Tuesday, 26 April 2016

Bantuan Kematian Yayasan Wilayah Persekutuan - Skim Prihatin 1 Wilayah Persekutuan

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menawarkan skim bantuan kepada mereka yang layak melalui Skim Prihatin 1 Wilayah Persekutuan (SP1WP). Skim yang ditadbir oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga warga Wilayah Persekutuan apabila berlaku kematian. Di bawah skim ini, YWP akan memberi bantuan kepada waris ahli yang telah mendaftar dengan YWP

Jumlah sumbangan Skim Prihatin 1 Wilayah Persekutuan adalah sebanyak RM 2,500

Syarat-syarat kelayakan menjadi ahli YWP

a) Berumur 21 tahun - 75 tahun semasa pendaftaran
b) Berdaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan (Melampirkan dokumen semakan daftar pemilih sebagai bukti)
c) Bermastautin / Menetap di Wilayah Persekutuan 
d) Mengemukakan 2 orang penama / waris

Pendaftaran Keahlian YWP

- Borang permohonan dan yuran pembayaran hendaklah dihantarkan ke pejabat YWP
- Jumlah yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 sahaja seumur hidup
- Pendaftaran hendaklah dibuat menggunakan borang yang ditetapkan dengan yuran pendaftaran yang ditetapkan. Pendaftaran hendaklah dibuat melalui wakil-wakil yang dilantik oleh YWP.
- Borang Pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :

Pemohon
- 2 keping gambar berukuran passport.
- 1 salinan kad pengenalan yang disahkan.
- Salinan bil elektrik/air/cukai pintu/astro/lain-lain bil utiliti yang disahkan.

Waris
- 2 keping gambar berukuran passport.
- 1 salinan kad pengenalan yang disahkan.




Tuntutan Bantuan Kematian

Hanya salah seorang waris berdaftar sahaja yang boleh membuat tuntutan bagi ahli yang telah meninggal dunia. Waris hendaklah memaklumkan kematian tersebut kepada YWP menerusi wakil yang dilantik dan mengemukakan Borang Tuntutan bersama dokumen-dokumen berikut semasa tuntutan iaitu :

- Sijil Keahlian.
- Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
- Salinan Permit Penguburan/Pengebumian; atau Sijil Kematian, yang disahkan.
- Borang Tuntutan Kematian ( sila muat turun borang disini )
- Sumbangan akan dibayar hanya kepada seorang waris sahaja (yang membuat tuntutan) daripada senarai dua orang waris yang dinamakan oleh ahli.
- Sumbangan berjumlah RM2,500 akan dibayar terus kepada waris berdaftar yang membuat tuntutan tersebut, dalam tempoh 24 jam selepas menerima Borang Tuntutan yang sempurna.



Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkinisila layari laman web Yayasan Wilayah Persekutuan di SINI 


Nota : Saya cuba hubungi pihak Yayasan untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi dimaklumkan ia tidak lagi dibuka kepada orang awam. Apa pun, boleh hubungi Yayasan untuk maklumat lanjut dan detail.




Khairat Kematian BR1M 2016

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M.

Skim Khairat Kematian BR1M 2016 hanya ditawarkan kepada kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Bantuan Skim Khairat Kematian tidak ditawarkan kepada kategori Bujang dan Ibu /Bapa Tunggal /Balu  /Janda /Duda tiada tanggungan. 

Pastikan setiap pemohon BR1M 2016 meletakkan nama waris di dalam borang permohonan BR1M mereka.

Untuk mengemaskini maklumat waris, borang boleh di muat turun SINI 





Cara Membuat Tuntutan Khairat Kematian BR1M 2016

Bagi tujuan permohonan Khairat Kematian, waris perlu membawa :
  1. Sijil Kematian
  2. Kad Pengenalan Waris
Tuntutan hanya boleh dibuat oleh waris yang dinamakan dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).


Tujuan maklumat waris diisi adalah untuk:- 
i. Menjadi wakil bagi sebarang urusan berkaitan BR1M 2016 jika pemohon mempunyai masalah seperti berikut:
  1. masalah kesihatan 
  2. masalah fizikal (OKU) 
  3. dipenjarakan 
  4. bertugas di luar kawasan dan lain-lain; atau
ii. Menjadi waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika penerima BR1M 2016 telah meninggal dunia bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas (tidak termasuk kategori Bujang dan Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tiada tanggungan). 


Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun melalui e-mel pada br1m@treasury.gov.my


Khairat Kematian Bank Rakyat - Pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat

Khairat Kematian Untuk Pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat

Bagi pemegang kad kredit-i Bank Rakyat yang meninggal dunia, pewaris akan diberikan khairat kematian sebanyak RM1,000.

Disamping itu Perlindungan Takaful Keluarga PERCUMA turut diberikan dengan jaminan pembayaran penuh baki tertunggak Kad Kredit-i Bank Rakyat sekiranya pemegang kad meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. 

Pembayaran penuh ini akan dibuat oleh pihak Bank melalui perlindungan Takaful tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila KLIK

Thursday, 21 April 2016

Dividen Bank Rakyat 2015

Bank Rakyat, mengumumkan dividen tunai sebanyak 13 peratus, berjumlah RM385 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2015 berbanding 15 peratus pada 2014.

Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal (B), ketika mengumumkan perkara itu berkata pencapaian itu didorong pengukuhan dalam jumlah pendapatan kumpulan sebanyak RM6.43 bilion bagi tahun kewangan itu. 

"Selain itu, jumlah pendapatan kumpulan mencatat peningkatan lebih tinggi iaitu sebanyak RM368 juta atau 6.1 peratus berbanding RM6.06 bilion bagi tahun lalu.

"Dividen yang diumumkan bagi 2015 lebih rendah berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya, tetapi 13 peratus dianggap tinggi dengan keadaan ekonomi semasa.

"Namun, kami akan berusaha untuk meningkatkan pulangan dividen antara 13-16 peratus pada masa depan," kata Abdul Aziz kepada pemberita di sini hari ini.

Dividen dikreditkan ke dalam akaun pemegang saham mulai 22 Mac 2016 yang lalu.


Khairat Kematian Amanah Ikhtiar Malaysia - AIM ( TKKS)

Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat (TKKS) ditubuhkan pada Julai 2006 berdasarkan hasrat Sahabat-sahabat AIM melalui usul-usul dalam Mesyuarat Lembaga Perwakilan Sahabat. Penubuhan TKKS ini juga selari dengan tuntutan agama, nilai kemasyarakatan dan prinsip ikrar Sahabat AIM iaitu membantu ahli kumpulan dan pusat parabola mereka dalam kesesakan.

Justeru itu, Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat (TKKS) menawarkan bantuan khairat kematian kepada ahli yang layak .





Kadar Khairat Kematian
Ahli/ Sahabat      RM 500
Suami                  RM 500
Anak *                 RM 250

*Anak dalam tanggungan umur di bawah 18 tahun (Bagi anak yang masih belajar sehingga 25 tahun dan anak kurang upaya umur tidak dihadkan)


Untuk syarat dan kelayakan sila klik

Permohonan hendaklah melalui boring yang dimuat turun . Klik di sini untuk boring


Lain-lain bantuan yang turut di tawarkan
  1. Masuk Wad 
  2. Sumbangan Kod Rawatan Penyakit Kronik sahaja 
  3. Kemusnahan rumah sendiri disebabkan kebakaran tidak sengaja dan bencana alam. Tuntutan terhad 1 kali setahun




Reset Password e-filing melalui SMS

LHDNM melalui kenyataan medianya pada 15 April 2016 menyatakan  pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing boleh set semula (reset) kata laluan e-Filing mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).  Set semula kata laluan melalui SMS boleh dilakukan mulai 18 April yang lalu.

Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM.

Walau bagaimana pun, inisiatif ini hanya boleh dilakukan oleh pengguna talian Maxis, Digi dan Umobile sahaja buat  masa ini. Caj sebanyak RM0.50 akan dikenakan bagi setiap sms yang diterima.

Dengan pengenalan langkah set semula (reset) kata laluan melalui perkhidmatan SMS ini, ia akan lebih memudahkan pembayar cukai yang tidak mempunyai emel berdaftar dengan LHDNM.

Sebelum ini (mulai 1 Februai 2016), mereka yang terlupa kata laluan perlu mendapatkan kod pengaktifan sementara. Kod pengaktifan sementara hanya boleh diperolehi melalui e-mel yang berdaftar dengan LHDNM. Jika tiada e-mel yang berdaftar dengan LHDNM, pembayar cukai hendaklah hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan untuk mendapatkan kod pengaktifan sementara.



Bantuan Khairat Kematian JPA ( Pesara Kerajaan - Pencen )



14. Bantuan Mengurus Jenazah -  JPA (Pencen)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan bantuan mengurus jenazah kepada mereka yang layak.

Mereka yang layak adalah :
Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.

(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)
Jumlah bantuan adalah RM 3,000

Penerima Mengikut Keutamaan
  1. Balu/Duda;
  2. Anak;
  3. Ibu/Bapa
  4. Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
  5. Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).




Cara Memohon
Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) di alamat berikut bersama dokumen sokongan:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen)
Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W. P. Putrajaya
Malaysia


Borang di muat turun di www.jpapencen.gov.my



Untuk maklumat berkaitan syarat, kadar bantuan dan cara permohonan terkini sila layari laman web rasmi JPA dengan klik di sini






Khairat Kematian Guru / Cikgu - YGMB

13. Khairat Kematian Guru / Cikgu - YGMB

Yayasan Guru Malaysia Berhad memberikan bantuan khairat kematian melalui Tabung Khairat Kematian kepada mereka yang layak.
- Ahli Baharu
- Ahli-Ahli  Biasa

A. Ahli Baharu

Syarat Permohonan

  1. AhlI-ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang  tidak membayar yuran selama (3) tiga bulan berturut-turut tidak  akan  menerima  apa-apa  faedah  daripada  YGMB  dan  seterusnya  pihak  YGMB  berhak  untuk  menamatkan keahlian tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis.
  2. Semua permohonan tuntutan hendaklah dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh kejadian.
  3. Setiap faedah hanya boleh dituntut oleh ahli sekali sahaja

Kadar Bantuan

Kematian Ahli    
i.  Kemalangan Jalan Raya        Sehingga RM 28,000.00
ii.  Penyakit/Kematian Biasa                     RM   8,000.00
  • Dibayar kepada benefisiari (penama) di atas kematian seorang ahli bermanfaat. 
Kematian Pasangan      RM1,000.00
  • Dibayar kepada ahli yang kematian pasangan (suami atau isteri)
Kematian Anak            RM500.00
  • Dibayar  kepada  ahli  yang  kematian  anak/anak  angkat  (yang  berdaftar)  yang  berumur  18  tahun  ke  bawah  dan  tidak berkahwin.
Untuk cara permohonan, syarat dan kadar bantuan terkini, sila layari laman web rasmi YGMB disini.





B. Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa

Syarat Permohonan
  1. Ahli-Ahli  Biasa Yayasan Guru Malaysia Berhad  (YGMB)  yang  tidak membayar yuran selama (3) tiga bulan berturut-turut  tidak  akan  menerima  apa-apa  faedah  daripada  YGMB  dan  seterusnya  pihak  YGMB  berhak  untuk  menamatkan keahlian tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis.
  2. Semua permohonan tuntutan hendaklah dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh kejadian.
  3. Setiap faedah hanya boleh dituntut oleh ahli sekali sahaja.
Kadar Bantuan Khairat Kematian = RM 500
  1. Dibayar kepada benefisiari (penama) di atas kematian seorang ahli bermanfaat.
  2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:
  •   Salinan Kad Pengenalan Ahli
  •   Salinan Kad Pengenalan pemohon/waris
  •   Salinan Sijil Perakuan Kematian
  •   Salinan Sijil Kebenaran Pengkebumian
  •   Salinan Sijil Nikah (jika suami/isteri) / Sijil Kelahi ran anak
  •   Surat Akuan Bersumpah (jika ahli tidak meletakkan penama/waris)
Untuk cara permohonan, syarat dan kadar bantuan terkini, sila layari laman web rasmi YGMB disini.

Wednesday, 20 April 2016

Khairat Kematian Guru / Cikgu - NUTP

...sambungan...

12. Khairat Kematian Guru - NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK) atau dikenali juga dengan nama National Union of the Teaching Profession (NUTP) memberikan bantuan khairat kematian melalui Tabung Khairat Kematian kepada mereka yang layak.

Keahlian Tabung Khairat Kematian (TKK)

Keahlian dibuka kepada semua ahli KPPK dalam tempoh 6 bulan mulai tarikh menjadi ahli KPPK dengan bayaran RM10.00 (sekali sahaja).
Kemudahan TKK dengan sendirinya terhenti sekiranya ahli berkenaan berhenti dari keahlian KPPK atau bertunggakan yuran melebihi 4 bulan.

Kadar Pembayaran Tabung  Khairat Kematian

Tarikh Kuatkuasa mulai 1 April 2009  

Tempoh keahlian BerterusanAmaun Maksimum Yang Layak
6 bulan hingga 1 tahun RM300
Melebihi 1 tahun hingga 5 tahun RM1000
Melebihi 5 tahun hingga 15 tahun RM2000
Melebihi 15 tahun RM2500

Untuk cara permohonan, syarat dan kadar bantuan terkini, sila layari laman web rasmi NUTP di http://www.nutp.org/new/ms/Tabung