 
untuk pelaburannya
SERTA  TIDAK 
mendapat manfaat kuasa kompoun pelaburannya.


Jumlah Pembiayaan  - RM100,000        
Kadar Keuntungan  - 5.20% 
Tempoh Pembiayaan - 25 Tahun 
Bayaran Bulanan - RM 300
DIVIDEN TERKUMPUL   - 0
JUMLAH PELABURAN PADA TARIKH MATANG 
(POKOK + DIVIDEN TERKUMPUL)
- RM50,000





Jadi boleh renung-renungkan dan lihat anda dikategori mana (jika ada membuat pelaburan ASB/ASB2 melalui pinjaman).

Sepatutnya mereka yang melabur melalui pinjaman/pembiayaan ini perlu mengambil peluang akan 'kuasa kompoun'. Dengan pelaburan melalui pinjaman, kompoun dividen akan bermula dengan amaun yang agak besar bergantung kepada amaun pinjaman seseorang tu. Jadi sangat rugi jika tidak mengambil kuasa kompoun itu.

Tetapi kadang kala, ada pelabur di ASB/ASB2 yang melabur melalui pinjaman ini tersilap langkah kerana tidak memahami tujuan dia melabur ataupun terlupa akan 'kuasa kompoun' itu. Atau mungkin juga dia mengambil pembiayaan pelaburan ASB/ASB2 kerana terpengaruh atau termakan pujukan ejen pinjaman. Maka termasuklah dia dalam kategori 2 atau 3.


Bila melabur, selain perlu membaca prospektus pelaburan, tetapi perlu juga  menjadi  Jadilah Pelabur Bijak.

Jika melabur melalui pinjaman, jadilah juga Pelabur Bijak dengan pembiayaan.

Dan akhir sekali...  Pesanan Mat Drat  "SAYANGILAH WANG ANDA "


~Mat Drat @ SayangWang~



Lain-lain artikel berkaitan ASB ini

👉👉  Rekod Dividen ASB  
👉👉  Hukum Melabur di ASB  



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Pinjaman ASB : Untung Atau Rugi

Pinjaman ASB ... menguntungkan atau merugikan?


Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya sama ada pinjaman ASB ini menguntungkan atau merugikan. Pelbagai pendapat telah  dikongsikan oleh pelbagai pihak.

Perkongsian ini bukan untuk menggalakan atau nak promote pinjaman ASB, tapi hanya sebagai perkongsian pendapat. Ada yang bertanya kepada saya, jadi saya cuba menulis sedikit.

Biasa juga kita terbaca bahawa membuat pinjaman untuk pelaburan adalah satu langkah yang salah. Betul ke???

Bagi saya, kalau ia sesuatu tindakan yang salah dan merugikan, kenapa pula  syarikat-syarikat selalu mebuat pinjaman sama ada dari bank atau dari pemegang saham sendiri untuk mengembangkan perniagaan atau menambah pelaburan mereka. 

Jadi kali ini kita lihat kepada skop yang lebih kecil iaitu Pinjaman ASB






Okey, kita berbalik kepada pinjaman ASB. 

Untuk menentukan sama ada pinjaman ASB ini menguntungkan atau tidak, mari kita lihat kepada perbezaan diantara dua pelabur
Pelabur A : membuat pinjaman ASB untuk melabur di dalam ASB 
Pelabur B melabur terus ke dalam ASB secara tetap setiap bulan.


Dalam membuat perbandingan itu, saya menggunakan andaian dan keadaan berikut :
1. Pinjaman bank : RM100,000 
2. Tempoh pinjaman : 25 tahun.
3. Kadar dividen ASB : 6% setahun (sepanjang tempoh).
4. Kaedah Pengiraan dividen ASB : Atas baki terendah tahunan (bukan atas baki bulanan).
5. Kedua dua pengiraan ialah simpanan / dividen hanya dikeluarkan selepas 25 tahun (tempoh matang).




Pelabur A : Melabur secara membuat pinjaman.

Jumlah Pembiayaan: RM 100,000
Kadar Keuntungan : 4.90 % ( KAi 3% + 1.90%)
Tempoh Pembiayaan : 25 Tahun
Bayaran Bulanan: RM 579
Dividen ASB
: 6% setahun

Dari jadual di atas, Pelabur A perlu membayar kepada bank RM579 sebulan selama 25 tahun. Jumlah yang akan dibayar kepada bank untuk tempoh itu adalah sebanyak RM 173,700. (Table 1)

Ini jumlah yang perlu Pelabur A bayar kepada bank untuk pokok dan  juga keuntungan (faedah pinjaman).

Kemudian kita lihat pula dengan membuat pembayaran pinjaman ini, berapa pula anggaran TUNAI yang ada di akaun ASB Pelabur A selepas 25 tahun. 

Dengan andaian kadar dividen sebanyak 6% setahun (kompoun), Pelabur A akan mempunyai Baki RM 429,187 di akaun ASBnya. (Table 2)



Pinjaman ASB : Untung Atau Rugi
Table 1 : Pengiraan Loan ASB
Loan 100,000 - KPA 4.9% - Term 25 years
Total Payment = RM 173,634


Pinjaman ASB : Untung Atau Rugi

Table 2 : Pengiraan Dividen 

Anggaran untuk  25 tahun
Jumlah Matuarity : RM 429,187



Pelabur B : Melabur secara bulanan selama 25 tahun

Kita andaikan pula Pelabur B tidak membuat pinjaman ASB tetapi dia menyimpan amaun yang sama iaitu RM 579 selama 25 tahun. 

Dengan andaian kadar dividen sebanyak 6% setahun (kompoun), Pelabur B akan mempunyai Baki RM 393,477 di akaun ASBnya. (Table 3)

Table 3 : Pengiraan kompoun interest
Maturity : RM 393,477


Perbezaan

Di akhir tempoh 25 tahun, kita akan lihat 
- Pelabur A : RM 429,187
- Pelabur B : RM 393,477

Terdapat perbezaan sebanyak RM 35,710.

Nampaknya besar juga lebihan yang diterima oleh Pelabur A berbanding Pelabur B.

Bagi saya selaku pelabur ASB yang turut membuat pinjaman ASB, selain faktor ini, faktor 'force saving' turut mempengaruhi saya. Jika tidak membuat pinjaman, rasanya untuk disiplinkan diri menyimpan setiap bulan dengan amaun yang sama agak susah.

Pelabur A

RM 429,187 ini dihujung 25 tahun akan menjadi milik Pelabur A sepenuhnya (dengan andaian seperti diatas) dimana tidak perlu lagi ditolak amaun RM 173,700 kepada bank. (bayaran bulanan)

Amaun bulanan sebanyak RM579 yang dibayar oleh Pelabur A setiap bulan TIDAK akan masuk ke akaun ASB Pelabur A, TETAPI akan ke akaun Pinjaman ASB. Amaun ini akan mengurangkan prinsipal dan keuntungan (faedah) pinjaman ASB yang dibuat.

Manakala amaun RM429,197 di akaun ASB itu pula digenerate dari baki permulaan RM100,000 yang dimasukkan ke akaun ASB pelabur A pada awal tahun pertama pinjaman dibuat. Kuasa kompoun memang besar! Lagi awal dan lagi lama, lagi besar ia berganda.

Selepas satu tahun, akaun ASB Pelabur A akan ada
- prinsipal RM 100,000
- dividen RM 6,000

Tahun pertama sahaja Pelabur A akan menerima dividen sebanyak RM 6,000

Pelabur B

Bagi pelabur B, amaun simpanannya RM579 sebulan akan masuk ke akaun ASBnya. 

Selepas satu tahun, Pelabur B hanya baru mempunyai RM 7,172, iaitu 
- RM 6,949 dari wang simpanan bulanan dan 
- RM 223 dari dividen yang diterima.


Ditahun pertama sahaja, Pelabur A telah menerima dividen lebih berbanding Pelabur B. Mengikut perbandingan ini, ditahun pertama perbezaan adalah sebanyak RM 5,777. 


Perbezaan tahunan semakin lama akan semakin mengecil kerana Pelabur A tidak membuat pelaburan tambahan, dia hanya bergantung kepada prinsipal RM100,000 dan juga kompoun dividen yang diterima. 

Jika pelabur Pelabur B terus menyimpan dan Pelabur A juga membiarkan amaun di dalam akaunnya, barulah satu tempoh nanti akan ada titik persilangan dan baki di akaun Pelabur B akan mula melebihi Pelabur A.

..................................................................

Baki Tunai : Perlukah Pelabur A perlu tolak amaun Pinjaman Bank??
Saya ada terbaca analisa yang dibuat oleh sesetengah pihak dan mengatakan Pelabur A perlu menolak amaun RM429,187 dengan amaun yang dibayar kepada bank sebanyak RM 173,700 (173,700 = Bayaran bulanan selama 25 tahun) di dalam membuat perbandingan. 

Untuk perbandingan ini kita tidak perlu tolak bayaran Pinjaman ASB Pelabur A kerana yang kita ingin lihat perbezaan BAKI di akaun ASB selepas 25 tahun.

RM 173,700 Itu adalah amaun yang di bayar oleh Pelabur A untuk mendapatkan amaun RM 429,187.  429,187 akan masuk ke poket Pelabur A.









SEBELUM MELABUR MELALUI PEMBIAYAAN PINJAMAN : KETAHUI RISIKO


1. Kadar Asas Pinjaman (KAi) / Base Lending Rate (BLR) TIDAK TETAP

Harus ingat ye, kadar pinjaman (BLR) ni boleh turun dan boleh naik ye. Kalau kadar KAi/ BLR naik, bayar pinjaman akan bertambah. Jika turun pula, bayaran balik pinjaman akan berkurang.

Pinjaman ASB saya juga pernah mengalami peningkatan KAi/BLR. Jadi bayaran bulanan pinjaman juga sedikit naik.

Dalam pengiraan di atas saya guna Kadar KAi (Kadar Asas Islamic) 4.90% adalah berdasarkan jadual bayaran ansuran pinjaman ASB yang saya perolehi pada Jun 2017. Pada waktu itu dan waktu artikel ini ditulis, KA adalah 3%. Manakala kadar pinjaman adalah 4.90% (KA+1.90%).

2. Pulangan ASB juga turun naik

Pulangan ASB (dividen dan bonus) juga boleh jadi tinggi dan boleh juga turun. Tidak tetap, kerana ia bukan simpanan tetap tetapi adalah instrumen pelaburan.

Apa yang tetap cuma harga jualan / belian ASB sahaja.

Kadar pulangan adalah bergantung kepada prestasi pelaburan ASB.

Dalam pengiraan di atas, saya gunakan kadar pulangan 6%. 

Saya hanya gunakan 6% kerana berpegang kepada prinsip 'konservatif'. Tidak boleh terlalu 'optimistik' di dalam membuat pengiraan. 

Kalau ikut rekod dividen ASB untuk 10 tahun terakhir, kadarnya adalah melebihi 6% setahun. (Tidak termasuk Bonus yang diumumkan). Untuk melihat rekod kadar dividen ASB, boleh klik link dibawah. 

Tapi harus ingat ye, di dalam melabur, rekod pulangan TIDAK MENJANJIKAN pulangan yang sama untuk masa hadapan.

👉👉  Rekod Dividen ASB  👈👈



Table Jadual Pinjaman ASB mAYBANK CIMB RHB Ambank
Contoh Jadual Pinjaman ASB


Table Jadual Pinjaman ASB mAYBANK CIMB RHB Ambank
Contoh Jadual Pinajman ASB


Kenapa melabur di ASB? Bukan ke Haram?
- Ini tajuk lain tetapi boleh baca di link berikut, saya ada menulis dan berkongsi sedikit mengenai perkara ini.
- Pelbagai pendapat dan fatwa dikeluarkan mengenai perkara ini.

👉👉  Hukum Melabur di ASB  👈👈



Pinjaman ASB mana yang paling bagus dan terbaik? 
- Ini akan saya kongsikan di artikel berikutnya. Akan saya bandingkan pinjaman ASB Maybank, Pinjaman ASB CIMB, Pinjaman ASB RHB. Dan tahun ini saya baru terjumpa  pamplete Pinjaman ASB Affin Bank dan juga Pinjaman ASB Ambank.


Teknik dan Tips Menguntungkan Pinjaman ASB ? 
- Ada sedikit tips yang saya rasa boleh membantu pembaca. Juga akan saya share di artikel berikutnya nanti.


Lain-lain artikel berkaitan ASB ini


Ops....jadikan amalan sebelum melabur perlu baca prospektus pelaburan dahulu. 

Dan sekali lagi, jangan lupa bahawa sejarah pulangan tidak menjamin pulangan akan datang.


~Mat-Drat @SayangWang ~

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇