Wednesday 13 July 2016

Ganti Kad Debit/Kredit Tandatangan Kepada Kad Pin & Pay

Kenapa pemegang Kad Debit/Kredit yang belum expired tapi bank dah suruh ganti dengan kad yang baru? Apa kes ni....

Ini sebabnya.....

Untuk makluman, proses penukaran Kad Tandatangan (Signature Card) kepada Kad Pin (Pin & Pay) sedang dilaksanakan oleh semua bank di Malaysia.
Jadi bukan sahaja pemegang kad dari bank tertentu sahaja seperti Maybank, CIMB, RHB, BSN tetapi semua bank ye.


Kenapa perlu tukar ?
Kita perlu tukar kad sekarang (Kad Tandatangan) kepada Kad Pin & Pay kerana mulai 1 Julai 2017, tandatangan tidak lagi diterima untuk pengesahan pembelian mengguankan kad, sebaliknya memerlukan kita memasukkan no Pin untuk pengesahan. Jadi hanya Kad Pin & Pay sahaja yang akan diterima.

Maknanya, selepas 1 Julai 2017 nanti, kita tidak perlu menandatangani slip pembayaran sebaliknya kita perlu memasukkan No PIN 6 digit.

Sebenarnya mulai pertengahan tahun 2015 lagi, proses penukaran kad ini telah bermula oleh sesetangan bank. Dan terminal kad telah dan sedang diganti secara berperingkat seluruh negara.



Bila Kena Tukar Kad?

Bila kena tukar kad ye... itu bergantung kepada bank anda (kena semak dengan pihak bank). Ada bank yang telah mulakan proses penukaran kad mulai tahun 2015 lagi.



Jika kad anda telah tamat tempoh (expired), mungkin anda telah terima kad gentian yang lengkap dengan chip dan sokongan no Pin. Jadi tidak perlu lagi menukar kad yang baru. Sewaktu menerima kad ini, pasti pihak bank telah bekalkan sekali risalah penerangan. Jika tak pasti, boleh hubungi pihak bank ( no telefon bank ada di belakang kad).



Jika kad anda akan tamat tahun ini pula, mungkin boleh tunggu pihak bank hantar kad baru yang mempunyai sokongan no PIN. Kad Kredit biasanya pihak bank akan ganti dengan kad yang baru. Untuk Kad Debit pula saya tidak pasti, mungkin pemegang kad perlu datang dan tukar sendiri di bank.

Tetapi jika kad debit/kredit anda akan tamat tempoh (expired) tahun depan atau tahun-tahun mendatang, anda memang kena tukar dan lebih baik anda tukar secepat mungkin. Jangan saat-saat akhir baru nak tukar, nanti terlupa.... yang susah nanti diri sendiri.

Apa-apa pun, boleh semak di laman-laman web rasmi bank anda. Ikut arahan dan panduan untuk menukar Kad Tandatanagn kepada Kad Pin & Pay.



Bagus ke Kad Pin & Pay ni?

Pastinya ada sebab kenapa kita semua dikehendaki menukar kepada Kad Pin & Pay ni, jika tidak memberikan kebaikan.... pasti tidak diminta semua pemegang kad menukar kepada kad baru.

Antara sebab uatama adalah kerana ia dikatakan Lebih Selamat. 
Jika kad hilang atau dicuri, kad tidak akan dapat digunakan oleh orang lain (yang jumpa atau yang mencuri) kerana transaksi memerlukan mereka memasukkan no PIN. Jadi kes penggunaan kad tanpa kebenaran dapat dikurangkan. Oleh itu sangat penting juga no PIN tidak terdedah dan tidak didedahkan kepada orang lain.



Semua Tempat ke Perlu Masukkan No PIN?
Tidak semua, iaitu
  1. Transaksi melalui internet dan telefon tidak memerlukan kita memasukkan no PIN.
  2. Transaksi tanpa sentuh kurang dari RM 250, tidak memerlukan kita memasukkan no PIN.(Tertakluk kepada perubahan guideline dari Bank Negara)
  3. Transaksi di pam layan diri di stesyen minyak tidak memerlukan no PIN. Jumlah pra-pembayaran akan dikenakan pada kad terlebih dahulu sebanyak RM200. Rujuk link FAQ Pin and Pay di bawah.
  4. Transaksi di terminal kad yang tidak menyokong PIN, kita masih perlu menurunkan tandatangan untuk pengesahan. Mungkin ada peruncit yang masih gagal menukar terminal kredit kad kepada terminal yang menyokong no PIN.


Diluar Negara Masih Boleh Pakai ke Kad Tandatangan?
Kena ingat, sesetengah negara lain telah memperkenalkan penggunakan Kad Pin & Pay ini lebih awal dari Malaysia. Jadi sesetengah transaksi di luar Negara mungkin gagal dilakukan walau pun kad telah di aktifkan untuk transaksi luar Negara.

Saya dah kena di Paris tahun lepas semasa ingin membeli tiket tren. Kelam kabut jadinya waktu itu.
Di Australia juga setahu saya telah mula diperkenalkan dan disana menggunakan Kad Pin & Pay ini pada tahun 2014 lagi.

Jadi sebelum keluar negara, ambil tahu juga sama ada negara tersebut telah mewajibkan penggunaan Kad Pin and Pay ini



Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini FAQ Pin and Pay


Atau terus baca di link bank yang berkaitan ( saya sertakan 4 bank sahaja - lain kena google)


Jadi.... Tanggungjawab kita sebagai pemegang kad debit/kredit untuk 
Menukar Kad Tandatangan kepada Kad Pin &Pay.

Saya sudah... Anda Bila lagi

~mat-drat~

SILA SHARE JIKA BERMANFAAT

No comments:

Post a Comment