Friday 25 December 2015

Bantuan Khairat Kematian Socso / Perkeso

... sambungan...

2. Socso / Perkeso : Bantuan Kematian / Faedah Pengurusan Mayat

Socso juga turut memberikan bantuan kepada waris simati yang dikenali sebagai Skim Faedah Pengurusan Mayat. 
Faedah Pengurusan Mayat ini dibayar kepada orang tangungan yang layak sekiranya pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan atau semasa menerima faedah hilang upaya.

Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM1,500 akan dibayar kepada orang atau orang-orang berikut mengikut keutamaan:
  1. balu (jika ada dua orang balu atau lebih, balu-balu itu sama-sama berkongsi Faedah Pengurusan Mayat);
  2. duda
  3. anak lelaki tertua
  4. anak perempuan tertua
  5. Ibu atau bapa (jika ada kedua-dua ibu bapa, ibu dan bapa sama-sama berkongsi Faedah Pengurusan Mayat)




Sekiranya TIDAK ADA orang tersebut di atas, faedah akan dibayar kepada mana-mana orang lain yang sebenarnya menanggung perbelanjaan pengurusan mayat orang berinsurans yang mati itu. 

Bagaimanapun, amaunnya adalah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan dengan mengemukakan resit sebagai bukti terhad kepada RM1,500.00

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan :
Pemohon / pihak yang menuntut hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  1. Borang tuntutan bagi faedah pengurusan mayat (Borang 26)
  2. Salinan Permit Pengebumian / Perakuan kematian
  3. Salinan kad pengenalan orang berinsurans
  4. Salinan kad pengenalan pemohon / pihak yang menuntut


Untuk maklumat lanjut, sila KLIK DI SINI



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



1 comment: