Tuesday 29 December 2015

Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2015 untuk anda! Pasti berguna untuk tax planning anda

Seperti biasa di minggu-minggu terakhir di setiap tahun, jika kita perasan SSPN/SSPN-i akan membuat promosi untuk menarik orang ramai untuk membuka akaun atau pun menambahkan simpanan mereka. Ini bagi memberi peluang kepada pembayar cukai memaksimumkan pelepasan cukai mereka.
Kita juga akan perasan yang pusat-pusat kutipan zakat negeri juga akan turut membuat promosi untuk menggalakkan orang ramai membayar zakat sebelum 31 Disember bagi membolehkan mereka menuntut rebet cukai.
Mari kita lihat apakah pelepasan cukai yang kita layak untuk tahun taksiran 2015.
Pastikan semua resit / penyata hendaklah bertarikh 2015 atau penyata untuk tahun 2015.
Antara pelepasan cukai yang mungkin anda boleh tuntut:

1. Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan - RM 1,000 (Terhad)
Simpan resit termasuk belian buku sekolah anak!

2.Pembelian komputer - RM3,000 (Terhad)
Ini boleh dituntut sekali setiap 3 tahun ye.

3.Tabungan bersih dalam skim SSPN/SSPN-i  - 6,000 (Terhad)
Bukan terhad RM 6,000 bagi setiap anak ye, tetapi terhad RM 6,000 bagi setiap pendeposit/pembayar cukai

Untuk Buka Akaun secara online sila klik DI SINI



4. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan - RM 300 (Terhad)
- Contoh reket, bola, kayu hoki dll

5. Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa - RM 5,000 (Terhad)
- Berbaktilah kepada ibu bapa semasa mereka masih ada.

6. Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya) - RM 6,000 (Terhad )

7. Yuran Pendidikan (Sendiri) - RM 6,000 (Terhad)

8. Pemeriksaan perubatan penuh - RM 500 (Terhad)
Klinik boleh, di hospital pun boleh.

9. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak ) - RM 6,000 (Terhad)
Untuk penyakit yang sukar diubati ye, bukan sakit 'ringan' macam demam, sakit perut atau pening-pening tu.

10. Bayaran alimoni kepada bekas isteri - RM 3,000
Kalau bayaran alimoni kepada bekas isteri belum dibuat, elok la buat cepat. Mungkin dia perlukan duit, lebih-lebih lagi jika anak di bawah jagaan dia.





11. Insuran nyawa dan KWSP - RM 6,000 (Terhad)
Jumlah Insuran dan KWSP ye, bukan insuran RM6,000 dan KWSP RM6,000

12. Insurans pendidikan dan perubatan - RM 3,000 (Terhad)

13. Skim anuiti baru atau tambahan - RM 1,000 (Terhad)

14. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) atau PRS - RM 3,000 (Terhad)

15. Yuran langganan Jalur Lebar
Pelepasan ni dah tak ada ye. Pelepasan ini hanya untuk tahun 2010 -2012 sahaja.

ZAKAT
Bagi muslim, jika anda layak dikenakan zakat, ambillah peluang untuk menjelaskan bayaran zakat di saat.akhir ini dan pastikan resit zakat bertarikh 2015. Pastikan zakat dibayar di pusat zakat berdaftar. Rebet yang dibenarkan tiada had dan dapat 100% penolakan cukai.
Jika anda layak dikenakan cukai tetapi  tidak membayar zakat kerana rasa tidak layak dikenakan zakat, anda tersilap besar! Sila ke kaunter atau pejabat pungutan zakat berhampiran.
Semoga info ini bermanfaat
~mat drat~

Pelepasan Cukai : SSPN / SSPN-i

Seperti biasa rakyat Malaysia terkenal dengan tindakan minit-minit terakhir.
Apa kata cuba anggar-anggarkan pendapatan bercukai anda untuk tahun taksiran 2015 ini dan fikirkan apakah tindakan yang boleh kita lakukan dihari-hari terakhir ini untuk memaksimumkan pelepasan cukai kita.


Encik Mat : Tanpa buat simpanan ke SSPN-i 
*Andaikan bagi tahun taksiran 2015 ; 

Pendapatan Bercukai  = RM 100,000 (selepas tolak pelepasan cukai )

Jadi, cukai yang perlu di bayar adalah 
 - RM70,000 pertama - RM 6,560
 - RM 30,000 berikut ( kadar 21% ) RM6,300
- Jumlah Cukai yang anda kena bayar adalah RM 12,860


Bagaimana SSPN-i membantu anda untuk dapat pulangan lebih dari 21%?
Begini...
Anda hanya perlu buat simpanan semaksimum mungkin yang boleh ke akaun tabungan SSPN-i.
Maksimum pelepasan yang dibenarkan untuk simpanan SSPN-i adalah RM6,000.

Lihat berapa cukai yang perlu di bayar apabila menyimpan di SSPN-i. 





Encik Mat 'Bijak' : menyimpan di SSPN-i

30.12.2015 - simpan di SSPN-i  sebanyak RM 6,000 
30.03.2016 - submit e-filing  .


Pendapatan Bercukai  = RM 94,000 (selepas tolak pelepasan cukai termasuk pelepsan SSPN-i)

Jadi, cukai yang perlu di bayar hanyalah 

 - RM70,000 pertama - RM 6,560
 - RM 24,000 berikut ( kadar 21% ) RM5,040
- Jumlah Cukai yang anda kena bayar adalah RM 11,600

Di sini, jelas dengan menyimpan di SSPN/SSPN-i, cukai yang perlu dibayar berkurang sebanyak RM 1,260. Banyak tu !!!

Dengan hanya menyimpan sebanyak RM 6,000, dapat jimat RM 1,260 ... 21%.


Tetapi....
Bagi saya pulangan sebenar anda bukanlah 21%, tetapi bagi kes ini sebenarnya 'pulangan' yang diterima adalah lebih tinggi kerana :

- penjimatan 21% yang diterima bagi tempoh 3 bulan menyimpan sahaja.
- tidak termasuk pulangan dividen dari simpanan wang itu di SSPN-i


Mari kita buat pengiraan pulangan sebenar bagi kes ini dengan andaian dan keadaan berikut;

30.12.2015 :  Simpan di SSPN/SSPN-i = RM6,000

31.03.2016 : Submit efiling, cukai dibayar kurang RM1,260 berbanding tanpa SSPN-i

30.04.2016 : Refund yang diperolehi dari LHDN sebanyak RM1,260 
30.04.2016 : Refund RM 1,260 yang diterima disimpan pula di akaun Tabung Haji.  
                    Tempoh simpanan adalah 8 bulan (Mei - Dec 2016).


Anggaran Pulangan 2016 bagi SSPN-i  adalah 4% & Tabung Haji (TH) pula 5%


Pulangan untuk tahun 2015 bagi amaun RM 6,000
Penjimatan Cukai (Refund diperolehi) : RM 1,260
Dividen SSPN-i : RM 6,000 X 4% = RM240
Bonus Tabung Haji : RM1,260 X 5% X 8/12 = RM42

Jumlah = 1,542


Maka dengan menyimpan RM 6,000  di SSPN-i pada 31.12.2015, kadar pulangan anda perolehi pada 31.12.2016 (selepas setahun) adalah sebanyak 25.7% (1,542/6,000).

Jadi, jika anda menjangkakan anda layak dikenakan cukai untuk tahun taksiran 2015 dan anda mempunyai lebihan tunai atau pun ada simpanan di mana-mana akaun bank.... saya cadangkan anda pergi ke mana-mana pejabat PTPTN untuk membuat tabungan di SSPN-i/SSPN-i Plus.

Dan jika anda cukup bertuah, mungkin simpanan anda ini boleh memenangkan anda dalam cabutan bertuah SSPN/SSPN-i yang hadiahnya cukup lumayan.

Untuk membuka akaun SSPN-i Plus sekarang cukup senang, tidak perlu lagi ke kaunter SSPN...Kini semuanya boleh di buat secara online.
Hanya klik link dibawah dan ikut 3 langkah diberikan, cukup mudah.



~mat drat~

Monday 28 December 2015

Dividen ASB 2015

29.12.2015
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Peruntukan pengagihan pendapatan pada tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM10.41 bilion, dan peruntukan bagi bonus pula adalah sebanyak RM451.73 juta akan dibayar oleh PNB. Pembayaran itu akan dimanfaatkan oleh 8.87 juta pemegang unit.

Para pelabur dan pemegang unit boleh membuat semakan di pejabat ASNB dan ejen ASNB mulai 4 Januari 2016.

Sunday 27 December 2015

Agihan Pendapatan ASN Amanah Saham Nasional (ASN) 2015

Kadar Agihan
Amanah Saham Nasional Berhad ( ASNB), anak syarikat penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 adalah sebanyak 6.10 sen seunit.


Kadar agihan 6.10 sen seunit ini lebih rendah berbanding tahun sebelum di mana tahun 2014, para pelabur mendapat pulangan sebanyak 6.45 sen seunit.




Rekod Agihan
Mengikut rekod, Agihan pendapatan ASN 2009-2015 adalah seperti berikut ;


2009 : 5.20 sen
2010 : 6.00 sen
2011 : 6.05 sen
2012 : 6.30 sen
2013 : 6.45 sen
2014 : 6.45 sen
2015 : 6.10 sen




Agihan Pendapatan ASB 2015


Pada sidang media 28 Disember 2015, Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman turut mengumumkan bahawa agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun berakhir 31 Disember 2015 akan di umumkan pada Selasa, 29 Disember 2015.

Kadar Dividen ASB 2015

ASNB akan mengumumkan Kadar Dividen dan Bonus ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 pada minggu terakhir 2015. Pengumuman ini agak lewat berbanding tahun sebelum.



Pastinya pelabur-pelabur ASB tidak sabar menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh pihak ASNB dan pastinya para pelabur mengharapkan pulangan tahun ini lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.







Rekod Agihan
Rekod agihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB bagi tahun tahun sebelum adalah seperti berikut :



       Tahun    Dividen   Bonus     Total 
  • 2010     7.50        1.25         8.75
  • 2011     7.65        1.15         8.80
  • 2012     7.75        1.15         8.90
  • 2013     7.70        1.00         8.70
  • 2014     7.50        1.00         8.50
  • 2015        ?              ?             ?   



Penangguhan Urus Niaga ASB

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB),  telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ditangguhkan sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus. Tempoh penangguhan Urus Niaga adalah bermula 24 Disember 2015 sehingga 3 Januari 2016.



Pembayaran Pendapatan Dividend Dan Bonus ASB 2015

Pembayaran pengagihan pendapatan dividen dan bonus akan dikreditkan terus ke akaun pemegang unit.
Para pelabur dan pemegang unit boleh membuat semakan dan mengemaskini buku pelaburan masing-masing mulai 4 Januari 2016 di ;
  • Ibu Pejabat, atau
  • Mana-mana 30 cawangan ASNB di seluruh negara, atau
  • Ejen ASNB di seluruh negera ( Maybank, CIMB Bank, RHB Bank & Pos Malaysia )





Saturday 26 December 2015

Bantuan Khairat Kematian - TAWAS Selangor

...sambungan...
11. Khairat Kematian TAWAS Selangor
Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) akan memberikan sumbangan berjumlah  RM 1,500 kepada waris bagi ahli TAWAS yang meninggal dunia mulai 01 Mac 2014.

Sumbangan akan diberikan sekiranya ahli TAWAS meninggal sebelum mencapai usia 18 tahun.
Ibubapa/penjaga boleh menuntut wang sumbangan khairat kematian ini di pejabat TAWAS dengan membawa dokumen-dokumen berikut ;
1. Sijil Kematian
2. Kad SiManja
3. Penyata Simpanan TAWAS (sekiranya ada)

Prosedure tuntutan secara ringkas adalah seperti gambar disertakan.
Untuk syarat dan maklumat terkini, sila layari Laman Web Rasmi TAWAS

Friday 25 December 2015

Bantuan Khairat Kematian - PTPTN

... sambungan...

10. Khairat / Pampasan Kematian PTPTN

Bagi pendeposit PTPTN, mereka layak menuntut Wang Khairat Kematian.
Khairat/ pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000.00) dan penerima manfaat (RM500.00).
Selain itu, PTPTN juga memberi perlindungan takaful kepada pendeposit.

Manfaat Takaful:
Perlindungan takaful secara percuma turut diberi berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun.
Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
* Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.




Untuk maklumat terkini, sila layari Laman Web Rasmi PTPTN

Bantuan Khairat Kematian RISDA ( SKPBR )

9. Skim Khairat Kematian Pekebun Kecil RISDA (SKPBR)

RISDA menawarkan bantuan khairat kematian kepada pekebun kecik yang telah didaftar dan dibanci.

Syarat - syarat keahlian
- Semua pekebun kecil getah dan sawit yang telah di banci dan berdaftar dengan RISDA automatik di carum.
- WARGANEGARA MALAYSIA.
- Berumur dari 18 – 70 tahun (Pekebun Kecil yang melebihi had umur dalam tempoh polisi akan terus dilindungi hingga tempoh polisi tamat).
- Peserta baru boleh didaftarkan dan dibanci bagi melayakkan penyertaan skim ini.

Tempoh perlindungan
- Tempoh perlindungan adalah setahun bermula dari 01 Januari hingga 31 Disember 2015 dan akan berterusan sehingga notis penamatan diberitahu.

Sumber : Laman Web rasmi RISDA

Bantuan Khairat Kematian Peneroka Felda

...sambungan...
8. Bantuan Khairat Kematian Peneroka Felda

Skim ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010 sebagai salah satu aktiviti kebajikan yang disumbangkan oleh FELDA kepada peneroka di tanah rancangan. 

Tujuan skim ini adalah sebagai bantuan menguruskan jenazah dan mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung oleh waris.

Belanja pengurusan jenazah RM3,000 dibayar serta merta oleh Pengurus Rancangan kepada waris.
Permohonan bayaran khairat kematian RM7,000 perlu diuruskan oleh waris dalam tempoh satu minggu dari tarikh kematian menggunakan Borang Tuntutan Khairat Kematian Peneroka yang boleh diperolehi di Pejabat Rancangan.

Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pengurus Rancangan untuk dimajukan kepada Pengurus Besar Wilayah dan kelulusan bayaran oleh Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat FELDA.

Bayaran RM7,000 akan dipertimbangkan kelulusannya oleh FELDA setelah kematian peneroka diperakui oleh Pengurus Rancangan dan disahkan oleh Pengurus Besar Wilayah melalui borang PKKP. 
Ibu Pejabat FELDA akan mengeluarkan surat kelulusan bayaran kepada Pengurus Rancangan untuk dibuat bayaran kepada waris.

sumber : laman web rasmi felda

Bantuan Khairat Kematian Bank Rakyat


7. Bantuan Khairat Kematian untuk Anggota Bank Rakyat.


Bank Rakyat melalui Yayasan Bank rakyat menawarkan bantuan khairat kematian kepada ahli anggota yang layak. Amaun bantuan adalah berjumlah RM 1,000.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh waris yang menguruskan perbelanjaan pengkebumian dan urusan-urusan lain yang berkaitan.


Kriteria Kelayakan
  • Merupakan anggota Bank Rakyat. 
  • Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian. 
  • Waris yang berhak memohon 
  • Jika anggota berkahwin-suami / isteri / anak 
  • Jika anggota tidak berkahwin-ibu / bapa / adik beradik kandung 


Dokumen Sokongan 
  • Satu salinan Sijil Kematian anggota 
  • Satu salinan kad pengenalan waris 
  • Satu salinan Surat Nikah, jika dituntut oleh pasangan 
  • Satu salinan surat beranak waris, jika dituntut oleh anak/adik beradik kandung 
  • Surat pengesahan daripada Penghulu/Ketua Kampung, jika dituntut oleh ibu/bapa 






Prosedure Tuntutan
Tuntutan dan pembayaran dibuat di Cawangan Bank Rakyat. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan waris.


Untuk maklumat lanjut dan terkini sila ke laman web rasmi Bank Rakyat


Bantuan Khairat Kematian Negeri Selangor

6. Khairat Kematian Negeri Selangor (Skim Mesra Usia Emas/OKU yang layak)

SKIM MESRA USIA EMAS, adalah salah satu dari 7 agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008.

Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Syarat Kelayakan Memohon:
  1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN 
  2. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
  3. Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU
  4. Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

Untuk maklumat lanjut, KLIK
Laman Web Rasmi Skim Mesra Usia Emas: e-mesra.org.my
Semakan pendaftaran SMUE: Klik di sini

Bantuan Khairat Kematian KPF ( Koperasi Permodalan Felda )

Skim Khairat Kematian : KPF (Koperasi Permodalan Felda)

KPF menawarkan Skim Bantuan Khairat kematian kepada anggota mengikut kelayakan yang ditetapkan.


Kelayakan anggota/waris anggota untuk menerima bantuan kematian ini: 
  1. Setiap anggota perseorangan telah menjelaskan modal syer minimum maka keluarga anggota (isteri/suami/anak yang berumur di bawah 23 tahun) layak menerima bantuan khairat kematian yang disediakan oleh KPF. 
  2. Sekiranya kedua-dua suami atau isteri ialah anggota KPF hanya seorang sahaja yang layak membuat tuntutan bantuan urusan pengkebumian anak mereka. 

Kadar bantuan yang diberikan sekiranya berlaku kematian ialah:  
  1. Kematian anggota.          :RM1,000.00 
  2. Kematian Isteri/suami     :RM   500.00 
  3. Kematian anak               :RM   250.00

Cara Membuat Tuntutan
Untuk membuat tuntutan pembayaran khairat kematian, keluarga anggota hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang berikut : 

(i) Dua (2) salinan:
-Kad Pengenalan simati;
-Sijil kematian;
-Permit pengkuburan (yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah atau Pegawai Perubatan atau Pengurus Rancangan atau Majikan yang mana berkenaan); 
-Laporan polis jika sabit kematian akibat kemalangan atau seumpamanya. 

(ii) Dua (2) salinan kad pengenalan waris yang dikenalpasti layak menerima/pemohon; 

(iii) Alamat terkini waris berkenaan untuk urusan penghantaran cek. 

Tuntutan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.

Untuk muat turun borang permohonan, klik  BORANG KHAIRAT KPF

Untuk maklumat lanjut sila layari Soalan Khairat  atau ke Laman web KPF


~Mat-Drat @ SayangWang~



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇




Bantuan Khairat Kematian BR1M

4. Skim Khairat Kematian BR1M

Skim Khairat Kematian (SKK) akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015. 

Manakala penerima BR1M kategori bujang dan adalah tidak layak menuntut SKK.

Tuntutan SKK boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 2 Februari 2015.

Waris perlu membawa dokumen berikut:
  1. Sijil Kematian
  2. Kad Pengenalan asal waris

Maklumat lanjut sila layari
https://ebr1m.hasil.gov.my/login_2.aspx

Bantuan Khairat Kematian ASNB ( ASB, ASN & ASW 2020 )

... sambungan....

3. Bantuan Khairat Kematian ASNB

Saya terjumpa artikel ni, satu artikel yang lama. Saya cuba mencari artikel atau maklumat berkaitan khairat kematian ASNB di laman web rasmi mereka, tetapi tidak menjumpai apa apa maklumat.

Mengikut artikel lama dari Utusan Online ini, saya rumuskan :

ASNB memberikan bantuan khairat kematian kepada waris pendeposit di dalam akaun ASB/ ASN/  ASW 2020 mengikut kadar berikut :
RM 200 bagi pelaburan 10 unit hingga 4,999 unit
RM 1,000 bagi pelaburan 5,000 unit hingga 10,000 unit
RM 2,000 bagi pelaburan 10,000 unit ke atas.
Waris boleh lah menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun.
Dari pengalaman beberapa orang kawan, pihak ASNB hanya memberikan RM 200 sebagai bantuan khairat kematian. Ini mungkin kerana simpanan si mati di bawah 4,999 unit.







Walau bagai mana pun, di nasihatkan waris ke pejabat ASNB terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini.

*Jika sesiapa ada maklumat lanjut, mohon maklum balas tuan/puan kerana saya gagal mencari info dari sumber rasmi tetapi tidak temui.
.

Bantuan Khairat Kematian Socso / Perkeso

... sambungan...

2. Socso / Perkeso : Bantuan Kematian / Faedah Pengurusan Mayat

Socso juga turut memberikan bantuan kepada waris simati yang dikenali sebagai Skim Faedah Pengurusan Mayat. 
Faedah Pengurusan Mayat ini dibayar kepada orang tangungan yang layak sekiranya pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan atau semasa menerima faedah hilang upaya.

Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM1,500 akan dibayar kepada orang atau orang-orang berikut mengikut keutamaan:
  1. balu (jika ada dua orang balu atau lebih, balu-balu itu sama-sama berkongsi Faedah Pengurusan Mayat);
  2. duda
  3. anak lelaki tertua
  4. anak perempuan tertua
  5. Ibu atau bapa (jika ada kedua-dua ibu bapa, ibu dan bapa sama-sama berkongsi Faedah Pengurusan Mayat)




Sekiranya TIDAK ADA orang tersebut di atas, faedah akan dibayar kepada mana-mana orang lain yang sebenarnya menanggung perbelanjaan pengurusan mayat orang berinsurans yang mati itu. 

Bagaimanapun, amaunnya adalah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan dengan mengemukakan resit sebagai bukti terhad kepada RM1,500.00

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan :
Pemohon / pihak yang menuntut hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  1. Borang tuntutan bagi faedah pengurusan mayat (Borang 26)
  2. Salinan Permit Pengebumian / Perakuan kematian
  3. Salinan kad pengenalan orang berinsurans
  4. Salinan kad pengenalan pemohon / pihak yang menuntut


Untuk maklumat lanjut, sila KLIK DI SINI



Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Bantuan Khairat Kematian KWSP

Kita sedia maklum, bila berlaku sesuatu kematian antara perkara yang perlu diuruskan selepas pengkebumian adalah pengurusan harta si mati. Tetapi kebiasaannya pembahagian harta si mati akan mengambil masa yang agak lama sedikit, apatah lagi jika si mati tiada wasiat, atau harta agak besar jumlahnya atau pun berlaku perebutan harta. Jika berlaku perkara ini, yang akan terasa adalah keluarga si mati, dimana wang tunai diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Bayangkan jika si mati adalah si suami yang merupakan satu-satunya pencari rezeki bagi keluarga dan isterinya pula  tidak bekerja dan tiada wang di poket / di bank yang agak mencukupi untuk menampung keperluan harian keluarga serta komitmen bulanan. Persekolahan anak-anak juga memerlukan wang tunai dan pastinya sedikit merungsingkan si isteri.




Sebelum harta si mati dapat di wariskan, mungkin keluarga si mati boleh mendapatkan dahulu wang 
"segera" dari sumber-sumber berikut :

1. Bantuan Kematian KWSP

Selain daripada simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia, Bantuan Kematian sebanyak RM 2,500 boleh dibayar mengikut budibicara KWSP kepada mana-mana orang tanggungan seperti berikut :-  
* Balu atau duda ahli 
* Anak-anak ahli  
* Bapa atau ibu ahli.

Untuk maklumat berkaitan pengeluaran kematian, sila KLIK DISINI


Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇



Thursday 24 December 2015

Kurangkan bayar cukai pendapatan?

Boleh dikatakan setiap orang cuba bayar cukai seminimum yang boleh walau pun mereka tahu cukai yang dikutip oleh kerajaan akan digunakan untuk pembangunan negara. Pengelakkan cukai satu kesalahan tetapi kita boleh kurangkan pembayaran cukai dengan perancangan percukaian yang betul. 


Bagi mereka yang makan gaji, pendapatan yg diterima,  tak boleh elak dari melaporkannya kepada LHDN. (Kalau elak, kena audit nanti terduduk!). 

Ingin merancang  dibahagian “Pendapatan” untuk kurangkan cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah agak mustahil . Tetapi sebagai pembayar cukai yang menerima pendapatan penggajian, boleh merancang di bahagian pelepasan (tax relief).


Pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN  perlu digunakan sebaik mungkin  untuk meminimumkan cukai yang perlu dibayar oleh kita. Untuk senarai pelepasan yang dibenarkan beserta amaun, boleh di rujuk di Pelepasan Cukai
Memandangkan 2014 hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi…. jadi masih belum terlewat untuk kita mengambil kesempatan untuk memaksimumkan amaun pelepasan.
Di antara pelepasan yang boleh kita gunakan di bulan terakhir 2014 ini adalah dengan menyimpan di SSPN.





Simpanan SSPN

Mulai bagi tahun 2012, amaun pelepasan yang dibenarkan telah  dinaikkan kepada RM6,000 berbanding RM3,000 bagi tahun sebelumnya. Tujuan kerajaan menaikkan amaun ini adalah untuk menggalakkan rakyat menabung di SSPN, jadi adalah rugi jika kita tidak mengambil kesempatan di atas galakan yang kerajaan berikan ini. 

Untuk maklumat berkaitan SSPN, kita boleh rujuk di SSPN


Mari kita lihat berapa peratus penjimatan/pengurangan yang kita perolehi dengan menabung di SSPN:

Katakan pendapatan bercukai Ali adalah RM 100,000 
(tanpa tolakan pelepasan SSPN RM6,000)

Jadi cukai Ali adalah :
-RM70,000 pertama               : RM 6,650
-RM30,000 berikutnya (24%): RM  7,200
Jumlah                                     :RM13,850


Untuk semak kadar cukai pendapatan sila klik Kadar Cukai Pendapatan

Jika Ali ada membuat simpanan SSPN untuk anaknya dan simpanan bersih  yang dibuat dalam tahun 2014 adalah RM6,000 , maka pengiraan baru cukai pendapatan Ali adalah :
Pendapan bercukai = RM 94,000
-RM70,000 pertama               : RM 6,650
-RM24,000 berikutnya (24%): RM  5,760
Jumlah                                     :RM12,410


Maka pengurangan amaun cukai Ali adalah sebanyak RM1,440 (RM13,850 – RM12,410).


Kadar penjimatan ini adalah sebanyak 24% !

Bagaimana saya kira dapat 24% ?
Mudah sahaja, 1,440 / 6,000 = 24%
Atau dlm kata panjang, dengan hanya menyimpan di SSPN sebanyak RM 6,000 , Ali telah dapat mengurangkan bayaran cukai sebanyak RM 1,440. 

Bagi kes Ali, setiap ringgit yang Ali simpan di SSPN memberikan Ali penjimatan sebanyak 24%. (Peratus ini bergantung kepada kadar cukai seseorang).


Ini belum lagi termasuk pulangan yang Ali terima dari SSPN bagi simpanannya di SSPN.  Bagi tahun 2013, simpanan di SSPN-i menerima dividen sebanyak 4.25%.

Jadi Ali bukan sahaja dapat penjimatan 24%, malahan mendapat pula tambahan dividen di atas simpanannya di SSPN tersebut.



…. Dan jika Ali terlebih bijak dan terlebih rajin, dia mungkin boleh asingkan dulu duit bahagian untuk SSPN dari awal dan laburkan di ASB yang memberikan pulangan yang lebih tinggi, dan di hujung tahun baru dia keluarkan duit RM6,000 dari ASB itu dan dipindahkan  ke SSPN untuk pulangan yang maksimum.

Akaun SSPN-i Plus sekarang ini boleh di buka secara online sahaja. Sungguh mudah..

Cuba klik link di gambar ni...senang sangat nak buka akaun SSPN-i




Pesanan :
Rancang cukai sebijaknya… dan
Lapor pendapatan sepatutnya…
dan yang penting… sayangi wang anda!


~mat-drat~

Tips : Asas Ilmu Pengurusan Kewangan

Tips Asas Ilmu Pengurusan Kewangan

Tanpa 10 SEN, tak akan cukup RM 1... RM 1,000, RM 1,000,000 ! Sayangilah syiling anda
Tanpa 10 SEN, tak akan cukup RM 1… RM 1,000, RM 1,000,000 !
Sayangilah syiling anda
Assalamualaikum….

Saya ingin berkongsi formula asas kewangan iaitu :

1. PENDAPATAN = SIMPANAN + PERBELANJAAN.
Ini adalah asas formula dimana duit pendapatan yang diterima sama ada dari gaji / untung perniagaan atau pemberian pasti akan kita agihkan untuk perbelanjaan atau untuk simpanan. Perbelanjaan yang kita buat ada untuk memenuhi keperluan atau pun kehendak. Kita sendiri sahaja tahu mana satu keperluan dan mana satu kehendak.
Dari formula asas itu kita tukarkan kepada

2. PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
Perancangan kewangan yang baik perlu menggunakan formula ini dimana pendapatan yang kita terima, kita perlu agihkan dahulu bahagian simpanan sebelum kita berbelanja. 

Berapa banyak kita perlu menyimpan ?? 
Paling kurang simpanlah 10% dari pendapatan kita. 10% ni paling kurang dan kita perlu tambah sekiranya kita mempunyai perancangan khusus lain.

Mungkin kita perlu tambah bahagia simpanan antaranya : 
Tambahan 10% lagi untuk pembelian asset ( rumah / kereta ) – 
Dan mungkin perlu tambah lagi X% untuk melancong dll. 
Sebagai orang islam, jangan lupa bahagian simpanan untuk menunaikan kewajiban haji!



INGAT !!! Jangan guna formula ketiga ini pula….
3. PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
Ramai di antara kita menggunakan formula ini. Apa-apa pendapatan yang diterima, digunakan utuk perbelanjaan dan bakinya sahaja baru disimpan. Biasanya baki untuk simpanan sudah tiada selepas ditolak semua perbelanjaan.

Jika selama ni ada yang guna formula ni, maknanya tuan-puan dah tersilap. Ini bermakna tuan-puan berada di dalam Perancangan Kewangan yang TIDAK baik. Jarang kalau selepas belanja, ada baki untuk simpanan kan…? Jadi kena tukar formula ini kepada formula no. 2 di atas. 

Cuba renung-renungkan, adakah simpanan kita  kurang 10% dari pendapatan yang diterima bagi 6 bulan lepas, ….. Kalau kurang, emmmm… masih belum terlewat untuk berubah.
 
~art drat~

Berbelanja Secara Bijak

Jangan sampai poket kosong ye!
Jangan sampai poket kosong ye!

Jangan sampai berbelanja poket jadi kosong!! Nanti asyik nyanyi … kosong…kosong… kosong…

Di dalam mengatur perbelanjaan, kita boleh mengguna pakai tips perbelanjaan berikut untuk menjamin kesejahteraan poket dan “kesihatan” kewangan kita.

1. Belanja Untuk Keperluan
 
Limitkan lah perbelanjaan untuk keperluan kita di dalam lingkungan 60% – 70% sahaja. Kita adjust mengikut keperluan dan kemampuan masing masing. Keperluan yang dimaksudkan adalah termasuk belanja dapur, petrol, bil utiliti, instalment kereta dan rumah, insuran dan pelbagai lagi keperluan harian kita.
Ingat!
Belanja Untuk KEPERLUAN SAHAJA  dan

BELANJA MESTI  MENGIKUT KEMAMPUAN,  JANGAN SESEKALI MELEBIHI KEMAMPUAN DAN  SEBAIK-BAIKNYA ADALAH DIBAWAH KEMAMPUAN

2. Belanja Untuk Pendidikan
Kita perlu agihkan sedikit untuk pendidkan diri kita bagi menambah nilai diri kita! Bukankah proses pembelajaran itu tidak akan tamat selagi kita masih hidup.

Jadi agihkan sedikit di dalam lingkungan 5% untuk pembelian buku/majalah ilmiah dan sertai mana-mana seminar. Anggaplah ini sebagai pelaburan untuk diri kita di mana dengan ilmu, kita mampu menaikkan nilai kita dan Insyaallah dapat meningkatkan pendapatan kita di masa hadapan.

Kita boleh membeli buku berkaitan kerjaya kita untuk menambah nilai diri kita sendiri. Atau pun buku berkaitan pengurusan kewangan agar kita lebih bijak mengurus wang dan bijak menggandakan wang.


3. Belanja Untuk Kegembiraan

 Kita telah penat bekerja siang dan malam, jangan lupa REWARD diri kita. Siapa lagi nak sayangi dan hargai diri kita kalau bukan kita sendiri!

Jadi agihkan sedikit dalam 5% untuk kegembiraan kita seperti pergi menonton  wayang, bermain bowling, ke taman tema, melepak sekali-sekala bersama kawan kawan sambil kena teh tarik dan capati mamak.

Selain meREWARD diri kita, jangan lupa hargai keluarga kita. Jadi agihkan sedikit pendapatan kita untuk membawa merekaa pergi bercuti tak kira di dalam atau luar negara. Bercuti di dalam negara pun kalau silap gaya, memerlukan kos yang agak tinggi juga, jadi rancang awal-awal dan siapkan satu FUND BERCUTI dan agihkan setiap bulan dari pendapatan kita untuk tabung bercuti ini.

Selamat berCUTI-CUTI MALAYSIA……


4. Belanja Untuk Keberkatan
 
Sebagai orang Islam, kita mesti ingat bahawa kita perlu tunaikan kewajipan berzakat ( bagi yang wajib ) kerana setiap harta kita ada hak orang lain. Kadar zakat pendapatan adalah 2.5% dari pendapatan yang perlu dizakat. Boleh semak di http://www.e-zakat.com.my/.

Bagi yang mampu, bersedekah lah sekurang kurangnya 5% dari pendapatan kita kerana dengan sedekah itu bukan sahaja menggembirakan si penerima tetapi juga mampu menambahkan harta kita. Lagi banyak kita sedekah, insyAllah lagi murah rezeki kita.

Maksud Firman Allah S.W.T.
Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya …….  
( Ayat 261, Surah al-Baqarah.)

Opss… Jangan lupa zakat fitrah, zakat emas, zakat simpanan dll ye.

~art-drat~

Beli Emas Lelong Bank Rakyat




BELI EMAS LELONG BANK RAKYAT

saya nak kongsi pengalaman saya beli emas lelong dari bank rakyat baru baru ni. 


Segalanya bermula bulan lepas semasa berurusan di satu cawangan bank rakyat.

Cawangan tersebut sedang pamerkan beberapa emas untuk dilelong tapi tanpa maklumkan kategori emas (999/ 950/ 916/ 875/ 835 atau 750). Yang ada hanya berat dan harga reserve.

Pada masa tu terasa nak membida tapi maklumlah 1st time dan modal pun tak banyak, saya pun cuma bida satu barang sahaja… barang yang paling murah iaitu dalam harga reserve +-500. Dari harga reserve yang bank letak, (harga reserve/berat) saya andaikan bank kategorikan ia sebagai emas 750 tapi saya yakin macam emas 916. Harga semasa emas memang ada dipamerkan di bank, jadi kita boleh rujuk sendiri. 

Seminggu lepas tu saya dapat panggilan dari bank kata saya berjaya dalam bidaan. Datang ke bank, buat bayaran dan emas itu menjadi milik saya pada diskaun hampir 9% dari harga semasa.

Opsss… tips penting, jangan lupa minta pegawai bank terbabit call kita jika ada lelongan lagi bulan bulan akan datang. Kena bina “good repo” dgn pegawai bank itu.

Bila balik rumah, rujuk kepada isteri, dia kata ini emas 916 sebenarnya. Memang  untung sebab beli emas 916 pada harga emas 750, dengan diskaun pulak tu!

Minggu lepas, saya membida lagi 6 barang dari 11 barang yang dilelong oleh cawangan tersebut. Pegawai bank tersebut dah call saya seminggu sebelum tu maklumkan bank akan buat lelongan. Bank biasanya hanya akan mempamerkan 3 hari sahaja barang barang yang akan dilelong, jadi kena pantas kalau berminat.

Alhamdulillah, selapas seminggu saya  terima panggilan dari bank kata saya berjaya 4 bidaan. Cuma perlu sediakan wang nak tuntut bidaan sahaja. Nasib baik emas tengah harga rendah masa ni.


Emas Lelong Ar Rahnu
Emas Lelong



Tips Lelongan dan Bidaan

Bank biasanya meletakkan harga reserve  10% kurang dari harga semasa  dan ditambah sedikit caj bank. Jadi harga reserve bank adalah lebih kurang 9.5%. Kalau kita tender dengan harga reserve, maknanya kita dapat beli dengan diskaun 9.5%. Tapi kalau nak menang bid, jangan la bid harga reserve… kena lah naikkan sikit harga bidaan seperti RM1 – RM5 per gram.

Berapa harga kita sanggup bida, bergantung kepada tujuan kita beli. Kalau beli nak pakai atau bagi kepada insan terdekat, mungkin boleh naikkan sehingga RM 5 per gram. Ini pun kalau barang tersebut berkeadaan baik.

Tapi kalau untuk tujuan pelaburan, untuk dijual semula… naikkan dalam RM 1-2 sahaja sudah memadai kerana spread barang kemas tinggi bila kita nak jual.

Setiap barang yang kita bida, kita kena isi borang yang berlainan dan setiap bidaan kena sertakan bayaran RM5. Kalau 5 bidaan, maknanya kena bayar kepada bank RM25 (unrefundable). Masukkan sekali borang bidaan dan slip bayaran ke dalam kotak yabg disediakan. Dan tunggu…..

Bersambung di artikel berikutnya.

Mat Drat @ SayangWang

Jika rasa bermanfaat , sila share 👇👇👇👇

Intro

Saya akan post apa sahaja berkaitan kewangan selagi saya rasa ia bermanfaat untuk saya dan mungkin bermanfaat untuk yang lain