Monday 20 June 2016

Simpanan Patuh Shariah KWSP / EPF

Berita baik untuk semua pencarum KWSP terutamanya pencarum yang beragama Islam.

KWSP dalam kenyataannya pada 20.06.2016, menyatakan bahawa KWSP / EPF akan menawarkan pilihan simpanan berlandaskan shariah (patuh shariah) kepada semua pencarumnya. Simpanan patuh shariah (shariah compliance) ini akan di buka untuk pendaftaran mulai 8 Ogos 2016.

Datuk Sharil Ridza, CEO KWSP berkata  sebagai permulaan RM100bil akan diperuntukkan untuk skim simpanan patuh shariah ini. Amaun ini merupakan lebih kurang 15% dari jumlah aset pelaburan KWSP setakat Mac 2016.

Sebenarnya pelaburan KWSP di dalam pelaburan patuh shariah ini (shariah compliance) bukanlah sesuatu yang baru, di mana buat masa ini lebih 45% dari pelaburan KWSP adalah berlandaskan shariah.





Permohonan untuk menyertai skim simpanan patuh shariah ini hendaklah dibuat sebelum 23 Disember 2016 di mana ia di buka secara "first-come, first-serve". Kiranya siapa cepat dia dapat.

Skim ini dibuka kepada semua pencarum KWSP tanpa mengira kaum, agama atau kerakyatan. Jadi bukan khusus untuk Muslim sahaja.

Harus di ingat juga, ahli yang memilih untuk menyertai skim simpanan patuh shariah ini, tidak akan dibenarkan untuk menukar kembali kepada skim simpanan konvensional.

Justeru itu, sebagai umat Islam marilah kita mengambil peluang ini untuk memilih kepada simpanan yang lebih Islamic di mana KWSP akan memastikan simpanan kita dilaburkan berdasarkan shariah (shariah compliance).

KWSP telah melaksanakan tanggung jawab mereka, jadi tanggung jawab berikutnya terletak kepada kita.

Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan di laman web rasmi KWSP 


~mat-drat~


No comments:

Post a Comment