Monday 22 August 2016

RM 60 Billion Harta Pusaka Tidak Dituntut

Entry sebelum ini saya menulis mengenai Wang Tidak Dituntut yang didaftar di Akauntan Negara Malaysia, dan untuk entry kali ini saya ingin menulis sedikit mengenai harta pusaka yang tidak dituntut.

Asalnya saya sangkakan 'harta' yang tidak dituntut dan telah didaftarkan di Wang Tidak Dituntut itu sudah cukup besar, rupa-rupanya ada lagi  harta lain yang tidak dituntut.... iaitu harta pusaka.



Di Malaysia, permohonan harta pusaka diuruskan oleh 3 badan iaitu :
  1. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
  2. Mahkamah Tinggi
  3. Amanah Raya Berhad
Setiap badan ada menguruskan harta pusaka mengikut kategori tertentu yang telah ditetapkan.





Di awal tahun 2016, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri memberitahu kira-kira RM 60 bilion harta pusaka tidak dituntut oleh waris simati sejak Malaysia merdeka sehingga awal tahun 2016.

Rekod harta pusaka yang tidak dituntut itu diperolehi dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementeriannya.

Antara faktor penyebab harta pusaka tidak dituntut dipercayai adalah kerana

  1. Kurang kesedaran atau tdak ambil tahu prosedur yang perlu dilalui.
  2. Sikap ambil mudah dan menangguhkan permohonan pembahagian harta pusaka.
  3. Tidak ambil tahu mengenai agensi yang mana yang sepatutnya menguruskanharta pusaka mereka.

Boleh dikatakan JKPTG merupakan agensi yang paling utama di dalam menguruskan harta pusaka di mana agensi ini menguruskan hampir 75% dari jumlah keseluruhan harta pusaka di Malaysia. JKPTG mempunya 36 Unit Pembahagian Pusaka di seluruh negara untuk membantu menguruskan tuntutan harta pusaka. Setiap unit bertanggungjawab menguruskan permohonan untuk dua hingga empat daerah di bawah kelolaannya.

Jika dilihat kepada bilangan permohonan yang perlu diuruskan dari 2-4 daerah, pasti bilangan kes agak banyak dan akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan. Walau bagaimana pun tempoh dapat dipendekkan sekiranya pemohon memberikan segala maklumat dan dokumen yang lengkap. Sebenarnya proses penyelesaian sehingga perbicaraan harta pusaka di Unit Pembahagian Pusaka di JKPTG ini lebih cepat berbanding tempoh masa penyelesaian di mahkamah, tetapi dengan syarat dokumen lengkap.


Saya mempunyai pengalaman di dalam membuat tuntutan harta pusaka lebih 10 tahun dahulu. Apa yang saya tahu sewaktu itu (melalui maklumat mulut jiran-jiran), permohonan hendaklah di buat 'Pejabat Tanah/Daerah' di unit Pembahagian Harta Kecil. Pengalaman membuat tuntutan dahulu memang mengambil sedikit masa, lebih kurang setahun lebih baru selesai semua tuntutan.



Pengalam saya juga, ada sesetengah proses menjadi lambat kerana ada pihak yang tidak mahu memberikan kerjasama atau berlaku pertelingkahan kerana tidak berpuas hati dengan jumlah harta yang bakal diwarisi. 


Harta pusaka yang tidak dituntut ini sebenarnya satu kerugian ekonomi kepada masyarakat dan juga negara kerana potensi sesuatu harta itu tidak dapat diguanakn secara maksimum  untuk pulangan yang optimum.

~ mat-drat~

Wang Tidak Dituntut - WTD

Agak-agak anda ada tak Wang Tidak Dituntut (WTD)???

Wang Tidak Dituntut



Kalau tak pasti, cuba lihat 3 kategori wang berikut yang membolehkan ia  jatuh kedalam kategori Wang Tidak Dituntut. Kemudian cuba ingat-ingatkan kembali mana tahu anda ada WTD.


Apa Itu Wang Tidak Dituntut

Menurut Seksyen 8 Akta WTD 1965, Wang Tidak Dituntut (WTD) terbahagi kepada tiga kategori:

1. Wang yang kena dibayar kepada empunya tetapi tidak dibayarkan dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekali pun dalam satu tempoh tidak kurang dari tujuh tahun.

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.



Susah nak faham?? Biasalah, ayat di dalam petikan akta memang memeningkan sikit kalau baca. 


Dibawah ni saya bagikan beberapa contoh bagi setiap kategori wang yang boleh jadi sebagai Wang Tidak Dituntut.


Kategori 1
Wang yang kena dibayar kepada empunya tetapi tidak dibayarkan dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.

Contoh:
  • Gaji, upah,bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayarkan kepada kakitangan.
  • Dividen dan keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan.
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran.
  • Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain di mana tempoh sah lakunya telah luput.
  • Cagaran dan deposit di mana tujuan wang itu dikutip telah pun dicapai.
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang.
  • Pemiutang atau penghutang pelbagai.

Katakan seseorang pekerja yang gajinya dibayar secara tunai telah berhenti kerja dan tidak mengambil wang gajinya yang terakhir. Selepas setahun pekerja tersebut tidak menuntut wang gajinya maka wang tersebut telah menjadi Wang Tidak Dituntut dan majikan perlu meremitkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut. 

Atau WTD juga mungkin boleh jadi wang insuran yang telah diluluskan pembayaran tetapi pembayaran kepada penerima tidak dapat dibuat atas sebab-sebab tertentu, atau mungkin juga penerima tidak menerima cek pembayaran dan sebagainya. Ia mungkin kerana penerima bertukar alamat atau pun jika sudah meninggal dunia, tiada waris membuat tuntutan. Maka wang ini juga akan menjadi Wang Tidak Dituntut.



Kategori 2. 
Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekali pun dalam satu tempoh tidak kurang dari tujuh tahun.

Contoh :
  • Akaun simpanan.
  • Akaun Semasa.
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Apabila sesuatu akaun bank (simpanan atau semasa) yang tidak aktif selama 7 tahun, maka pihak bank akan menglasifikasikan ia sebagai WTD. 

Ingat ye, akaun bank yang tak aktif baru setahun dua, duit di dalam akaun tersebut  tidak akan terus WTD. 


Jadi, kalau rasa pernah buka akaun bank di bank-bank tertentu, cuba lah pergi ke bank tersebut dan minta semakan dibuat. Mungkin akaun anda hanya berstatus "TIDAK AKTIF" dan belum menjadi WTD lagi. Untuk akaun bank yang tidak aktif, lakukan transaksi (deposit duit) untuk aktifkan akaun kembali. Bila dah diaktifkan kembali akaun tersebut, dan rasa tak perlukan lagi akaun tersebut maka keluarkan sahaja semua duit dan bolehlah terus tutup akaun tersebut. Tak payah tunggu jadi WTD....


Ni satu tips untuk memastikan akaun bank kita sentiasa aktif, lakukan transaksi paling kurang sekali setahun. Paling senang, buat sahaja pindahan wang secara online ke akaun tersebut. Caj pindahan secara online pun sekarang dah murah, cuma serendah RM0.10 sahaja dan ada bank tertentu tidak mengenakan sebarang caj langsung. 


Tidak seperti dahulu di mana transaksi secara online masih terhad. Adalah agak sukar dan tidak berbaloi untuk ke bank semata-mata untuk mendeposit sedikit wang bagi mengelak akaun bank menjadi tidak aktif.





Kategori 3
Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

Contoh :
  • Akaun pemiutang dagangan (creditor)
  • Akaun penghutang dagangan dengan baki kredit (debtor)
Untuk kategori 3 ini ia lebih kepada syarikat dan perniagaan.


Kalau anda rasa anda ada Wang Tidak Dituntut di salah satu kategori di atas, maka bolehlah buat semakan di pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Tapi sebelum tu sila baca 👉👉  Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut 


Mat Drat @ Sayang Wang

Jika rasa bermanfaat, sila share  ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Sunday 21 August 2016

Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut di Akauntan Negara Malaysia






Kali ni saya kongsikan pengalaman saya membuat tuntutan 'Wang Tidak Dituntut' (WTD) di Pejabat Akauntan Negara baru-baru ini.



Tapi sebelum itu, kalau belum tahu apa itu Wang Tidak Dituntut (WTD) boleh lah baca di artikel saya 

👉👉 Wang Tidak Dituntut

Bila dah baca bolehlah mula recall kot-kot ada Wang Tak Dituntut... kalau rasa ada tu, boleh buat semakan di Pejabat Akauntan Negara.


Ingat:
Semakan hanya boleh dibuat di pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) di Menara Maybank, pejabat ANM negeri atau kaunter bergerak JANM.

JANM tidak melantik mana-mana ejen atau meminta bayaran untuk menguruskan tuntutan Wang Tidak Dituntut.



Pengalaman Saya Menuntut Wang Tidak Dituntut

Saya kongsikan pengalaman saya membuat tuntutan WTD baru-baru ini. 

Pada asalnya saya menemani seorang sahabat untuk menghantar dokumen bagi membuat tuntutan Wang Tidak Dituntut beliau di Pejabat Akauntan Negara Malaysia (ANM) yang terletak di Menara Maybank Kuala Lumpur. 

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel : 03-2056 8000
Faks: 03-2072 5707/ 03-2026 7430


Pejabat ini agak sunyi kerana tidak ramai orang berurusan sewaktu kami tiba. Sewaktu kami berurusan, hanya ada seorang pelanggan yang sedang berurusan di kaunter untuk membuat tuntutan.

Sambil menunggu giliran nama sahabat saya dipanggil oleh petugas kaunter, saya hulurkan Kad Pengenalan kepada salah seorang petugas yang ada untuk membuat semakan.

Semakan dibuat terus oleh petugas dan dimaklumkan saya mempunya wang yang tidak dituntut. 

Kata pegawai itu, 'Encik ada Wang Tidak Dituntut, boleh buat duit raya ni encik". 

Saya tanya kembali, "banyak ke?"

"Tak banyak encik, cuma RM XXX.XX' sambil menghulurkan penyata ringkas yang menunjukkan baki Wang Tidak Dituntut saya.

Apa lagi...senyum je la saya...(duit tiba-tiba jatuh dari tingkat 42 Menara MAYBANK !!! 😃😃)


Saya pun di minta oleh petugas kaunter:

1. Mengisi borang UMA-7 yang agak ringkas dan saya serahkan terus setelah diisi.

2. Kad Pengenalan - Pegawai tolong buatkan salinan (mungkin kerana tiada pelanggan lain) dan disahkan oleh pegawai

3. Dokumen asal -tidak diminta (mungkin kerana duit saya agak kecil jumlahnya)

4. Salinan muka hadapan buku bank untuk dikreditkan pembayaran. 


Ini 4 dokumen Untuk Membuat Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) - Bagi Individu






Untuk maklumat lanjut atau untuk muat turun borang UMA-7, boleh layari lama web rasmi ANM dengan Klik di sini

Maklumat berkaitan WTD juga diterangkan oleh ANM di pamplet mereka. Klik di sini untuk baca.

Dinyatakan bahawa garis panduan yang diberikan bertujuan membantu pemohon untuk membuat tuntuttan. Walaubagaimana pun, Pendaftar mempunyai kuasa menentukan dokumen yang perlu dikemukakan berdasarkan kebijaksanaan dan budibicara Pendaftar. Pendaftar adalah pihak Akauntan Negara Malaysia.



Oleh kerana saya datang hanya untuk menemani sahabat saya dan tak sangka ada duit di WTD, dah semestinya saya tak bawa buku bank. Tapi bagi mereka yang mempunyai akaun bank di Maybank, tiada masalah jika berurusan di Pejabat ANM di Menara Maybank ini. 


Pegawai bertanya " Encik ada akaun Maybank yang masih aktif?"

"Ada" jawab saya....

Saya diberikan sekeping surat dan diminta terus ke kaunter Maybank di tingkat bawah (ada kaunter khas) untuk mendapatkan pengesahan no akaun bank Maybank. Tak sampai 5 minit, selesai urusan di kaunter Maybank dan saya naik semula ke tingkat 42 untuk kemukakan dokumen (item 4) kepada petugas tadi.


Kemudian saya diberikan satu slip permohonan dan dimaklumkan wang akan dikreditkan terus ke akaun bank saya dalam tempoh terdekat.


Selesai - senang je rupanya proses nak buat tuntutan Wang Tidak Dituntut ini. Untuk memudahkan urusan, seelok-eloknya bawa dokumen yang diperlukan diatas. 



Bagi yang telah membuat semakan dan ingin menghantar dokumen, jika  ingin hantar dokumen melalui pos, seelok-eloknya gunakan perkhidmatan kurier, poslaju atau pos berdaftar untuk mengurangkan risiko dokumen hilang semasa pendaftaran.

Peringatan sekali lagi : Pihak Akauntan Negara Malaysia tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai ejen dan tidak mengenakan sebarang yuran atau caj perkhidmatan untuk menguruskan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut.


~mat-drat @ SayangWang~



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Thursday 18 August 2016

Apa itu SSPN-i Plus PTPTN


Rasanya masih ramai yang tertanya-tanya apa beza SSPN-i dan SSPN-i Plus.


Apa itu SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus merupakan satu Plan Simpanan Pendidikan Dengan Perlindungan Takaful. SSPN-i Plus ini ditambah baik dari SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan menawarkan perlindungan yang komprehensif.

SSPN-i Plus ini menggunaan konsep simpanan dengan komitmen bulanan. Jumlah simpanan serta bayaran sumbangan takaful adalaah bergaantung kepada pakej yang di pilih.

SSPN-i Plus kini hadir dengan pakej serendah RM30 sebulan di mana RM 20 adalah untuk simpanan dan RM10 untuk takaful.



Berbeza dengan SSPN-i, ia tidak menawarkan perlindungan takaful dan tiada komitment bulanan. Melalui SSPN-i, pendeposit boleh menambah deposit bila-bila masa manakala SSPN-i Plus pula perlu membuat simapanan secara tetap ssetiap bulan.





Apa Keistimewaan SSPN-i Plus Ini?

1. Patuh Shariah
2. Pelepasan Taksiran Cukai sehingga RM 12,000 ( RM 6,000 SSPN-i, RM 6,000 Insuran)
3. Pakej serendah RM 30 sebulan
4. Tidak perlu pemeriksaan kesihatan
5. Dividen yang agak kompetetif
6. Manfaat Perlindungan Takaful bagi kematian
7. Khairat kematian termasuk untuk pasangan
8. Manfaat Takaful untk 36 penyakit kritikal
9. Elaun kemasukan ke Hospital
10. Layak memohon pembiayaan PTPTN

* Sila baca syarat-syarat dan peraturan SSPN-i Plus untuk maklumat lanjut





Pelan Simpanan ( Pakej ) SSPN-i Plus

Terdapat 6 pakej yang ditawarkan kepada para pendeposit.

Pilih pakej mengikut kemampuan kerana skim ini memerlukan kita membuat deposit ke akaun setiap bulan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Kegagalan mengikuti aturan deposit yang ditetapkan, mengakibatkan akaun akan dibatalkan.



Kini terdapat plan serendah RM 30 yang ditawarkan oleh SSPN-i Plus. RM20 sebagai simpanan, manakala RM10 sebagai sumbangan takaful. Rendah tu....dengan RM 30 sahaja!!



Boleh buka akaun secara online je sekarang... mudah sangat.



Cuba klik link di gambar ni...senang sangat nak buka akaun SSPN-i


SSPN-i online





sspniplusonline
Pakej (Pelan) Simpanan SSPN-i Plus yang ditawarkan




Manfaat yang ditawarkan oleh setiap pakej adalah seperti berikut.

Bagi saya, manfaat yang ditawarkan adalah agak tinggi berbanding dengan jumlah caruman yang dibuat.


Manfaat Takaful bagi setiap pakej 






Pelepasan Cukai Untuk SSPN-i Plus

1. Simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa berjumlah RM 6,000.
2. Pendeposit boleh menikmati pelepasan tambahan ke atas sumbangan takaful sebanyak RM 6,000 atas peruntukan pelepasan Insuran nyawa dan KWSP ( had RM 6,000).


Untuk tuntutan pelepasan tambahan ini, pendeposit perlu mengambil lebih 1 pakej dengan jumlah 'sumbangan takaful' berjumlah RM6,000 atau lebih. Tetapi kalau potongan KWSP itu sendiri telah melebihi RM 6000, maka tiada tuntutan pelepasan boleh dibuat untuk sumbangan takaful yang dibuat.


Untuk mengetahui lanjut mengenai SSPN-i Plus, sila KLIK DI SINI


~mat-drat @ SayangWang~

Keputusan Pemenang Cabutan Wow SSPN-i Plus 2015/2016

Berikut adalah mereka-mereka yang bertuah... terpilih sebagai pemenang bagi Cabutan Wow SSPN-i Plus untuk tahun 2015/2016.



Tahniah kepada para pemenang.

A. CABUTAN TAHUNAN

HADIAH PERTAMA – APARTMENT 

1 OOI BEE HONG

HADIAH KEDUA – HONDA HRV 1.8L V x 5 
2 LAW KOH WUI
3 ROZMAN BIN MOHAMAD SHARIF
4 OH CHIEW MING
5 AKMAN BIN SALIM
6 SOMARIAH BINTI MOHD SOM

HADIAH KETIGA - MOTOSIKAL KAWASAKI ER-6F x 10 
7 SELFIA BINTI MUHAMMAD EFFENDI
8 TUAN OSMAN BIN TUAN ISMAIL
9 MOHD YAAKOB BIN NGAH
10 NG LEA HEANG
11 LIEW GETT ANN
12 ROSNANI BTE MD HUSIN@HUSIN
13 ZAITON BINTI SHARIFF
14 MOHD NAZRI BIN SHAMSUDIN
15 NAIMAH BINTI AWANG
16 MOHD YAHAYA BIN OSMAN PALIL


Untuk senarai penuh nama pemenang, silalayari laman web rasmi PTPTN di SINI 




B. CABUTAN SUKU TAHUNAN

Sila lawati lawan web rasmi PTPTN dengan klik pada link di "Pemenang"

Siri Cabutan
Tempoh Promosi
Pemenang
Pertama
8 Jun 2015 – 31 Ogos 2015

Kedua
1 September 2015 – 30 November 2015

Ketiga
1 Disember  2015 – 29 Februari 2016

Keempat
1 Mac 2016 – 31 Mei 2016



Suku Tahun Pertama
HADIAH – BMW 320i x 1
MD SHUKRI MUTAMMIM BIN MD SHARIF

Suku Tahun Kedua
HADIAH PERTAMA – BMW 320i
FONG WAI SHYANG

Suku Tahun Ketiga 
HADIAH PERTAMA – BMW 320i
ROSILAWATI BINTI ZAINUDDIN

Suku Tahun Ketiga 
HADIAH PERTAMA – BMW 320i 1
MOHD FAIRUL BIN ABDULLAH


~mat-dart~

RM 1,500,000 nilai hadiah untuk dimenangi dengan SSPN-i Plus





Berita Baik Untuk Semua !!!  

SSPN-i kembali dengan kempen terbaru .... iaitu


"Cabutan Wow! SSPN- i Plus 2016/2017" 
dengan SSPN-i Plus menawarkan lebih 300 hadiah yang keseluruhannya bernilai 

RM 1,500,000.


Lebih 300 hadiah yang bernilai RM 1,500,000 ini boleh dimenangi di Cabutan Tahunan dan Cabutan Suku Tahun. 

Hanya dengan RM 50, anda layak mendapat satu penyertaan secara automatik.


Antara hadiah yang ditawarkan adalah :
- Sebuah Kereta Proton Perdana 2.4l
- 3 Buah Toyota Vios TRD Sportivo
- 3 Buah Honda Jazz 1.5
- 5 Buah Motorsikal Kawasaki ER-6f






A. Untuk hadiah bagi Cabutan Wow SSPN-i Plus : Cabutan Tahunan 

Tempoh Promosi adalah  1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 


Tempoh promosi Cabutan Tahunan : 1 Julai 2016 – 30 Jun 2017
Pemenang
Hadiah
Hadiah Pertama x 1
Proton Perdana 2.4L
Hadiah Kedua x 3
Toyota Vios TRD Sportivo
Hadiah Ketiga x 5
Motorsikal Kawasaki ER-6f
Saguhati x 250
Wang tunai bernilai RM2,000


B. Untuk hadiah bagi Cabutan Wow SSPN-i Plus : Suku Tahun 


Siri Cabutan
Tempoh Promosi
Hadiah
Pertama
1 Julai 2016 
– 
31 September 2016
Hadiah Utama:
Honda Jazz 1.5L x 1
Saguhati:
Wang tunai RM2,000 x 20
Kedua
1 Oktober 206 
– 
31 Disember 2016
Hadiah Utama:
Honda Jazz 1.5L x 1
Saguhati:
Wang tunai RM2,000 x 20
Ketiga
1 Januari 2017
 – 
31 Mac 2017
Hadiah Utama:
Honda Jazz 1.5L x 1
Saguhati:
Wang tunai RM2,000 x 20



Teruja dengan hadiah yang bernilai RM 1,500,000 ???  

Buka akaun SSPN-i Plus segera. Buka akaun pun sekarang boleh dibuat secara online sahaja. 

Kini semuanya mudah dimana anda tidak lagi perlu ke kaunter untuk membuka akaun SSPN-i Plus, semuanya boleh dilakukan secara online sahaja. Cukup mudah.

Klik di SINI untuk membuka akaun SSPN-i Plus atau untuk membuat penambahan deposit.




Syarat-syarat untuk menyertai cabutan cukup mudah :

1. Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi

2.Setiap RM50 layak mendapat satu cabutan tanpa mengira pakej

3. Penyertaan adalah automatik

4. PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya pendeposit didapati tidak layak dan melanggar syarat yang telah ditetapkan

5. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (termasuk pasangan dan anak-anak) serta kakitanan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) tidak layak menyertai cabutan


*Tertakluk kepada terma dan syarat
**PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa makluman kepada pelanggan.



Baca Juga Entry saya yang berkaitan

1. 5 Pilihan Institusi Menabung Duit Raya
2. Pelepasan Cukai : SSPN / SSPN-i
3. Bantuan Khairat Kematian - PTPTN










Monday 15 August 2016

Jawapan isu Skim Simpanan KWSP yang viral.

jawapan saya yg tak berapa arif... 2 3 kawan di group whatsapp minta saya ulas dan jawab.

Jadi berikut adalah ulasan saya berdasarkan pemahaman dan pembacaan saya.



*1* Bezanya skrg ni kita ada skim baru iaitu Skim Simpanan Shariah, berbanding yang lama Skim Konvensional.

Macam banking... dulu konvensional skrg ada pilihan kepada Islamic Banking.

Sama sprti Insuran vs Takaful.
Konvensional bond vs Islamic Bond


*2* Betul, semua akan dilaburkan di instrument yg patuh shariah. Skrg ni dlm skim konvensional lebih kurang 45% pelaburan kwsp adalah dlm instrument shariah compliance.


*3* Panel pelabur... tak nampak apa2 isu pun kat sini. Mereka akan melabur mengikut garis panduan yang ditetapkan dan akan dipantau.





*4* Dividen tidak halal??
Sebelum ini di skim konvensional, semua telah sedia maklum memang ada percampuran pelaburan. Justru dividen juga ada bercampur. Sebab itu kita perlu buat penyucian dividen. Untuk elak menerima dividen yang bercampur, kena la beralih ke Skim Shariah.

Panduan penyucian dividen boleh rujuk www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/921-penyucian-dividen-simpanan-ahli-kwsp-sedia-ada-sebelum-bertukar-ke-akaun-kwsp-yang-diuruskan-mengikut-prinsip-syariat-kwsp-islamik


*5* Tiada jaminan minima dividen.
Kena faham konsep pelaburan... kena faham maksud _wakalah_ . Jika ada 'guaranteed return' dari pelaburan, dah lain tu....
Ada sebab ulama berpendapat pelaburan dari perspektif islam tidak membenarkan jaminan keuntungan. Boleh google untuk baca lebih mendalam.


*5a* Skim ini patuh shariah kerana wang dilaburkan di instrument yang patuh shariah dengan dipantau oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah. Juga ada panduan rangka kerja yang perlu dipatuhi.


*6* Konsep Perkiraan ??
Tidam jelas apa yang dimaksudakan dengan pengiraan.


*7* Tiada beza ??
Skim ini jelas ada perbezaan dengan skim konvensional. Sila baca maklumat di laman web kwsp untuk mengetahui perbezaan.

Contoh mudah : Duduk serumah lelaki dan wanita, satu pasangan berkahwin dan satu pasangan tidak berkahwin.
Pasangan berkahwin = halal.
Pasangan tidak kahwin = zina


8. Capai status halal.
Skim ini dilaburkan di instrumnent patuh shariah jadi hasil keuntungan adalah bersih dan halal. Sebelum ini bercampur dengan pelaburan di instrument halal / haram / bercampur.


9. Saham diklafisikasikan sebagai halal...

Untuk kaunter saham, kita boleh semak di BSKL. Jika yang biasa melabur pasti tahu kerana telah dinyatakan sesuatu kaunter saham itu patuh shariah atau tidak.

Security Commission (SC) akan sentiasa memantau melalui Panel Penasihat Shariah SC. Ini juga boleh baca di laman web SC untuk mengetahui lebih lanjut.


*11* Mengetahui running / untung rugi pelaburan bila bila masa.
Kita boleh tahu jika kita melabur sendiri duit kita. Di dalam KWSP, wang kita beserta berbilion RM wang ahli lain turut dilabur. Wang bukan dilabur di 1 tempat sahaja tetapi di pelbagai instrument. Sebab tu cut off time di buat di 31 Disember untuke menilai prestasi pelaburan, dan pulangan akan di beri kepada ahli berdasarkan pulangan yang diterima.
Ini pun si penulis tak faham ke ??? Grrr ghsxxght!!


12. Masuk semula skim lama.
Apa masalah nak masuk skim lama. Dah diberi skim islamik yang patuh shariah, mengapa perlu kembali ke skim konvensional.
Faktor keuntungan mengatasi faktor 'kehalalan' sipenulis??


*13* Tunggu dan lihat?
Mengapa perlu tunggu dan lihat, kita sebagai muslim ada pilihan sekarang untuk memilih Skim Patuh Shariah.
Tak tahu apa motif sebenar penulis.


*14* Skim ini patuh shariah di pelaburan. Wang ahli dilaburkan mengikut garis panduan yang ditetapkan di instrument yang patuh shariah.

## Kesimpulan saya.
1. Penulis hampir '0' knowledge pasal Skim Shariah ini , kurang ilmu kewangan dan masih konfius mengenai kewangan islam.

2. Pastinya penulis tidak termasuk didalam 70% responden yang memberi maklumbalas kepada KWSP pada tahun 2015 yang inginkan skim simpanan alternatif menggantikan skim konvensional.

-mat drat-



Sunday 7 August 2016

Pendaftaran Skim Simpanan Shariah KWSP

Apa yang anda perlu tahu berkaitan Simpanan Shariah KWSP.

Semua sedia maklum bahawa mulai 8 Ogos 2016, KWSP akan mula membuka pendaftaran bagi ahli yang ingin menukar skim Simpanan Konvensional kepada Skim Simpanan Shariah.

Antara perkara yang perlu anda ketahui :

1. Pendaftaran di buka mulai 8 Ogos 2016 sehingga 23 Disember 2016.

2. Skim Simpanan Shariah akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017

3. Buat permulaan KWSP akan memperuntukkan RM100bil untuk skim Simpanan Shariah ini dan berdasarkan first come first serve.

4. Tidak boleh menukar semula kepada Skim Konvensional apabila telah beralih kepada Skim Simpanan Shariah.

5. Skim Simpanan Shariah ini tidak mempunyai jaminan pulangan (dividen) minima seperti mana Skim Simpanan Konvensional. Pulangan Skim Shariah adalah berdasarkan prestasi porfolio pelaburan. Manakala pulangan Skim Konvensional ditetapkan minima 2.5%.

6. Mereka yang ingin menukar skim, perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa dokumen pengenalan diri untuk pengesahan cap jari.

Jadi...😀😀

1. Ambillah dan rebutlah peluang ini. Isnin 8 Ogos 2016, pergilah kemana-mana pejabat KWSP seluruh negara.

2. Jangan biarkan faktor 'tiada jaminan pulangan    minima' mengatasi faktor 'kewajipan memilih pelaburan halal'

3. Sebagai seorang Muslim, adalah kewajipan kita untuk memastikan sumber pelaburan dan kewangan kita adalah dari sumber yang halal. 

4. Jika gagal untuk menukar kepada Skim Simpanan Shariah ini kerana peruntukan telah habis, tunggu dan ambil tahu pengumuman selanjutnya dari KWSP untuk peruntukan baru.

Terima kasih kepada:
✅ Kepada pihak yang mmperjuangkan Skim ini.
✅✅ Kepada KWSP kerana mndengar permintaan ahli.
✅✅✅Kepada Ahli yang  menjadi responden dalam *Rundingan Awam* dijalankan KWSP tahun lalu, dimana lebih 70% responden inginkan opsyen pelaburan berdasarkan shariah ditawarkan oleh KWSP.  

📌📌📌📌
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan maklumat di laman rasmi KWSP kwsp.gov.my

~ mat-drat  ~ http://www.sayangwang.com