Thursday 25 February 2016

e-Filing 2015: Sungguh menyenangkan

e-Filing akan mula dibuka pada 1 Mac 2016, dan tarikh akhir penghantaran Borang BE adalah 30 April 2016. Jadi ada masa 2 bulan untuk anda mengisi dan menghantar borang cukai.



Lagi awal anda hantar, lagi bagus terutama apabila anda menjangkakan atau pengiraan awal anda menunjukkan ada lebihan cukai yang akan dibayar balik oleh LHDNM kepada anda.


Untuk panduan semua berdasarkan pengalaman saya, anda bolehlah :-

1. Dapatkan borang EA/EC bagi tahun berakhir 31.12.2015 dari majikan.
Borang EA/EC adalah penyata saraan tahunan yang disediakan oleh majikan dan di dalamnya menunjukkan jumlah pendapatan penggajian kita untuk tempoh setahun, jumlah potongan-potongan tertentu seperti caruman KWSP, Socso dan PCB.

Contoh Borang EA

2. Dapatkan No PIN E-Filing : Untuk mereka yang Log-In kali pertama
Bagi mereka yang pertama kali akan menggunakan E-Filing, anda perlu mendapatkan No PIN terlebih dahulu dari mana-mana cawangan LHDNM. Tapi baca notis makluman di laman rasmi LHDNM ini dahulu !
MAKLUMAN
Pastikan anda salah seorangpembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan / menyemak No. PIN
Sekiranya anda belum mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai, sila ke cawangan LHDNM yang berdekatan.

Perlu disertakan:
• Salinan Kad Pengenalan,
• Penyata Pendapatan /
   Slip Gaji terkini
Sumber : Laman rasmi LHDNM 

3. Log-in ke laman E-Filing - test password!
Adalah lebih baik sekiranya anda log-in di E-Filing terlebih dahulu untuk memastikan samaada anda masih ingat password atau tidak.
Jika anda terlupa kata laluan, anda PERLU mendapatkan KOD PENGAKTIFAN SEMENTARA yang boleh diperolehi di cawangan-cawangan LHDNM atau pun melalui emel berdaftar dengan LHDNM.

Lagi cepat anda pastikan yang anda masih ingat password E-Filing anda, adalah lebih bagus. Jangan minggu terakhir baru log-in dan masa itu baru tahu password salah! Pasti kelam kabut nanti.

Password internet banking mungkin kita sentiasa ingat kerana kita kerap menggunakannya, tetapi password E-FILING mungkin ramai yang terlupa. Maklumlah, log-in setahun sekali.





4. Kumpul penyata-penyata, resit-resit dan dokumen-dokumen berkaitan.
Anda boleh kumpulkan resit-resit dan penyata-penyata yang diperlukan untuk pengiraan cukai anda. Antaranya adalah resit belian buku, resit bayaran yuran pengajian, resit perubatan ibubapa, resit zakat dan derma serta penyara-penyata insuran, penyata SSPN, penyata skim anuiti.

5. Buat Pengiraan Cukai
Jika dokumen telah lengkap, anda bolehlah membut pengiraan terlebih dahulu akan jumlah-jumlah pelepasan yang akan dituntut berdasarkan dokumen-dokumen yang anda ada. Adalah penting untuk membuat tuntutan pelepasan cukai bagi item-item yang mempunyai dokumen sokongan (resit dan penyata). 

Anda dinasihatkan membuat tuntutan pelepasan mengikut amaun yang sepatutnya berdasarkan dokumen yang ada. Ini kerana jika anda di audit, akan menimbulkan kesulitan kepada pihak anda sekiranya dokumen/resit-resit tiada untuk menyokong tuntutan anda. Cukai bukan sahaja akan dikira semula, tetapi penalti juga akan dikenakan.

6. Log-in E-Filing dan submit
Apabila E-Filing telah dibuka, anda boleh mengisi dahulu maklumat-maklumat yang perlu di dalam borang E-Filing. Jika jumlah pendapatan dan jumlah pelepasan telah ada, bolehlah dimasukkan jumlah-jumlah tersebut , jumlah cukai yang perlu dibayar juga akan dikira terus. 

Pastikan anda menghantar Borang Cukai dan bukannya hanya log-in dan key-in sahaja Apabila anda telah hantar (secara online) dan menandatangani (secara digital), satu skrin pengesahan akan anda terima. Pastikan "pengesahan" dan borang ini di print oleh anda untuk rujukan di kemudian hari

7. Simpan dokumen
Dokumen-dokumen yang berkaitan terutamanya resit-resit dan penyata-penyata yang menyokong tuntutan pelepasan anda, hendaklah disimpan untuk 7 tahun. Pihak LHDNM boleh bila-bila masa menghendaki anda mengemukakan dokumen-dokumen tesebut untuk tujuan semakan oleh pihak LHDNM. 



E-Filing 2015 akan mula di buka pada 1 Mac 2016


LHDNM di laman web rasminya pada hari ini (25 Februari 2016)  menyatakan E-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P, M, MT & TF akan mula dibuka pada 1 Mac 2016.

Bagi mereka yang telah buat pengiraan cukai bolehlah mengisi dan menghantar borang cukai seawal yang mungkin lebih-lebih lagi sekiranya di dalam pengiraan itu terdapat lebihan cukai yang boleh dibayar balik.

Bagi mereka yang akan menghantar borang BE (mereka yang tiada sumber pendapatan perniagaan), tarikh akhir penghantaran Borang BE dan pembayaran adalah pada atau sebelum 30 April 2016. Manakala bagi mereka yang mempunyai pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran Borang B dan pembayaran adalah pada 30 Jun 2016.

Sekiranya anda berhajat untuk mengisi E-Filing di kaunter-kaunter LHDNM yang disediakan di cawangan-cawangan LHDNM, anda dinasihatkan untuk tidak menunggu disaat-saat akhir kerana kebiasaannya orang ramai akan tertumpu pada hari0hari terakhir.

Untuk maklumat lanjut bolehlah
layari laman web rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my/
atau
Hubungi Hotline 1-800-88-5436(LHDN)
atau
Facebook rasmi LHDNM di pautan https://www.facebook.com/LHDNM/?fref=ts

Pic ; Facebook LHDNM

Saturday 20 February 2016

Dividen KWSP 2015 - 6.40%

20.02.2016
Petikan dari laman web rasmi KWSP.


Dividen KWSP 2016
KWSP



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Kementerian Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.40 peratus untuk 2015 dan pembayaran dividen sebanyak RM38.24 bilion. Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu (1) peratus kadar dividen bagi tahun tersebut, yang merupakan peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion dalam 2014. Peningkatan ini selaras dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015.


KWSP mencatat pendapatan kasar sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, peningkatan sebanyak 13.18 peratus berbanding RM39.08 bilion pada 2014.


Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Pendapatan pelaburan kasar yang dicapai adalah menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas asset dalam beberapa negara dan pasaran. Walaupun korelasi antara pasaran global adalah tinggi, strategi kepelbagaian ini membuka peluang kepada kami untuk menjana keuntungan dan mengenalpasti pelaburan berpotensi pada pentaksiran yang menarik.”


Langkah kepelbagaian dalam pasaran global dan mata wang membolehkan KWSP untuk mengaut pulangan signifikan dari sumber bukan Ringgit yang merangkumi 48 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP sepanjang tahun tersebut.


“Sebagai dana simpanan persaraan, pelaburan kami sentiasa tertumpu kepada usaha untuk mendapatkan pulangan pendapatan jangka panjang yang mampan berbanding pulangan jangka pendek. Kami berbesar hati untuk mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus yang menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun berhadapan dengan cabaran semasa.



“Adalah penting keupayaan kami untuk mencapai sasaran pelaburan strategik sekurang-kurangnya 2.5 peratus dividen nominal selaras dengan peruntukan Akta KWSP 1991 dan sekurang-kurangnya dua (2) peratus pulangan melebihi inflasi untuk purata tiga tahun berturut-turut,” kata Tan Sri Samsudin. Tambah beliau, bagi 2015, dividen sebenar untuk purata tiga tahun berturut-turut adalah 4.05 peratus, iaitu 205 mata asas lebih tinggi dari yang disasarkan.



Mengulas tentang ekonomi 2016, Tan Sri Samsudin berkata tahun ini dijangka lebih mencabar. “Berikutan kombinasi antara ketidakpastian kadar pertumbuhan dan kemerosotan harga komoditi telah menyaksikan kejatuhan indeks utama, termasuk FBMKLCI, sejak awal tahun. Keadaan ekonomi semasa adalah berbeza dengan separuh tahun pertama 2015 di mana pelaburan global kami mampu mengimbangi kesan kelembapan pasaran domestik. Ketidaktentuan pasaran mata wang juga dijangka memberi cabaran kepada KWSP untuk mengulangi pencapaian yang sama pada tahun 2015. 









“Walau bagaimanapun, kami terus melindungi dan meningkatkan nilai simpanan ahli dengan memberikan pulangan yang stabil dan konsisten dalam jangka panjang selaras dengan had risiko yang bersesuaian,” kata beliau.

.....................

Kadar 6.40% yang diumumkan ini walau pun agak rendah berbanding tahun sebelum, tetapi ianya sudah cukup menggembirakan para pencarum di dalam keadaan ekonomi dan pasaran sekarang.
Penyata akaun KWSP yang telah dikreditkan dividen 2015 boleh didapati secara online menerusi i-Akaun di laman web myEPF (www.kwsp.gov.my). Ahli juga boleh mendapatkan penyata melalui kios KWSP atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP bermula Ahad, 21 Februari 2016.


Rekod Pembayaran Dividen KWSP  bagi 10 tahun terakhir :

2006   - 5.15 %
2007   - 5.80 %
2008   - 4.50 %
2009   - 5.65 %
2010   - 5.80 %
2011   - 6.00 %
2012   - 6.15 %
2013   - 6.35 %
2014   - 6.75 %
2015   - 6.40 %



Sunday 7 February 2016

Bantuan Khairat Kematian



Senarai Bantuan Khairat Kematian

Berikut adalah senarai Bantuan Khairat Kematian / Bantuan Kematian 

3 Bantuan Khairat Kematian - ASNB ( ASB, ASN & ASW 2020 )
http://www.sayangwang.com/2015/12/bantuan-khairat-kematian-asnb-asb-asn.html




6 Bantuan Khairat Kematian - KPF (Koperasi Permodalan Felda)
http://www.sayangwang.com/2015/12/skim-khairat-kematian-kpf-koperasi.html

11 Bantuan Khairat Kematian - TAWAS Selangor 
http://www.sayangwang.com/2015/12/khairat-kematian-tawas-selangor.html

Nota : Sekiranya ada  maklumat yang sudah berubah atau maklumat  tidak tepat, harap tuan/puan dapat tinggalkan komen di link yang berkaitan.

⏩SW -⏪

Wednesday 3 February 2016

Bonus Tabung Haji 2015

Alhamdulillah
Bonus kepada Pendeposit TH 2015 telah diumumkan.
Pihak Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan kadar pemberian bonus kepada semua pendepositnya pagi ini.
Kadar pemberian bonus yang diumumkan adalah seperti berikut :
- Bonus Tahunan  - 5%
- Bonus Haji - 3%
( Pihak TH telah mengambil kira zakat 2.5%)
Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan bonus mereka di mana-mana kaunter TH atau di ATM bank-bank rakan strategik ( Bank Islam, Maybank dan Bank Rakyat) mulai 10 Februari 2016.
Untuk maklumat lanjut, sila layarihttp://www.tabunghaji.gov.my/