Friday 21 October 2016

Memakan Harta Anak Yatim

Terdetik untuk menulis berkenaan isu 'memakan harta anak yatim' susulan pendedahan salah seorang ahli keluarga mangsa kemalangan DUKE Highway baru-baru ini yang mengatakan anak mangsa kemalangan dinafikan oleh pakcik mereka sendiri dari hak menerima wang sumbangan orang ramai.

Rasanya ramai telah membaca akan pendedahan itu. Saya tidak mahu menulis mengenai kes itu secara khusus, Cuma ingin berkongsi sedikit mengenai larangan memakan harta anak yatim dan peringatan kepada mereka yang menjaga anak-anak yatim dan harta mereka.

Mungkin ramai yang sedia maklum akan larangan memakan harta anak yatim ini dan mungkin ada juga yang tidak pernah mendengar mengenai larangan ini. Dan amat malanglah mereka yang mengetahu akan larangan ini tetapi buat-buat tak peduli akan larangan ini dan memakan harta anak yatim tanpa rasa bersalah.

Saya ni bukan tahu sangat ilmu agama tapi bab larangan memakan harta nak yatim memang saya sedari dari dulu lagi. Sering kali diingatkan melalui ceramah di masjid, di TV mahupun di radio atau melalui pembacaan media bercetak atau secra online.




Larangan dan Amaran Memakan Harta Anak Yatim


Allah SWT berfirman:

ุฅِู†َّ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَุฃْูƒُู„ُูˆู†َ ุฃَู…ْูˆَุงู„َ ุงู„ْูŠَุชَุงู…َู‰ ุธُู„ْู…ุงً ุฅِู†َّู…َุง ูŠَุฃْูƒُู„ُูˆู†َ ูِูŠ ุจُุทُูˆู†ِู‡ِู…ْ ู†َุงุฑุงً ูˆَุณَูŠَุตْู„َูˆْู†َ ุณَุนِูŠุฑุงً
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan cara yang tidak lurus, mereka akan memakan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk kedalam api yang menyala-nyala." (QS an-Nisฤ [4]: 10)

Jelas di sini Allah S.W.T memberi amaran bahawa mereka yang memakan harta anak yatim secara tidak betul akan menerima balasan yang amat pedih di akhirat kelak - di mana mereka dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan disuapkan api kedalam mulut mereka sehingga penuh perut mereka..


 Apa pula pesanan nabi kita....

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Hindarilah tujuh hal yang akan membinasakan.”

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang tujuh hal itu?” Beliau menjawab, “Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah untuk dibunuh kecuali yang dibenarkan, memakan barang hasil riba, memakan harta anak yatim!”


Jelas di dalam ayat AlQurran dan Hadis nabi di atas, di ingatkan akan larangan memakan harta anak yatim.
Memakan harta anak yatim….pasti akan membinasakan si pemakannya!!!

Jadi berhati-hati dalam menguruskan harta mereka.







Menjaga dan Menguruskan Harta Anak Yatim


Allah berfirman:

ูˆَุงุจْุชَู„ُูˆุงْ ุงู„ْูŠَุชَุงู…َู‰ ุญَุชَّู‰َ ุฅِุฐَุง ุจَู„َุบُูˆุงْ ุงู„ู†ِّูƒَุงุญَ ูَุฅِู†ْ ุขู†َุณْุชُู… ู…ِّู†ْู‡ُู…ْ ุฑُุดْุฏุงً ูَุงุฏْูَุนُูˆุงْ ุฅِู„َูŠْู‡ِู…ْ ุฃَู…ْูˆَุงู„َู‡ُู…ْ ูˆَู„ุงَ ุชَุฃْูƒُู„ُูˆู‡َุง ุฅِุณْุฑَุงูุงً ูˆَุจِุฏَุงุฑุงً ุฃَู† ูŠَูƒْุจَุฑُูˆุงْ ูˆَู…َู† ูƒَุงู†َ ุบَู†ِูŠّุงً ูَู„ْูŠَุณْุชَุนْูِูْ ูˆَู…َู† ูƒَุงู†َ ูَู‚ِูŠุฑุงً ูَู„ْูŠَุฃْูƒُู„ْ ุจِุงู„ْู…َุนْุฑُูˆูِ ูَุฅِุฐَุง ุฏَูَุนْุชُู…ْ ุฅِู„َูŠْู‡ِู…ْ ุฃَู…ْูˆَุงู„َู‡ُู…ْ ูَุฃَุดْู‡ِุฏُูˆุงْ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَูƒَูَู‰ ุจِุงู„ู„ّู‡ِ ุญَุณِูŠุจุงً

"Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah bijak (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa yang miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu)."


Dari ayat ini beberapa perkara pokok boleh diambil sebagai panduan bagi mereka yang menguruskan harta anak yatim.


1. Tempoh penjagaan harta


"Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah bijak (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya.

Penjaga anak yatim hendaklah menyerahkan harta anak-anak yatim itu kepada mereka apabila mereka telah dewasa ( mampu memelihara dan menguruskan ). Maksudnya si penjaga tidak mempunyai hak mutlak dan bukanlah mempunyai kuasa keatas harta anak-anak yatim sampai bila-bila. Hak mengurus akan terhenti apabila anak-anak yatim telah dewas.


2. Jangan mengambil lebih dari sepatutnya


“Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas sepatutnya dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa”.

Maksudnya sangat jelas di sini supaya penjaga anak yatim tidak mengambil lebih dari sepatutnya... cukuplah sekadar untuk kelangsungan hidup si penjaga di dalam menguruskan anak-anak yatim.
Dan juga diingatkan agar penjaga tidak sekali-kali membelanjakan duit anak yatim itu secara tergesa-gesa atau secara boros sebelum mereka dewasa.  Mungkin ada penjaga yang tidak mahu menyerahkan harta anak yatim itu kepada anak yatim jagaan nya apabila mereka dewasa, atau mahu menikmati kemewahan harta anak yatim sebelum menyerahkannay…. jadi dia membelanjakan sewenang-wenangnya harta anak-anak yatim tersebut . Ini juga ditegah oleh Islam.

Larangan ini untuk memastikan harta anak yatim  jatuh ketangan yang berhak iaitu anak yatim itu sendiri.







3. Penjaga yang miskin


“Barangsiapa (dari pemelihara anak yatim itu) yang cukup mampu, hendaklah ia menjaga dirinya (dari memakan harta anak yatim yang dipeliharanya) dan siapa yang hidup miskin, boleh memakannya menurut cara yang patut.”


Maksudnya, jika penjaga anak yatim itu adalah seorang yang kurang berkemampuan, dia boleh mengambil harta anak yatim itu sekedar keperluannya saja; mengambil sekadar upah pekerjaannya (menjaga anak-anak yatim).  Berpada pada di dalam mengambil harta naka yatim walau dibenarkan. Tapi harus diingat, kelonggaran ini hanya diberikan kepada penjaga yang miskin, itupun mengambil ada hadnya.

Jika penjaga anak yatim itu dari mereka yang mampu maka hindarkanlah diri dari menggunakan harta anak yatim itu.


4. Penyerahan harta kepada anak yatim


"Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka"

Maksudnya apabila anak-anak yatim telah dewasa dan sampai masanya diserahkan semua harta kepada mereka, hendaklah penyerahan harta itu dibuat dihadapan saksi. Oleh kerana disebut 'saksi-saksi', jadi perlukan saksi lebih dari seorang sewaktu peneyrahan dibuat.

Suruhan penyerahan harta dibuat dihadapan saksi adalah jelas untuk menjaga kepentingan penjaga itu sendiri dan juga anak yatim itu dari perkara-perkara berbangkit kemudian hari. Saksi-saksi ini akan berperanan sekiranya ada perkara berbangkit dikemudian hari. Pelbagai perkara boleh berlaku jika bermain dengan duit apatah lagi jika melibatkan jumlah yang besar.




Dan akhir sekali…. Sekadar peringatan dari saya

"Santunilah anak-anak yatim seperti  seorang ayah yang pengasih apabila bersama mereka. Kasihanilah mereka yang telah kehilangan tempat bermanja dan bergantung dan janganlah kita mengambil kesempatan ke atas mereka “

Semoga artikel pendek ini menjadi peringatan untuk diri saya dan juga untuk para pembaca sekalian.


~mat-drat~

Wednesday 12 October 2016

Keburukan Kad Kredit

Jika sebelum ini saya share mengenai kebaikan menggunakan kad kredit, kali ini saya menulis pula sedikit mengenai keburukan kad kredit. Secara peribadinya saya lebih kepada pro kredit kad, bagi saya ia lebih banyak mendatangkan kebaikan. 

Walau bagaimana pun, kad kredit yang mempunyai kebaikan ini jika disalah gunakan atau salah penggunaan akan mendatangkan keburukan kepada pemegang kad itu.

Saya senaraikan beberapa keburukan kad kredit

1. Kadar Faedah Tinggi
Kad kredit biasanya mengenakan kadar faedah/kadar keuntungan yang tinggi sehingga 18%. Walau terdapat beberapa bank yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah, secara kasarnya kadar faedah kad kredit yang dikenakan oleh pihak bank masih tinggi.

Selain kadar faedah yang tinggi, kad kredit juga mempunyai beberapa caj lain sepeti penalti lambat bayar dan caj pengeluaran tunai. 

Dengan kadar faedah yang tinggi dan caj-caj lain, sesorang pengguna itu mungkin akan dibebankan dengan hutang kad kredit jika tidak bijak menggunakannya aau tidak bijak mengurus kewangannya.


2. Memupuk sikap berhutang
Berbelanja dengan kad kredit memang seronok kerana sesorang itu boleh membeli sesuatu walau pun dia sebenarnya tiada wang pada waktu itu. Ini sebenarnya memupuk sikap berhutang. Jika tidak dibendung sikap ini dari awal ia akan menjadi tabiat berbelanja lebih. Kad kredit ini jika tidak digunakan dengan bijak dan diguna sesuka hati, pasti akan membebankan pemegangnya suatu hari nanti.





3. Membeli sesuatu yang tidak perlu
Satu kelebihan kad kredit ini adalah boleh membeli tanpa perlu bawa tunai. Jadi bagi mereka yang gagal mengawal nafsu membeli sesuatu, pasti akan terjebak berbelanja ke atas sesuatu yang tidak perlu . Anak-anak muda terutamanya, jika terlalu ingin mengikut 'trend' atau selalu membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain pasti akan memikirkan kad kredit adalah satu penyelesaian untuknya mendapatkan sesuatu barangan walupun dia sebenarnya tidak mampu dan tidak perlu membelinya.


4. Disalah guna oleh orang lain.
Kad kredit berupaya memeningkan kepala si pemiliknya jika kad tersebut disalah gunakan oleh orang lain. Ia boleh terjadi dalam beberapa keadaan.

Jika kad kredit tersebut tercicir atau dicuri, orang yang menjumpai atau mencurinya boleh berbelanja  dengan menggunakan kad kredit selagi pemilik tidak meghubungi bank untuk maklumkan.

Saya pernah tercicir kad kredit di stesyen minyak beberaa tahun lepas sewaktu mengisi petrol diwaktu malam ( bukan tercicir sebenarnya tetapi tidak dipulangkan oleh pekerja). Pagi keesokkannya baru saya perasan yang kad kredit saya telah hilang. Apabila saya hubungi pihak bank, beberapa transaksi kecil telah dilakukan.

Kad kredit juga terdedah kepada pengklonan atau kecurian data. Jadi berhati-hati membuat pembayaran secara online di laman-laman web yang seakan mencuriga
kan. Laman-laman sesawang ini akan mengambil maklumat dan menyimpan maklumat pembayaran kita dan seterusnya menyalah gunakan kad kredit kita.


~mat-drat~


Baca juga artikel saya yang berkaiatan iaitu :


http://www.sayangwang.com/2016/10/kelebihan-kad-kredit.html

Sunday 9 October 2016

Kad Kredit - Petrol

Jika anda membelanjakan sejumlah amaun yang agak banyak untuk perbelanjaan petrol, saya cadangkan anda menggunakan kad kredit yang memberikan pulangan cashback atau rebet. 

Pelbagai kad kredit ditawarkan di pasaran oleh bank-bank tempatan yang menawarkan cashbackuntuk belian petrol, jadi boleh pilih mana satu yang bersesuaian dengan anda.






Mungkin anda boleh memilih berdasarkan syarikat petrol yang anda selalu gunakan atau boleh juga memilih kad dengan cashback yang tinggi. 

Saya senaraikan 5 kad kredit dengan cashback yang ada di pasaran. Ada beberapa lagi kad kredit lain yang memberikan cashback/rebet untuk belian petrol, ini cuma sebahagian:


1. HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i


Kredit Kad HSBC Amanah  Credit Card
Kredit Kad HSBC Amanah - Credit Card

Lebih penjimatan dan cashback sehingga 8% untuk petrol dan groceries.
  • >> kadar keuntungan 15% setahun
  • >> tempoh tanpa penalti 20 hari
  • >> cashback sehingga 8%
  • >> pindahan baki 0% untuk tempoh 6 bulan
  • >> Yuran tahunan RM 254.40 percuma untuk tahun pertama

Saya suka kad kredit HSBC Amanah ini kerana
1. Ia Kad Kredit Islamic
2. Ia hanya mengenakan caj kadar keuntungan 15% setahun
3. Cashback yang tinggi iaitu sehingga 8%

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MEMOHON DAN DAPATKAN ROBOT VACUUM PERCUMA!!




2. Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum



Kredit Kad Maybank Credit Card
Kredit Kad Maybank Credit Card


Dapatkan 8 x mata ganjaran Treatpoint dengan Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum

  • >> kadar keuntungan 15% setahun 
  • >> tempoh tanpa penalti 20 hari 
  • >> perolehi mata ganjaran Treatpoint sehingga 8x 
  • >> pindahan baki 0% untuk tempoh 12 bulan 
  • >> Easy Payment Plan (EPP) 
  • >> Yuran tahunan RM 0.00 percuma untuk tahun pertama





    3. Petronas Maybankard Platinum Visa

Kredit Kad Maybank Credit Card
Kredit Kad Maybank Credit Card


Dapatkan 8 x mata ganjaran Treatpoint dengan Petronas Maybankard Platinum Visa
  • >> kadar keuntungan 15% setahun 
  • >> tempoh tanpa faedah 20 hari 
  • >> perolehi mata ganjaran Treatpoint sehingga 8x 
  • >> pindahan baki 0% untuk tempoh 12 bulan 
  • >> Easy Payment Plan (EPP) 
  • >> Yuran tahunan RM 0.00 percuma untuk tahun pertama
    • * PERINGATAN : Ini adalah kad kredit konvensional dan bukanlah kad kredit Islamic





    4. CIMB Petronas Platinum MasterCard

    Kredit Kad CIMB Credit Card
    Kredit Kad CIMB Credit Card

    Jadi pemandu bijak dengan memperolehi rebet petrol sehingga 7% di stesyen minyak PETRONAS.  Caranya dengan memohon kad kredit MasterCard CIMB Petronas ini.


    >> kadar keuntungan 15% setahun
    >> tempoh tanpa faedah 20 hari
    >> cashback sehingga 7%
    >> pindahan baki 5.99% untuk tempoh 6 bulan
    >> Easy Payment Plan (EPP)
    >> Yuran tahunan RM 0.00

    * PERINGATAN : Ini adalah kad kredit konvensional dan bukanlah kad kredit Islamic

     
        5. Public Bank Petron Visa Gold


        Kredit Kad Public Bank Credit Card
        Kredit Kad Public Bank Credit Card


        Selain 5% cashback di stesyen minyak Petron, dapatkan juga 0.5% cashback untuk semua perbelanjaan lain.


        >> kadar keuntungan 15% setahun
        >> tempoh tanpa caj faedah 20 hari
        >> cashback sehingga 5%
        >> pindahan baki 0.00% untuk tempoh 36 bulan
        >> Easy Payment Plan (EPP)
        >> Yuran tahunan RM 0.00


        * PERINGATAN : Ini adalah kad kredit konvensional dan bukanlah kad kredit Islamic


    UNTUK PERMOHONAN KAD KREDIT, BOLEH KLIK LINK PADA BANNER-BANNER IKLAN DI BAWAH :


    Peringatan : Kad Kredit berikut bukanlah kad kredit Islamic





    Saturday 8 October 2016

    Kelebihan Kad Kredit

    Kad kredit jika diguanakan secara bijak akan memberikan banyak faedah kepada pemiliknya. Saya senaraikan beberapa kelebihan kad kredit. 





    Antara kelebihan kad kredit :


    1. Memudahkan kaedah pembayaran kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.


    Katakan kita ingin membeli barangan bernilai ribuan ringgit, jadi tidak perlu kita membawa wang tunai yang banyak. Ini dapat mengurangkan risiko kehilangan wang atau menjadi perhatian pihak yang tidak bertanggung jawab. Lebih-lebih lagi sekarang ni penggunaan cek juga agak berkurangan, jadi menggunakan kad kredit adalah lebih bagus dari membawa wang tunai dalam amaun yang besar.




    2. Memperolehi diskaun dan rebet.

    Ada sesetengah kad kredit memberikan rebet tunai bagi sesuatu transaksi, ada mengikut kategori perbelanjaan atau pun rebet diberikan pada hari-hari tertentu.

    Sebagai contohnya, ada kad kredit memberikan rebet dari 0.5% sehingga 5% bagi perbelanjaan petrol atau pun groceries. Jika kita pengguna 'loyal' sesuatu jenama minyak, boleh la mohon kad kredit khas yang memberikan cashback tertinggi untuk jenama minyak yang kita gunakan.

    Jika belanja petrol bulanan kita RM 500, dengan 5% rebat sahaja kita sudah dapat penjimatan sebanyak RM25 sebulan. 

    Saya senaraikan kad kredit yang menawarkan cashback bagi pengisian petrol di artikel berikut. 
    >>  Kad Kredit Petrol  <<

    Jadi bagi yang memiliki beberapa kad kredit, rancang perbelanjaan dengan bijak untuk memaksimumkan 'keuntungan'.







    3. Membolehkan dan memudahkan membuat pembelian barangan atau perkhidmatan secara online.

    Transaksi belian secara online semakin meluas sekarang ini dan kebanyakan transaksi online ini memerlukan pembayaran secara dalam talian juga. 

    Jika ingin membuat pembayaran menggunakan kad kredit di lama sesawang tertentu, pastikan laman sesawang itu boleh diyakini untuk mengelak maklumat kita dicuri.


    4. Mengurus dan memantau perbelanjaan dengan melihat penyata bulanan kad kredit yang diberikan.


    Setiap bulan, kita akan dibekalkan dengan penyata kad kredit. Dari penyata yang diberikan, kita dapat memantau trend perbelanjaan kita bagi bulan-bulan tersebut. Selain itu kita juga dapat mengesan kembali maklumat pembelian barangan tertentu atau pun pembauyaran yang dibuat melalui penyata yang diberikan.


    5. Kemudahan insuran. 


    Terdapat kad yang menawarkan kemudahan insuran ( contohnya insuran penerbangan ) dan biasanya kemudahan ini diberi dengan syarat bayaran dibuat menggunakan kad kredit yang dikeluarkan. Selain insuran kemalangan diri penerbangan, insuran kehilangan bagasi atau pampasan apabila penerbangan ditunda juga ditawarkan.


    6. Memperolehi mata ganjaran


    Pelbagai cara pihak bank untuk menarik pelanggan antaranya dengan menawarkan skim mata ganjaran yang menarik bagi penggunaan kad kredit. Sambil membeli, kita dapat mengumpul mata dan mata yang dikumpul boleh ditukar dengan barangan yang menarik.

    Dengan sekali pembelian, kita mungkin boleh mengumpul 2 mata ganjaran sekaligus iaitu mata ganjaran kad kredit dan juga mata ganjaran pasaraya/stesyen minyak. 




    7. Boleh membuat pembayaran secara ansuran dengan faedah 0%.


    Kad kredit juga memberikan kita kemudahan  bagi membeli sesuau barangan yang agak mahal tanpa perlu membayar sekali gus atau tanpa perlu berhutang dengan penjual sedangkan kita membayar secara ansuran dengan pihak bank. Tidak semua kad kredit menawarkan kemudahan ini.


    Ada bank yang bekerjasama dengan peniaga untuk membenarkan pembayaran secara ansuran seperti 6, 12 dan 18 bulan. Biasanya bilangan ansuran bergantung kepada amaun belian dan tanpa caj faedah.

    Ada juga sesetengah bank menawarkan kemudahan pembayaran secra ansuran bagi apa-apa pembelian . Biasanya kemudahan ini tertakluk kepada amaun belian minima dan juga akan dikenakan caj tertentu.


    Saya pernah membeli sebuah motorsikal berharga RM5,000 dan membayar secara ansuran selama 24 bulan kepada pihak bank dengan caj keuntungan 3%.  Caj 3% iaitu sebanyak RM 150 yang dikenakan kepada saya untuk tempoh ansuan 2 tahun jauh lebih menguntungkan jika saya membuat aturan pembayaran ansuran dengan pihak kedai (biasanya kedai motorsikal menggunakan kemudahan kredit Aeon Services). Selain dapat mengelak dari membayar kadar pinjaman yang lebih tinggi, saya juga dapat mengelak dari membayar kos-kos pinjaman lain yang berkaitan.

    8. Kemudahan pindahan baki 


    Pemegang kad kredit juga boleh  mengunakan kad kredit untuk membuat pindahan baki bagi mengurangkan caj faedah yang tinggi dikenakan keatas baki kad sedia ada.



    Ada bank menawarkan sehingga 0% kadar faedah bagi pindahan baki yang dibuat bagi tempoh sehingga 12 bulan.



    Jika seseorang itu mempunyai baki tertunggak kad kredit berjumlah RM 4,000, caj faedah / caj keuntungan yang dikenakan sebanyak 18% setahun dapat dikurangkan kepada 0%. Apa yang penting adalah megikut aturan pembayaran yang ditetapkan dan jangan pula menambah hutang lain. Nanti lama belum selesai, hutang baru pula bertaambah.



    9. Kemudahan 'pinjaman'


    Kemudahan 'pinjaman' yang saya maksudkan adalah pinjaman kepada rakan atau kenalan. Saya pernah beberapa kali memberikan 'pinjaman' kepada rakan menggunakan kad kredit saya.


    Pernah seorang rakan yang tidak mempunyai kad kredit ingin membeli sebuah komputer, jadi saya menggunakan kad kredit saya. Cuma kita perlu ke kedai bersama rakan dan jangan pula menyerahkan kad kredit kita kepada orang lain untuk digunakan.

    Seperi contoh ini, katakan amaun belian adalah sebanyak RM 3,000 dan rakan kita memberikan kita tunai RM 3,000 untuk harga tersebut. Jadi kita mempunyai tempoh 20 hari dari tarikh penyata kad kredit untuk menjelaskan amaun itu kepada pihak bank. Dan katakan pula belian tersebut dibuat 15 hari sebelum penyata kad kedit dikeluarkan, jadi kita boleh memegang tunai RM3,000 itu selama 35 hari sebelum caj dikenakan oleh pihak bank keatas amaun itu. Dengan RM 3,000 itu bolehlah kita gunakan untuk sesuatu yang lebih menguntungkan.... letakkan sahaja di mana-mana akaun yang memberikan pulangan walaupun hanya serendah 2% setahun. Selain dapat 'untung' sedikit, kita juga dapat mengumpul mata ganjarn.

    Tapi ingat, duit yang diberi oleh rakan itu mesti digunakan untuk menjelaskan bayaran kepada pihak bank sebelum tarikh akhir bayaran untuk mengelak caj dikenakan.





    Beza Kad Kredit dan Kad Debit serta Kad Caj

    Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apa beza Kad Kredit dan Kad Debit. Mungkin ada yang ingin tahu juga apa itu Kad Caj. Jadi saya ringkaskan serba sedikit mengenai 3 jenis kad ini.

    Beza kad kredit dan kad debit card vs debit card
    Beza Kredit Kad dan Debit Card / Credit card vs debit card



    Kad Kredit


    Kad kredit adalah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh pihak institusi kewangan (bank biasanya) kepada anda untuk anda berbelanja mengikut limit yang diberikan tanpa anda menggunakan wang tunai.

    Di Malaysia, kad kredit yang biasa ditawarkan oleh pihak bank adalah Master Card dan Visa kerana kedua-dua kad ini diterima secara meluas di seluruh dunia. Ada juga bank yang menawarkan kad kredit American Expess selain Master Card dan Visa.

    Kad kredit ini akan ditawarkan kepada anda dengan had limit yang tertentu berdasarkan beberapa kriteria seperti pendapatan anda dan rekod bayaran sebelum ini (jika mempunyai kad kredit lain). Bagi pemohon kad kredit buat pertama kali, biasanya pihak bank akan memberikan kredit limit yang agak rendah - di bawah RM 5,000. Kredit limit ini akan ditambah berdasarkan kemampuan kewangan, rekod perbelanjaan dan rekod pembayaran anda. Biasanya pihak bank akan tawarkan untuk meningkatkan had kredit limit anda selepas beberapa tahun.

    Katakan anda diberikan kad kredit dengan limit RM 5,000 maka anda boleh menggunakan kad ini sehingga RM 5,000 walaupun anda tiada wang sebanyak itu. Jika anda hanya menggunakannya untuk membeli sesuatu barangan berharga RM 2,000, b ermakna anda telah menggunakan RM2,000 kemudahan pinjaman. Ini bermakna anda telah berhutang dengan pihak bank sebanyak RM 2,000. 






    Bagi yang pertama kali menggunakan kad kredit, proses penggunaan kad kredit adalah seperti berikut :
    1. Anda berbelanja sebanyak RM2,000 menggunakan kad kredit. Ada yang hanya perlu 'swipe' sahaja, ada yang perlu tandatangani di slip dan ada juga hanya perlu disentuh sahaja kepada 'reader' - bergantung kepada jenis kad dan jenis transaksi.
    2. Penyata bulanan kad kredit akan dikeluarkan - akan menunjukkan anda telah berbelanja sebanyak RM2,000 dan anda perlu menjelaskannya.
    3. Anda akan diberikan tempoh tanpa faedah sebelum membuat bayaran. Biasanya 20 - 25 hari bergantung kepada bank. 
    4. Jika anda membuat bayaran dalam tempoh yang dinyatakan, maka anda tidak akan dikenakan sebarang caj faedah/caj keuntungan.
    5. Jika bayaran tidak dibuat atau tidak dibayar penuh, caj faedah akan dikenakan atas baki yang belum dijelaskan.
    6. Di penyata kad kredit, pihak bank juga akan maklumkan 'bayaran minima'yang perlu dibuat jika tidak mahu membayar penuh amaun hutang. Ada bank menawarkan serendah 2.5% - 5% bayaran minima dari baki hutang kad kredit. Untuk kes ini, anda mungkin perlu membuat bayaran minima RM100 (5%).
    7. Jika gagal membayar amaun minima, caj tambahan akan dikenakan selain dari caj faedah / caj keuntungan keatas baki hutang.

    Peringatan :
    1. Caj faedah/caj keuntungan kad kredit adalah tinggi - sehingga 18% setahun
    2. Membayar hanya amaun minima akan menyebabkan anda perlu membatar caj faedah / caj keuntungan yang lebih.


    Kad kredit mempunyai beberapa kebaikan dan juga beberapa keburukan. Saya akan kongsikan di artikel berikutnya.

    Baca di artikel berikutnya untuk maklumat lebih mengenai kad kredit terutama  ciri-ciri yang yang perlu diketahui sebelum memilih sesuatu kad.








    Kad Debit


    Kad debit pula adalah sejenis kemudahan pembayaran menggunakan kad yang akan mengurangkan / mendebitkan akaun simpanan anda.

    Kad debit yang ditawarkan kepada anda akan 'link' terus dengan akaun simpanan anda. Menjadi 'trend' sekarang bank-bank tempatan seakan tidak lagi mengeluarkan kad ATM Bankcard tetapi mengeluarakan kad debit yang juga berfungsi sebagai kad ATM. 

    Dengan kad debit ini, anda bukan sahaja boleh mengeluarkan wang di ATM ( Auto Teller Machine), tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk membuat bayaran.

    Cuma bezanya, anda membayar dengan wang anda sendiri yang akan ditolak terus dari akaun bank anda ( akaun simpanan atau akaun semasa) dan bukannya membayar secara pinjaman seperti menggunakan kad kredit.

    Kebanyakan kita lebih suka berbelanjan menggunakan kad debit kerana dapat mengelak dari terperangkap dengan hutang kad kredit.

    Kad debit yang dikeluarkan di Malaysia sama juga seperti kad kredit, iaitu sama ada Master Card atau pun Visa.


    Peringatan :
    1. Tetapkan had limit maksima transaksi belian menggunakan kad debit anda untuk mengelak berlaku perkara yang tidak di ingini seperti kad dicuri atau hilang. Mereka yang menjumpai atau mencuri kad debit anda, boleh menggunakannya sehingga 'kering' akaun bank anda. 


    Sekali lagi saya ingatkan adalah amat perlu kita tetapkan had limit belian harian untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini seperti kes di atas. 

    Untuk makluman, Bank Negara Malaysia juga telah mengarahkan semua bank temapatan menggantikan kad kredit / kad debit sedia ada kepada jenis 'Pin n Pay'. Jadi transaksi menggunakan kad debit / kad kredit atau kad caj mulai 2017 memerlukan dimasukkan nombor pin semasa membuat bayaran dan bukannya hanya 'swipe', tandatangan atau sentuh sahaja. Ini langkah penambah baikan. 

    Beza Kad Kredit dan Kad Debit / Credit Card vs Debit Card
    Contoh Kad Debit 


    Kad Caj


    Kad caj sebenarnya hampir sama dengan kad kredit cuma yang membezakan kad caj tidak mempunyai limit. 

    Apa yang anda belanja menggunakan kad caj, anda perlu membayar sepenuhnya sebelum tarikh yang ditetapkan.

    Pihak bank tidak memberikan kemudahan ini kepada semua orang, tetapi akan diberikan berdasarkan kriteria tertentu.... sudah pastinya rekod kewangan menjadi kriteria utama.


    Kad caj yang biasa adalah American Express dan Dinner Club. Apa yang saya perhatikan, kedua-dua kad ini tidak diterima secara meluas berbanding Master Card atau Visa.


    ~ mat-drat~

    Jenis Jenis Kad Kredit Di Malaysia

    Kad Kredit yang dikeluarkan di Malaysia boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Saya pecahkan kepada 4 kategori pembahagian.

    Kad Kredit Konvensional vs Kad Kredit Islamic

    Kad kredit konvensional mengenakan caj faedah keatas baki tertunggak yang tidak dijelaskan oleh pemegang kad. 
    Manakala kad kredit Islamic pula tidak mengenakan caj faedah tetapi kad kredit yang dikeluarkan mengenakan caj keuntungan berdasarkan prinsip Shariah Bay Al Inah. 

    Jadi saya cadangkan pilihlah kad kredit Islamic kerana banyak bank-bank temapatan menawarkan kad kredit Islamic ini (Maybank, CIMB, Bank Islam, Ambank Islamic, BSN, Bank Rakya, HSBC Amanah dan lain-lain)

    Harus di ingat : walau pun ia kad kredit Islamic, ia tetap kad kredit yang mampu memberikan keburukan jika tidak digunakan dengan bijak.






    Master Card vs Visa

    Boleh dikatakan kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia adalah sama ada Master Card atau Visa.

    Bagi saya sekarang ini tidak banyak beza keduanya kerana kedua-duanya diterima secara meluas sama ada di dalam dan luar negara. Caj faedah / caj kewangan juga tidak berbeza diantara satu sama lain. Pihak bank akan membezakannya dengan memberikan perlabagai keistimewaan bagi setiap jenis kad.

    Jadi pilih kad mengikut kesesuaian anda.


    Classic Card vs Gold Card vs Platinum Card


    Kad kredit yang paling 'rendah' adalah Classic dan diikuti oleh Gold dan yang lebih 'tinggi' adalah Platinum.

    Setiap kad mempunya caj yang berbeza dan pastinya kelebihan dan keistimewaannya juga berbeza.


    Sebagai contohnya, jika pemegang kad kredit Classic mempunyai had limit maksima sebanyak RM 5,000 , mungkin pemegang kad kredit Gold akan mempunyai kredit limit sehingga RM20,000 atau RM 30,000. Manakala pemegang kad kredit Platinum pastinya mempunyai had limit maksima  yang lebih tinggi.


    Jenis Kad Kredit Mengikut Kesesuaian Perbelanjaan Pemegang Kad


    Pelbagai jenis kad kredit dikeluarkan oleh pihak bank untuk memenuhi kehendak pelanggan.

    Ada kad yang dikeluarkan khusus dengan memberikan ganjaran atau kelebihan untuk sesuatu jenis perbelanjaan seperti contoh berikut:

    a. Kad kredit dengan cash back
    Kad kredit ini akan memberikan pulangan tunai bagi setiap amaun yang dibelanjakan menggunakan kad kredit ini. 

    b. Kad kredit penerbangan
    Kad kredit ini memberikan lebih ganjaran mata kad kredit atau pun mata syarikat penerbangan jika meggunakan kad ini untuk membeli tiket penerbangan. Sesuai untuk mereka yang selalu keluar negara kerana biasnaya kad ini juga menawarkan faedah lain

    c. Kad Kredit Petrol
    Terdapat juga bank-bank menawarkan kad kredit yang memberikan lebih mata kad kredit atau pun lebih cash back bagi penggunaan kad kredit di stesyen minyak. Ada sesetengah bank bekerja sama dengan syarikat minyak untuk menawarkanlebih ganjaran.

    d. Kad Kredit Gedung Membeli Belah
    Ada juga kad kredit yang ditawarkan oleh pihak bank dengan memberikan lebih ganjaran jika berbelanja di gedung-gedung membeli belah yang ditetapkan.


    Apa pun, sebelum memilih sesuatu kad kredit adalah perlu melihat akan setiap kelebihan dan faedah yang ditawarkan oleh pihak bank. Jadilah pengguna bijak.



    ~mat-drat~